Wednesday, 20 October 2010

Coretan kota Beirut (10)

Sorotan akhir...

Peluang untuk melihat sendiri keadaan kehidupan mereka dirasakan sebagai satu mimpi yang menjadi kenyataan. Kalau hendak masuk dan melihat sendiri ke dalam kawasan kem ini memang sukar lebih-lebih lagi saya adalah asing di kawasan ini. Tetapi dengan bantuan dari Palestinian Association for Human Rights dan Al Zaytouna Center for Studies and Consultations, maka urusan ke kem pelarian ini begitu mudah.

Sebelum ini kalau mendengar sahaja cerita kem pelarian Palestin, apa yang dapat dibayangkan ialah khemah-khemah kain atau kanvas yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Malah melalui sorotan yang dipapar di muka TV pun kebanyakkan khemah-khemah pelarian adalah dari jenis kain atau kanvas sahaja dan tiada penyediaan kemudahan asas seperti air dan sistem pembuangan najis yang bersistem dan teratur.

Syarikat perunding saya pernah dipelawa oleh seorang Architect untuk melibatkan diri di dalam projek pembinaan kem pelarian di Malaysia. Sebelum itu, katanya, beliau juga telah dibawa melawat kem Pelarian yang telah siap dibina di Australia yang dikatakan mematuhi piawaian antarabangsa. Untuk pembinaan kem tersebut perlu mematuhi guideline, piawai dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR). Rekabentuk dan pembinaan hendaklah mematuhi beberapa guideline seperti Good Engineering Practise for refugees camp, UNHCR’s Handbook for Emergencies and/or Sphere’s Humanitarian Charter and Minimum Standards in Disaster Response, Protection of refugees women, Sexual violence against women and children in Refugees camp, UNHCR, Environmental Guidelines, 1996 ed. dan lain-lain garis panduan yang telah ditetapkan.

The UNHCR guidelines stipulate an area of 900,000m² for a camp for 20,000 people. This provides a recommended 45m² per person which includes a plot for vegetable gardening. However, once the space stipulated as necessary for fire-breaks, non-residential buildings and buffer zones between shelters is taken into account, the 45m² quickly starts to disappear. Neither Sphere nor UNHCR give any numeric guidelines for how much area should be taken up by all the non-residential buildings – schools, clinics, warehouses, administration offices and community centres. (The UNHCR handbook provides a general guideline but no actual square metreage.) If a camp of 20,000 refugees grows by 4% a year then it would take nine years (just two years more than the average lifespan of all camps) for the theoretical average family to grow from five members to seven members and the total population to grow to 29,605. If in year one the average land area per person in the camp follows the UNHCR guideline of 45m², by the end of the ninth year this area of land per person will have been reduced below the minimum to 32m². The area within a family shelter per person will have been reduced from the UNHCR minimum of 4.5m² to 3.2m². If just one square metre of that space is taken up by tools or materials storage for a home-based enterprise, then the area for shelter is reduced almost to the point where the refugee or IDP lacks even sufficient space to lie down and sleep.[Challenging camp design guidelines by Jim Kennedy]

Kem Shatila sudah melangkau jangka waktu dan masa yang lama. Bermula dengan khemah-khemah kain sehinggalah bertambahnya populasi penduduk yang ramai di dalam satu kawasan ini. Sempadan kawasan kem ini tidak boleh dibesarkan lagi walaupun berlaku pertambahan penduduk. Jadi, mereka mengambil risiko yang tinggi untuk membina penginapan secara bertingkat-tingkat. Pembinaan sebegini mengundang bahaya dan ancaman berisiko tinggi. Bangunan penginapan yang berda ditengah-tengah tidak mendapat sinaran matahari dan kelihatan gelap walaupun di siang hari. Struktur bangunan yang tidak mengikut spesifikasi akan menyebabkan malapetaka runtuhan. Maka ini akan mengundang bencana secara serius dan lebih teruk lagi dari siri-siri pembantaian beramai-ramai di dalam sejarah gelap bumi Shatila pada tahun 1982.
 


Saya setuju dengan konsep rekabentuk ecology system dan energy saving yang dicadangkan oleh Philip Amstislavski, School of Architecture, Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, NY yang lebih menampakkan friendly environmental system and installation. Namun semua ini memerlukan dana kutipan yang besar untuk melaksanakannya.
 





Design of Refugee settlements: Developing ecologydriven approach by Philip Amstislavski, School of Architecture, Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, NY
Pemasangan kabel-kabel elektrik yang tidak teratur, berselirat dan bersambung-sambung di sana-sini lebih bahaya dan mudah berlakunya kejutan elektrik terutamanya kepada kanak-kanak yang berada di kawasan tersebut. Laluan kabel yang sepatutnya tidak disekalikan dengan laluan paip air juga kelihatan di sana-sini. Bekalan air bersih yang dirawat juga sukar diperolehi. Boleh dikatakan air yang disalur kepada mereka adalah air yang masih berasa masin dan kurang dirawat. Mungkin juga tidak pernah dilakukan pembaikan berkala (maintenance). Kelihatan jelas karat-karat di paip besi. Siapakah dikalangan mereka yang akan hirau dengan pemasangan yang mengundang bahaya sedemikian itu. Secara jelasnya, kehidupan mereka diibaratkan melukut di tepi gantang.


Semua faktor-faktor di atas secara tidak langsung akan menyumbang kepada masalah kesihatan secara tidak disedari. Dari masalah penyakit kronik sehinggalah kepada masalah bio-genetik yang akan mengambil masa yang lama untuk dihidapi. Kalau tidak terjadi kepada mereka sekarang mungkin akan terjadi kepada generasi yang akan datang.

