Saya dijemput makan malam bersama dengan Trust committee Muslim Welfare House Sheffield (MWHS) dan pihak pengurusan MWHS dengan penggerak-penggerak St. Andrew church, Sheffield (SACS). Mereka yang hadir terdiri dikalangan usia remaja yang masih menuntut di Universiti sehinggalah ada yang telah lanjut usia di dalam lingkungan 80an.
Melihatkan peringkat umur penggerak atau sukarelawan SACS dikalangan mereka, saya membayangkan betapa mereka amat tabah, ikhlas bekerja dan sayangkan kepada agama mereka. Mereka bantu membantu dan bersepakat dalam perkara yang telah mereka sepakati.
Perjumpaan ini lebih kepada membina jaringan muhibbah yang telah dibina di antara Muslim Welfare House, Sheffield dengan St Andrew Church Sheffield. Perjumpaan yang pertama, saya gagal untuk menghadirinya. Saya juga tidak mahu gagal hadir untuk pertemuan kali keduanya. Alhamdulillah, pertemuan yang saya hadiri ini, saya merasakan ianya agak harmoni dan mesra, mungkin sudah masuk kali kedua pertemuan dan sekurang-kurangnya telah ada di antara kami yang telah saling kenal mengenali diantara satu sama lain.
Perbincangan pula tidak menyentuh perkara-perkara yang menimbulkan ketegangan dan rasa tidak selesa di antara satu sama lain. Isi perbualan hanya lebih kepada bertanya khabar bagi yang pertama kali berjumpa, isu semasa di sana-sini, hal ehwal peribadi dan kerjaya masing-masing dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan dan lain-lain.
Musykhil...
Saya bertanya kepada Minister St Andrew, beliau seorang wanita berusia pertengahan 40an, tentang peranan gereja terhadap masyarakat setempat. Jawatan Minister adalah jawatan tertinggi di gereja itu. Beliau agak fasih (fluent) menyebut perkataan Allah tanpa pelat. Beliau tahu apa yang berlaku di Malaysia, terbaru tentang isu penggunaan Allah. Saya katakan di Malaysia isu kristianisasi adalah isu besar dan sensitif, majoriti bangsa Melayu (Malay) seperti saya adalah Muslim. Gejala Kristianisasi terpaksa dibendung kerana puak-puak kristian amat giat menjalankan dakyah mereka. Namun saya senyapkan cerita itu kerana dikhuatiri mereka tidak selesa cerita sedemikian.
Saya mengalih topik dan mengajukan pertanyaan kepada aktiviti-aktiviti gereja. Kata beliau, pihak gereja berusaha untuk membantu golongan miskin, orang-orang tua, pendidikan anak-anak dan usaha-usaha charity atau kemanusian. Usaha ini berjalan setiap hari mengikut masa yang telah dijadualkan.
Remaja Kristian
Dari pemerhatian saya, gereja disini hanya dihadiri oleh orang-orang tua sahaja. Jurang penglibatan di antara golongan remaja, dewasa dan orang-orang tua amat jauh. Golongan muda jauh dan semakin jauh dari gereja. Mereka tidak gemar ke gereja.
Pada hari ahad juga bertembungan dengan berbagai-bagai aktiviti outdoor iaitu bersantai, BBQ, family gathering dan sebagainya dan carboot sale di merata tempat UK dan kebanyakkan peniaga-peniaga adalah terdiri dari orang-orang putih.
Bukankah sepatutnya mereka ke gereja untuk sembahyang pada hari Ahad?.
Andaian saya, mungkin juga mereka tidak suka terikat dengan perbagai 'hukum-hakam' di dalam agama mereka. Pembawaan keagamaan yang agak klassik, tidak moderate atau sebagainya.
Benar teka-teki saya apabila beliau menyatakan agak sukar untuk melibatkan anak-anak muda remaja untuk hadir ke gereja. Ada setengah-setengah gereja hanya dihadiri dan dimeriahkan oleh puak-puak berkulit hitam atau bangsa tertentu sahaja, walaupun gereja itu asalnya dimiliki oleh puak berkulit putih. Seolah-olahnya semacam perkauman pastinya. Penganut asalnya sudah hilang 'bisa', dan penganut bangsa lain atau orang luar UK terlebih kristiannya dari mereka.
Remaja Islam
Perkara yang sama juga berlaku pada remaja Islam kita, apabila kita dapati masjid-masjid hanya dihadiri oleh orang-orang tua sahaja. Puas juga perbagai pihak mengadakan usaha untuk mendekatkan anak-anak muda ke masjid. Bermacam-macam aktiviti dan kegiatan sosial untuk menarik remaja kita untuk sayangkan masjid dan turut bersama-sama mengimarahkannya.
