Pengembaraan
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Al Mulk [67] : 15)
Bak kata pepatah, 'jauh berjalan luas pengalaman'. Ia juga merupakan salah satu dari proses untuk menuntut ilmu dan mencari keyakinan dan kekuatan diri supaya lebih beriman tentang betapa agungnya Allah Taala terhadapa segala ciptaannya. Melihat, mendengar dan meneliti segala rahsia ciptaan Allah (tadabbur) merupakan peringatan dan pengi'tibaran, khususnya untuk diri sendiri supaya kita sentiasa berada di dalam golongan hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya.
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. Ghafir [40:82]
Muka bumi Allah yang terbentang luas dengan berbagai kejadian dan ciptaan serta bencana yang berlaku sudah cukup memberikan tanda akan kebesarannya. Namun, dikehendaki juga kita untuk sentiasa melihat dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman, pengajaran dan i'tibar supaya kita sentiasa dekat dengan Allah yang Maha pencipta dan Maha berkuasa. Betapa kita amat memerlukan Allah di setiap urusan kehidupan kita.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Al-Baqarah [2:164]
Bangunan vs Senibina
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. Saba [34:13]
Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) Ghafir [40:36]
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Sad [38:37]
Bangunan dengan senibina Gothic peninggalan generasi Roman lampau tersergam indah walaupun ia sudah kian lama di mamah zaman. Tetapi kalau hendak dibandingkan dengan kesenian Islam yang terdapat di bangunan dan segala sudut-sudut binaan yang telah ditinggalkan seperti Istana Al Hambra, Masjid Cordoba dan Masjid-masjid di beberapa tempat di Spain dan Turki amat jauh lebih halus seninya berbanding dengan seni khat Gothic pada bangunan gereja dan Istana yang dibina di zaman Roman Costantinople atau seakan dengannya. Betapa binaan ini banyak dipengaruhi oleh kemajuan tamadun dan agama yang dianuti.
Masjid Cordoba, Spain
Sehingga kini, bangunan ini dijaga cermat dan rapi oleh pihak berkuasa majlis perbandaran untuk tujuan tarikan pelancong supaya mereka dapat menghayati kehalusan senibina dan senireka bangunan yang begitu unik dengan ukiran dan khat.
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Al-Fajr [89:7]
Tidak tergambarlah pula saya apabila tanah Spain atau Andalusia yang satu ketika dahulu telah menjadi Empayar Islam Andalusia yang agung bertukar menjadi sepi dan ketandusan cahaya dan syiar Islam yang mana suatu ketika dahulu ianya telah menjadi kota kebanggaan orang-orang Islam. Kini, bangunan masjid ternama seperti Masjid Cordoba telah ditukarnya menjadi gereja dan Aya Sophia dijadikan muzium. Maka terpalit juga rasa marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas rumah Allah ini.
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Al-Fajr [89:7]
Tidak tergambarlah pula saya apabila tanah Spain atau Andalusia yang satu ketika dahulu telah menjadi Empayar Islam Andalusia yang agung bertukar menjadi sepi dan ketandusan cahaya dan syiar Islam yang mana suatu ketika dahulu ianya telah menjadi kota kebanggaan orang-orang Islam. Kini, bangunan masjid ternama seperti Masjid Cordoba telah ditukarnya menjadi gereja dan Aya Sophia dijadikan muzium. Maka terpalit juga rasa marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas rumah Allah ini.
Hagia Sophia, Turki
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Al-Hajj [22:45]
Tragisnya, kehancuran empayar Islam Andalusia telah mengakibatkan hilangnya 'mutiara' Islam yang telah lama bertapak dan banyak bangunan-bangunan masjid telah bertukar menjadi gereja dan muzium.
Banyak bangunan-bangunan gereja yang besar dan tinggi-tinggi dan telah mengambarkan kepada saya betapa kuatnya amalan kristian kuno dan bencinya mereka kepada Islam sehingga mereka mampu untuk melakukan tindakan sedemikian rupa untuk menlenyapkan entiti dan syiar Islam yang terdapat dibangunan tersebut.
Tragisnya, kehancuran empayar Islam Andalusia telah mengakibatkan hilangnya 'mutiara' Islam yang telah lama bertapak dan banyak bangunan-bangunan masjid telah bertukar menjadi gereja dan muzium.
Banyak bangunan-bangunan gereja yang besar dan tinggi-tinggi dan telah mengambarkan kepada saya betapa kuatnya amalan kristian kuno dan bencinya mereka kepada Islam sehingga mereka mampu untuk melakukan tindakan sedemikian rupa untuk menlenyapkan entiti dan syiar Islam yang terdapat dibangunan tersebut.