Wallahu 'alam, sekian

abuzorief @ beirut
uk2beirut2010

Tuesday, 19 October 2010

Coretan kota Beirut (9)

Shatila Refugees Camp, Beirut

Kekejaman regim Israel telah menghambat mereka keluar dari tanah air sendiri. Kehidupan mereka di tanah air sendiri amat sukar dan sengaja dijadikan susah oleh puak-puak zalim keparat ini. Mereka terpaksa keluar dari tanah air dengan hati yang berat dan sedih. Siapa yang tidak merasa sedih berpisah dengan sanak-saudara dan kampung halaman yang selama ini merupakan tempat perlindungan diri dan keluarga tercinta. Namun semua kebahagian dirampas dengan sekelip mata oleh puak-puak Zionist yang tidak berhati-perut.

Saya dibawa ke kem pelarian Shatila yang berada tidak berapa jauh dari bandar Beirut. Terkenang kembali saya kepada lirik lagu nyanyian Allahyarham Zubir Ali - Balada seorang gadis kecil di atas kejayaan yang pernah dicapainya sebagai Pencipta Lagu Terbaik pada Pesta Lagu Malaysia 1983.



Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil.mp3
Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina




Sejarah pembunuhan beramai-ramai secara membabi buta yang berlaku pada rakyat pelarian Palestin telah tidak mengira anak-anak kecil, wanita muda dan tua serta orang-orang yang lemah ditembak dengan begitu kejam.

Peristiwa kejam ini dilakukan oleh pengganas militia Arab Kristian Phalangist yang lengkap bersenjata sambil dibantu oleh pasukan tentera ganas Zionis Israel (Israeli Defense Force, IDF) mengempur masuk pada 15 September 1982 ke kawasan khemah pelarian Palestin Sabra dan Shatila.

Tentera ganas Zionis Israel (IDF) mengambil kesempatan di atas kemarahan bangsa Arab Lebanon beragama Kristian atas pembunuhan Presiden Lebanon Bashir Gemayel pada 14 September 1982. Pejuang PLO telah dituduh sebagai merancang dan penyebab kematian Presiden Lebanon ketika itu yang katanya berada di khemah pelarian ini. Maka pihak IDF telah mengapi-apikan kemarahan puak Phalangist. Inilah juga peluang keemasan mereka (IDF) untuk menakluki Beirut Barat. Kejadian pembunuhan ini berlaku dengan cepat diantara 35 hingga 45jam sahaja.

Namun manusia yang mereka tembak itu sedikit pun tidak memiliki senjata api untuk mempertahankan diri sendiri. Menurut wartawan akhbar British The Independent, Robert Fisk telah menganggarkan nyawa 2,000 orang awam pelarian Palestin telah terkorban. Tetapi jumlah sebenarnya kematian adalah samar dan tidak diketahui dengan tepat. Semua ini dijadikan kenangan sedih linangan air mata darah betapa manusia zalim Israel sanggup memperlakukan sedemikian rupa.

Bila saya menjejak sahaja kaki di tanah Shatila ini, perasan qalbu menjadi hiba apabila dapat melihat dengan mata sendiri betapa keadaan kehidupan mereka yang agak 'tenat' kesan dari pembantaian kejam. Kini, lagu peristiwa hitam 17 September yang saya dengar di sekitar tahun 80an, kini benar-benar menjadi kenyataan. Dahulunya khemah-khemah mereka daripada  kain kanvas, kini khemah mereka didirikan bangunan batu bata yang tidak stabil. Hampir 30 tahun berlalu sejak kejadian pembunuhan.  Saya sudah menjejak kaki di sini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa sukarnya kehidupan mereka berbanding mereka yang bersenang-lenang hidup diluar sempadan 'penjara sedih' Shatila.



Kelihatan anak-anak kecil comel yang belum lagi mengerti apa itu kehidupan sebenarnya. Mereka kelihatan bermain-main dan sambil mengerling ke belakang ke arah saya  dengan pandangan yang agak hairan. Mungkin manusia berbangsa saya ini tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Tetapi mereka tidak sedikit pun peduli dengan kedatangan saya. Saya mengambil peluang mengusap-usap kepala mereka dan mencuit-cuit pipi mulus mereka... sayang saya kepada mereka seperti anak-anak saya  sendiri. Malah, mereka sebaya dengan anak-anak saya... tetapi mereka anak pejuang... anak-anak para syuhada. Malah, mereka mewarisi semangat juang bapa, datuk dan saudara-saudara mereka yang lain. Mereka mempunyai hati yang kental. Sedari awal lagi mereka sudah hidup susah dan menderita. Mungkin dengan kehidupan sebegini akan membuatkan mereka lebih ‘keras kepala’ untuk membebaskan tanah air mereka yang dirompak oleh regim-regim Zionist yang terlaknat. Saya  percaya di dalam hati mereka tersimpan cita-cita untuk membebaskan tanah-air yang dirampas oleh puak-puak Israel.


bersambung...

abuzorief @ beirut
uk2beirut2010

Coretan kota Beirut (8)

12 Oktober 2010, Isnin 

9.30am - Kami dibawa melihat (office tour) pejabat dan suasana kerja di Al Zaytouna Center oleh Dr Mohsen.


10.45am - Mengikuti sambungan siri Kuliah yang disampaikan oleh Dr Mohsen bertajuk The Zionist Movement & The Israeli Entity



12.45pm - Berhenti solat

1.15pm - Kuliah seterusnya bertajuk The experience of Palestinian resistance



3.00pm - makan tengahari dan bersurai



13 Oktober 2010, Selasa

4.30am - Check-out

6.00am - Berlepas dari airport Rafiq Al Hariri, Beirut dengan 1001 kenangan dan pengalaman.

bersambung...

abuzorief @ beirut
uk2beirut2010

Monday, 18 October 2010

Coretan kota Beirut (7)

11 Oktober 2010, Isnin

8.30am - Bersarapan sebelum bertolak ke Al Zaytouna untuk mengikuti training for trainer course tentang isu Palestin.

9.00am - Tiba di Al Zaytouna Center, suasana di ruang lobi, terdapat puluhan buku-buku terbitan al-Zaytouna. Amat menarik dan meng'asyik'kan apabila memandang.