Sekiranya golongan tua sayangkan anak-anak remaja pasti mereka akan menyuruh dan memastikan anak-anak pergi ke masjid bersama-sama di setiap waktu. Menjinakkan anak-anak supaya sayangkan institusi masjid.
Sebenarnya di dalam agama Islam, kalau kita dapat menjaga anak-anak muda, maka hubungan yang muda dan tua pasti tidak ada jurang yang jauh. Akan timbul rasa kasih sayang dan mahabbah sesama kita tidak kira perbezaan peringkat umur. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda. Bukankah indah hubungan itu sekiranya berterus-terusan berkekalan dan berpanjangan. Itulah yang dikehendaki di dalam Islam supaya lapisan generasi akan datang terpelihara dan dipelihara oleh generasi sebelumnya.
Agnosticisme
Kebanyakkan generasi muda mereka disini berfahaman agnostic walaupun mereka berpegang kepada agama Kristian. Pada pandangan saya mungkin tepatnya ialah murtad. Mereka menolak keujudan tuhan dan perkara-perkara ghaib lain yang tentunya ada nilai kebenaran dan pengetahuan, ragu dan bersikap skeptical terhadap kepercayaan dan lebih menyakini pengetahuan logik akal. Kepercayaan mereka sudah 'cair' (diluted) atau 'ceroi' ditelan dan dimabukkan oleh materialistik keduniaan.
Pengetahuan tentang ketuhanan itu kian terhakis dari diri mereka dan pengamalan di dalam masyarakat kebendaan (materialistic) yang bersifat metaphysic. Materialisme yang mencengkam di dalam kehidupan seharian telah memaksa mereka melupakan kurniaan dan pemberian Tuhan, thanks God, Tuhan sebagai tuhan yang maha berkuasa dan pencipta. Mungkin kata mereka, "Apalah sangat tuhan boleh bagi pada aku...", sedangkan yang mereka mahu ialah kehidupan nyata dan bebas diri sendiri dari mempercayai perkara-perkara spiritual dan mistik yang menyemakkan fikiran.
Namun, kefahaman ini menjadi serba haru-biru di dalam pengamalan kerana mereka tidak mempunyai stance atau pendirian langsung serta tidak ambil hirau dan kisah tentang hal-hal kerohanian (spiritual), lebih-lebih lagi kepercayaan kepada tuhan yang menciptakan manusia.
Gereja bertukar masjid
Itulah salah satu faktor dan penyebab dimana ada gereja-gereja yang tidak dijengah langsung dan akhirnya dibeli oleh orang-orang Islam untuk dijadikan masjid. Kos untuk menjaga dan menyelenggara gereja sangat tinggi disamping krisis ekonomi yang melanda negara ini. Alhamdulillah gereja demi gereja dapat dimiliki dan dijadikan masjid. Walaupun orang Islam masih belum dapat menguasai 2/3 dunia, sekurang-kurangnya usaha kemenangan itu berputik dan berjaya usaha untuk menebus kembali melalui pemilikan bangunan-bangunan mereka. Insyaallah Islam akan berkembang dibumi ini.
Akhir...
Saya tidak sangka pula perbualan di antara kami berlangsung selama 3 jam lebih. Pada sangkaan awal saya mungkin selama sejam dua sahaja.
Bagi pihak Muslim Welfare House Sheffild, majlis ini akan dibuat berterusan dengan pihak Gereja tersebut. Kerana inilah peluang untuk kita menunjukkan bahawa kita bukannya anti sosial dan bukan pengganas (terrorists) sepertimana anggapan dan pandangan palsu serta penilaian kabur di kaca mata mereka. Kita hendak menghapuskan rasa curiga dan prejudis mereka terhadap Islam.
Kita boleh bekerjasama dengan mereka di dalam bidang yang disepakati seperti hal-hal solidariti, humanitarian, charity dan lain-lain. Walaupun kita tahu banyak juga perkara yang kita tidak mungkin boleh lakukan bersama terutamanya bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan ibadah. Namun yang paling baik ialah ada usaha untuk melakukan dialog Muslim Kristian untuk kesedaran di dalam hal-hal keagamaan yang ada kaitannya dengan isu ketuhanan yang satu, iaitu Allah tidak ada anak dan beranak dan tuhan itu satu tidak tiga.
Wassalam,
abuzorief @ sheffield
30/11/2011, 8pm rabu
kinaara family cuisine restaurant
staniford road, darnall
No comments:
Post a Comment