Memancing di hari pertama berpuasa adalah satu cabaran. Ia cukup mendugakan terutamanya dari aspek fizikal. 'Masalah' yang sendiri cari. Momokan dibulan puasa ini dengan mengatakan penatlah, letihlah, memang ada, its true. Maklumlah, terbayang apabila berjalan kaki ke kawasan tersebut yang mengambil masa 30 minit perjalanan mendaki dan menuruni cerun berbatu. Mengah memang tidak terkata.
Saya, Pak Tam dan Sukri hanya kami bertiga bertolak pada jam 12.00 malam dan bersahur di Bangor Wales dengan juadah masing-masing. Memang menyelerakan makan sahur di tepi jalan berlampukan dengan lampu jalan.
Selepas solat Suboh, kami pun meneruskan perjalanan dan tiba di sana jam 5.00 pagi dengan keadaan masih samar-samar atau 'rabun-rabun ayam'.
****
Excited untuk menumpaskan McKerrel yang dikatakan 'paten'nya boleh dipancing sebanyak 100 ekor atau lebih seorang memang menjadi igauan kaki pancing. Inilah 'paten' yang belum dialami oleh kaki pancing seperti saya.
Cadangan asal untuk kesana pada mulanya dirancang pada hari Khamis lepas, terpaksa ditunda pada hari Sabtu atas sebab yang 'tak boleh dielakkan'. Hanya saya dan Sukri saja yang tahu apa sebabnya.
*****
Keadaan air laut yang surut besar diawal pagi tidak mengamit seekor ikan pun untuk menerkam umpan kilat dan bulu ayam MUSTAD yang dibelinya di kedai pancing Republic Sheffield. Belum ada tuah.
Puas dilontar umpan dan dikaraunya beberapa kali namun masih tidak membuahkan hasil.
Dalam kepenatan, tiba-tiba Sukri berjaya menaikkan seekor McKerrel panjang 1 kaki 1/2 inchi. Selepas itu langsung tak berhasil.
*****
Pertarungan semula bermula lebih kurang jam 3.00 petang. MacKerrel dah mula bertandang ketika air laut mula hendak surut kembali. Umpan diantara kami dah mula mengena.
Tetapi kali ini terpaksa pula betarung dengan Sea Lion yang dikatakan menjadi 'penunggu setia' di kawasan lubuk MacKerrel. Mesin spool Abu Casia Cardinal tidak mampu menumpas kelajuan Anjing laut yang sudah 'bau' kehadiran rezekinya dan dengan pantas menerkam MacKerrel dengan lahabnya dihujung mata kail.
"Apa boleh buat, sedekah sajale..." kata aku.
Tapi terasa puas.....
abuzorief @ Anglesey wales
25/8/2009 selasa
abuzorief @ Anglesey wales
25/8/2009 selasa
No comments:
Post a Comment