9.30am - Program dimulakan dengan pengenalan mengenai al-Zaytouna. Kemudian, training course di sampaikan oleh Dr. Mohsen M. Saleh, general manager al-Zaytouna. Topik yang diberikan adalah Land of Palestine, Al-Quds dan People of Palestine. Talk Dr. Mohsen sangat komprehensif, berfakta dan disusun dengan logik.


1.30pm - Bersolat dan kami disaji dengan makanan Arab untuk makan tengahari.

5.00pm - Training ditangguhkan dan akan bersambung esoknya.

6.30pm - Di waktu petang, berjalan-jalan di Hamra, Beirut dan bertemu dengan Syamer Abo Fakher di Internet Cafe, beliau ialah rakyat Palestin dan seorang solidariti Palestin, Pemuda yang bersemangat. Beliau menunjukkan sebuah buku From Beirut to Jeruselam (Dr. Ang Swee Chai) -
http://www.inminds.com/from-beirut-to-jerusalem.html


8.30pm - Dr. Mohsen, Hassan Ibhais dan Abu Toriq turut bersama-sama makan malam bersama kami di Assaha Restaurant. Restoran tersebut sangat besar (seperti sebuah castle) dan dapat memuatkan seramai 1000 orang dalam satu masa. Sebahagian profit yang diperolehi, disalur terus kepada anak-anak yatim.


Restaurant Assaha, Beirut






bersambung...

abuzorief  sheffield
uk2beirut2010

Coretan kota Beirut (6)

10/10/2010 Ahad

8.15am - Program hari ini ialah ke Mlita tourist attraction place dan sempadan Palestin-Lubnan.

9.40am - Kami bersarapan di pekan Saida (40 min dari Beirut) dan bertemu dengan Abu Hisyam (Palestinian Association for Human Rights) di sini dan beliau akan menjadi pemandu arah kami ke sana...




Sepanjang jalan direntang dengan gambar-gambar Presiden Ahmedi Nijad yang akan datang ke Beirut pada 14/10/2010, Imam-imam syiah dan gambar-gambar syuhada' perang Syiah. Sepanjang laluan ke sana, kelihatan bangunan-bangunan didirikan semula dan ada peninggalan bangunan-bangunan yang pecah diserang regim Israel pada 2006. Kerajaan Iran merupakan penyumbang kepada pembinaan jalanraya-jalanraya di selatan Lebanon manakala Kerajaan Kuwait pula penyumbang kepada pembinaan bangunan di Selatan Lebanon.


11.00am - Tiba di Mlita Tourist Landmark one of tourist attraction places yang berada di puncak gunung. Mleeta adalah puncak tertinggi di selatan Lubnan yang merupakan antara 2 kubu kuat Hizbullah yang tidak pernah tewas kepada Israel. Tempat tersebut menempatkan bangkai kenderaan dan tank tentera Israel yang berjaya dimusnahkan (kebanyakannya dari perang 2006) dan peralatan ketenteraan Hizbullah serta terowong-terowong rahsia. http://www.bbc.co.uk/news/10152082 & http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5iEvdYayGgGg49uF0zJ_WDd8sg7CQ



1.00pm – Kami mengerjakan solat jamak di surau yang telah disediakan dan bertolak seterusnya ke destinasi lain iaitu sempadan Lubnan-Palestin di bahagian selatan Lubnan.

1.30pm – Kami berada di check/post point askar Lebanon untuk pemeriksaan passport dan Alhamdulillah, Allah memudah urusan kami dan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Selatan tempat pertempuran sengit puak Hisbullah – Israel pada tahun 2006.



1.45pm - Kami dibenarkan berhenti di perhentian pengawasan UN dibawah tentera Indonesia dan memerhatikan betapa rakusnya regim Israel merampas tanah-tanah pemilik rakyat Palestin. Mereka juga bercerita tentang kes tembak-menembak pada 3/8/2010 di antara tentera Israel dengan tentera Iubnan di sempadan berhadapan dengan tempat perhentian kami.



Sempadan Lebanon dipisahkan oleh jalan milik Regim Israel (Tanaman hijau adalah tanah Palestine)

Kubu tentera Israel di sempadan Lebanon/Palestine

2.45pm – Tiba di destinasi seterusnya iaitu Bint Jbeil di sempadan lubnan – Palestin. Terdapat Iranian Garden di perkampungan kecil - Marwan Al Ras yang terletak di kawasan ini.



Pandangan dari Marwan Al Ras (Lebanon sebelah kanan dan Palestine di sebelah kiri)


3.10pm – Singgah makan tengahari di Kedai Syiah, Restaurant At Tahrir.




3.45pm – Bertolak balik ke Beirut yang mengambil masa selama 3 jam dan lebih kurang 110km perjalanan.

8.30pm – Tiba di hotel dan Alhamdulillah telah selesai menamatkan aktiviti untuk hari kedua.

bersambung...

abuzorief  @ sheffield
uk2beirut2010

Sunday, 17 October 2010

Coretan kota Beirut (5)

Diari perjalanan UK2Beirut2010

8 Oktober 2010, Jumaat

10.11am - 4 orang wakil delegasi telah bertolak ke Beirut dari Manchester, Manakala 2 orang lagi bertolak dari London dan 2 orang lagi bertolak dari Damascus (by bus).






9.32pm – Tiba di Airport Lanarca, Cyprus dan bergegas pula ke bahagian connecting flight. Iternerinya, kesemua flights Cyprus Airway perlu transit di Larnaca, Cypus sebelum ke Beirut. Kami dari Sheffield missed connecting flight ke Beirut. Kerana flight dari Manchester delay 1 jam 10 min (asalnya 2pm tetapi jadi 3.10pm). Connecting flight dari Lanarca ke Beirut pula yang sepatutnya pukul 10.05pm diawalkan 35 mins. Sepatutnya pihak agensi memaklumkan terlebih dahulu tentang perubahan masa tetapi tidak dimaklumkan sebaliknya. Bukan kami sahaja yang terpaksa bermalam di Lanarca, malah ada 3 orang lagi penumpang menerima nasib yang sama. Kami terpaksa bermalam di hotel Lanarca, Cyprus.


