Saturday, 5 December 2009

Jejak langkah yang ditinggalkan... Salam Ma'al Hijrah 1431H


Setiap kali tahun baru menjelang, maka setiap kali itulah kita semua akan membilang umur kita. Sebenarnya sudah melangkah ke alam tua bangka dan bukannya melangkah ke alam muda remaja. Kita masih sibuk lagi dengan menghimpun harta dunia yang tidak pernah habis, membolot dengan lahapnya. Mengaut harta kekayaan selagi hidup dan selagi berkuasa. Mengaut dan memboloti harta dunia dengan rakusan hawa nafsu. Namun kalau harta itu berjaya digunakan ke arah jalan yang baik dan direhai oleh Allah, maka manfaat besar ke atas diri sendiri amat berbaloi di dunia dan memudahkan perjalanan hidup kita di akhirat.

Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya. (Surah An Naziat: 37 - 41)

Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan: “Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju (keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu.”

Kalau sepanjang hidup dipenuhi dengan kerja-kerja mengumpat dan mencela orang lain, maka faedahnya adalah bahang api yang membakar sehingga melunyaikan segala isi perut dan daging yang membaluti jiwa yang bergelumang dengan dosa yang tidak pernah dihirau sedikit kekesalan pun oleh si pemilik tubuh tersebut.

Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak!. Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?. (iatu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang. (Surah Al Humazah: 1 - 9)

Kalau sepanjang hidup tidak pernah menghambakan diri kepada yang maha Esa, maka saksikanlah nanti apabila kita berhadapan dengan saat-saat nazak yang mana malaikat maut akan datang menghampiri kita dengan begitu ganas dan rakus untuk menyentap nyawa dari tubuh yang selama ini dijaga dan dirawati dengan semoleknya. Jiwa dibiarkan kering dan gersang dengan tiadanya sifat kehambaan kepada yang maha Esa. Selama kita hidup, dibiarnya jiwa kita dibaluti dengan karat-karat mazmumah yang hanya melayakkan jiwa dan tubuh kita dimamah oleh api neraka jahanam.

Kalau sepanjang hidup tidak pernah sama sekali bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan oleh yang Maha pemberi Rezeki. Maka tunggulah azab pedih yang akan menanti untuk mengajar diri sendiri supaya lebih menghargai erti kesyukuran.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?. Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. (Surah Ar Rahman : 42 - 43)
Lebih-lebih lagi nikmat Islam yang memang telah menjadi pegangan dan cara hidup kita sejak dari kecil lagi. Terfikirkah kita betapa besarnya hidup dalam Islam. Hidup di dalam keamanan dan sentiasa dinaungi kasih sayang dan rahmat Allah Taala. Banyak sangat nikmat yang telah diberikan oleh yang maha Berkuasa. Bagaimanakah pula nikmat ciptaan ke atas diri kita sendiri?..

Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku sempurnakan nikmatku bagimu dan Aku redha Islam sebagai agamamu. (Surah Al Maidah: 3)

Semoga amal kita semua akan bertambah baik dan molek dengan semangat azam tahun baru. Tahun baru yang datang tetap merupakan tahun baru, tetapi sedarlah setiap kali kedatangan mereka maka setiap kalilah usia kita akan hampir dengan ajal dan maut. Beringatlah demi untuk keselesaan hidup kita di akhirat.

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

"Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1431H.

abuzorief @ Sheffield
15/12/2009, Saturday

Monday, 26 October 2009

Bertemu Pengerusi MARA di London, 24/10/2009


Sabtu 24/10/2009 - Perjumpaan dengan Dato Seri Idris Jusoh (DSIJ), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat dan juga Mantan Menteri Besar Terengganu di Holiday Villa London, berhampiran dengan Malaysian Hall UK jam 5.00pm.

Saya sempat berbincang dengan DSIJ tentang beberapa perkara:

1. IMTIAZ - Sekolah yang ditubuhkan oleh DSIJ yang mengabungkan Mata pelajaran rasmi dan menghafaz Al Quran berkonsepkan kaedah Ulul Al-Bab.

2. Kejayaan program hafazan yang telah diketengahkan oleh beliau di Sekolah MRSM Besut, Terengganu dan sebuah lagi MRSM Segamat, Johor yang akan ditubuhkan juga akan diterapkan program hafazan tersebut dengan target pencapaian sebanyak 15 juzuk selama 3 tahun atau satu muka sehari.

3. DSIJ mengutarakan konsep yang hendak diterapkan oleh beliau ke atas institusi pendidikan tentang Ulul Al Bab, Encylopedic dan Ijtihadi.


4. Kuota 10% pelajar non-bumiputera di dalam Sekolah/IPT Pengajian MARA.

5. Penghapusan subsidi ke atas bumiputera. Saya berpandangan yang penghapusan kuota tersebut perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukan terlalu drastik ke atas lapisan masyarakat Melayu bawahan (golongan miskin yang mengharapkan bantuan) yang pelbagai dari golongan Marhaen dan perlu dibina platform asas yang kuat diperingkat bawah oleh mereka yang mempunyai full strength of power. Beliau tidak setuju dengan pandangan saya dan katanya (DSIJ) kita kena terima realiti yang bantuan ini terpaksa dihapuskan supaya ujud persaingan yang sihat dikalangan semua bangsa.

6. Tentang isi kandungan di dalam Al Quran yang mahukan kita... berfikir, mengerti dan mengambil pelajaran (Surah An Nahl: 11 - 13) dan juga isi kandungan di dalam surah Ar Ra'd ayat 3 dan 4 mengenai perkara yang sama juga iaitu mencari bukti kebesaran Allah Taala bagi orang yang berfikir dan juga orang-orang yang mengerti. Penekanan ayat yang bersungguh-sungguh mahukan kita berfikir dan faham dengan jelas.

7. Saya juga menyentuh sedikit tentang peranan Arrasul mendidik sahabat sehingga mereka bergelar Generasi Al Quran yang Unik atau Gil Qurani farid dari penulisan Syed Qutb dari Buku beliau Petunjuk Sepanjang Jalan.

8. Persediaan pelapis pelajar yang akan datang yang memahami isi kandungan Al Quran dan kefahaman Sains dan Teknologi dan mampu membuat ijtihad dalam sesuatu perkara atau pertemuan yang baru.

9. Berkaitan dengan bukti-bukti Sains dan tertera di dalam Quran. Dan saya menceritakan sedikit sebahagian cerita yang terdapat di dalam Kitab Tauhid Zindani karangan Abdul Majid Az Zindani. Dan juga kisah Dr Keith Moore pakar Embriology tentang kajian beliau ke atas kejadian manusia dari segumpal darah yang seakan lintah (leech atau 'alaqah) yang melekat di dinding rahim, menjadi daging sehingga dibaluti tulang dan begitulah seterusnya dan akhir pertemuan, beliau kagum dengan Al Quran yang banyak menjelaskan perkara-perkara yang menjadi bahan kajian beliau selama ini.

10. Saya juga menambah sedikit tentang cantiknya ayat Al Quran yang menjadi Syifa atau penyembuh. Kalau ayat Quran yang dibaca ke atas air minuman yang akhirnya membentuk corak kristal yang cantik dan penemuan ini berjaya dibukti oleh seorang pengkaji Jepun. Dan begitu jugalah kalau dibaca selalu oleh kita dimana molekul-molekul air dan sel-sel darah dalam badan kita juga akan bertukar menjadi corak kristal yang cantik dan akan mengembalikan syifa dan aura yang elok pada diri pembaca.

