Salji turun agak lebat pada jam 10.00 pagi sepertimana yang diramalkan oleh ramalan kajicuaca. Bukanlah ramalan sepertimana yang kita fahami tetapi mereka menggunakan segala teknologi satelite untuk menerangkan keadaan cuaca yang sedang dan akan berlaku.
Itulah kebesaran Allah Taala, yang telah menjadikan semua ini sebagai pelengkap kepada siri ciptaannya di atas muka bumi ini.
Kami tiba di Malaga airport pada jam 19.50 dan beratur untuk pengesahan passport. Pegawai pemeriksaan berbahasa Spanish dan saya mula terasa 'kelam' untuk memahami apa yang dia minta.
Saya mula memahami bahawa permintaan sebenar pegawai itu ialah Boarding pass dan booking penginapan, setelah berulang kali bertanya dan saya cuba fahamkan dihujung-hujung perkataan sahaja setelah dia bercakap 'sikit-sikit' dalam bahasa English bercampur Spanish.
Bahasa
Mula-mula perkataan yang mudah di ingat ialah Salida (exit). Kemudian, saya mula bertanya kepada anak sulung kerana beliau telah belajar serba sedikit bahasa Spanish di sekolah bersama dengan Mr Ross. Tidak semua yang dia tahu pun tetapi bolehlah setakat untuk survive, Pasar katanya Mercado, Hello :Hola,... dan 1,2,3,4 pun bolehlah ditanya kerana fasih juga dia mengira.
Pening juga untuk memahami kaedah bahasa yang digunakan. Terutamanya alamat, adakah menggunakan no. rumah dulu kemudian alamat jalan dan juga bandar. Banyak nama jalan menggunakan Calle de La atau Calle sahaja cth Calle de la Hacienda dsbnya, atau tak ada langsung seperti Hermano Francisco.
Kali pertama memegang steering di sebelah kiri. Terasa kiat, gayat, kelam kabut, ghaflah, haru-biru, tekan signal tertekan wiper, tangan kiri asyik mencari gear, tumpuan di atas jalan mesti sepenuhnya kerana memandu di sebelah kanan jalan, pusing roundabout di sebelah kanan, dan semuanya kena ubah mindset memandu atau kebiasaan memandu di sebelah kiri jalan bila berada di atas jalan disini.
Pengalaman baru memandu ini memaksa saya berfikir secara berlawanan dari kebiasaan. Semakin lama memandu semakin seronok dan enjoy, dan dalam kepala sudah mula berfikir yang saya ini macam si kidal jadian?...
Alhamdulillah hajat saya untuk menunaikan solat Jumaat di bumi Spain tercapai. Spain yang dikenali suatu ketika dahulu amat hebat kerana pernah menjadi Kerajaan pemerintahan Islam Andalusia sebelum beralih ke pemerintahan Khalifah Othmaniyyah.
Andalusia katanya bermaksud padang rumput hijau yang subur, begitulah makmurnya bumi ini dengan kemasukan Islam sehingga membawa kepada kesuburan bukan sahaja tanaman tetapi kepada kehidupan seharian manusia, pendidikan, pemerintahan dan sebagainya.
Wallahu a'lam
Andalusia katanya bermaksud padang rumput hijau yang subur, begitulah makmurnya bumi ini dengan kemasukan Islam sehingga membawa kepada kesuburan bukan sahaja tanaman tetapi kepada kehidupan seharian manusia, pendidikan, pemerintahan dan sebagainya.
Wallahu a'lam
bersambung...
abuzorief @ fuengirola
17/12/2010, friday
abuzorief @ fuengirola
No comments:
Post a Comment