9/10/2010, Sabtu

4.00am - Bertolak ke Airport Cyprus dan tiba pada jam 6.00am. Semasa checking hand carry luggage, salah seorang dari kami telah dipanggil dan diminta mengeluarkan wang berjumlah GBP2000.00 dan dibelek-beleknya kesemua helaian wang GBP tersebut, sekali lagi Allah memudahkan urusan dan dilepaskan tanpa banyak soal-siasat.



6.40am - Tiba di Airport Rafiq Al Hariri Beirut dan disambut oleh Bro. Abu Thoriq dengan Mercedes C220 dan terus ke Ewa Hotel and Apartment di Rouche (Rawsha).

7.30am - Bro. Hassan Ibhais, Pegawai perhubungan Al Zaytouna Center for Studies & Consultantations, menyerahkan Iteneri program. Program pada hari pertama ialah menyampaikan sumbangan derma di institusi-institusi terpilih dan melawat kem pelarian Palestin di Beirut.



8.15am - Bertaaruf dan menyampaikan sedikit tazkeerah iaitu tujuan dan niat kita semua datang ke sini. Antara peringatannya adalah untuk melaksanakan amanah dan Misi penyerahan kutipan dari sumbangan orang ramai untuk mangsa pelarian Palestin yang berada disini melalui NGO lubnan yang bertauliah yang mengendalikan projek-projek sumbangan di sini. Dan pengiraan semula jumlah kutipan sebanyak GBP16,000.00.



8.30am - Pihak Al Zaytouna menyediakan sarapan pagi iaitu Roti Croissont berbagai jenis perisa (Herb, Salty Butter dan Chocolate). Alhamdulillah...

9.00am – Bertemu Bro Wael A. Saad dan Abu Toriq dan mereka akan bersama kami sepanjang program hari ini. Bro Wael A Saad adalah warga Palestin yang pernah mendiami dan membesar di kem pelarian Al Badewi dan beliau berasal dari Palestin. Kini beliau adalah researcher dan penolong kepada Dr Mohsen Salleh (Pengarah Al Zaytouna Centre).


9.00am - Kami melawat pejabat Humanitarian Relief for Development of Society (Al Ghawst) untuk menyampaikan sumbangan (terima kasih kepada yang menyumbang) berjumlah £13,000 (untuk 2 projek). Kami disambut oleh Bro Muhammad Mahmoud Maarouf, Ahmed Ibrahim dan beberapa orang kakitangan sukarelawan Al Ghawth. Bro. Muhammad Mahmoud Maarouf adalah seorang Jurutera Civil, manakala Bro. Ahmed Ibrahim adalah seorang Chemist. General manager Al Ghawth ialah Bro. Talal Hussein Mustapha dan beliau tidak dapat bersama kami kerana ada urusan lain.



12.00pm - Kami bertolak pula ke pejabat Palestinian Association for Human Rights (Witness), pejabat yang terletak di Beirut, Comiche Al Mazraa, Riviera Bldg, 10th Floor dan disambut oleh Bro Mahmoud Al Hanafi, dan beberapa staff yang lain. Sesi penerangan mengenai isu-isu Palestin dan peranan mereka bertindak sebagai legal action for Refugees. Bro Mahmoud Al Hanafi adalah seorang Exercutive Manager untuk WAFHR manakala Bro. Mohammad K. Shouli atau Abu Hisyam adalah Public Relation Officer, warga Palestine yang berasal dari West Bank Palestin.




1.30pm - Bro. Mahmoud Hanafi, Bro. Mohammad K. Shouli, Bro. Wael dan Bro Abu Toriq mengiringi kami ke kem pelarian Palestin Shatila. Sabra dan Shatila terletak berdekatan dengan sempadan Bandar Beirut. Perjalanan kami kesana mengambil masa 20 minit dari Rouche. Keadaan kehidupan pelarian amat menyedihkan serta memberi keinsafan. Syukur kehadrat Allah taala atas segala nikmat yang kita peroleh selama ini.


3.45pm – Bertolak balik ke penginapan dan selesai menamatkan sesi pada hari ini sepertimana yang telah dijadualkan. Semakin banyak teka-teki yang bersusun di kotak pemikiran dan insyaallah akan cuba meleraikan persoalan ini bersama mereka sebelum balik ke UK.

bersambung...

abuzorief @ sheffield
uk2beirut2010

Coretan kota Beirut (4)

Ujian akhir


8/10/2010 - Semalaman, saya tidak boleh tidur nyenyak. Di malam itu juga, semua anak-anak saya muntah-muntah tanpa sebarang sebab dan punca. Panik dan risau saya memikirkan kejadian yang datang dengan tiba-tiba.

"Takanlah food poisoning kot... Along, kakak, adik... mai sini, makan ubat ni..." Saya segera memberi mereka Ibuprofen dan selebihnya saya hanya mampu bertawakal kepada Allah.
Dalam hati ini, adakah ini ujian terakhir dari Allah sebelum saya melangkah keluar. Sementelah anak-anak saya telah tidur, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi, saya masih lagi menghabiskan 'sisa-sisa atau saki-baki' tugasan dan kerja yang masih belum selesai dan memikirkan apakah lagi yang belum beres. Menyambung kerja-kerja yang tidak selesai amat memenatkan, lebih-lebih lagi kalau ianya ditinggalkan begitu lama, maka bertambahlah beban dan masalah yang 'merawit-rawit'. Diibaratkan, apabila hendak memulakannya kembali, seolah-olah seperti hendak menarik seekor lembu yang tidak mahu berjalan. .