- Adakah semasa pemerintahan Islam, gereja-gereja dirampas dan dimusnahkan?
- Adakah tindakan mereka mengambil-alih masjid itu juga bertujuan untuk menghina umat Islam?...
Amat sukar untuk melihat syiar Islam di sana. Malah lebih sukar lagi untuk mencari bangunan masjid atau musolla untuk berhenti menunaikan solat wajib di negara tersebut. Mungkin juga saya tidak serius untuk mencari di mana bangunan masjid berkubah terpasak di atas bumi negara ini.
Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Ash-Shuara [26:128]
Melihatkan kepada keadaan yang ada, maka agak masih 'jauh' lagi untuk Islam bertapak kembali dan berkembang sendirian di kota Eropah ini.
"Mungkin juga orang lain akan berkata sepertimana kata-kata saya di atas tadi... dan akhirnya kita hanya berkata-kata dan tidak ada seorang pun untuk melaksanakannya... "
Grote Markt, Brussel Belgium
Tetapi agak menarik pula perkembangan Islam yang boleh dikatakan mampu bertunas dan berkembang mekar di kota-kota besar yang terdapat di United Kingdom. Program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran Islam dan medan pengamalan Islam mudah ditemui di negara UK ini. Semakin banyak usaha-usaha kesedaran, kefahaman dan majlis-majlis ilmu serta kualiti pengajian Islam terdapat di negara ini.
Kini, ada beberapa bangunan gereja di tanah UK ini sudah 'ditinggalkan' oleh penganutnya. Peluang cerah untuk orang-orang Islam memilikinya supaya ditukarkan menjadi masjid agak positif. Semoga kita dapat mendoakan supaya lebih banyak lagi bangunan masjid akan berdiri megah di semua kota-kota di UK ini.
Mosquee de paris, Paris France
Yahudi
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. Al-Baqara [2:135]
Semasa saya memasuki kota Antwerp, kota yang dikatakan tempat pendudukan awal dan perniagaan bangsa Yahudi tertua di Belgium, disebabkan oleh kemasukkan mereka dengan saiz populasi yang ramai di awal kurun 20 selepas berlaku Holocaust.
Beberapa orang Yahudi bertopi dengan jambangnya berpintal-pintal mudah dilihat disana-sini.
Malah saya berkesempatan memerhati sendiri bagaimana anak-anak Yahudi dibawa melawat ke sana-sini dengan konsep sekolah montessori (http://en.wikipedia.org/wiki/Montessori_method) yang dilakukan oleh pihak sekolah mereka ke atas anak-anak mereka sepertimana pernah saya tonton di paparan TV BBC sejak dua bulan lalu. Yang saya temui ialah, anak-anak sekolah dibawa bersiar-siar dengan menggunakan van berwarna kuning disekitar bandar tersebut.
Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. An-Nisa [4:53]
Orthodox Jewish population
Main article: Jewish Community of Antwerp
After the Holocaust and the destruction of its many semi-assimilated Jews, Antwerp became a major centre for Orthodox Jews. At present, about 15,000 Haredi Jews, mostly Hasidic, live in Antwerp. The city has three official Jewish Congregations: Shomrei Hadass, headed by Rabbi Dovid Moishe Lieberman, Machsike Hadass, headed by Rabbi Eliyahu Sternbuch (formerly Chief Rabbi Chaïm Kreiswirth) and the Portuguese Community Bne Moshe. Antwerp has an extensive network of synagogues, shops, schools and organizations, within the Machsike Hadas community. Significant Hasidic movements in Antwerp include Pshevorsk, based in Antwerp, as well as branches of Satmar, Belz, Bobov, Ger, Skver, Klausenburg and several others. Rabbi Chaim Kreiswirth, chief rabbi of the Machsike Hadas community, who died in 2003, was arguably one of the better known personalities to have been based in Antwerp. An attempt to have a street named after him has received the support of the Town Hall and is in the process of being implemented. (Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Antwerp)
Grote Markt, Antwerp, Belgium
Negara Holland, dikenali sebagai Nederland atau Belanda dan pernah menjajah Tanah Melayu dan Indonesia. Tidak terbayang di kotak fikiran saya bagaimana bersungguhnya mereka ini pergi ke Asia untuk menakluki dan menjajah negara kita. Penaklukan itu bukan sahaja menjajah tanah air kita tetapi dikautnya segala hasil-mahsul negara dan dijajahnya fikiran supaya mendaulatkan mereka sebagai bangsa yang mulia dan tinggi kedudukan.
Masyarakatnya disini banyak menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk ke sana-sini malah sehingga ke pejabat dan membeli belah di pasaraya.