Nota: 
Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memohon bantuan kewangan ke atas Sekolah Melayu Sheffield dan dihadiri oleh semua Jawatankuasa utama SMS (Raja Razuan, Adri, Wan Zaffran dan saya).

abuzorief @ london 
26/10/2009 monday

Monday, 12 October 2009

Duniamu dan duniaku kelabu asap


Salam pada dunia kelabu asap...
Mana mungkin duniamu dan duniaku kembali warna,
Suram, kusam dan kelam,

Cuba perhatikan... kalau
Alur sungai tanpa airnya,
Pokok tanpa daunnya,
Ombak tanpa alunnya,
Langit tanpa awannya,
Padang tanpa rumputnya,
Semuanya lakaran tanpa dan tiada,
Yang ada hanya lakaran kelabu asap...,

Cuba perhatikan... kalau
Daun tanpa hijaunya,
Laut tanpa birunya,
Langit tanpa birunya,
Rumput tanpa hijaunya,
Semuanya warna tanpa dan tiada,
Yang ada hanya warna-warni kelabu asap...,

Cuba perhatikan... lagi,
Kalau hidup tanpa faham,
Kalau hidup tanpa ikhlas,
Kalau hidup tanpa amal,
Kalau hidup tanpa jihad,
Kalau hidup tanpa berkorban,
Kalau hidup tanpa taat,
Kalau hidup tanpa tabah,
Kalau hidup tanpa jatidiri,
Kalau hidup tanpa ukhuwwah,
Kalau hidup tanpa kepercayaan,
Semuanya hidup tanpa dan tiada,
Yang ada hanya sebuah kehidupan kelabu asap...

Ya... kehidupan kelabu asap.

abuzorief @ sheffield
12/10/2009 monday

Thursday, 8 October 2009

Pilihanraya atau hantu raya?...


Setiap kali pilihanraya,
Ada pengundi gembira dan ada pula berduka,
Yang jujur sudah tentu manis muka,
Kalau gelojoh pula bermasam cuka,

Yang elok pekerti akhlak terjaga,
Kalau macam jin habis terpalit dosa,
Macam-macam cerita direka,
Entah benar, entah bohong belaka,

Sebagai pengundi kena peka,
Jangan silap memilih hamba,
Silap-silap masuk 'neraka',
Kerana tidak ikut cakap pendita,
sekadar semangat nafsu meronta,
Hilang akal budi bicara,

Menang sorak kampung diniaga,
Sedar-sedar sekutu hantu raya,

Ermm... baru padan muka.
 
abuzorief @ Sheffield
8/10/2009 khamis

Saturday, 19 September 2009

Salam Eid Fitr Mubarak 1430H/2009


Salam Eid Fitr Mubarrak, Minal 'Eidil wal Faizin dari saya sekeluarga di perantauan untuk ayahanda dan bonda serta keluarga tercinta, saudara-mara tercinta, rakan seperjuangan, rakan sepejabat, jiran tetangga, Individu yang mengenali saya, rakan-rakan, pembaca dan juga dimana-mana.

Semoga amalan di Bulan Ramadhan yang mulia ini menjadikan kita hambanya yang bertaqwa dan diampunkan segala dosa-dosa kita sepanjang kehidupan kita di dunia ini.

Dan bermulanya Syawal pula adalah alam kehidupan baru yang bermakna kerana muga-muga Allah mengangkat darjat kita dan digolongkan di dalam golongan siddiqin, solehin, syuhada dan hasuna ula ika rafiqa.

Taqabballahu minna waminkum

abuzorief @ sheffield
Eid Fitr Mubarak 20/9/2009 sunday
19/9/2009  sabtu

Friday, 18 September 2009

Ramadhan yang pergi...


Mungkin berjumpa, mungkin tidak ramadhan yang akan datang. Itulah keluhan yang sering kedengaran.

Umur aku yang ada sejengkal ini bukanlah ukuran yang lama untuk aku menguji kekuatan nyawa yang dianugerahkan. Esok, lusa dan tulat dan mahupun seterusnya tidak memberikan apa-apa jaminan untuk terus mengecapi udara dunia ini. Setiap manusia pasti akan mati. Itulah noktah terakhir makhluk yang bernyawa. Ada yang akhir hidupnya dengan jalan baik, husnul khatimah dan ada pula sebaliknya, su'ul khatimah. Hakikatnya, maut tidak dapat dihalang atau ditukar-ganti atau boleh dirunding, bila dan bila dan bila....

Tetapi tidak kepada Maha pencipta dan Maha Agung.

Walaupun ramadhan sering silih berganti, dari tahun ke tahun namun ramadhan tetap dimuliakan. Bahkan berlumba-lumba insan muslim lainnya membuat kebajikan, fastabiqul khairat. Berlumba-lumba untuk memenuhi janji Allah Taala. Namun dalam pada itu, insan yang sering begelumang dengan keperitan hidup, tersepit, terhimpit dik kedaifan masih berada kebuntuan hidup di antara celah-celah kehidupan dan kematian. Peritnya hidup untuk menanggung diri yang belum tahu hujung hayat bila dan bagaimana kesudahannya.

Namun mereka masih ada lagi harapan rezeki yang telah ditetapkan dan masih ada insan lain yang senang menghulurkan bantuan.

Itulah hak yang Maha pemberi rezeki, pengasih dan penyayang.

Saudara kita di Palestine yang bermandikan darah, berbuka puasa dan bersahur dengan dentuman meriam dan desingan peluru. Keadaan mereka yang berjaga-jaga dan tidak tentu arah. Kekejaman Zionist yang kemaruk kepada penaklukan dan darah muslim hanya seronok memincingkan mata menbedik senjata untuk menghemburkan butiran besi-besi racun ke arah nyawa yang sedang bertakbir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah. Berjuang kerana agama Allah. Berjuang kerana maruah dan keluarga. Berjuang kerana untuk memastikan maqasid syar'iah dipertahankan. Ramadhan bagi saudara kita ini dianggapnya sebagai bekalan kekuatan untuk pertempuran membebas Palestina dan Masjid Al-Aqsa.

Di manakah kita di saat ini... bergembira ataukah berduka mengenangkan nasib yang menimpa mereka...

Kita yang senang-lenang dan selesa dengan tidak diuji oleh kekalutan suasana hidup ini hanya berhadapan dengan kekalutan hidup sendiri. Baju raya sudah belikah atau belum?, kuih sudah buatkah atau belum?, perkakas dan perabot rumah sudah ditukar atau belum?. Semua ini adalah kekalutan nafsu yang menguasai jiwa yang sedang bertarung dengan jiwa yang hampir tenang dengan tuhannya. Jiwa yang tenang kerana menagih janji tuhannya untuk bersama-sama dengan hamba-hambanya yang terpilih dan mengharapkan untuk mengecapi syurga yang penuh dengan nikmat yang tidak terkata dan tergambar.

Datangnya ramadhan setahun sekali tetapi kita tidak mampu untuk mengabdikan diri kita kepada Allah Taala dengan sepenuhnya. Rupanya masih banyak urusan dunia yang tidak mampu ditinggalkan buat sementara waktu. Sebaliknya, amalan dan ibadah pula terpaksa ditangguhkan sementara kerana memberi ruang dan laluan kepada kehendak dan kemahuan nafsu.

Sesungguhnya Allah maha penerima taubat hamba-hambanya.