"Uufffh!... dah pukul 2.30 pagi.." Awal pagi sebelum bertolak, saya kena menghantar anak-anak ke sekolah. Sekali-sekala saya terjaga dari tidur dan segera memerhatikan anak-anak yang sedang tidur dengan nyenyaknya.  

"Insyaallah, tak demam kot..." bisik hati kecilku sambil meletakkan tangan di dahi dan tengkok anak-anak.

Perjalanan bermula



Perjalanan ke Beirut ini dimulakan dengan doa safar dan doa tawakal. Seawal lagi, hajat ini telah ditancap dengan niat dan azam kerana Allah Taala.

"Dan mengapa kami tidak akan bertawakal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami dan kami sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang yang bertawakal berserah diri." [Surah Ibrahim (12)]

Moga-moga Allah memudahkan segala urusan dan memberikan saya taufik dan hidayah yang sebaik-baiknya. Kerana urusan ke sana bukanlah urusan untuk bersuka-ria, misi makan angin atau melancong untuk melihat negara orang. Tetapi matlamat utama adalah untuk menyampaikan sumbangan derma orang ramai untuk dimanfaatkan oleh pelarian Palestin di sana. Ini adalah amanah orang ramai yang mesti diselesaikan. Sumbangan ini amat-amat dinantikan oleh warga Palestin di sana. Mereka amat memerlukan bantuan dari kita semua.

Setengah orang berkata kalau hendak melakukan kerja yang baik-baik, perlulah melalui 'jalan-jalan' sukar. Walau bagaimanapun katanya, semua itu ada benarnya bagi saya....  

"Ya! aku membenarkan akan kebenarannya." bisik hatiku.

Peristiwa hijrah Arrasul dijadikan penuh pengiktibaran dan pedoman. Peristiwa yang penuh dengan nilai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah serta kecerdikan Rasulullah sebagai kekasih Allah. Langkah biarlah tersusun dengan gerak dan aturnya. Apa kerja sekalipun mestilah dirancang dari awal dan dilakukan dengan bersungguh, azam kemudian bertawakal, dengan kesudahannya, berserah kembali kepada Allah Taala di dalam apa jua urusan.

bersambung...

abuzorief @ sheffield
17/10/2010
uk2beirut

Saturday, 16 October 2010

Coretan kota Beirut (3)



Bumi Palestin di dalam Al Quran

Saya menyelak semula helaian surah At Tin yang banyak menerangkan kedudukan dan kelebihan tentang Negara Palestin. Saya meneliti pula kitab tafsir Fizilal Al Quran dan Tafsir Ibnu Kathir kerana ia sangat sesuai untuk dijadikan rujukan, dan saya juga cuba mencari kitab-kitab terjemahan yang lain. Semakin banyak mencari dan mendalami ayat ini barulah terbuka gambaran dan tahu serba sedikit tentang isi surah yang diturunkan.

"Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi penyayang. Demi (buah) Tin dan (Buah) Zaiton. Demi Gunung Sinai dan demi negeri (Mekah) yang aman ini. Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya. Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?. Bukankah Allah hakim yang paling adil?" [Surah At-Tin 1-8]


Allah bersumpah dengan nama-nama buah Tin, Zaiton serta Gunung Sinai dan Negeri aman iaitu Makkah. Gunung Sinai adalah tempat di mana Nabi Musa 'Alaihissalam mula mendapat panggilan Ilahi. Negeri aman atau Baladil amin pula adalah merujuk kepada Makkah yang merupakan Kiblat umat Islam selepas Masjid Al Aqsa. Buah Tin yang dimaksudkan merujuk kepada pokok Tin di Syurga, daunnya digunakan oleh Nabi Adam dan Hawa untuk menutup aurat, dan ada juga dirujuk kepada pokok Tin yang muncul di atas gunung di mana kapal Nabi Noh yang berlabuh di atas gunung tersebut. Manakala buah Zaiton pula dirujuk kepada gunung Tur Zaita di Jeruselam atau Jeruselam itu sendiri atau ada juga merujuk kepada cerita bilamana burung merpati membawa ranting pokok Zaiton kepada Nabi Noh yang menandakan tanah yang ditenggelami itu telah pulih dan subur kembali (Tafsir Fizilal Quran). Semua pokok-pokok ini mudah tumbuh di negeri yang penuh barakah sepertimana yang telah diwahyukan.

Selang masa yang ada, saya membelek-belek dan menyelak-yelak ringkas buku bertajuk "The Middle East in The Twentieth Century - Dr. Muhammad Abdul Jabbar Beg" dan beberapa panduan tentang negara yang akan saya lawati itu termasuklah 'menjelajahi' lebuhraya maklumat (internet) mengenai Palestin dan Lebanon melalui carian Google. Tidak kenal maka tidak cinta. Mungkin itu pepatah yang paling tepat untuk mengenali seseorang atau sesuatu.

Pencerobohan Palestin satu perancangan jahat

Al Aqsa mesti dibebaskan oleh kita semua. Zionist Israel mesti diberi tekanan hebat sama ada berbentuk fizikal, emosi mahu pun kecerdikan akal fikiran. Kaedah perjuangan di fasa alaf ini ialah menekan emosi pihak Israeli supaya tidak melakukan tindakan sesuka hati mereka. Tingkah laku mereka mesti diberi fokus dan agenda pemerhatian oleh umat seluruh dunia. Tetapi negara-negara Islam dan kesatuan OIC tetap berdiam diri, tunggu dan lihat. Kita perlu bersatu dalam satu ummah dan menangani satu perkara bersama-sama. Kalau negara-negara dunia masih berkira-kira dan tidak sanggup untuk menekan Israel, biarkan insan-insan kerdil dan terpilih ini memberikan tekanan kepada mereka. Biar mereka sedar, bahawa masih ada manusia yang sedar, insaf dan mengambil peduli, mahukan keamanan dan mempertaruhkan nyawa dan harta untuk membantu insan yang dizalimi dan dinafikan hak mereka di negara mereka sendiri.