Pelajar-pelajar Indonesia dihantar untuk meneruskan pengajian mereka disini. Senario yang sama berlaku kepada pelajar Malaysia, dimana mereka juga dihantar ke UK untuk tujuan yang sama.
Kebanyakkan masjid di sini diubahsuai dari bangunan komersial. Sukar juga untuk mengenal pasti adakah ianya masjid atau bangunan biasa sahaja. Dengan hanya berpandukan kepada sat-nav untuk mencari masjid di kota Amsterdam, saya pakirkan sementara kereta di kawasan disable, dan mula mencari pintu masuk ke bangunan masjid dan buntu kerana pintunya semua berkunci sehinggalah saya digamit oleh seorang pemuda Morroco berusia 14 tahun dan menegur saya adakah saya mahu Solat, lalu beliau pun membawa saya ke pintu masuk utama ruang Solat yang kebetulan berada tidak jauh dari kereta yang saya pakir di tempat tersebut.
Tamak dan sombong
Namun disebabkan ketamakan dan kesenangan hidup dengan harta kekayaan yang melimpah ruah sehingga di antara mereka lupa dengan tanggung-jawab dan peranan untuk mentadbir dunia ini untuk menyembah Allah yang Maha Esa.
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Ya Seen [36:9]
Pengorbanan
Kisah sahabat-sahabat Rasulullah, ulama, pejuang Islam dan mereka yang teragung yang berjaya meneroka dan membuka kota-kota Islam (bukannya menjajah) di negara Eropah suatu ketika dahulu seperti Omar Al Khattab ke Palestin, Abu Ayyub Al-Ansari ke Constantinople, Tariq bin Ziyad ke Andalusia, sahabat-sahabat Rasulullah yang lain yang telah diutuskan menjadi Gabenor dan lain-lainnya cukup membakar semangat dan menancapkan harapan yang tinggi untuk menjadi seperti mereka.
Pengorbanan mereka melalui usaha, tenaga dan harta yang dibelanjakan adalah yang amat tinggi nilainya disisi Allah kerana kesungguhan mereka untuk melebarkan cahaya Islam ke seluruh kawasan di atas muka bumi ini. Sehingga manusia lainnya mendapat hidayah dan taufik serta merasa senang berada dibawah lembayung Islam yang suci.
Cahaya dan mutiara
Jadi, saya berpandangan bahawa masih banyak lagi tempat-tempat di benua Eropah ini masih belum 'diteroka', 'dibuka' atau disinari oleh Nur Islam. Tempat-tempat sebegini memerlukan orang-orang Islam supaya mereka dapat mengembangkan syiar dan melakukan dakwah ke atas penduduk tempatan.
Kebanyakkan orang-orang Islam yang saya temui di Spain, Holland dan Belgium adalah dari bangsa Marocco yang telah bermastautin atau berhijrah untuk membina kehidupan di sini. Pakistan, Yaman, Algeria, Somalia, Libya, Iraq di UK. Manakala bangsa arab Iraq, Kurdistan di Paris. Akan tetapi mereka yang berada disini hanya membawa budaya sukuan bangsa dan hidup sesama sendiri tanpa memperhebatkan usaha dakwah kepada penduduk tempatan. Jadinya, penganut Islam dari penduduk tempatan amat sedikit dan kurang mendapat sentuhan cahaya Islam itu sendiri.
Tetapi antara 'mutiara' yang hilang di dalam diri orang Islam iaitu akhlak dan disiplin kini ada di dalam diri mereka walaupun mereka bukan beragama Islam. Kalau di UK semua kagum kerana negara 'kebajikan' yang diamalkan. Negara tersebut mampu untuk menjaga kebajikan rakyatnya baik untuk golongan muda atau tua.
Namun, cerita 'manis-manis' seperti kemegahan tamadun, kebudayaan, budi pekerti, kemegahan dan kekayaan semuanya berada di negara orang... Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.
Kalau roboh Kota Melaka
Anak teruna menanam betik
Buah cempedak dalam raga
Apa guna berwajah cantik
Kalau kurang budi bahasa
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
Kalau roboh Kota Melaka
Papan dari Jawa hamba dirikan
Kalau sudah bagai di kata
Jiwa dan raga hamba serahkan
Wallahu a'lam
bersambung...
abuzorief @ sheffield
5/5/2011, khamis
di malaysia, ada masjid yang ditinggalkan..
ReplyDeletebukan saja ditinggalkan/guna tapi sanggup pula menghalang utk diimarahkan dan surau2 dirobohkan katanya tak ada kelulusan pembinaan oleh pihak berkuasa...
ReplyDelete