Peta dalaman Palestin berubah wajah lanskapnya dari tahun 1946 sehingga kini. Sehingga rapinya perancangan puak Yahudi dan sekutunya berusaha menukarnya menjadi negara Israel. Peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam peradaban hidup manusia, kalau diperhatikan dimana-mana negara di dunia ini.
Begitu mudah proses rompakan tanah-tanah yang bertuan asal untuk mereka miliki, melalui kekerasan dengan cara melakukan proses halauan, menzalimi, membunuh sekalipun serta mencabuli hak ketuanan bangsa Palestin sewenang-wenangnya melalui undang-undang yang berat sebelah, yang sudah kita ketahui, mereka telah mendiami sejak sekian lama, aman damai dan bahagia dengan puak bangsa lain.
Tidak siuman
Dari manakah datangnya puak-puak Israel yang dianggap hilang akal dan bersifat tidak siuman, yang masuk ke tanah orang lain secara membondong-bondong dengan rakus ibarat serigala yang kelaparan yang bukan lagi menunggu mangsa tetapi pantas menerkam mangsa dengan lahapnya serta gelojoh sekali. 'Serigala' peliharaan 'tuan' yang tidak diajar dengan adab dan kelakuan. Senantiasa sombong dan bongkak mendabik dada, merobek mangsa yang tidak sepatutnya dibunuh.
Berterusan sifat dendam kesumat mereka, ketika mana Arrasul masih berada dikota Mekah dan berlanjutan hingga berada di Madinah, mereka bukan sahaja mengherdik, mencaci, menghina, menyihir dan meracuni baginda dan umat Islam malah cuba merancang untuk membunuh baginda dengan berbagai-bagai cara asal tercapai hajat jahat mereka.
Begitulah peristiwa mereka yang banyak membunuh nabi-nabi dan Rasul yang diutuskan keatas mereka. Keangkuhan mereka mendatangkan kemurkaan dari Allah Taala. Malah merekalah bangsa yang paling banyak menerima azab dari Allah Taala.
Laknatullah...
Kini, kalau mereka ini puak Yahudi asal masakan mereka tidak tahu ajaran-ajaran Nabi dan Rasul dahulu kala yang jelas didatangi direct ke atas mereka memberi ajaran dan tunjuk ajar dan memimpin mereka sehingga diangkat menjadi satu bangsa yang mulia di atas muka bumi ini. Akan tetapi dengan kemuliaan itu telah menyesatkan mereka menjadi bangsa yang sombong dan bongkak. Tidak ubah seperti mana yang telah berlaku kepada Iblis laknatullah yang tidak mahu patuh kepada perintah Allah dan ingkar sama sekali, tanpa ingin sama sekali memohon maaf kepada yang maha Khaliq. Yahudi dan Iblis ibarat makhluk yang sama kejadiannya cuma berlainan asal-usul kejadian sahaja. Segala sifat Iblis penuh bersarang di dalam diri mereka. Suka membuat dan mendatangkan segala macam tipu daya, kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi.
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (Al Maidah:78)
Hati hiba...
Saya kira, hati saya yang keras ini, tidak mudah lembut untuk memaksa air mata mengalir tetapi tidak disangka akan terjadi sebaliknya. Mudah pula tersentuh hiba apabila menyaksikan peristiwa kejam yang berterusan berlaku. Sejak menyentuh dan menatap wajah comel anak Palestin dan meyaksikan sendiri penderitaan hidup mereka di kem pelarian, saya punyai semangat baru, saya mampu membayangkan betapa pilu dan sedihnya mereka diperlakukan sedemikian rupa. Mereka diusir sehingga terpaksa meninggal tanahair dan tanah lahir tercinta. Dada tiba-tiba menjadi sebak, dan kalau diteruskan juga mampu mengalirkan air mata... insaf!,... Tetapi apakan daya, hati hanya mampu berkata dari dalam.