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta kamu & anak-anak kamu daripada mengingati Allah . Maka barangsiapa yang melakukan yang demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi . Dan berbelanjalah dari rezeki yang Kami kurniakan kamu sebelum mati datang kepada seseorang kamu, lalu akan berkatalah dia : Tuhanku ! Kalaulah boleh Engkau menangguhkan matiku sedikit masa lagi ,niscaya aku akan memberi sedekah , dan aku akan menjadi dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan. Dan Tuhan tiada akan memberi tangguh kepada sesuatu jiwa ,apabila telah sampai ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui terhadap segala yang kamu kerjakan "9 : 11

Aku hanya mampu menangis di dalam kekalutan hati aku sendiri, semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu...

Ameen, ameen ya Rabbal Alamin.

abuzorief @ Sheffield
18/9/2009 jumaat

Sunday, 13 September 2009

Ramadhan vs SWOT & Key Performance Indicator


Sepanjang ramadhan yang telah dilalui ini, maka sudah tentu kita tahu segala kekuatan dan kelemahan kita serta apa yang akan kita perolehi.

SWOT

Kita sudah boleh membuat penilaian prestasi amal sepanjang harian atau muhasabah yang telah dilalui. Kita juga sudah pun sedia maklum bahawa dikalangan kita mempunyai borang-borang muhasabah yang tersendiri. Semua rekod dan amalan yang akan atau telah dilakukan sebenarnya sudah boleh kita membuat ukuran secara fizikal melalui data dan grafikal statistik secara terperinci. Kita sahaja yang mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri melalui SWOT (Strength, Weakness, Opportunity and Treats) analisis yang dilakukan sendiri.

KPI

Bukanlah kita hendak menentukan berapa banyak pahala yang kita sudah dapat, semua ini kerja Allah Taala akan tetapi sebaliknya, kita hendak mengukur berapakah pencapaian amalan yang telah kita laksanakan dan kita penuhi melalui piawaian KPI atau Key performance Indicator yang telah kita tentukan di awal Ramadhan dan seterusnya.
  • What : Apa yang hendak kita buat
  • How: Bagaimana kita hendak buat
  • Where : Dimana kita hendak buat
  • Who : Siapa dan dengan siapa kita hendak buat
  • Why : Kenapa kita hendak buat

Baguskah kita atau terukkah kita, rajinkah atau malaskah kita, maka ianya boleh diputuskan bermula dari KPI yang telah kita tentukan diawalnya. Maka rajin-rajinlah audit sendiri amalan kita dengan Allah Taala mahupun sesama insan yang lain.

Semua indicator atau petunjuk-petunjuk ini adalah dari kesungguhan kita sendiri. Kalau kita ingin memperolehi sesuatu nescaya kita akan berusaha untuk memdapatkannya, melainkan kita sendiri yang tidak mahu berusaha ke arahnya.

Semoga Allah menerima amalan harian kita dan digolongkan di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Wallahu 'alam

abuzorief @ sheffield
13/9/2009 sunday

Friday, 11 September 2009

Ramadhan vs Larian terakhir...


"Ummi! kita nak buat kueh raya apa nanti". tanya anak saya kepada Umminya. "Kek Coklat, Blaa..blaa.... ", Balas umminya.

"Tadarus abah belum habis lagi ni...." kata saya.

"Weii seronoknya bulan puasa nak habis dah ni...." kata si anak kecil.

Pecutan

Inilah masa yang paling sibuk bagi mereka yang mempunyai agenda, semuanya hendak dihabiskan dengan pecutan yang tidak terhingga lajunya, semua perkara hendak dilakukan. Mana dengan persiapan makanan, kuih muihnya, Tarawikhnya, witr, Tahajjud, zikir, Tadarusnya, Dhuha, amalan fardhu dan sunat mu'akkadah, derma dan sedekah dan sebagainya ibadah dan kerja harian yang lain.


Al maklum bak kata, semuanya sibuk dan penuh agenda harian di bulan Ramadhan ini dan lebih-lebih lagi di akhir 10 malam mengejar malam lailatur Qadr.
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?.. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. (Al-Qadr: 1- 5)
Berlumba-lumba

Saya menjangkakan kita semua berlumba-lumba untuk beribadah di akhir malam yang mana ganjaran pahalanya melebihi ganjaran 1000 bulan seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah Taala. Biar pun hal keadaan kita disibukkan dengan hal seharian namun akhirnya kita bersegera pula untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah Taala. Biar pun kita diletihkan dengan urusan kerja yang saban hari tidak akan habis, namun kita masih mampu untuk menyusup buat seketika masa untuk bertadarus ayat suci Al Quran. Mampu kita untuk membilang tasbih, tahmid dan takbir kepada yang maha Esa.
 

Kerana, kita adalah hambanya....
Lailatul Qadr
 
Malam akhir yang telah digambarkan oleh Allah sebagai malam yang penuh dengan keberkatan. diampunkan segala dosa dan diangkat darjat seorang itu menjadi hambanya yang dikasihi dan paling bertaqwa.

Bagi mereka yang mengidamkan malam Lailatur Qadr ini maka mereka akan merancang agenda sepanjang harian supaya mereka tidak terlepas atau mensia-siakan malam yang penuh dengan ganjaran ini.

Namun bagi mereka yang merasakan malam akhir ini sama sahaja seperti malam -malam lain maka akan tidak diendahnya dan dibiarkan malam itu berlalu dengan perkara-perkara yang lalai dan lagha...
 
Kenapa macam biasa sahaja?. Malah kalau kita perhatikan kembali, amalan baik di bulan puasa ini banyak yang kita sia-siakan, banyak makanan yang telah kita bazirkan. Kalau diperhatikan juga, perbelanjaan di bulan puasa ini juga terlebih diluar jangkaan kita daripada bulan-bulan tidak berpuasa. Cubalah kita perincikan setiap perbelanjaan yang telah dibelanjakan. Makanan berbuka, baju baru, tirai baru, kerusi baru, cadar baru dan sebagainya. Bukannya tidak boleh semua itu tetapi biarlah di dalam pertimbangan aras kita. Perkara inilah yang diuji untuk kita lalui  dan mungkin juga sebagai penentu malam Qadr kita.

Ada juga di antara kita menjadikan malam-malam ini dengan seriusnya menyaksikan perlawanan bola sepak yang berbagai-bagai liga dan piala, mengadap wajah di papan TV sedangkan wajah kita ini perlu dihadapkan kepada Allah Taala. Kelalaian ini sehingga terabai dan terlepasnya waktu tahajjud, tasbih dan masa yang selayaknya dibesarkan keagungan Alah Taala. Adakah kita serius untuk Allah Taala?. Bukankah semua amalan itu untuk bekalan kita?. Sepatutnya, masa inilah juga kita sujud dan bersimpuh memohon keampunan di atas dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan,
 
Namun semuanya kita sia-siakan dik kerana anggapan kita yang mengatakan bahawa malam itu sama sahaja, macam malam di bulan-bulan yang lain.

Apakah sebenarnya harapan kita apabila bertemu dengan malam yang mejangkau kemuliaannya lebih mulia dari malam 1000 bulan itu?...

Adakah kita benar-benar akan bertemu dengan malam Lailatur Qadr?...

Sepantas manakah kita berlari dan memecut. Berlarilah kita selaju mungkin untuk mengutip setiap ganjaran yang telah Allah janjikan...

