Saya tak boleh buatlah..., saya tak bersedialah, saya malulah..., Tak maulah, nanti orang kata, baru belajar dah nak tunjuk pandai...
Itulah perkataan yang sering saya dengar, malah perkataan itu juga yang sering saya gunakan. Entah mengapa begitu mudah saja perkataan itu keluar dari mulut sendiri. Dengan beberapa ayat dari perkataan itu sudah cukup untuk memberi alasan dan 'melarikan diri'. Harapannya, agar orang lain akan 'benar-benar' faham situasi kita setelah diluahkan perkataan itu atau memohon supaya mereka memahami bahawa kita tidak boleh buat itu... ini... atau juga secara tidak langsung supaya mereka tidak memanjangkan lagi soalan dan desakan kepada kita.
Senang bukan?... Selepas ini tidak perlulah orang lain mencari kita dan minta pertolongan atau menuntut apa-apa pertanggungjawaban dari kita. Ya, memang selesa dengan menggunakan perkataan 'keramat' itu. Mungkin itulah yang dikatakan kata-kata yang keluar hasil dari reaksi kebuntuan akal dan kelesuan tubuh badan kita.
"Saya perhatikan rakan-rakan berbangsa Arab yang diberikan tugasan tidak seorang pun berkata saya tak mampu, sebaliknya menerima dengan bersyarat dan berbincang selepas itu..."
"Saya perhatikan rakan-rakan berbangsa Arab yang diberikan tugasan tidak seorang pun berkata saya tak mampu, sebaliknya menerima dengan bersyarat dan berbincang selepas itu..."
Walau bagaimanapun pasti ada pro dan contra disitu kerana 'bersyarat' pastinya ada sesuatu yang belum pasti untuk dilakukan, wallahu 'alam.
Negative intention and action
Semua perkataan seumpama itu melambangkan betapa pasif dan negatifnya keazaman dan semangat hidup kita. Tidak mempunyai kesungguhan langsung untuk mengembangkan potensi diri. Selalu merendahkan keupayaan diri (inferiority complex) bukan pada tempatnya dengan tanpa sebarang alasan. Menganggap diri sendiri tidak berupaya melakukan sesuatu yang baru dan lain. Suka membuat kerja yang senang dan mudah sahaja. Tidak mahu berasa susah dan payah untuk mengharung cabaran. Kita takut untuk terdedah dengan berbagai resam kehidupan yang berlainan. Sedangkan cabaran itu adalah proses mematangkan hidup kita.
Sekiranya alasan ketidak-mampuan itu didasarkan dengan hujah kukuh yang bukan untuk alasan 'mengelak diri' maka ia boleh diterima dari logik akalnya. Contohnya, saya tidak mampu kerana sudah banyak jawatan yang sudah saya pegang dan dikhuatiri saya tidak dapat memikul segala tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, itu jawapan yang cukup menyakinkan kita dan orang lain.
Tetapi kebanyakkan yang berlaku adalah beralasan untuk tidak mahu terlibat dan tidak mahu bersama-sama melakukannya. Lebih senang untuk berpeluk tubuh dan berada di barisan belakang sahaja serta menjadi pemerhati sahaja. "Biarlah depa saja yang buat, depa lebih layak, saya ni tak dak sijil apa-apa pun..." dan berbagai-bagai 1001 macam alasan lagi.
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yan tidak berguna" (Al Mukminun [23] : 3)
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yan tidak berguna" (Al Mukminun [23] : 3)
Disiplin diri
Untuk menjadi peribadi cemerlang, kita mesti berusaha ke arah itu. Mendisiplinkan diri supaya berada di tingkatnya. Bertanggungjawab dan melakukan sedaya boleh menurut kemampuan. Selagi perkara itu boleh dilakukan, selagi itulah diusahakan untuknya. Sehingga akhirnya berhenti sebentar apabila setelah beberapa kali usaha menemui kegagalan. Berhenti sebentar bukannya menyerah kalah kesemuanya tetapi berusaha pula mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya di sudut yang lain.
Untuk menjadi peribadi cemerlang, kita mesti berusaha ke arah itu. Mendisiplinkan diri supaya berada di tingkatnya. Bertanggungjawab dan melakukan sedaya boleh menurut kemampuan. Selagi perkara itu boleh dilakukan, selagi itulah diusahakan untuknya. Sehingga akhirnya berhenti sebentar apabila setelah beberapa kali usaha menemui kegagalan. Berhenti sebentar bukannya menyerah kalah kesemuanya tetapi berusaha pula mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya di sudut yang lain.
Proses membentuk diri perlu dilakukan secara istiqamah atau consistent, walaupun ia mengambil masa yang lama dan panjang. Proses berubah diri bukanlah boleh dilihat hasilnya dalam sejam dua atau sekelip mata. Kalau pun ia berjaya dilakukan pastikan ianya berada ditahap istiqamah yang tinggi dan tidak hanya bersemangat semata-mata.
"Dan Allah berfirman, "sungguh, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jananlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui" (Yunus [10] : 89)
Belajar dan mengajar
Prinsip belajar dan mengajar mesti dipraktikkan di dalam diri. Belajar untuk mencari ilmu dan mengajar untuk menyakinkan segala ilmu pengetahuan itu tetap setia di dalam diri. Jawapan kepada, saya tak mampu, tak bersedia, tak pandai sebenarnya disebabkan diri kita kurang berusaha dan malas mencari ilmu dan keyakinan. Malah ia akan merosakkan kemampuan dan kematangan diri kita sendiri. Ilmu dipraktikkan mengikut tingkat ilmu yang ada dan menurut kemampuan kita walaupun sedikit. Bukannya menolak terus bulat-bulat tanpa memberikan peluang kepada diri kita menjadi matang dengannya atau menjadi matang sebelum masanya.
"Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu dan katakanlah, "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku" (Toha [20] : 114)
"Mereka berkata "Wahai kaum kami! Sungguh,kami telah mendengarkan Kitab (Al Quran) yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus" (Al Ahqaf [46] : 30)
Memperbaiki diri
"Mereka berkata "Wahai kaum kami! Sungguh,kami telah mendengarkan Kitab (Al Quran) yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus" (Al Ahqaf [46] : 30)
Memperbaiki diri
Berusaha kearah perubahan hidup amat dituntut. Kita dikehendaki sentiasa berfikiran positif dan bertindak secara proaktif. Sentiasa bersedia di dalam semua keadaan dan masa. Dengan cara inilah mudah-mudahan meletakkan diri kita sebaris dengan orang-orang yang berusaha merubah keadaan diri menurut firman Allah Taala:
"Baginya ada Malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia" (Ar Ra'd [13] : 11)
abu zorief @ sheffield
17/11/2010 - 11 Zulhijjah 1431H
Rabu
abu zorief @ sheffield
17/11/2010 - 11 Zulhijjah 1431H
Rabu
No comments:
Post a Comment