Alhamdulillah, 19/11/2010 selesai AGM Muslim Welfare House Sheffield bermula jam 7.45pm di dewan solat MWHS. Pengalaman baru bagi saya setelah setahun memegang jawatan Bendahari Muslim trust Committee sejak dipilih pada 19 September 2009 yang lepas. Sebelum ini, jawatan tersebut telah di pegang oleh sister Ameena Blake Ali.
Chairman - Dr Youcef Djerbib
Treasurer - Mohd Roesli Hassan
Member - Abderazak Bougara
Member - Ameena Blake
Member - Ziyad Al Zeet
Operation exercutive team:-
Manager MWHS - Ali Al Batati
Imam - Aidurus Farah
Exercutive officer - Sulaiman Al Naimat
Caretaker - Mohd Naim
Setelah dua minggu bertungkus lumus melakukan 'post mortem' ke atas account MWHS untuk tahun 2009 (1 April 2009) sehingga 2010 (9 Oktober 2010), akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya dan melaporkannya semasa AGM tersebut. Berbagai-bagai reaksi positif dan negatif apabila laporan ini dibentangkan. Perbincangan mula menjadi rancak dan panas dengan berbagai-bagai soalan. Antara puas hati dan tidak apabila melihat perbelanjaan yang banyak dihabiskan kepada kerja-kerja maintenance. Bab maintenance ini juga panjang ceritanya dan biarlah sekadar ini sahaja ceritanya.
Inilah antara AGM dan penglibatan saya yang menarik kerana para hadirin terdiri dari berbagai bangsa, intelektualisme, sikap dan pandangan, di antaranya terdiri daripada Yemeni, Algerian, Somalian, Turkish, Pakistani, Indian, Libyan dan lain-lainnya.
Beberapa perkara lain yang menjadi topik hangat adalah seperti isu penglibatan MWHS membantu kutipan untuk Sheffield Children's Hospital untuk membeli peralatan CT scanner yang berjumlah GBP500,000.00 dan pihak MWHS berjaya mengumpul sebanyak GBP15,000.00 melalui sehari kutipan pada hari Jumaat di setiap masjid-masjid di Sheffield dan Rotherham pada awal tahun ini.
Ada seorang jamaah yang agak berumur dan katanya telah menetap di UK sejak 1958 dan beliau menyatakan rasa tidak setuju dan tidak puas hati dengan penglibatan tersebut dengan alasan kenapa hendak membantu non-muslim? Agak racist kenyataan ini bukan?.
Namun, MWHS tetap sentiasa mahukan jamaah muslim dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat samada muslim ataupun non muslim. Ini adalah antara agenda ummah dan fikrah yang menjadi teras kepada dakwah MAB/MWHS. Ini akan mencerminkan bahawa Islam bukanlah anti sosial sepertimana masyarakat non muslim beranggapan kepadanya. Imej Islam mesti dipulihkan dan bersama-sama membantu masyarakat sekeliling.

MWHS terletak ditengah-tengah masyarakat tempatan non-muslim berbanding dengan masjid atau Islamic centre yang lain di Sheffield. Alhamdulilah sehingga sekarang, ia masih berjaya beroperasi walaupun kadang-kala tidak dapat menampung ahli jamaah masjid yang terlalu ramai dan complaint dari penduduk tempatan kerana bising disebabkan oleh anak-anak ahli jamaah masjid.
Ada juga perbincangan di antara pihak trust committe untuk membeli sebuah gereja terpakai di sekitar kawasan ini tetapi pihak gereja tidak mahu menjualnya. Usaha perbincangan dan rayuan tersebut masih lagi berjalan dan mohon didoakan supaya ianya berjaya. Sekiranya tempat baru ini berjaya dibeli maka banyak masalah seperti ruang solat dan tempat parking kereta dapat diselesaikan. Begitu juga aktiviti setempat mampu dilaksanakan tanpa mengganggu jiran tempatan dengan pekikan anak-anak semasa program dan aktiviti dijalankan.
MWHS adalah institusi di bawah Muslim Association Britain Sheffield (MAB) sejak sekian lama. Ia berkonsep terbuka untuk semua penduduk tempatan dan student dari University Sheffield untuk melaksanakan aktiviti selagi mana aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan MAB/MWHS. Semua pengguna MWHS dirai untuk menyumbang kepada aktiviti masyarakat muslim dan juga penduduk tempatan walaupun kepada non-muslim. Konsep mesra masyarakat menjadi teras kepada aktiviti disini.
Alhamdulillah kerana saya berpeluang untuk menyumbang kudrat walaupun sedikit kepada MWHS/MAB kerana peluang ini adalah kerana saya merasakan bahawa betapa beruntungnya dapat 'deal' dengan perniagaan yang telah Allah janjikan yang dapat melepaskan diri dari azab yang pedih.
Mentaati Allah dan Rasul dan berjihad pada jalannya melalui diri dan harta dan itulah bagi mereka yang mengetahui. (As Soff : 10-11)
Sekian.
abuzorief @ severn road
20/11/2010, Saturday
AGM MAB/MWHS
Mentaati Allah dan Rasul dan berjihad pada jalannya melalui diri dan harta dan itulah bagi mereka yang mengetahui. (As Soff : 10-11)
Sekian.
abuzorief @ severn road
20/11/2010, Saturday
AGM MAB/MWHS
No comments:
Post a Comment