Pages

Friday, 15 October 2010

Coretan kota Beirut (2)



Sorotan pertemuan dengan team AQSA2GAZA Land Convoy ke GAZA Palestin

Alhamdulillah, saya sempat meraikan sahabat-sahabat dari AQSA Syarif Malaysia pada 18/9/2010 di kota London United Kingdom. Tidak sangka pula saya dapat berjumpa dengan mereka di bumi British yang mana kita ketahui ketika itu telah menjadi trustee, agen dan tulang belakang kejatuhan tanah Palestin ke tangan Zionist Israel.

Sebahagian mereka bukanlah asing bagi saya. Kalau menyoroti sejarah lampau, salah seorang mereka adalah naqib saya ketika usia remaja, teman usrah seusai saya tamat ijazah pertama dan bila mana berjinak-jinak berguru dengannya untuk mempelajari silat Petir, kesan parut pukulan buah petir masih 'melekat' dibibir, tapi sayang seribu kali sayang buah-buah silat yang diajarnya pudar ditelan usia dan zaman, dan kami sama-sama bergiat aktif di dalam program-program NGO yang diadakan di Pulau Pinang. Malah semua wakil AQSA2GAZA adalah 'ahli keluargaku'.


Kini, mereka adalah insan-insan istimewa yang terpilih untuk menyertai sukarelawan ke GAZA melalui Misi Land convoy to GAZA di bawah misi VP5AQSASyarif VIVA Palestina Malaysia-Aqsa Syarif.

Kejayaan pertama Aqsa Syarif Berhad menghantar wakil-wakilnya melalui Misi laut Mavi Marvara yang berpengkalan di Istanbul Turki semakin diidami oleh semua. Kebetulan peristiwa tembakan dan pembunuhan ke atas kapal Mavi Marvara itu akan tetap dikenang kerana ia berlaku pada tarikh kelahiran saya. Mereka telah menaikkan semangat dan azam saya untuk terus melakukan apa sahaja untuk membebaskan Baitul Maqdis, Aqsa Syarif tercinta. Tidak semua orang dapat menjadi insan pilihan istimewa ini. Semua ini adalah ketentuan dan pilihan takdir ilahi. Siapa sangka dengan susunan perancangan ini. Kalau kita merancang dengan baik tetapi Allah sebaik-baik perancang. Itulah Allah yang maha hebat berkuasa.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan." (Surah At Taubah :20)

Teruslah berdoa supaya kita juga menjadi pilihan istimewa ini. Bekerja untuk agama Allah akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah Taala.

bersambung...

abuzorief @ sheffield
15/10/2010
uk2beirut-mkp

No comments:

Post a Comment