Adakah kita akan bersama dengan mereka yang akan mencapai hujung garisan penamat iaitu golongan orang-orang yang bertaqwa?.
Dimana kita di akhir malam ini, dan adakah kita akan berada digarisan penamat dengan capaian nombor satu?.

abuzorief @ Sheffield
11/9/2009 jumaat

Tuesday, 8 September 2009

Ramadhan vs Iman dan Nafsu


 
"Aku rimaslah, lagi-lagi buat baik, apa yang baik sangat dengan Ramadhan sampai hang suka sangat dengan dia" merungut Nafsu kepada Iman.

"Eh! kamu ni membebel tak tentu pasal ni kenapa?, Ramadhan itukan kawan aku, Aku selesa dan tenang dengan dia... dia medan beramal dan aku mampu mengaut seberapa banyak pahala yang dijanjikan oleh Tuhan aku..." kata Iman kepada Nafsu.

"Eleh!, baik?, pahala?... amal?, apa semua tu, tak payah nak buat baik, kalau baik macam mana sekali pun bukannya hang dapat apa, Ramadhan tu membuatkan hang penat, lapar, dahaga saja, itu tak boleh buat.. ini tak boleh buat... apa semua tu?, tak ada kebebasanlah..." Bantah Nafsu dengan rasa tidak puas hati.

"Itu bagi kamu, tapi tidak aku, aku suka dengan dia, dah lama aku bersama dia walaupun setahun sekali aku berjumpa, lagi lama tak berjumpa, lagi rindu aku rasakan, sedih kalau aku terpaksa meninggalkannya.." kata Iman dengan nada yang bersungguh-sungguh.

"Hang tengok aku ni, boleh mengumpat, mengadu domba, jadi batu api, bebaslah... we are free beb". Nafsu cuba menghasut Iman.

"Tak boleh semua tu, bertentangan dengan fitrah ciptaan aku..., come on lah, bersihkanlah hati kamu dengan segala sifat mahmudah, tinggalkanlah perbuatan keji tu, sanggup kamu engkar dengan tuan kamu sendiri ya!..." nasihat Iman kepada Nafsu.

Namun tak dihiraunya Nafsu dengan kata-kata Iman. Nafsu yang keras kepala, memang susah hendak dilembutkan dengan kata-kata. Tetapi Iman sangat tahu bagaimana hendak mengawal Nafsu daripada mempengaruhinya setiap detik dan waktu. Dia akan ajar Nafsu supaya kalah dengan kehendak mazmumahnya. Ya!, dengan cara berpuasa sahaja Nafsu akan kalah.

Hari-hari Ramadhan telah berlalu. Memang kedua mereka tidak mudah mengalah, dan mereka juga berlainan ciptaan. Dan mereka sanggup berperang di antara satu sama lain demi untuk mempertahankan misi perjuangan dan kefahaman masing-masing.
 
******
 
 
Iman mahu menjadi hamba yang bertaqwa kepada Rabbul Jalil. Nafsu pula sejak azali lagi sangat bantah dengan Rabbul Izzati. Dia bercita-cita untuk menjadi Amarah. Menguasai dunia yang fana ini. Keras hatinya macam batu malah lebih keras dan liat dari yang disangkakan.

Namun semua ini tidak dihiraukan oleh Iman. Kerana Iman sangat setia kepada tuhannya. Setiap kali dia terleka maka dia akan segera beristhigfar kepada tuhannya di atas kelalaian dan kealpaannya. Tuhannya amat mengasihinya. Dialah harapan tuhannya yang dapat mengalahkan si Nafsu yang sombong dan kerakusan itu.
Wahai jiwa yang tenang!... Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan asuklah ke dalam surgaKu: Al-Fajr: 27-30

Berbeza pula dengan Nafsu. Dia lebih suka bersekongkol dengan tuannya iaitu Syaitan keparat. Jalannya adalah jalan yang sesat. Tidak pernahnya hendak membawa kebaikan dan kemurniaan. Banyak fasad dan mungkar gerak-gerinya dari amal baik. Begitu senang hati dia dengan Syaitan. Kalau tidak diturutinya arahan tuannya, terasa gelisah kelakunya. Malah dia lebih arif untuk mengatur strategi tanpa bantuan tuannya.
"Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" Asy-Syam: 8-10
 
Wallahu a'lam
 
abuzorief @ Sheffield
8/9/2009 tuesday

Friday, 28 August 2009

Isu Kartika Sari Dewi Shukarno...


Pasai isu Kartika...
Kelam kabut satu negara,
Lebih-lebih lagi mahkamah kita,
Macam-macam pandangan mereka,
Ada setuju, ada bantah, ada pula tak tau apa,
Tak ketinggalan pula pembesar kita,
Acuh tidak acuh cakap mereka.

Jangan pandang sebelah mata,
Ini bukan rekaan cerita,
Tapi sudah menjadi nyata,
Satu dunia terbeliak mata..
BBC, CNN juga Al Jazeera,
Kerana dia seorang wanita,
Walau berdosa tapi setia,
Hukum Allah dia tidak terkata,
Hanya terima tanpa berkira,
Tahniah buat Kartika...
Menjadi contoh rakyat jelata.

Tapi heran lagi pelik,
Pak mudin kata tukang sebat 'elek',
Apa menteri cakap merepek-repek,
Cuba cakap molek-molek,
Ini rakyat sudah Intelek,
Jangan nampak terlalu jelek.

Rakyat muak hukum dunia,
Boleh ditawar dengan kuasa,
Hukum syariat idaman semua,
Kembalikan ia segera,
Supaya takbir seisi negara,
Hidup sempurna Allah redha...

Hukum syariat kena bertempat,
Bila sebat bukan rembat,
Kaedah sebat, jaga aurat,
Bukan untuk menyiat-nyiat,
Tapi mendidik supaya bertaubat,
Semua aspek diambil berat,
Bukan senang nak menyebat,
Baru Syariat dianggap hebat,

Jangan tangkap 'bilis' sahaja,
Tapi 'jerung' buat-buat lupa,
Jangan beralasan mereka berkuasa,
Pejam mata buat tidak apa,
Mereka lagi patut diterpa,
Contoh buruk kepada rakyat jelata,
Hukum Allah main mata,
Apakah mereka lebih berkuasa,
Dari hukum Allah Taala,
Kalau di dunia lolos tidak apa,
Tapi tidak api neraka,
Bahan bakar batu dan manusia,
Hanya untuk orang berdosa,
Bersiap sedia terjun ke sana...

Tahniah buat Kartika...
Mampu bertaubat dari berdosa,
Contoh unggul seorang wanita,
Membuka mata yang lain pula,
Lebih lagi pembesar negara,
Jangan lawan Allah Taala,
Dia adalah pencipta manusia,
Segala hukum dia cipta,
Kena ikut akur sahaja,
Menjadi hamba yang bertaqwa,
Supaya selamat hidup di dunia,
Lebih-lebih lagi diakhirat jua...
 
abuzorief @ Sheffield
28/8/2009 friday

Wednesday, 26 August 2009

Bila Ramadhan tiba...

 
Bila Ramadhan tiba...

Besar kecil tua muda,
Semua sudah cukup bersedia,
Beli kurma bertimba-timba,
katanya untuk membuat pahala,
Dibedaknya habis jiran tetangga,
Alhamdulillah berkat hendaknya...

Bila sambut Ramadhan tiba...