Saya memetik kata-kata Pengerusi AQSA Syarif melalui perutusannya yang ke-4 kepada Sukarelawan AQSA2GAZA yang sedang bersiap ke al-Arisy dari Latakia, Syria pada 14 October 2010 Khamis lalu iaitu "Dunia terus menunggu apa yang akan berlaku selepas ini. Perhatian dunia ini sangat penting untuk kita meruntuhkan kepungan seterusnya, kepungan si penjajah Israel itu. Ada perumpamaan, ketika tikus-tikus bermuktamar bagaimana untuk memastikan agar pergerakan kucing mendapat perhatian. Mereka berdebat alangkah baiknya kalau ada loceng di leher kucing. Kehadiran kucing akan mendapat perhatian seluruh tikus-tikus yang ada. Soalannya, siapa yang berani menyangkutkan loceng ke leher kucing. Kini di leher negara penjajah Israel itu sudah ada loceng. Penduduk dunia mula memerhati perangai buruk mereka. Anda antara yang berjaya menyangkutkan loceng itu. Pahala anda tidak sedikit di sisiNya insya Allah."

Sejarah terus membuktikan bahawa British dan Amerika, melalui perang dunia pertama adalah punca utama pencabulan hak kemanusiaan ke atas negara Palestin. Mereka telah merancang sekian lama dan terus mengambil kesempatan di atas kejatuhan kerajaan Khalifah Othmaniyyah. Habis dipunggah ranap dengan lahapnya kedaulatan negara-negara Islam yang berada dibawah naungan kerajaan Othmaniyyah. Dibahagi-bahagikan tanah milik umat Islam ini sepertimana 'pecahan-pecahan kek' atau cebisan-cebisan daging kepada 'anjing-anjing gila' yang menanti habuan.

Perancangan jahat...

Perancangan mereka adalah perancangan bersama secara tersusun dan berstrategi dengan puak Zionist yang bergerak di seluruh dunia melalui idea asal penubuhan negara Israel (Der Judenstadt) oleh Theodor Herzl sehinggalah kepada penubuhan World Zionist Organization 1897. Semasa perang dunia pertama, James A. Balfour seorang British Foreign Secretary telah mengutus surat bertarikh 2 November 1917 kepada Lord Rothschild untuk menyokong inspirasi puak Zionist dan surat ini kemudiannya menjadi Deklarasi Balfour (Balfour Declaration). Surat ini telah menjanjikan sebuah tanah air Israel di negara Palestin. Zionist begitu 'sabar' dan teliti di dalam perancangan dan mempunyai hasrat yang rakus untuk memiliki dan membentuk negara Israel secara haram.


Akhirnya Jerusalem telah dimiliki oleh mereka pada 9 Disember 1917 melalui Kesatuan Kebangsaan Arab (Alliance of Arab Nationalist) dan British force yang diketuai oleh Edmund Allenby. Sehinggalah dengan kesudahan kepada kerajaan Othmaniyyah kehilangan keseluruhan tanah air Palestin malah tanah-tanah naungannya yang lain pada Oktober 1918. Maka, berlakulah siri-siri kemasukan pendatang haram Israel dari seluruh pelusuk Eropah dan Russia melalui projek Aliyah (dalam bahasa Hebrew atau projek Aliyot atau immigration project) dan juga pembantaian kejam beramai-ramai rakyat Palestin untuk memastikan mereka menjadi majoriti di negara Palestin.

Sehingga kini, lihatlah apa yang telah British dan Amerika lakukan ke atas tanah Palestin. Tidak pula berlaku ke atas negara jajahan mereka yang lain. Perangai jahat mereka merobek-robek tanah Palestin dianggap sungguh biadap. Sikap bersekongkol mereka dengan regim Zionist dianggap sungguh zalim. Mereka memberi ruang dan lesen yang besar kepada regim Zionist supaya puak-puak ini boleh mencabul hak kemanusiaan rakyat Palestin, mengenakan undang-undang yang 'pelik' ke atas rakyat Palestin, merampas tanah air penduduk Palestin, memisahkan tanah dan halaman rakyat Palestin, memisahkan ahli keluarga dan sanak saudara serta membunuh ahli keluarga-keluarga Palestin, menghalau rakyat Palestin dari tanah air mereka, menyekat pergerakan dan kerja harian rakyat Palestin yang selama ini menjadi sumber rezeki dan mengganggu serta menyukarkan hal-hal pendidikan dan persekolahan anak-anak Palestin. Dan bermacam-macam lagi penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin. Semua kerja jahat mereka ini adalah semata-mata untuk menguasai tanah air Palestin.

Bayangkan sekiranya ini terjadi pada negara kita dan segala hak-hak kita di negara sendiri dicabuli, dizalimi dan dinafikan oleh puak penceroboh dan manakala, negara-negara kuasa dunia hanya berdiam diri sahaja. 

Persoalannya...

Persoalannya kenapa perlu membebaskan negara palestin dan apakah kelebihan dan keistimewaan,ya kepada kita semua?
  1. Palestin adalah tanah yang diberkati oleh Allah Taala.
  2. Palestin adalah tanah yang suci untuk umat Islam.
  3. Palestin adalah tanah yang didiami oleh nabi-nabi dan rasul-rasul.
  4. Palestin adalah tanah Israa
  5. Terletakkanya Masjid Al Aqsa yang menjadi Qiblat pertama orang-orang Islam
  6. Sebagai tanah Mahsyar (gathering) dan Manshar (coming from earth)
  7. Sesiapa yang tinggal disana dianggap sebagai Mujahid dan Murabit
  8. Memilik tanah Palestin adalah satu kejayaan.
bersambung...

abuzorief @ sheffield
16/10/2010
uk2beirut 

Friday, 15 October 2010

Coretan kota Beirut (2)



Sorotan pertemuan dengan team AQSA2GAZA Land Convoy ke GAZA Palestin

Alhamdulillah, saya sempat meraikan sahabat-sahabat dari AQSA Syarif Malaysia pada 18/9/2010 di kota London United Kingdom. Tidak sangka pula saya dapat berjumpa dengan mereka di bumi British yang mana kita ketahui ketika itu telah menjadi trustee, agen dan tulang belakang kejatuhan tanah Palestin ke tangan Zionist Israel.

