Program IKRAM UKE Sheffield, Tazkeerah dan Bacaan Yasin menghadapi peperiksaan
Taaruf
Kepentingan mengenali dan menyayangi saudara atau sahabat kita adalah amat penting dan menjadi asas kepada terbinanya ikatan silaturrahim. Melaluinya juga maka kita lebih bersedia untuk menjalinkan hubungan ukhuwwah yang melebihi dari kepentingan peribadi dan mengenepikan segala syak dan pra-sangka yang tidak tepat mengenai saudara atau sahabat kita.
Ikatan Iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. (Riwayat At Tabrani, Kitab Al Kabir)
Berkenal-kenalan di antara satu sama lain bukanlah dengan tujuan atau niat untuk memperolehi sesuatu. Tetapi ia adalah kerana betapa pentingnya perasaan mahabbah dan ukhuwwah kerana Allah Taala.
Muslim itu bersaudara
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi) (Riwayat Al Bukhari (5/70), Muslim (2570) dan At Tarmizi (1426) daripada Ibnu Umar r.a)
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat (Al Hujurat [49] : 10)
Penyebaran Islam
Melalui hubungan komunikasi sesama manusia, akan memudahkan penyebaran Islam kepada mereka yang masih belum mengenali tentang agama Islam. Islam mesti disebar-luaskan sehingga ke ceruk tempat dan pelusuk dunia dengan penerimaan yang cukup harmoni dengan kehendak fitrah dan naluri manusia. Islam mesti diterima bukan melalui paksaan, deraan atau ugutan. Islam itu datang dalam keadaan aman damai untuk menyelamatkan manusia dari sebarang unsur kezaliman, penderaan, penindasan malah ia mampu membebaskan diri manusia dari tekanan hidup yang melanda diri sendiri atau ancaman unsur luar.
Nota [1] Riwayat Al Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), At Tarmizi (2392) dan An Nasai'e (8/22) [2] Usrah dan Dakwah – Imam Hassan Al Banna [3] Silsilah Hadis Sahih (1728)
Ketika saya login Facebook, terfikir pula saya betapa FB yang digunakan untuk menghubungkan komunikasi di antara rakan-rakan boleh menjadi senjata ampuh untuk meranapkan sebuah kerajaan yang korup dan zalim.
Revolusi
Revolusi di Tunisia telah berjaya menumbangkan pemerintah yang gelojoh dengan harta dunia. Revolusi yang tidak menumpahkan darah (Jasmine Revolution). Bukan itu sahaja, semua harta khazanah, emas dan duit rakyat diusung keluar bersama-sama.
Harta atau kuasa yang diperlukan...
Seterusnya, revolusi yang telah berlaku di Mesir, berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak dalam masa 18 hari dan beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya sendiri supaya beliau turun dari takhtanya dengan laungan 'Down!', 'Down!', 'Down!' Mubarak!... walaupun beliau sendiri dengan sedaya upaya untuk mencari helah dan men'gula-gula'kan rakyat dengan berbagai-bagai tawaran dan sebagainya.
Boneka dan kekuasaan untuk mempertahankan kekuasaan Israel?...
Di Libya pula, Kol. Gadaffi dan kuncu-kuncunya terpaksa mempertahankan kekuasaannya dari dirampas oleh rakyat sendiri yang inginkan demokrasi kerana selama ini mereka telah tertindas dan ditekan hidup dibawah kerajaan yang kejam, zalim (tyrant). Mereka terpaksa bertembung sesama sendiri diantara dua puak yang pro dan anti Gadaffi. Ditambah pula yang terkini, tentera-tentera bersekutu pula mengambil peluang ini masuk dan menyerang negara Libya yang sedang hancur dibedil dan lunyai dihentam kerajaan sendiri. Apakah ini dinamakan mengambil kesempatan?...
Minyak atau demokrasi untuk rakyat?...
Saya menjenguk pula ke negara sendiri dan merasa agak memualkan terhadap apa yang berlaku kepada politik negara. Tidak cukup hentam-menghentam sesama sendirii, fitnah-menfitnah sana-sini dan terkini, isu video lucah dikalangan ahli politik seolah-olah dianggapnya seperti menjual kacang putih di jalanan. Ekonomi negara tidaklah juga sehebat mana, seperti di negara Islam lain yang sedang berusaha untuk pulih dari krisis ekonomi yang melanda. Rasuah di dalam sektor awam mahupun swasta mudah sahaja diamalkan di sana-sini seolah-olah menjadi 'cebisan tahi gigi yang masih melekat dicelahan gigi reput'.