Riuh rendah pasar Ramadhan,
Terpekik terlolong memanggil pelanggan,
Habis semua laki-perempuan, betina-jantan,
Keluar petang cari makan,
Bersentuh tangan, punggung dan badan,
Alamak!... inikan bulan Ramadhan...

Tak pula kurangnya cari keuntungan,
Letak harga sakan-sakan,
Ada yang mahal bukan-bukan,
Macamana nak buat amalan,
Kalau begini sudah tidak tahan dugaan...
Inilah masa pekena pelanggan.

Bila sudah Ramadhan tiba...

Bukan hendak cari pahala,
Tapi membazir tidak tentu hala,
Makanan lebih bermeja-meja,
Sekadar hendak menjamu selera,
Ikutkan nafsu yang bermaharaja-lela,
Tidak ingat pula mereka yang derita,
Alah inikan sekali sekala,
katanya....

Bila sudah Ramadhan tiba...

Sembahyang tarawikh lapan saja,
Buang masa sembang pula,
Pok pek sini, pok pek sana,
Mengata orang selamba saja,
Seolah-olah bukan berpuasa,
Macam pula hari biasa,
Tidak ada rasa apa-apa,
Cuma rasa letih dan dahaga,
Hilang pahala dapat dosa...

Bila sudah Ramadhan tiba...

Baru cari Quran dimana,
Selama ini terperosok di atas para,
Penuh habuk tidak terkata,
Guna untuk Ramadhan saja,
Habis Ramadhan simpan pula,
Macamana Allah nak Redha kita,
Setahun sekali ingat dia,
Inikah dinamakan hamba setia,
Sibuk hendak syurga dia,
Tapi amalan seceput saja.

Bila Ramadhan tiba...

Tahu pula malu tdak berpuasa,
Tapi solat tinggal juga,
Sedekah sini, sedekah sana,
Nak tunjuk betapa baiknya,
Dari orang yang jaga rukunnya,
Boleh buat modal pula,
Tengok, tengok... solat pun kedekut juga,
Itulah bahan jadi cerita,
Semua orang sama sahaja...

Bila Ramadhan tiba...

Ingatlah tuan-tuan semua,
Datangnya sekali sekala,
Sebulan Ramadhan amalan dijaga,
Berlumba-lumba merebut pahala,
Ikhlaskan diri kepada dia,
Rendah diri mengharap redha,
Baru dinamakan hamba bertaqwa,
Sebagai perisai hidup di dunia,
Menanti syurga Allah Taala...

abuzorief @ Sheffield
26/8/2009 wednesday

Tuesday, 25 August 2009

Keluar memancing Anglesey, Wales... 1 Ramadhan 1430H - 22/8/2009

Anglesey, Wales

Memancing di hari pertama berpuasa adalah satu cabaran. Ia cukup mendugakan terutamanya dari aspek fizikal. 'Masalah' yang sendiri cari. Momokan dibulan puasa ini dengan mengatakan penatlah, letihlah, memang ada, its true. Maklumlah, terbayang apabila berjalan kaki ke kawasan tersebut yang mengambil masa 30 minit perjalanan mendaki dan menuruni cerun berbatu. Mengah memang tidak terkata.
 
Saya, Pak Tam dan Sukri hanya kami bertiga bertolak pada jam 12.00 malam dan bersahur di Bangor Wales dengan juadah masing-masing. Memang menyelerakan makan sahur di tepi jalan berlampukan dengan lampu jalan.
 
Selepas solat Suboh, kami pun meneruskan perjalanan dan tiba di sana jam 5.00 pagi dengan keadaan masih samar-samar atau 'rabun-rabun ayam'.

****
Excited untuk menumpaskan McKerrel yang dikatakan 'paten'nya boleh dipancing sebanyak 100 ekor atau lebih seorang memang menjadi igauan kaki pancing. Inilah 'paten' yang belum dialami oleh kaki pancing seperti saya.
 
Cadangan asal untuk kesana pada mulanya dirancang pada hari Khamis lepas, terpaksa ditunda pada hari Sabtu atas sebab yang 'tak boleh dielakkan'. Hanya saya dan Sukri saja yang tahu apa sebabnya.
"Ada berita baik, Saari telepon Mad, dia kata hari Rabu dan Khamis lepas ikan banyak..." kata Pak Tam.
 
*****

Keadaan air laut yang surut besar diawal pagi tidak mengamit seekor ikan pun untuk menerkam umpan kilat dan bulu ayam MUSTAD yang dibelinya di kedai pancing Republic Sheffield. Belum ada tuah.
 
Puas dilontar umpan dan dikaraunya beberapa kali namun masih tidak membuahkan hasil.
"Ikan puasa kot..." detik hati aku.
 
Dalam kepenatan, tiba-tiba Sukri berjaya menaikkan seekor McKerrel panjang 1 kaki 1/2 inchi. Selepas itu langsung tak berhasil.
Jam 10 pagi, air laut mula pasang dan kelihatan berombak kuat memukul batu ditebing. Tali pancing berumpan yang dilontarnya sejauh 100m perlahan-lahan ditolak ombak ke tepi. Namun seekor ikan pun tak 'teringin' untuk menjamah juadah yang disediakan.
Masing-masing keletihan dan tertidur di atas batu sehingga masuk waktu zohor, walaupun di panah oleh terikan matahari yang memacak di atas kepala, namun tidak dihiraunya sama sekali.

*****

Pertarungan semula bermula lebih kurang jam 3.00 petang. MacKerrel dah mula bertandang ketika air laut mula hendak surut kembali. Umpan diantara kami dah mula mengena.
 
Tetapi kali ini terpaksa pula betarung dengan Sea Lion yang dikatakan menjadi 'penunggu setia' di kawasan lubuk MacKerrel. Mesin spool Abu Casia Cardinal tidak mampu menumpas kelajuan Anjing laut yang sudah 'bau' kehadiran rezekinya dan dengan pantas menerkam MacKerrel dengan lahabnya dihujung mata kail.
 
"Apa boleh buat, sedekah sajale..." kata aku.
Apabila terasa saja tali berat, maka masing-masing dengan pantas sepantasnya mengarau mesin supaya tidak terlepas menjadi habuan Anjing laut tadi.
Puuuhh... penat beb, kerana terpaksa bertarung pula dengan si hamba Allah ni....
 
Tapi terasa puas.....

abuzorief @ Anglesey wales
25/8/2009 selasa

Friday, 14 August 2009

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 2009

Rohaizat dan Ust Salleh Man
Selang beberapa jam bunyi pula H/P saya dan tertera pula pengumuman Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebentar tadi umum PJ Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir - HRKHDaily

Benarlah telahan dan andaian saya mengenai kedua-dua calon ini, yang akan bertarung kerusi DUN Permatang Pasir ini.

Kematangan pengundi di kawasan kecil DUN Permatang Pauh bagi Parlimen Permatang Pauh sudah boleh dijangkakan yang akan menyebelahi kepada siapa. Penduduk di Permatang Pasir bukanlah calang-calang pengundi. Mereka bijak dan celik membuat percaturan. Mereka sudak bijak berpolitik dan fasih dengan sepak terajang politik setelah melalui ujian besar iaitu pilihanraya bagi kerusi parlimen Permatang Pauh. Kawasan ini sudah lama di'takluki' oleh kepimpinan PAS. Bagi saya agak sukar juga calon UMNO untuk menembusi tembok yang pada pandangan saya seolah-olahnya sudah ada 'sebesar' macam tembok Cina.

