Sekarang topik perbualan hangat ialah tentang pilihanraya. Ada yang seronok, bersemangat, teruja dan tidak ketinggalan juga ada yang cemas, risau, bimbang dan panik. Kenapa agaknya mereka yang berperasaan sebegini?.
Ramai yang bertanya,
- Bilakah hendak bubarkan Parlimen?
- Bila PM hendak bubarkan Parlimen?
- Bila hendak pilihanraya?
- Agak-agaknya kerajaan yang memerintah sekarang ini boleh menang ke?
- Pembangkang boleh dapat ke.. dapat 2/3 majoriti kerusi di parlimen
- Siapakah yang akan jadi PM yang baru?
- Bolehkah pembangkang memerintah Malaysia?
- Bolehkah pembangkang melunaskan janji-janji mereka?
- Bolehkah pemerintah negara sekarang mendapat tempat dihati rakyat?
- Benarkah janji pemerintah itu ditepati seperti slogan mereka Janji ditepati?
- Ataukah baru sekarang ini baru mereka menepati janji-janji yang telah dijanjikan?
- Atau hanya hendak menunjuk-nunjuk kepada rakyat jelata bahawa merekalah membela rakyat?
- Kenapa bila pilihanraya sahaja kena buat janji dan ambil berat masalah rakyat?
- Kenapa YB-YB baru nampak muka?
- Kenapa bila menang selepas pilihanraya susah sangat rakyat hendak jumpa, malah kena buat temu-janji dengan mereka?
- Bukankah mereka kena berkhidmat kepada rakyat?
- Kenapakah rakyat pula kena menagih simpati dari YB-YB yang telah mereka pilih?
- Dan berbagai-bagai lagi pertanyaan yang menyemakkan akal fikiran yang susah hendak diduga...
- Lagi lama memerintah lagi banyak harga barang naik...
- Lantaklah apa nak jadi...
- Pangkah saja siapa pun
- Ok saja, tak yah tukar...
- Semua sama saja...
- Buat apa nak gaduh-gaduh...
- Pembangkang ni kacau saja...
- Harga barang naik, tapi tidak ada kena mengena dengan aku pun...
- Alah!, baru sikit saja harga barang naik, dah nak melompat tak tentu pasal...
Kita dikehendaki berfikir secara waras di dalam membuat segala pilihan, demi untuk masa depan negara. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia tidak melatah tidak tentu hala untuk memilih calon idaman mereka bagi mewakili parti kecintaan mereka. Kematangan, terdidik, beretika dan waras adalah faktor yang menunjukkan kita sebagai rakyat yang 'merdeka'.
Jauhilah calon parti yang banyak membuat makar, rasuah, menyeleweng dan sebagainya walaupun didalam masa yang sama mereka ini banyak membuat jasa dan kebajikan. Walhal sepertimana yang kita ketahui, membuat jasa dan kebajikan itu hanya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat jelata demi merealisasikan hajat mereka. Inilah kaedah yang telah digunakan oleh Qarun dan Firaun demi untuk berkuasa dan memerintah.
Kaedah piliharaya kita ialah dengan kaedah memenangi kerusi Parlimen ala Westminster Parlimentary system [1]. Hanya ada dua parti besar sahaja akan bertanding walaupun ada parti-parti 'serpihan' atau Parti Bebas yang turut bertanding. Tetapi akhirnya mereka yang parti 'serpihan' ini pasti kena buat keputusan untuk memihak kepada siapa.
Pilihanraya ini memberikan kita hak bebas untuk memilih. Bukannya boleh dipaksa, dibeli, dirasuah, dihelah, bahkan bukannya budaya mengikut-ikut siapa yang kuat dan berkuasa sepertimana di dalam cerita hindustan. Mungkin, sesetengah mereka yang kuat dan berkuasa itulah yang banyak membuat kerosakan atau kemusnahan. Apakah itu yang menjadi calon favorite kita?
Pastinya lagi dengan kaedah pilihanraya berpartai ini memerlukan sokongan yang berbentuk puak atau berkumpulan. Salah satu puak mesti menang untuk memerintah. Jadinya, rakyat mesti memastikan parti mana yang lebih bertanggungjawab menjaga kedaulatan agama dan berkebajikan rakyat jelata. Bukannya parti yang telah rosak dengan amalan kerja, korupsi, boros, gagal menjaga imej peribadi dan negara dan tidak 'menganak-tirikan' syariat Islam yang merupakan agama rasmi negara di dalam perlaksanaan pemerintahan negara. Atau, kebajikan rakyat hanya bermusim sahaja, dan jauh sekali untuk berlaku adil kepada rakyat semua kerana lebih menjaga suku-sakat dan kroni sahaja.
Selamat mengundi PRU13...
bersambung...
Nota:
[1] Westminster system http://en.wikipedia.org/wiki/Westminster_system
abuzorief @ seberang jaya
jumaat 15/3/2013, 9.30pm
Tak payah fikir bila. Buat tension jer..
ReplyDeleteBuat je kerja mana yang semampu boleh.