Sebahagian mereka bukanlah asing bagi saya. Kalau menyoroti sejarah lampau, salah seorang mereka adalah naqib saya ketika usia remaja, teman usrah seusai saya tamat ijazah pertama dan bila mana berjinak-jinak berguru dengannya untuk mempelajari silat Petir, kesan parut pukulan buah petir masih 'melekat' dibibir, tapi sayang seribu kali sayang buah-buah silat yang diajarnya pudar ditelan usia dan zaman, dan kami sama-sama bergiat aktif di dalam program-program NGO yang diadakan di Pulau Pinang. Malah semua wakil AQSA2GAZA adalah 'ahli keluargaku'.


Kini, mereka adalah insan-insan istimewa yang terpilih untuk menyertai sukarelawan ke GAZA melalui Misi Land convoy to GAZA di bawah misi VP5AQSASyarif VIVA Palestina Malaysia-Aqsa Syarif.

Kejayaan pertama Aqsa Syarif Berhad menghantar wakil-wakilnya melalui Misi laut Mavi Marvara yang berpengkalan di Istanbul Turki semakin diidami oleh semua. Kebetulan peristiwa tembakan dan pembunuhan ke atas kapal Mavi Marvara itu akan tetap dikenang kerana ia berlaku pada tarikh kelahiran saya. Mereka telah menaikkan semangat dan azam saya untuk terus melakukan apa sahaja untuk membebaskan Baitul Maqdis, Aqsa Syarif tercinta. Tidak semua orang dapat menjadi insan pilihan istimewa ini. Semua ini adalah ketentuan dan pilihan takdir ilahi. Siapa sangka dengan susunan perancangan ini. Kalau kita merancang dengan baik tetapi Allah sebaik-baik perancang. Itulah Allah yang maha hebat berkuasa.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan." (Surah At Taubah :20)

Teruslah berdoa supaya kita juga menjadi pilihan istimewa ini. Bekerja untuk agama Allah akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah Taala.

bersambung...

abuzorief @ sheffield
15/10/2010
uk2beirut-mkp

Thursday, 14 October 2010

Coretan kota Beirut (1)



Persiapan
 
Selama ini saya hanya mampu berdoa untuk pejuang dan penduduk palestin setiap kali selepas solat fardu. Kalau ditanya perasaan kemanusian saya, memanglah sedih mengenangkan penderitaan hidup mereka. Mereka tidak pernah merasa bahagia, aman dan selesa seperti keadaan kita sekarang ini, sejak puluhan tahun tanpa pembelaan serius dunia atau Negara polis. Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak mahu mengalah, mereka terus bertahan dan melawan apabila ditindas, dibunuh, didera, ditangkap dan dipermainkan oleh puak zionist.

Kini saya sedar, bahawa perjuangan dan intifadah mereka telah menaikkan semangat saya. Jauh daripada itu, disebabkan sikap 'keras kepala' mereka terhadap Zionist, tanpa mengambil sikap mengalah dengan rejim Zionist, maka isu Palestin ini terus tetap hangat dan membara dan dirasai seluruh dunia termasuk kesannya pada diri saya sendiri. 

"Macamana, dah kemas ke belum..." tegur rakan seperjuanganku.

"Emmm... Belum lagi, tapi sikit-sikit tu adalah... Tidak ada sangat barang-barang yang nak dibawa... bawa ringkas-ringkas dan yang perlu saja... insyaallah hari khamis ni bolehlah berkemas apa yang patut..." balasku sambil-sambil mengimbau perihal Palestin semasa zaman remaja.

Dunia sendiri...

Lazimnya di zaman remaja, bila mendengar cerita Palestin, terbayang bahawa itu adalah isu Arab dan tanah Arab dan pergaduhan sesama sendiri. Di awal mempelajari sejarah Arab pun bermula dengan perkelahian di antara suku kaum, puak atau bangsa. Apakah perlu saya mengambil kisah dengan mereka yang berperang dan bergaduh sesama sendiri?. Atau mungkin kaedah pembelajaran di sekolah perlu diubah supaya mengenali bangsa Arab disudut emosi yang lebih ilmiah.


Dahulu, apabila keluarnya berita atau cerita tentang peperangan antara mereka, maka saya bersikap, hanya mengambil tahu dengan sambil lewa sahaja. Tidak pernah hendak bertanya, mengambil kisah, tidak ada sikap peduli, memahami dan mendalami penderitaan mereka yang berlaku sejak sekian tahun malah puluhan tahun. Mungkinkah itu yang dinamakan zaman remaja, zaman tidak peduli..., seronok dengan dunia sendiri?

Bahkan, tidak ada pula mana-mana NGO, media massa atau golongan parti politik yang berusaha mengenengahkan isu ini dengan sebaik mungkin dan berterusan ketika itu. Memahamkan rakyat jelata supaya isu ini mesti berada di arus perdana masyarakat kerana ianya ada kaitan dengan isu kemanusiaan, keagamaan dan kedaulatan. Bukannya lagi menjadi isu pertelingkahan bangsa Arab, tanah Arab dan kedaulatan Arab. Perasaan keakuan atau nafsi-nafsi dikalangan pemimpin Islam telah banyak merugikan kedaulatan dan keselamatan Islam. Sebaliknya, ianya terus-menerus menjadi perbuatan zalim, rakus dan tamak haloba dengan hasil perancangan jahat mereka (Zionist) yang berusaha sejak ratusan tahun, mengenepikan segala perjanjian dan akhirnya mengambil kesempatan terancang itu dari lemahnya kedaulatan pemerintahan Islam, menumbang dan tertumbangnya kerajaan khalifah Othmaniyyah.