Apakah mereka sudah hilang rasa malu yang sepatutnya berada di dalam diri kerana disitulah maruah diri kita yang sepatutnya dijaga dan diberikan bimbingan. Tetapi kita pula dengan mudah 'menelanjangkan' mahkota diri seperti binatang atau haiwan ternakan di kandang.
Kalau melihatkan siri-siri peristiwa yang berlaku, isu kekuasaan, kemewahan harta, kerakusan dan tamak haloba untuk membolot harta dan kekayaan negara menjadikan manusia melupakan matlamat asalnya untuk menjaga dan mentadbir-urus negara dengan adil, amanah dan bertanggungjawab. Semuanya hilang dikhayalkan oleh harta dunia yang mengasyikkan.
Barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan duniawi sekarang ini, maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami tentukan, dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir dari rahmat Allah. Dan barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, dan dia beriman, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalas dengan baik.” (Surah Al-Isra’: ayat 18-19)
Facebook
Seorang pemuda yang bernama Wael Ghonim turut ditemuramah oleh pemberita CNN pada bulan lepas di kaca TV, memberitahu bagaimana beliau hanya mampu menggunakan Facebook untuk menaikkan semangat golongan muda dan rakyat Mesir lain untuk turut bersama-sama menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak. Hanya dengan kata-kata kebangkitan dan klik sahaja, cetusan kebangkitan rakyat menjadi kenyataan, setelah mereka sekian lama diperintah oleh pemerintah yang bersifat 'Firaun' atau tyrant. Beliau dengan sebak dan menangis sambil berkata, beliau sanggup mati demi untuk menuntut haknya dan rakyat Mesir lain dan berjuang habis-habisan menjatuhkan regim yang zalim.
Melalui apa yang berlaku, ini menandakan bahawa usaha untuk memulakan revolusi bukan sahaja melalui pengunaan senjata tetapi ia boleh dicetuskan melalui dengan berbagai cara propaganda seperti penulisan, media komunikasi dan teknologi (facebook, Twitter atau social networking etc), dan sebagainya. Tindakan ini akan membangkitkan semangat sekiranya keadaan dan situasi yang memaksa benar-benar menekan untuk terjadi dan meletus. Ianya tidak dapat dibendung lagi sekiranya desakan ini mendapat sokongan padu seluruh rakyat jelata. Benarlah, apa sahaja media yang ada sekarang ini, kalau ia digunakan tepat pada masa dan keadaannya maka ia pasti akan berlaku.
Pemuda dan pemudi
Pemuda dan pemudi sering dikatakan sebagai golongan yang aktif dan kuat semangatnya. Mereka adalah aset negara yang cukup hebat dan tidak terkira nilainya dan mereka perlu diberikan perhatian serius oleh negara.
Membina semula generasi pemuda supaya mereka menjadi pemuda yang beriman kepada Allah. Mereka tidak leka dengan hiburan yang menyimpang jauh supaya diri mereka sentiasa serius dan matang memikirkan bagaimana pula mereka hendak menyusun strategi untuk memimpin generasi bawahan mereka pula. Mereka perlu didedahkan bagaimana hendak menjadi pemimpin yang adil dan bertaqwa kepada Allah Taala.
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup. (Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi)
Untuk mendapat generasi muda yang hebat ini, mereka mestilah disusun dan dididik dengan didikan yang sejajar dengan dengan Syariat Islam.
Islam menekan supaya mereka ini memiliki kekuatan:-
Iman yang mantap
Ibadah yang sahih
Akhlak yang sejahtera
Nasihat Abul Ala Al Maududi
Saya mengambil beberapa catatan dari Imam Abul Ala Al Maududi di atas nasihat beliau kepada para pemuda kerana mereka adalah generasi muda yang akan mencorakkan lanskap kehidupan masyarakat.
Pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :
1. Hakikat Islam dengan secara terperinci,
benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran.
benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Anda semua mesti segera memperbetulkan:
budipekerti yang telah menyeleweng,
memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.
Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.
Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap kepimpinannya. "Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )
3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu
melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk memimpin. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.
Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.
Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pemimpin, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.
Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.
Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.
4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.
5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang-benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak.
Ini adalah penting kerana :
Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.
6. Jangan anda cuba membangun
dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayun langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati.
Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka.
Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.
Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.
Realiti kita
Setelah sekian apa yang berlaku, sepatutnya ia menjadi i'tibar dan pengajaran yang paling bernilai untuk kembalikan diri kita ke pangkal jalan. Berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan dan ketaqwaan sepenuhnya kepada Allah Taala. Kerana diri kita sendiri terdedah dengan pelbagai ujian sama ada ujian kesenangan atau kesulitan. Sama ada Allah suka atau melaknat, semuanya telah ada tanda-tanda dan terjadi dengan jelas di depan mata. Jernihkan mata hati kita dengan iman supaya kita dapat melihat setiap apa yang terjadi untuk dijadikan muhasabah diri.
Semua kita akan diuji dari pelbagai sudut. Hanya diri yang taat dan bertaqwa kepada Allah sahaja yang nampak jalan untuk kembali kepadanya.
Nota: [1] Al Jazeera news [2] Malaysia News [2] Terjemahan Al Quran
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku. (As Sood : 71-72)
Sungguh indahnya ciptaaan Allah Taala kerana menjadikan manusia itu berpasang-pasangan dan berbangsa-bangsa dan disuruhnya saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Itu adalah sebahagian daripada asas kehidupan manusia supaya kita lebih berinteraksi dan berkomunikasi kerana fitrah kehidupan manusia sukakan pergaulan dan tidak suka hidup bersendirian.
Wahai manusia!, sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sunguh, Allah Maha mengetahui dan maha teliti (Al Hujurat [49] : 13)
Manusia yang tercipta secara berbangsa dan berlainan adat resam dan tradisi serta bahasa telah menyebabkan kehidupan manusia itu menjadi unik dan kepelbagaian ini telah menyebabkan manusia berusaha untuk berinteraksi atau berkomunikasi di antara satu sama lain walau apa cara sekalipun. Sama ada berlainan bahasa atau penggunaan satu bahasa yang semuanya boleh difahami telah menjadikan hubungan manusia dan saling kenal mengenali itu menjadi mudah dan penjadi penyebab kepada kita untuk membina hubungan ukhuwwah di antara satu sama lain.
Bina ukhuwwah
Islam sama sekali menentang perbuatan manusia itu bermusuhan diantara satu sama lain. Malah, Islam membuka peluang selebar-lebar mungkin jaringan interaksi dan memberikan penekanan betapa pentingnya ukhuwwah itu dibina.
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat (Al Hujurat [49] : 10)
Berhubung dengan perkara ini juga terdapat salah satu golongan yang dinyatakan di dalam hadis tentang tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungannya sahaja iaitu "Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah" [1]
Adab pergaulan
Islam amat menitik-beratkan seni-seni perhubungan dan adab-adab pergaulan sesama manusia.
Sabda Rasulullah SAW, Seseorang itu berada di atas agama temannya maka hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapa dia bersahabat (Hadis riwayat Abu Daud (4833) dan At Tarmizi (2379) daripada Abu Hurairah r.a dengan sanad yang hasan)
Dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, Demi diriku yang berada dalam kekuasaanya, seseorang dari kamu tidak akan beriman (sempurna imannya) sehingalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari (1/53,54), Muslim (45), An Nasaie (8/115), At Tarmizi (2517) dan Ibnu Majah (66)
Rukun usrah
Amat menarik sekiranya kita lihat di kala Rasulullah menyatukan puak ansar dan muhajirin di Madinah tanpa ada rasa sengketa dan rasa tidak puas hati di antara mereka. Kasih sayang dan jalinan mahabbah menjadi teras ukhuwwah.
Di akhir khalifah Islamiyyah tumbang, masyarakat Islam 'terpinga-pinga' mencari kekuatan, Iman Hasan Al Banna berjaya membentuk kembali institusi 'keluarga Islam' berlandaskan keimanan teguh kepada Allah Taala. Melalui rukun ini, ia berjaya menyatukan tali atau ikatan ukhuwwah sesama muslim yang benar-benar menyayangi kemanisan berukhuwwah sesama sendiri. Saling menjaga dan mencari keaslian mentauhidkan Allah Taala, mengabdikan diri beribadah kepadanya dan saling memperelok dan menyantuni akhlak yang terpuji sepertimana yang dikehendaki di dalam Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW.
