Kalam tuhan
Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, Janganlah engkau terlalu bangga, Sungguh Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri. (Surah Al Qasas [28] : 76)
Harta kekayaan
Betapa banyaknya harta kekayaan kita di dalam hidup ini, ia perlu digunakan sebaik mungkin terutamanya untuk membela agama Allah. Para sahabat di zaman Rasulullah telah membuktikan bahawa mereka menguasai harta dan kekayaan untuk membela perjuangan untuk meletakkan Islam di persada dunia sehingga kegemilangan Islam mampu diperluaskan sehingga 2/3 dunia.
Harta kekayaan ini diuruskan sehinggakan semua manusia dapat merasai betapa Islam itu membawa kemajuan hidup bukan sahaja untuk akhirat sahaja tetapi ia juga untuk memberikan keselesaan hidup di dunia ini. Islam tidak menghalang kemajuan hidup di dunia malah Islam menyuruh kita mentadbir dunia dan segala isinya sebaik mungkin.
Cemas dan keluh-kesah
Berbalik tentang masalah kesempitan hidup di dunia ini, memiliki harta dan tabiat menguruskannya, ia secara tidak langsung sedikit sebanyak mendatangkan perasaan cemas dan gundah-gulana. Lihat sahajalah apa yang berlaku pada kehidupan seharian diri kita sendiri. Keluh kesah dibuatnya apabila belum sampai hujung bulan, duit gaji sudah kehabisan. Banyak pula hutang yang perlu dilangsaikan. Bank sudah mula telepon sana-sini. Surat saman sudah mula sampai ke rumah suruh dibayar itu dan ini. Bil-bil air, elektrik, telephone dan lain-lainnya berkeping-keping tetap setia menjengah ke rumah. Setiap kali itulah terasa hendak 'demam tak demam' dan 'senak tak senak'. Dan boleh juga dikatakan tidur tak lena, mandi tak basah. Bukan sahaja peribahasa ini boleh digunakan kepada mereka yang dilamun cinta, tetapi ia terasa juga bagi mereka yang tenat dengan masalah kewangan.
Beban kewangan
Semakin hari semakin tersepit kehidupan dengan beban kewangan sehingga kadang-kadang tidak nampak punca lagi untuk menyelesaikan kemelut ini. Hendak pinjam kepada ibu-bapa, kawan atau saudara mara, mungkin boleh, dan mungkin juga tidak. Atau situasi keluarga dan kawan kita pun serupa macam kita juga, menanggung beban kesempitan yang sama.
Apabila sampai tempoh untuk membayar hutang dan sebagainya, kita tidak dapat melunaskan pembayaran sudah pasti hubungan persaudaraan pun boleh terjejas malah hubungan kekeluargaan dan ukhuwwah boleh terputus dan api persengketaan pun bermula. Malah perseteruan ini akan menjadi hebat apabila sudah mula timbul bibit-bibit fitnah-menfitnah, caci-mencaci, bomoh-membomoh dan serang-menyerang. Semuanya terjadi kerana harta dan ia akan terus berpanjangan tanpa berkesudahan sekiranya ia tidak ditangani dengan sebaik mungkin.
Kad kredit
Memiliki kad kredit memang mendatangkan banyak masalah. Kita menjadi murung bila kita tidak mampu membayar pada waktunya. Interest dan penalty fee semakin meningkat dan bertambah-tambah charge lain dikenakan. Pembayaran menggunakan kad kredit bermakna kita telah meminjam duit dari bank dengan faedahnya. Dengan had atau limit tertentu dan boleh dikatakan banyak juga, maka seronoklah kita berbelanja tanpa memikirkan risiko yang akan menimpa. Perbelanjaan mewah tanpa batasan sebegini seolah-olahnya menentang tradisi ukur baju di badan sendiri. Tanpa disedari, kewangan diri kita sudah berada di tahap kritikal apabila tidak mampu untuk membayar dan mula kehidupan harian tersepit akibat daripadanya ibarat kata orang tua-tua apabila telur berada di hujung tanduk.
Kad debit
Berlainan pula apabila kita memiliki kad debit. Di negara UK dan negara-negara maju lain, penggunaan kad debit lebih realistik dan praktikal. Semua transaksi boleh digunakan secara online atau melalui mesin pembayaran yang terdapat di kedai-kedai runcit sehinggalah di pasaraya besar. Selagi ada duit di dalam akaun, selagi itulah kita boleh menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran. Kita membayar menggunakan duit yang kita miliki sahaja. Tidak seperti penggunaan kad kredit. Pengunaan kad debit ini lebih selamat dari kita mengunakan kad kredit.
Hasutan
Harta kemewahan kalau tidak diuruskan dengan cermat dan berhemah akan mendatangkan banyak masalah di dalam kehidupan. Ia boleh mendatangkan sifat tamak, takabbur, sombong, ego, bermewah-mewah dan menindas dan merendah-rendahkan golongan fakir miskin.
Bukan boleh tengok orang lain senang sikit. Lumrahnya, jika jiran sebelah tukar TV plasma, sibuk juga kita hendak menukar TV plasma malah lebih besar sikit darinya atau jika kawan-kawan pakai kereta baru, maka panaslah papan punggung untuk menukar kereta yang sedia ada dan begitulah seterusnya.
Dalam hal ini, hasutan syaitan telah memainkan peranan utama untuk menyesatkan manusia. Habis semuanya dibisik-bisik dan diapi-apikan supaya membangkitkan selera baru. Persengketaan dan pergaduhan akan tercetus dik kerana hasad dengki dan dendam kesumat yang bermaharajalela.
Pengurusan hidup
Harta kemewahan kalau tidak diuruskan dengan cermat dan berhemah akan mendatangkan banyak masalah di dalam kehidupan. Ia boleh mendatangkan sifat tamak, takabbur, sombong, ego, bermewah-mewah dan menindas dan merendah-rendahkan golongan fakir miskin.
Bukan boleh tengok orang lain senang sikit. Lumrahnya, jika jiran sebelah tukar TV plasma, sibuk juga kita hendak menukar TV plasma malah lebih besar sikit darinya atau jika kawan-kawan pakai kereta baru, maka panaslah papan punggung untuk menukar kereta yang sedia ada dan begitulah seterusnya.
Dalam hal ini, hasutan syaitan telah memainkan peranan utama untuk menyesatkan manusia. Habis semuanya dibisik-bisik dan diapi-apikan supaya membangkitkan selera baru. Persengketaan dan pergaduhan akan tercetus dik kerana hasad dengki dan dendam kesumat yang bermaharajalela.
Pengurusan hidup
Sekiranya kita bijak menguruskan harta atau kewangan kita maka kitalah orang yang bijak mengatur urusan hidup.
Banyak kaedah-kaedah pengurusan terkini mampu kita contohi dan ikuti. Carilah peluang untuk belajar mengurus hal ehwal diri dan keluarga dengan baik supaya kita pula dapat berperanan untuk membela perjuangan Islam kembali memerintah seluruh dunia.
- Perlu uruskan peribadi
- Perlu uruskan harta sendiri dan keluarga.
23/12/2010 Rabu
No comments:
Post a Comment