Dinar adalah emas dan dirham adalah perak. Dinar dan Dirham adalah matawang yang tertua di dunia. Sejak sekian lama mata wang dalam bentuk Dinar dan Dirham telah digunakan semasa melakukan muamalat di dalam pemerintahan Islam. Islam menekankan berjual beli secara telus, jujur dan halal dengan tidak melibatkan proses riba'.
Nilai matawang
Penggunaan Dinar dan Dirham tidak seperti penggunaan duit kertas cetak yang tidak membantu memartabatkan apa-apa nilai pada matawang apabila beurusan di dalam perdagangan kerana nilai pengukuhannya adalah bersifat turun dan naik dan kadang kala tidak stabil (Inflation and falling currency values). Banyak negara akan mengalami penindasan nilai mata wang kerana kejatuhan nilai di pasaran. Telah beberapa kali dan saban tahun terjadinya kemuncak krisis ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai matawang sedunia termasuklah negara maju atau dunia ketiga. Di masa ini juga ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang di atas kejadian ini. Peranan kapitalisme turut menghancurkan peradaban murni hidup manusia. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah melarat kehidupan. Penindasan terus menjadi-jadi dan sukar untuk dipulihkan. Kini kebangkitan semula penggunaan Dinar dan Dirham telah membuka mata dunia betapa pentingnya dinar dan dirham di dalam urusan perdagangan. Bahkan kedudukan Dinar dan Dirham terus melonjak naik di pasaran dan amat stabil nilainya.
Kebangkitan semula
Perlancaran penggunaan matawang syariah di Kelantan pada 2 Ramadhan 1431H telah membuka mata semua pihak kerana kerajaan Kelantan telah berjaya memulakan kembali sistem jual beli menggunakan matawang Dinar dan Dirham. Insyallah dengan sistem ini juga akan memangkinkan sistem pembayaran dan pengurusan zakat terutamanya pembayaran zakat emas dan perak. Kali terakhir penggunaan dinar dan dirham ialah pada tahun 1924, semasa pemerintahan kerajaan Khalifah Othmaniyyah di Turki.
Kenapa negara penjajah Barat semasa itu mahu semua negara menggunakan mata-wang kertas yang mudah dicetak dengan mudah? Habis semua sistem jual beli berteraskan Dinar dan Dirham ini dihapuskan. Mereka bukan sahaja menjajah ngera Islam tetapi telah merubah semua sistem ekonomi, sosial dan perundangan Islam. Bencinya mereka kepada Islam amat tebal dan apa-apa yang berkaitan langsung dengan Islam akan dipadamnya di dalam 'kamus' kehidupan. Kejahilan mereka telah berjaya diserap masuk di dalam sistem kehidupan ummah Islam. Ummat Islam terus diperdaya dan tertipu oleh penjajah Barat yang mengatakan mereka membawa arus kemajuan tetapi sebaliknya memasukkan unsur penipuan di dalam berurusan dengan masyarakat. Perasan jahat ini telah melumpuhkan hampir semua sistem-sistem Islam yang suatu ketika itu amat maju dan cemerlang tanpa menindas di antara satu sama lain.
Apabila diperhatikan dengan perkembangan semasa, negara barat inilah juga yang telah mempopularkan penggunaan Dinar dan Perak. Mereka begitu aggresif melakukan pencetakan dan penjualan emas dan perak sesama mereka. Kerana mereka tahu hanya emas dan perak sahaja dapat bertahan nilainya berbanding matawang kertas. Semua syarikat pencetakan telah dikuasai oleh mereka sejak sekian lamanya seperti PAMP Suisse.
"You have a choice between the natural stability of gold and the honesty and intelligence of the members of governments. And with all due respect for those gentlemen, I advice you, as long as the capitalist system lasts, vote for gold" George Bernard Shaw (1856 - 1950)
Kenapakah mereka begitu aggresif mempopularkan kembali emas dan perak ketika ini?
"You have a choice between the natural stability of gold and the honesty and intelligence of the members of governments. And with all due respect for those gentlemen, I advice you, as long as the capitalist system lasts, vote for gold" George Bernard Shaw (1856 - 1950)
Kenapakah mereka begitu aggresif mempopularkan kembali emas dan perak ketika ini?