Walau bagaimanapun kita tunggu dan lihat...

Sekiranya PAS 'terlena' dengan keselesaan selama ini dan tidak mustahil juga 'tembok besar' ini akhirnya akan menyembah bumi.

Parti PAS dan calon DUN yang baru perlulah bijak dan berstrategi untuk mengekal kerusi supaya tidak dirampas oleh calon lawan.

Pastinya kini, penduduk di kawasan 'hujung kampung' meraikan semula perayaan yang terbesar dan disusuli pula dengan perayaan Eid Fitri Al Mubarrak...

Ahlan wasahlan, Ramadhan Karim... Allahu Akram...

abuzorief @ Sheffield
14/8/2009 jumaat

Wednesday, 5 August 2009

Siapakah kita di hati mereka?...

Jeff Ooi Chuan Aun - YB Jelutong Penang

Saya rasa cemburu kerana tidak dapat bersama dengan rakan-rakan di Malaysia dan saya hanya mengikuti perkembangan mereka dari jauh sahaja, kerana mereka sedang bergelut dan menyerahkan diri mereka di medan sebenar atau arena yang lebih praktikal dalam memperjuangkan isu Syariat Islam lebih-lebih lagi ianya sudah mula dipermainkan oleh individu non-muslim yang tidak senang dengan aktiviti-aktiviti meninggikan syariat Islam di atas muka bumi Malaysia.

Extreme vs terrorist

Bagi mereka sekiranya individu muslim itu giat dengan kerja-kerja dakwah, maka akan dicap sebagai muslim extremist. Mungkin juga mereka melabelkan extreme kerana mungkin perkataan ini bunyinya lembut sikit dari melabelkan sebagai muslim terrorist.

Mungkin juga mereka faham bahawa dengan tertegaknya Syariat Islam di Malaysia ini maka mereka sudah tidak boleh memimpin atau menjadi pemimpin di negara yang mengamalkan Syariat Islamiyyah.

Adakah ketidak-senangan mereka kerana mereka kurang faham tentang Syariat Islam sebenarnya?, atau mereka merasakan bahawa syariat Islam itu benar-benar membimbangkan mereka kerana akan menindas mereka dari sudut yang mereka faham dengan kefahaman cetek yang mereka ada.

Selama ini mungkin juga kita merasakan bahawa isu syariat ini sudah disebar-luas dikalangan masyarakat, tetapi sebenarnya kefahaman itu sebenarnya masih belum menular dan difahami secara ilmiah dikalangan mereka yang jahil dan lebih-lebih lagi yang bukan Islam.

Kerja masih banyak

Kerja kita ke arah tersebut masih jauh lagi, banyak tenaga, jiwa dan harta peru dikorbankan demi menyahut seruan ke arah mendaulatkan Malaysia untuk melaksanakan Syariat Islamiyyah sepertimana jalannya yang telah ditunjukkan atau dilakukan oleh Rasulullah dizaman beliau.

Kita inginkan keadaan dan suasana yang selamat dan sejahtera di bawah kedaulatan Syariat Islamiyyah. Tetapi adakah cukup dengan kita berpeluk tubuh saja, dan membiarkan individu yang lain melakukannya. Dalam hal ini kita kena berganding bahu dan bersama-sama dengan mereka yang lain untuk melakukan dan mengembalikan kedaulatan syariat kembali kepangkuan kita sejak dahulunya dihancurkan oleh musuh Islam di zaman Khalifah Othmaniyyah yang terakhir.

Hilang tujuan

Kita diibaratkan seperti anak ayam yang telah kehilangan ibu. Bertempiaran berlari hilang arah tujuan. Ada yang sesat dan tersasar arah tujuan. Ada yang termakan dengan pujuk rayu yang menipukan dan ada pula menjadi tali-barut kerana sanggup berganding bahu untuk sama-sama menghancurkan tunas dan bibit-bibit Syariat yang mula hendak ditegakkan. 

Dan tidak ada yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjaan amal yang soleh sambil berkata. "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepaa Allah)!" (Fussilat:33) 

Fahaman cetek

Isu Jeff Ooi bukanlah isu yang baru. Berkali-kali orang Islam diuji dan dicuba seolah-olahnya dijadikan bahan kajian oleh mereka yang cetek fahamannya tentang Islam. Malah ada juga dikalangan orang Islam sendiri yang cuba mempersoalkan kesucian Islam dan syariatnya. Malah ada pula yang sanggup menghina Rasulullah yang menjadi kekasih Allah. Mereka sanggup mempersendakan kehidupan Rasulullah yang mana kita fahami segala kehidupan Rasulullah adalah menjadi suri tauladan untuk kita contohi pula dalam kehidupan kita sekarang ini.

Bukan kita hendak melenting tidak tentu pasal dalam hal ini. Setidak-tidaknya kita menunjukkan kepada mereka bahawa syariat yang menjadi pegangan kita ini bukan syariat yang berlapikkan hawa nafsu yang direka-reka mengikut selera manusia, tetapi ianya syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah dengan sesungguhnya untuk mengembalikan kesejahteraan kehidupan manusia dan makhluk sejagat mengikut landasan yang diredhai olehnya.

Peringatan

Dalam hal ini 'ajar' perlu juga 'diajar' supaya mereka bersedia untuk menghormati hak-hak orang lain dan bukannya dibiarkan mereka 'meludah' sesuka hati mereka sahaja di muka orang-orang Islam tanpa ada rasa hormat.

Alhamdulillah, masih ada lagi insan-insan kerdil kehadapan untuk menyatakan yang hak itu adalah hak dan batil itu adalah batil. Selagi mana ada jiwa-jiwa yang sanggup mempertahankan Syariat Islam maka selagi itulah juga Allah akan menolong hambanya menyelamat agama yang suci murni ini dan diturunkan rahmat keatasnya.

Siapakah kita di hati mereka?... 

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepaamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (Al-Baqarah: 214)

Wallahu 'alam

abuzorief @ sheffield
5/8/2009  wednesday

*****

By Adib Zalkapli - Malaysian Insider

PENANG, Aug 5 — A coalition of Penang Muslim organisations today handed over a memorandum to Chief Minister Lim Guan Eng to demand the resignation of his chief of staff Jeff Ooi.

The memorandum was received by Deputy Chief Minister Mansor Othman after the group representing 27 organisations failed to meet Lim.

Some 300 members of the organisations gathered outside Komtar this morning to accompany the group leaders in submitting the memorandum.

“For us, Jeff Ooi has insulted Islam by linking syariah implementation with extremism,” said group representative Mohd Hafiz Nordin.

“We want him to apologise and resign as the chief minister’s chief of staff,” Hafiz told The Malaysian Insider.

The Jelutong MP, at a press conference last weekend, had reportedly asked for the resignation of PKR’s Mohd Razali Abdullah from the Penang Municipal Council (MPPP) for his association with an Islamic missionary organisation, JIM.

Ooi was quoted as saying that the state government should not allow a “religious extremist” in its administration as JIM’s objective is the implementation of syariah law in Malaysia.

“I was shocked with the statement. I don’t know if he was really ignorant or trying to anger the Muslim community,” said Penang JIM committee member Roslan Hashim, who was with Hafiz to submit the memorandum.

“He may have targeted JIM, but his attack has angered other Muslim groups as well,” Roslan toldThe Malaysian Insider.

He added that the state government’s objective of “promoting good deeds and forbidding evil deeds” is consistent with syariah.