Taaruf (berkenalan)
Tafahum (bersefahaman)
Takaful (berseimbangan)
bersambung... Ukhuwwah dan interaksi... (2)
Nota [1] Riwayat Al Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), At Tarmizi (2392) dan An Nasai'e (8/22) [2] Usrah dan Dakwah – Imam Hassan Al Banna
abuzorief @ concord sport centre, sheffield 12/3/2011, Sabtu
Berbagai pertanyaan, diajukan atau dilontarkan tentang bab ikhlas dan bagaimana hendak mendapatkan hakikat ikhlas itu sendiri.
Apabila melakukan sesuatu amal nanti,... Kalau buat nanti rasa megah diri atau kalau buat nanti orang kata itu dan ini, Wah! bagusnya..., Hebat dia tu..., ahli ibadah sungguh dia tu..., dan lain-lain lagi.
Jadi macamana nak memperolehi ikhlas, kalau semua persoalan yang bersarang itu tidak pasti dimana hendak dihuraikan dan dicerahkan. Boleh dikatakan apabila membabitkan masalah ikhlas, ada saja perasaan-perasaan lain seperti riak, sombong dan sebagainya akan timbul dan menjadi batu penghalang untuk kita memperolehi kenikmatan ikhlas beramal di dalam pengibadatan harian kita.
Keimanan dan ketaqwaan
Untuk menjawabnya sangatlah subjektif untuk setiap dari kita dan sebenarnya saya berpandangan dimana, ianya bergantung kepada sejauh mana keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah Taala.
Kerana ikhlas berkait rapat dengan hati, niat dan amalan-amalan ibadah atau kebajikan diri kita kepada Allah Taala.
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid (Al Bayyinah : 5)
Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah denan penuh rasa pengabdian kepadanya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).
Latih tubi
Ikhlas tidak pernah dan mudah datang begitu sahaja. Ia perlu dicari dan dilatih secara latih-tubi. Ikhlas menuntut kepada usaha gigih dan istiqamah di atas setiap amal yang dilakukan. Kadang-kadang, ia mudah sahaja diperolehi dan malah ada pula memakan masa yang lama dan mungkin bertahun-tahun lamanya.
Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda, Sesiapa berazam untuk membuat kebaikan tetapi tidak melakukannya, tetap ditulis untuknya satu pahala kebaikan. (Sahih Bukhari dan Muslim bilangan (6/34) dan riwayat Abu Daud (2508)
Perasaan ikhlas mestilah diasuh, dilatih dan dilakukan berterusan, walaupun pada mulanya akan datang perasaan riak, malas, bermegah-megah atau sebagainya. Tetapi apabila datang perasaan sedemikian, janganlah pula kita terus meninggalkan amalan itu begitu sahaja dengan alasan hendak menjauhkan sifat riak, bermegah-megah dan sebagainya.
Katanya apalah perlu dilakukan sekiranya amalan itu tidak mendapat apa-apa, malah lupus begitu sahaja apabila ada perasaan riak di dalam hati. Bagi saya pendapat dan pandangan sebegini tidak membina diri dan agak pasif serta negatif.
Inilah pertarungan jiwa yang hebat berlaku di dalam diri kita sendiri. Namun semua sifat yang mendatang itu juga perlu diberikan perhatian dan hati perlu dididik dan bermujahadah supaya lebih banyak perasaan takutkan pada Allah Taala di dalam setiap tingkah laku dan amal perbuatan.
Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadika dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al Furqan: 23)
Bagi saya ikhlas itu akan diperolehi akhirnya setelah apabila kita merasa serba salah apabila tidak melakukan setiap amalan yang sebelumnya dilakukan. Contoh seperti Solat wajib 5 waktu, membaca Al Quran, sedekah, solat Dhuha, Tahajjud dan Witr, sunat rawatib dan sebagainya.
Natijahnya, amalan kebajikan yang selama ini dilakukan akan dilindungi pula oleh perasaan Ikhlas yang sentiasa mendorong sipelaku untuk melakukannya. Manakala amalan jahat pula akan dididik oleh perasaan ikhlas supaya meninggalkan segala perbuatan jahat dan terkeji. Ikhlas akan menjaga peribadi kita sehingga melahirkan perasaan Ehsan dan muraqabah, yang mana ehsan ini adalah puncak kepada pengabdian dan penghambaan diri kita kepada Allah Taala.