Perlu disedarkan kembali, bahawa isu ini perlu disuburkan kembali (intifadah) dikalangan kita dan diberi nafas jihad supaya dengan semangat, azam dan kefahaman yang benar sahaja yang dapat meraih kembali kesatuan ummah manusia dan khususnya ummah Islam dan terus-menerus menangani isu sejagat ini dengan kadar yang segera dan berterusan.

Ujian...

Seminggu sebelum saya bertolak ke Beirut, berbagai rintangan dan ujian terhadap keluarga sendiri yang terpaksa saya tempuhi. Terasa hendak kalah dengan ujian yang dihadapi. Namun di hening pagi hari, saya berusaha untuk mengisi qalbu dengan berzikir dan membaca Al Mathurat serta bertadabbur dengan ayat-ayat suci kalam Allah untuk menenangkan hati dan perasaan yang berkecamuk dengan ujian silih berganti yang dikatakan menjadi asam garam dan pahit maung kehidupan dunia.. Tanpa disedari, air mata semakin penuh membasahi kedua-dua kelopak mata dengan tiba-tiba, bila melalui beberapa baris ayat. Suara bacaan saya semakin tersekat-sekat dan sebak. Entah kenapa begitu sensitif sekali perasan dan qalbu ketika itu.

Mungkinkah ini ujian yang mesti saya lalui dan perlu dirasai sendiri...?. Atau adakah ini kesan dari doa yang sekian lama dipohon...?. Saya hanya pasrah kepada ketentuan ilahi.

Namun, kalau dibuat perbandingan, ia tidaklah seberapa berbanding dengan peristiwa yang mereka hadapi.  Puluhan tahun mereka mengalami cengkaman-cengkaman jahat dan zalim tanpa peri kemanusian.

Saya tahu siapa diri saya dan saya juga tahu siapa yan mencipta diri saya ini. Saya masih bertuah menghirup udara segar, jauh dari hiruk pikuk desingan peluru senapang M16 atau letupan bedilan peluru meriam atau jerkahan rakus manusia zalim Zionist keparat. Malah bersyukur dengan kehidupan saya yang jauh lebih baik berbanding dengan rakyat Palestin di negara 'neraka'. Kesian, mereka yang menjadi pelarian asing di negara sendiri malah juga di negara asing...

"Aku masih tidak mampu menghadapi ujian-ujian yang besar... " bisik hati kecilku.

"Ya Allah janganlah engkau menguji aku dengan ujian-ujian yang tidak mampu aku tanggung. Aku amat takut sekali sekiranya akidah, niat dan hatiku tergoncang dengan ujian-ujian yang semakin hebat."

Dari ujian kesempitan harta, kesehatan diri dan keluarga dan begitu juga ujian getir hidup yang lain, yang mana tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus menyumbang bakti melalui kudrat tenaga, kesehatan dan harta yang tidak seberapa.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:286)

Malu..

Saya berasa malu apabila dikisahkan dengan kisah burung-burung kecil yang membawa air diparuh, berusaha bersungguh-sungguh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim, kerana katanya kalau tidak kita yang melakukan, maka siapa lagi..., begitu juga burung-burung ababil yang berjaya meleburkan usaha Abrahah dengan tentera bergajahnya yang hebat untuk memusnahkan Kaabah Baitullah.


Semakin tebal niat di hati maka semakin tebal ujian yang terpaksa ditempuhi dan diharunginya. Insyaallah, saya akan cuba sedaya-upaya untuk menenteramkan hati supaya ia tidak mematahkan semangat dan azam untuk meneruskan hajat ke tanah Lubnan yang suatu ketika dahulu menjadi medan pertempuran sengit di antara rakyat Islam Lubnan dengan tentera Israel yang zalim. Di sana juga terdapat banyak kem-kem pelarian rakyat Palestin yang tidak diberi perhatian serius dan diurus dengan baik oleh kerajaan Lubnan.

Kenapa ke Lubnan?...

Bersambung...

abuzorief @ sheffield 
14/10/2010, khamis 
uk2beirut 8 - 13/10/2010

Thursday, 7 October 2010

Untukmu Al AQSA...


Lewat semalam aku berteleku di atas sejadah,
Bertasbih sambil berduka...
Bukan mengenangkan nasib sendiri,
Tetapi lebih kepada saudaraku di sana...
Di mana?...
Nun di sana...
Oooh! Al Aqsa tercinta
Ya!...

Bodohkah aku kalau aku berduka kerananya...

Ketika aku berhadapan di depan Baitullah,
Terkenang pula aku pada Al Aqsa mulia...
Jiwa aku semakin merasa resah..
Tidak tenang...
Bila bersendirian pasti....
Manik-manik jernih mengalir terburai,
Terbayang lambaian sayu Al Aqsa mulia...

Al Aqsa masih dijajah...
Angkara manusia laknat dan biadap,
Anak-anak syuhada siapakah membela..
Kaum tua dan hawa menjadi mangsa durjana...
Pemudanya yang gagah tidak pernah jemu dan kecewa,
Membaling batu dan apa sahaja,
Itulah senjata yang ada pada mereka,
Bukan M16, AK atau mortar roket launcher...

Namun, diluar tingkap sana...
Kita mampu melihat sahaja,
Menonton mereka semacam aksi drama trailler,...
Paling mampu hanya mengeleng kepala,
Mungkin terpacul berkata,
Kesiannya mereka,

Jauh di sudut hatiku,
Resah kerana tidak berbuat apa...
Persoalannya?,
Kenapa aku menjadi penonton sahaja,
Kenapa aku tidak membantu mereka,

Al Quran semakin mendesak aku rupanya,
Ruhku sudah pasti tidak mampu bersuara..
Malah apalagi berkata apa-apa...
Malu tidak berbuat apa-apa...

Aku menangis kerana tidak mampu...

Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan..
Ya Allah berilah hambamu ini keikhlasan...

abuzorief @ sheffield
khamis, 7/10/2010