"Ummi! kita nak buat kueh raya apa nanti". tanya anak saya kepada Umminya. "Kek Coklat, Blaa..blaa.... ", Balas umminya.
"Tadarus abah belum habis lagi ni...." kata saya.
"Weii seronoknya bulan puasa nak habis dah ni...." kata si anak kecil.
Pecutan
Inilah masa yang paling sibuk bagi mereka yang mempunyai agenda, semuanya hendak dihabiskan dengan pecutan yang tidak terhingga lajunya, semua perkara hendak dilakukan. Mana dengan persiapan makanan, kuih muihnya, Tarawikhnya, witr, Tahajjud, zikir, Tadarusnya, Dhuha, amalan fardhu dan sunat mu'akkadah, derma dan sedekah dan sebagainya ibadah dan kerja harian yang lain.
Al maklum bak kata, semuanya sibuk dan penuh agenda harian di bulan Ramadhan ini dan lebih-lebih lagi di akhir 10 malam mengejar malam lailatur Qadr.
Berlumba-lumba
Saya menjangkakan kita semua berlumba-lumba untuk beribadah di akhir malam yang mana ganjaran pahalanya melebihi ganjaran 1000 bulan seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah Taala. Biar pun hal keadaan kita disibukkan dengan hal seharian namun akhirnya kita bersegera pula untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah Taala. Biar pun kita diletihkan dengan urusan kerja yang saban hari tidak akan habis, namun kita masih mampu untuk menyusup buat seketika masa untuk bertadarus ayat suci Al Quran. Mampu kita untuk membilang tasbih, tahmid dan takbir kepada yang maha Esa.

Kerana, kita adalah hambanya....
Lailatul Qadr
Malam akhir yang telah digambarkan oleh Allah sebagai malam yang penuh dengan keberkatan. diampunkan segala dosa dan diangkat darjat seorang itu menjadi hambanya yang dikasihi dan paling bertaqwa.
Bagi mereka yang mengidamkan malam Lailatur Qadr ini maka mereka akan merancang agenda sepanjang harian supaya mereka tidak terlepas atau mensia-siakan malam yang penuh dengan ganjaran ini.
Namun bagi mereka yang merasakan malam akhir ini sama sahaja seperti malam -malam lain maka akan tidak diendahnya dan dibiarkan malam itu berlalu dengan perkara-perkara yang lalai dan lagha...
Kenapa macam biasa sahaja?. Malah kalau kita perhatikan kembali, amalan baik di bulan puasa ini banyak yang kita sia-siakan, banyak makanan yang telah kita bazirkan. Kalau diperhatikan juga, perbelanjaan di bulan puasa ini juga terlebih diluar jangkaan kita daripada bulan-bulan tidak berpuasa. Cubalah kita perincikan setiap perbelanjaan yang telah dibelanjakan. Makanan berbuka, baju baru, tirai baru, kerusi baru, cadar baru dan sebagainya. Bukannya tidak boleh semua itu tetapi biarlah di dalam pertimbangan aras kita. Perkara inilah yang diuji untuk kita lalui dan mungkin juga sebagai penentu malam Qadr kita.
Ada juga di antara kita menjadikan malam-malam ini dengan seriusnya menyaksikan perlawanan bola sepak yang berbagai-bagai liga dan piala, mengadap wajah di papan TV sedangkan wajah kita ini perlu dihadapkan kepada Allah Taala. Kelalaian ini sehingga terabai dan terlepasnya waktu tahajjud, tasbih dan masa yang selayaknya dibesarkan keagungan Alah Taala. Adakah kita serius untuk Allah Taala?. Bukankah semua amalan itu untuk bekalan kita?. Sepatutnya, masa inilah juga kita sujud dan bersimpuh memohon keampunan di atas dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan,

Namun semuanya kita sia-siakan dik kerana anggapan kita yang mengatakan bahawa malam itu sama sahaja, macam malam di bulan-bulan yang lain.
Apakah sebenarnya harapan kita apabila bertemu dengan malam yang mejangkau kemuliaannya lebih mulia dari malam 1000 bulan itu?...
Adakah kita benar-benar akan bertemu dengan malam Lailatur Qadr?...
Sepantas manakah kita berlari dan memecut. Berlarilah kita selaju mungkin untuk mengutip setiap ganjaran yang telah Allah janjikan...
Adakah kita akan bersama dengan mereka yang akan mencapai hujung garisan penamat iaitu golongan orang-orang yang bertaqwa?.
Dimana kita di akhir malam ini, dan adakah kita akan berada digarisan penamat dengan capaian nombor satu?.
abuzorief @ Sheffield
11/9/2009 jumaat

No comments:
Post a Comment