Salam...
Setengah orang bertanya, apakah kaitannya pemakanan dengan ibadah harian kita?. Sebenarnya memang banyak kaitannya terutamanya bila kita hendak mendekati diri kita kepada Allah Taala. Asal kejadian kita ini sejak dari mula lagi adalah suci dan bersih atau berada di dalam keadaan fitrah. Apabila lahir sahaja di dunia ini, maka ia akan dibentuk samada terus berada di dalam keadaan fitrah iaitu Islam ataupun mereka tergelincir kerana dibentuknya menjadi yahudi atau nasrani.
Sesungguhnya di dalam diri anak adam itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh badan. Kalau busuk daging itu maka busuklahseluruh badan. Maka ketahuilah oleh mu bahawa daging itu adalah hati. Pemakanan harian kita akan membentuk keadaan hati kita. Lembut dan keras, degil atau sejahtera, sakit atau sehat hati adalah terletak pada sebahagian daripada pemakanan. Kenapa hati?... Kerana hati adalah raja di dalam diri kita. Segala tindakan dan kelakuan kita di arah oleh hati. Kesedihan hati akan menyebabkan segala anggota kita turut menjadi kurang sejahtera. Ketenangan hati akan menyebabkan seluruh anggota badan kita merasa seronok untuk menjalani kehidupan seharian lebih-lebih lagi untuk tunduk dan patuh melaksanakan arahan Allah Taala.
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan yang batin? (Luqman:20)
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi, (Sebagai rahmat pemberian) daripadanya, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti" (Al Jathiyyah:13)
Saya semakin tidak faham kenapa dikalangan kita sanggup untuk membiarkan diri dimasukkan sahaja makanan-makanan ke dalam perut yang mengandungi unsur subahat, kotor dan lebih-lebih lagi mengandungi unsur haram yang nyata. Di dalam rumah banyak makanan yang kurang menepati halalnya di segi syariat. Bukan sahaja diri sendiri yang turut memakannya, tetapi seluruh ahli keluarga turut berselera dengan makanan yang kurang dan tidak halal atau berunsur subahat tersebut. Hilang rasa sensitif langsung di dalam bab ini. Tidak hirau dan tidak risau langsung apa akan terjadi seterusnya. Mengambil sikap acuh tidah acuh sahaja apabila hendak memenuhkan perut dan segala urat-urat di dalamnya. Kemudian mengeluh "kenapalah doa aku tidak diterima... kenapalah aku ni malas hendak beribadah..." dan begitulah keadaan seterusnya.
Itu tandanya hati sudah menjadi mati atau gelap untuk menerima hidayah atau taufik dari Allah Taala. Hati yang hitam diibarat seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam gelap gelita yang hitam. Semuanya tidak dapat dikesan dan diperlihatkan. Begitulah juga dengan hati kita, apabila sudah hilang nur atau cahaya hati, maka susahlah segala kebaikan untuk lekat di dalam hati tersebut. Susah untuk buat kebajikan, susah untuk membuat ibadah dan lebih susah lagi beriman kepada Allah Taala.
Itu tandanya hati sudah menjadi mati atau gelap untuk menerima hidayah atau taufik dari Allah Taala. Hati yang hitam diibarat seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam gelap gelita yang hitam. Semuanya tidak dapat dikesan dan diperlihatkan. Begitulah juga dengan hati kita, apabila sudah hilang nur atau cahaya hati, maka susahlah segala kebaikan untuk lekat di dalam hati tersebut. Susah untuk buat kebajikan, susah untuk membuat ibadah dan lebih susah lagi beriman kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW bersabda "Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud A.S makan daripada hasil tangannya sendiri".
Umar R.A berkata "Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula:- Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak."
Beberapa tips yang mungkin berguna untuk kesejahteraan hati kita:-
- Berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan menepati syarak.
- Makan makanan yang halal dan menghindar sama sekali yang mempunyai unsur subahat
- Banyakkan berdoa memohon ampun.
- Beristigfar sebanyak mungkin setiap hati
- Membanyakkan membaca Al Quran
- Berzikir
Moga-moga hati kita hidup kembali dan menjadi neraca di dalam kehidupan harian kita.
Wassalam dan sebagai muhasabah diri sendiri.
abu zorief @ sheffield
9/11/2010, Selasa
9/11/2010, Selasa
No comments:
Post a Comment