Tanah wakaf
Tetapi tanah mereka adalah juga tanah yang telah diwakafkan oleh ummah Islam. Kita masih punyai hak keatasnya, kerana disitulah bermulanya tuntutan Ibadah solat fardhu dan Kiblat pertama umat Islam. Betapa payahnya Arrasul hendak menyakin kepada kaumnya ketika itu apabila berlakunya peristiwa Israk dan Mi'raj yang diluar jangkaan akal logik manusia. Segala tohmahan telah dilemparkan kepada baginda mengatakan peristiwa yang dilaluinya itu semuanya karut dan rekaan cerita belaka. Bagaimanakah kita kalau berada di masa itu?, mampukah kita beriman dengannya?...
Kemenangan
Kita pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka dan kita semua, yang pasti dan tetap diberikan kekuatan oleh Allah kepada mereka untuk terus bertahan dan memperjuangkan tanah suci Palestin. Kalau tidak mereka siapa lagi yang akan melakukan tuntutan jihad tersebut. Palestin adalah platform atau medan jihad umat Islam sedunia. Semangat jihad tetap basah dan terus mengalir di dalam diri kita semua kerananya.
Rakyat Palestin adalah peisai kita. Mereka menahan muntahan peluru dengan batang tubuh mereka. Tubuh badan mereka sama dengan susuk tubuh badan kita, tidak ada yang lain rupa bentuknya atau specialnya, Ya!, seperti kita juga. Tetapi di dalam diri mereka dikurniakan Izzah oleh Allah melebihi apa yang ada di dalam diri kita. Jiwa mereka kental dan semangat jihad mereka terus mengerunkan puak musuh. Semangat juang mereka telah mengambarkan kepada kita bahawa ruh mereka benar-benar terpahat kukuh sepertimana teracu dan terbentuknya pada generasi para sahabat Arrasul ketika mana berhadapan dengan puak Yahudi di zaman itu.
- Kini apakah peranan kita?
- Mampukah hanya duduk berpeluk tubuh berdiam diri sahaja?
- Hanya menyaksikan kekejaman dan rintihan pilu mereka sahaja?
- atau hanya berkata... entahlah apa yang hendak jadi dengan dunia ini...
- Kalau kita tidak bertindak, siapa lagi yang akan bertindak.
- Berusaha seoptima yang mungkin...
- Ayuh lakukan sesuatu...
Selagi kezaliman keatas mereka berterusan berlaku di depan mata kita, selagi itulah sepatutnya jiwa kita tidak tenang. Beribadah kepada Allah pun boleh berasa resah kerana tanggungjawab kita sesama saudara kita masih belum selesai. Ingin melelapkan mata pun tidak sampai hati kerana terbayang-bayang di anak-mata akan keperitan hidup mereka. Jiwa yang basah ialah jiwa yang senantiasa berdampingan dengan Allah dan berukhuwwah sesama saudara sendiri. Sakit mereka sakit juga kita. Derita mereka malah derita kita juga...
Jiwa kita perlu dilembutkan dengan memperbanyakkan...
- kalimah Istighfar
- Perbualan dengan ayat-ayat Al Quran Karim
- Zikr maut
- Beribadah di tengah malam
- Berdoa kepada Allah
- Buat tabungan peribadi dan keluarga untuk Palestin
- Beri penerangan berterusan tentang isu sebenar mereka kepada masyarakat
- Mendoakan kemenangan kepada mereka
- Memperbanyakkan penulisan
- Serius memboikot barangan keluaran Yahudi dan syarikat-syarikat sekutu yang menyokong mereka
- Bersatu sesama kita
- Terus mengi'tiraf HAMAS sebagai kerajaan sah memelihara negara dan rakyatnya
- Hulurkan bantuan yang diperlukan oleh mereka sama ada jiwa dan harta
- dan sebagainya...
Saya masih ingat kata-kata Dr Mohsen Salleh (Pengarah Azzaytounna Consultation and Study Centre), dengan katanya "Saya tidak akan berehat dengan isu Palestin dan hanya akan berehat bila jasad saya berada di dalam kubur...", Masyaallah satu percikan keinsafan pada diri saya.
Wassalam
abuzorief @ sheffield
8/12/2011 rabu
No comments:
Post a Comment