JIM was formed in 1990 by PAS’s Hulu Kelang assemblyman Saari Sungib.

The organisation played an active role in the Reformasi movement after the sacking of Datuk Seri Anwar Ibrahim, which eventually resulted in Saari’s detention under the Internal Security Act (ISA).

Many JIM leaders are also active members of PKR. Its vice-president and Kuantan MP Fuziah Salleh was the first Wanita JIM chief.

Friday, 17 July 2009

Ghaflah jingga... (1)


Abu termenung sejenak memikirkan masalah peribadi yang membelenggu hidupnya selama ini.

Angin sejuk diluar bertiup menampar pipinya. Dengan lemah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghempas sepuas-puas badannya di sofa yang berada di ruang tamu.

Nak lari dari masalah bukanlah semudah yang disangka, semakin dia lari semakin gundah hidupnya dihambat dik masalah yang menguasai dirinya. Ke mana sahaja dia pergi, 'bayang-bayang' tersebut tetap mengekorinya.

"Aduhh!... Buntu!... buntu!..." lemah sahaja suara Abu.

Dia hanya mampu menumpangkan dagunya di kedua-dua tapak tangannya, berteleku di atas meja buruk yang hampir rebah tersadai disebelah kiri sofanya. Sudah habis ikhtiar dicubanya, tetapi masih tidak bertemu jalan penyelesaian. Namun dicubanya juga menahan sedaya mungkin kebuntuan ini dengan sehabis kudrat perasaan yang termampu.

"Mampukah aku bertahan lama lagi, esok lusa macam mana pulaklah nasib aku... aduhhh!" getus Abu keseorangan.

Jauh dilubuk hatinya, sudah tidak ada ketenangan hidup.

"Ghaflah!... Ghaflah!" sekali lagi Abu mengeluh.

Kepalanya terasa hendak pecah, berdenyut-denyut urat nadi ditepi kepalanya. Dia memicit-micit kepalanya yang sudah terasa berdenyut-denyut.

"Eissshhh!...." mengaduh pula Abu.

Terasa kehidupan yang dilaluinya ini kian sempit. Sesempit lubang gua yang gelap. Abu tidak tahu lagi dimana hendak mengadu. Memang disaat inilah tidak semena-mena air matanya sudah memenuhi kelopak mata. Ditahannya air mata supaya tidak mengalir keluar lagi.

"Pada kawan, usahkan kawan, waktu susah macam ni semua kawan lari..., tak apalah, apa nak buat, sudah nasib aku." bisik hati Abu.

Abu merenung ke luar sedalam-dalamnya, diperhatinya pokok bunga Mawar jirannya melentok -lentok ditiup angin, sesekali ke kiri dan sesekali ke kanan pula dan kadang-kadang tidak menentu arahnya, dia leka dan itulah juga cara dia untuk mematikan sebentar kerungsingan yang berlegar-legar di dalam benak pemikirannya.

abuzorief @ darnall
17/7/2009 jumaat

Thursday, 9 July 2009

Masih dilorong sempit, kawan


Di lorong sempit
mengamit kehadiran tetamu malam
supaya bermesra dan bermanja
kerana pesona yang dicari
terpalit jua dosa syaitan akhirnya.

Di lorong sempit
ada insan teraba-raba arah
mengelupur di lubuk biawak
seronok katanya
hitamnya kalbu, jingganya benak
kerana sudah terungkai tali hidayah

Di lorong sempit
Jauhnya serpihan cahaya
melentok-lentok sambil menari-nari
kelihatan bayang-bayang merangkak-rangkak
menuju arah taufik
disebalik rekahan syahwat
langkah dan terus melangkah
lari dan terus berlari
kerana di sana bukan lagi fatamorgana
yang menipukan dan mengkhayalkan

Masih di lorong sempit kawan?
apakah engkau tidak mengerti
bahawa dosa dan pahala
mana mungkin bercampur
mahu jalan lurus, kawan
atau mahu jalan sesat?


tak mungkin arahnya sama
dunia atau akhirat?


abuzorief @ sheffield
9/7/2009 khamis

Monday, 29 June 2009

Isu pengharaman pemakaian Burkha dan Nikaab


Should the Burkha be banned in Britain?. 
Posted by: Stephen Addison in Reuters Blog

In the wake of President Nicolas Sarkozy’s support for the burkha to be banned in France, several commentators have called for the all-enveloping gown to be outlawed in Britain too.

 
“In our country, we cannot accept that women be prisoners behind a screen, cut off from all social life, deprived of all identity,” Sarkozy said. “The burkha is not a religious sign, it’s a sign of subservience, a sign of debasement. It will not be welcome on the territory of the French Republic.”

The issue arose in Britain three years ago when Jack Straw asked Muslim women wearing veils to remove them when they visited his Blackburn constituency surgery. He called the veils a “visible statement of separation and difference.”

The Daily Express weighs in this week with a call for the burkha to be banned in Britain, a demand echoed in the Daily Mail by Saira Khan, runner-up in the first series of ”The Apprentice.”

Full article, visit http://blogs.reuters.com/uknews/2009/06/24/should-the-burkha-be-banned-in-britain/

****************
Artikel di dalam surat khabar minggu lepas yang menyentuh isu pengharaman pemakaian Burkha dan Nikaab di kalangan wanita Islam di Eropah, terutamanya di Perancis. Rata-rata masyarakat orang kulit putih di sini tidak suka dan tidak senang hati serta memberikan gambaran buruk terhadap pemakaian tersebut. Ada yang mengatakan mereka ini anti sosial, ada yang mengatakan mereka ini terrorist, ada yang mengatakan mereka ini ketinggalan zaman, ada juga yang mengatakan mereka ini sebagai kaum yang ditindas dan dizalimi hak-hak kebebasan cara berpakaian. Mereka kelihatan menakutkan kerana mereka hanya dilihat mempunyai dua biji mata sahaja. Dan macam-macam lagi gambaran yang diberikan kepada cara pemakaian tersebut. Itu kata mereka yang jahil dan tidak beriman.

Hinaan

Yang lebih membimbangkan dan amat malang sekali ialah luahan dan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut orang Islam sendiri dan juga datangnya dari pandangan scholar Muslim yang amat mengelirukan yang mengatakan pakaian tersebut tidak ada disebut di dalam Al Quran. Pakaian tersebut hanya sesuai di negara yang berpadang pasir. Pemakaian tersebut sudah kolot dan tidak sesuai di pakai di negara Eropah yang sudah maju dan moden.

Dimanakah hak kebebasan berpakaian di kalangan wanita Islam?. Kenapa hak mereka dinafikan di negara moden yang mengamalkan sistem demokrasi?.

Saya kurang setuju sekiranya ianya dijadikan isu untuk mengharamkan pemakaian seperti ini. Yang peliknya bukan orang yang memakainya merungut, tetapi orang lain pula yang kurang senang dengan pakaian tersebut. Orang lain yang memberikan pandangan dan ulasan yang mana pakaian ini ketinggalan zaman dan tidak sesuai. Mereka yang kurang senang itulah juga mereka yang memakai pakaian yang hanya menutup di bahagian yang ber'syarat' sahaja.