Apakah yang memungkinkan mereka berbuat demikian?
Adakah kita sekali lagi kena belajar penggunaan emas dan perak dari mereka?
Adakah kita ummat Islam sekali lagi kena tunduk kepada sistem dagangan mereka yang mana sistem ini telah lama diamalkan oleh ummat Islam terdahulu?
Emas dan Perak Bullion
Nilai emas semasa setakat hari ini (201/11/2010) ialah GBP850/oz dan perak ialah GBP17/oz. Tetapi emas bar keluaran PAM Suisse bernilai Euro1221/oz. Emas merupakan nilai yang mudah dicairkan dan mudah diterima di semua negara berbanding perak. Namun perak amat tinggi permintaannya di negara Eropah dan pembelian perak dikenakan VAT atau tax di sini.
Semasa pemerintahan Islam nisbah dinar dan dirham adalah 1 emas boleh membeli 15 perak. Tetapi sekarang nisbahnya adalah 1 emas boleh membeli sebanyak 60 perak. Walaupun kedudukan nilai perak rendah tetapi ia tetap menjadi bahan perdagangan yang diiktiraf.
Penggunaan semasa Khalifah Umar Al Khattab
Penggunaan semasa Khalifah Umar Al Khattab
Sejarah penggunaan coins emas secara fully syariah compliant dengan timbangan berat ditetapkan telah dilaksanakan oleh Umar Al Khattab RA. Matawang Islam untuk 1 Dinar bersamaan berat 4.25g. Terma "Syariah coins" adalah dikhususkan kepada Dinar dan Dirham sahaja.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu" (An Nisa [4] : 29)
Kebangkitan Khalifah Islam - New world order
Imam Abu 'Abdullah Al-Qurtubi atau Abu 'Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr al-Ansari al-Qurtubi atau Al Qurtubi adalah seorang mufassir, muhaddith, dan ulama yang faqih yang terkenal telah merungkaikan dan menerangkan akan kepentingan bentuk matawang untuk Muslim di dalam kitabnya Al Jami' li-Ahkam Al Quran apabila beliau menerangkan ayat di dalam Al Quran dimana Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) diantara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya" ( An Nisa [4] : 59)
Beliau menyatakan bahawa ayat yang menyatakan kepatuhan kepada Sultan atau pemerintah adalah menyentuh kepada tujuh perkara:
- Pencetakan Dinar dan Dirham
- Penetapan timbangan dan berat.
- Legal judgments
- Mengerjakan haji
- Mengerjakan solat Jumu'ah
- Mengerjakan solat eid
- Panggilan jihad
Apabila menyentuh persoalan kekhalifahan, adakah kita mesti tunggu dahulu untuk melaksanakannya? Sudah pasti jawapannya tidak. Apa-apa perkara yang boleh dilaksanakan dan ia menyentuh kepada keperluan ummah Islam, maka semestinya didahulukan dan diberikan keutamaan (aulawiyyat). Proses penegakkan Deen yang hanif akan menyelamatkan semua manusia yang berada di dalam sistemnya.
Kitalah yang bertanggungjawab melakukannya... kalau tidak kita siapa lagi.
Nota:
[1] Tafsir Al Quran dan terjemahannya
[2] Tafsir Al Qurtubi
[3] The invitation Islamic Community Magazine Dhul Qa'dah 1431 - Resurgent Islam by Abdallah Seymour
[4] Website Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_as_an_investment
abuzorief @ sheffield
20/11/2010 Sabtu
teringin nak miliki dirham kelantan. muga-muga terkabul satu hari nanti..
ReplyDeleteIM... tak semestinya beli dinar & dirham kelantan, tetapi boleh beli sahaja apa2 emas dan perak untuk future investment... harga stabil dan percentage tinggi
ReplyDeletetuan ,minta izin post kat blog saya artikel ini boleh kan?
ReplyDeletehttp://salehuddin-salleh.blogspot.com
Silakan tn. Salehuddin Saleh, semoga dapat dimanfaatkan bersama. For future, Negara China akan mempunyai simpanan emas terbesar selain pihak kerajaannya menyimpan, rakyat2nya juga digalakkan menyimpan emas secara Individu...
ReplyDelete