Ma'ruf Al Kurki sentiasa memukul diri sendiri dengan berkata: Wahai diri, ikhlaskan diri nescaya kamu akan terselamat.
Abu Sulaiman berkata: Bahagialah siapa yang setiap langkahnya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah Taala.
Setiap detik untuk mendapatkan perasaan ikhlas ini perlulah melakukan mujahadah. Sebab itu tidak pelik apabila Rasulullah mengingatkan para sahabat yang baru selesai berjuang, akan ada jihad yang lebih besar dari ini, iaitu mujahadah nafs. Termasuklah ikhlas adalah sebahagian daripadanya, yang memerlukan pengorbanan jiwa untuk berperang dan membebaskan diri dari cengkaman riak, sombong, bermegah diri dan sebagainya..
Ayuh lakukan amal sebanyak mungkin sehingga kita merasa perasaan riak itu dapat dihindarkan dan ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga terus lenyap dari dalam diri kita sendiri, sehingga kita merasa seronok untuk melakukan amal kebajikan kerana Allah Taala.
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiayai seseorang sekalipun seberat zarrah. Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah itu) amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya. (An Nisa : 40)
Beberapa panduan
Melakukan amal walaupun sekecil-kecil amal
Sentiasa melakukan amal sama ada seorang diri atau dikhalayak ramai
Berterusan atau istiqamah sehingga sebati menjadi amal peribadi.
Menjaga makanan dan mengambil yang halal
Hadirkan di dalam diri, bahawa setiap amal itu dilihat oleh Allah Taala
Melakukannya sama ada suka atau tidak suka, sukarela atau terpaksa
Sentiasa berusaha untuk menambah-baikan amalan yang dilakukan
Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk beramal
Nota: [1] Sahih Bukhari dan Muslim, riwayat Abu Daud [2] Terjemahan Al Quran [3] Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang menuju Allah Jilid 2 - Imam Ahmad Bin Qudamah Al Maqdisi, Pustaka Salam
Di sebalik sifat negatif manusia, telah Allah terangkan di dalam Al Quran kaedah merawat segala sifat-sifat berkenaan dengan cara kembali beriman kepada Allah Taala dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhkan larangan Allah Taala yang mana Allah akan menganugerahkan keupayaan yang baik bagi mereka yang mentaati perintah Allah Taala.
Maka maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku (Taha [20] : 114)
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah Al Asr [103] : 1-3)
Banyak lagi ayat-ayat Allah yang memberikan kaedah rawatan ke atas sifat dan tindak laku buruk dan keji manusia.
Kita amat berharap supaya menjadi manusia yang sentiasa mendapat bimbingan hidayah dari Allah dalam setiap hal ehwal kehidupan. Namun perbuatan yang jahat pasti mendapat balasan yang setimpal dengan kerja jahat yang telah dilakukan dan tidak membawa apa-apa manfaat pada diri sendiri.
Faktor-faktor untuk mengembangkan potensi
Developing own perception/mindset
Awareness, dan sikap (traits)
Beliefs & Confidents
Menahan nafsu
Kenal musuh yang jahat dan zalim
Teman setia yang baik
Melaksanakan tanggungjawab dan tugasan dgn baik
Bakat semula-jadi dan Skill
Asuhan atau didikan
Suasana yang sehat dan baik
Consistency (Istiqamah)
Bermatlamat dan berstrategi
Melalui tanggungjawab dan tugasan yang baik
Utusan-utusan Rasulullah SAW. telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah SAW dan komunitas muslim lainnya.
Ja’far bin Abi Thalib diantaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat merindukan berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya.
Mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah SAW begitu bangga terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah.
Beliau menyatakan, ‘Aku bingung apa yang membuat senang diriku, apakah karena menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habasyah?.