Fesyen

Ya!, memanglah arahan pemakaian tersebut tidak ada di dalam Al Quran, yang ada ialah suruhan menutup aurat dan juga melabuhkan tudung sehingga di bawah paras dada, tetapi sekurang-kurangnya cara mereka berpakaian tidak sedikit pun menjejaskan segala suruhan dan larangan Allah. Cara mereka berpakaian masih di dalam kategori hamba yang taat kepada suruhan Allah. Mereka menutup aurat. Kalau ia pun, anggaplah mereka memakai pakaian yang berfesyen di kalangan fesyen pakaian yang lain. Bukankan fesyen ini yang lebih dihormati kerana tidak mendedahkan susuk tubuh mereka yang menarik.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah meeka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau perempuan (sesama Islam) mereka, atau hambasahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung (Surah An-Nur:31)

Bendung maksiat

Bagi saya, cara mereka berpakaian, sedikit pun tidak mengganggu orang lain. Tidak ada lelaki-lelaki yang bermata liar yang boleh melihat susuk tubuh wanita seperti mereka. Malah mereka mampu membendung gejala maksiat yang berpunca dari pemakaian yang salah dan tidak selari dengan syariat Islam.

Satu ketika di zaman sahabat , di mana seorang wanita Islam yang ditarik tudungnya oleh puak-puak Yahudi. Maka dengan segera pemuda-pemuda Islam menyerang perbuatan keji puak Yahudi tadi yang tidak senang dengan pemakaian tudung wanita muslimah tersebut.

Pernah juga berlaku di zaman Khalifah Muktasim dimana seorang wanita Islam diganggu oleh puak-puak Byzantine yang berada jauh dari pusat pemerintahan Khalifah. Tetapi berita ini sampai juga kepada Khalifah. Maka dihantar surat amaran kepada Raja Byzantine ketika itu supaya jangan lagi mengganggu atau mereka akan dihantar tentera Islam yang ramai untuk menghancurkan seluruh kekuasaan yang ada.

Jiwa sakit

Perlu diingat, bahawa semua perkara yang baik ada sahaja ianya tidak disenangi oleh mereka yang hati dan jiwanya sakit. Lemas di dalam kekuasan nafsu syahwat dan syaitan yang menjadi dalang utama kerosakan hati, akal dan jiwa.

Sepatutnya mereka yang ber'bogel' itulah menjadi isu pengharaman. Mereka telah mengundang banyak masalah sosial di dalam masyarakat. Mereka telah mengalakkan banyak institusi pelacuran, zina, masalah anak luar nikah, pergaulan yang terlalu bebas di antara lelaki dan wanita, tidak lagi mengenal yang mana satu perbuatan waras manusia atau binatang kerana hilangnya perasaan segan dan malu dalam diri sendiri.

Wanita yang hilang jati dirinya akan menjadi bahan ekploitasi kaum lelaki yang ada kepentingan dan agenda tertentu. Bukankah Rasulullah telah membebaskan dan mengembalikan hak-hak kemuliaan itu kepada wanita. Wanita perlu dihormati.

Kalaulah akal yang Allah Taala berikan ini tidak digunakan mengarah kepada ketaatan dan ubudiyyah kepada Allah maka sudah pasti syaitan yang akan menuntun seluruh hati dan akal manusia supaya menderhaka kepada Allah. Mengajak manusia ke lembah kehancuran dan kelemasan nafsu syahwat. Yang akhirnya, pandangan tersebut ialah pandangan yang tidak berlapikkan syariat dan suruhan Allah Taala.

Atau apakah belum jelas bagi orang-orang yang mewarisi suatu negeri setelah (lenyap) penduduknya?. Bahawa kalau kami menghendaki pasti kami siksa mereka kerana dosa-dosanya dan kami mengunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran). (Surah Al 'Araf:100)

Sekian

abuzorief @ darnall
29/6/2009 isnin

Saturday, 20 June 2009

Rasulullah dalam mengenangmu


Rasulullah di dalam mengenangkanmu

 Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Zahirkan ingatan

Pernahkah kita bertanya bagaimana hendak menzahirkan ingatan kita kepada Rasulullah?...

Saya berfikir sejenak....

Bagi saya cara yang lazimnya dilakukan untuk menzahirkan ingatan kepada Rasulullah ialah dengan cara memperbanyakkan selawat ke atas beliau. Membaca seerah perjuangan yang banyak memceritakan keterlibatan Rasulullah dalam usaha untuk mengembangkan Islam dari kalangan sahabat terdekat, keluarga, sahabat sekeliling dan juga kaum serta umat Islam keseluruhannya. Mendengar ceramah, tazkeerah dan majlis tentang kehidupan Rasulullah yang dapat melembutkan hati kita betapa mulianya kehidupan dan keperibadian Rasulullah.

Apa yang penting ialah menzahirkan segala kefahaman kita melalui perlakuan dan tindakan harian berpandukan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Rasulullah di hati

Saya suka mendengar lagu Rasulullah di dalam mengenangkanmu di dalam kereta apabila berseorang sementara menghabiskan masa memandu pergi atau pulang dari lokasi kerja yang mengambil masa berjam-jam. Senikata lagunya ada nilai kalbunya yang tersendiri. Ia membawa saya mengimbau tentang sejarah hidup Rasulullah. Kekuatan lirik lagu ini telah menyebabkan air mata saya bergenangan tanpa disedari. Kalau hendak ikutkan, saya sukar mengeluarkan air mata, tetapi dengan lagu ini ianya berjaya menumpaskan 'manik-manik' jernih di mata saya.

Lagunya berjaya mengambarkan betapa kasih dan sayangnya Arrasul kepada kita semua. Betapa susahnya beliau hendak membina dan mendidik umatnya sehingga kini. Beliau terpaksa bertarung dengan nyawa sendiri dan membelanja harta dan kesenangan hidup demi untuk umatnya. Betapa agungnya hati rasulullah kerana setiap kerja buat beliau walau di dalam detik mana sekalipun, bagi beliau hanyalah satu iaitu semata-mata memikirkan umatnya, ummati!, ummati!.

Ummati!...

Kenapakah Rasullullah mesti berluka dengan sebab lontaran batu oleh penduduk taif dan berdarah tubuh badan dan muka kerana berdepan dengan perang dan perlakuan puak yang tidak menyenangi kehadiran risalah tauhid yang di bawa oleh Rasulullah?. Namun usaha beliau adalah untuk Allah dan juga menyelamatkan umatnya dari dihunjam ke dalam api neraka yang menyala-nyala yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Hebatnya keperibadian Rasulullah memang tiada tandingan. Rasulullah menyantuni semua golongan manusia. Rasulullah tidak pernah memarahi keluarga, sahabatnya malah sama sekali musuhnya. Pernah satu hari Rasulullah dilontarnya dengan najis binatang dan kotoran-kotoran yang menjijikan. Kalaulah kita ditempat beliau, maka menanglah nafsu amarah kita sehingga kita tidak dapat mengawal lagi keadaan marah diri kita.

Apalah sangat usaha kita mempertahankan iman dan taqwa kita sendiri berbanding hebatnya usaha Rasulullah untuk membendung kesahihan iman dan keharmonian taqwa umatnya di dunia ini. Kalau kita hanya memikirkan nafsi-nafsi tetapi tidak pada rasulullah, ummati!, ummati!.

Namun apa yang difikirkan sepanjang kehidupan beliau dan yang hanya terkeluar dari mulut manis beliau ialah, Ya ummati... ya ummati.... sebelum menghembus nafas akhir beliau.


Akhir hayat

Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita semua.

abuzorief @ sheffield
20/6/2009 sabtu