Pages

Tuesday, 2 April 2013

Kisah rumah usang itu...



Rumah usang itu...

Apakah masih diharap 'rumah' usang itu,
Lagak mahu menyembah bumi,
 'Atap' yang bocor,
'Dinding' yang sudah kopak,
'Letrik' yg litar pintas,
'Paip' airnya ketirisan sana-sini,
'Lantai' yang pecah,
Kalu mahu direpair pun,
Agak mahal belanjanya,
Hampir sahaja dengan 'rumah baru' itu,

'Rumah' usang itu...

Apakah masih diharap nostalgianya?
Apakah ia masih bagus keadaannya?
Apakah menjamin keselesaan?
Apakah indah mata memandang?
Apakah masih selamat didiami?
Apakah masih kukuh dan kuat?

'Rumah' usang itu...

Sedangkan kita semua idamkan,
'Rumah' baru yang selesa,
Lebih terjamin,
Lebih kukuh dan teguh,

Harap melindungi,
Ahli keluargaku di masa hadapan.

Selamat mengundi PRU13... 

abuzorief @ seberang jaya
2/4/2013, selasa

3 comments:

  1. Rumah usang itu ada nostalgianya
    tempat aku lahir
    dan jatuh bangun di situ.

    Rumah usang itu akan tetap begitu
    selagi mak dan abah ada.

    Rumah usang itu hanya akan tetap ada di situ
    hinggalah ia menyembah bumi
    dengan sendirinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks IM, rumah usang itu adalah parti politik yg semakin menyembah bumi...

      Delete
  2. Tapi 'rumah' usang yang dimaksudkan itu ialah 'rumah' usang yg memusnahkan penghuninya sendiri...

    ReplyDelete