Demikian pula Mush’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mush’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah dan kadernya. Sehingga tempat itu menjadi basis komunitas umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi mercusuar peradaban Islam. (At Tarbiyah Adz Dzatiyah (Membina Integritas Diri) - 17/11/2009 | 29 Dhul-Qadah 1430 H |Al-Ikhwan.net )
Kenal musuh sendiri
Manusia atau kawan-kawan sekeliling
Hawa nafsu (Hiburan melampau (Hedonisme), Buang masa - lagha, Angan-angan kosong)
Iblis & Syaitan
Jin
Harta
Asuhan/didikan & bakat
Berpidato
Melukis
Menulis
Memimpin
Karismatik
Menahan nafsu
Sombong dan Bongkak
Ketamakan dan Pembaziran
Bermegah-megah
Kemusnahan dan kehancuran
Persaingan kurang sehat
Rasuah
Permusuhan sesama sendiri
Pemalas
Mind development
Kreatif
Kritikal
Berstrategi
Good planning
Kesedaran dan sikap
Hendak berubah jadi baik
Menyumbang dan berbakti (diri. Keluarga, masyarakat dan negara)
Bina generasi mulia – generasi yang unik
Bermatlamat, berhala-tuju, berwawasan
Teman setia
Imam Ibrahim Al Harby selalu mengomentari sahabat-sahabatnya dengan ungkapan istimewa, katanya, ‘Aku sudah bergaul dengan fulan bin fulan beberapa waktu, siang dan malam. Dan tidak aku jumpai pada dirinya kecuali ia lebih baik dari kelmarin’.
Noted: 189-285 AH/805-898 AD. A senior student of Imaam Ahmad ibn Hanbal and a Sufi who wrote numerous books on the sciences. He was one of the major saints in his time in the city of Baghdaad. Still today, he is remembered there as a great saint.
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat [49] : 10)
Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha mengetahui, maha-teliti. (Al Hujurat [49] : 13)
Menyantuni tingkah laku
Stephen R Covey - Di dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989, menyatakan beberapa ransangan kepada tingkah laku manusia yang mampu diterjemahkan melalui tindakan di dalam kehidupan harian kita.
Be proactive
Begin with the End in Mind
Put First Things First
Think Win-Win
Seek First to Understand, Then to Be Understood
Synergize
Sharpen the Saw
From Effectiveness to Greatness
10 step to help you develop your potential
1. Identify it Kenal pasti kebolehan, skill dan keupayaan diri sendiri dan menggariskan beberapa matlamat dan tindakan untuk memperolehinya.
2. Claim it You must believe in your heart that you have untapped skill and ability in this area. Once you have claimed it, you must proclaim it by telling yourself (preferably out loud) that you ARE assertive, you ARE supportive of others. (Fill in your own skills and potentials!)
3. Scope it Next you need to think about what part(s) of you life you want to apply this new skill or ability in. Take time to determine the areas of your life where you will use this enhanced skill.
4. Target it Why do you want to develop this potential? How will you and/or those around you benefit from the development of this potential? What is your goal? Answering these questions will help you stay the course when you get discouraged. Write these reasons and your ultimate goal down and read them often.
5. Plan it A plan will help us achieve most anything more rapidly. Wouldn't you like to reach your potential sooner than later? Then make a plan! Determine what you need to know and how you will learn it. Schedule time on your calendar. Think about the situations you want to practice in. Write your plan down and remember to include timelines. This is a real plan. While it may not be as elaborate as a business plan, it is every bit as important. This is your plan!
6. Start it Get started already. You might actually start as early as - the scoping, targeting and planning is important too. Whatever you are trying to develop will require time and effort. The toughest step though is often the first one, so get started!
7. Support it You may need to find support from many people and in many places. One way is to have a mentor. If you know someone who excels at what you are trying to develop, ask them to mentor you. You can also get mentoring from people indirectly, by reading about their approaches, thought processes and ideas. (This is one great reason to read biographies and autobiographies.) Get support around you too. Find people close to you who will support your efforts and encourage, not discourage you. Identifying your support system early on helps you get started. Having the support will help you get past the toughest times during your process.
8. Practice it You won't reach your potential in one try or in a week. Practice builds our skills. Practice broadens our experience. Practice creates new habits. Practice makes permanent. Perhaps that greatest key of all to developing our potential, is disciplining ourselves to practice.
9. Be grateful for it When you receive a gift from someone you likely send a thank you note. Being grateful for the gifts of our potential is just as important. By being grateful we begin to unlock even greater opportunities to use the potential we have nursed into skill, experience, and habit. It isn't too late to start. Reaching our potential has nothing to do with our age, situation or past. Using this process will help you to unleash the potential you identify to help you reach your professional and personal goals and objectives
10. Doa & Tawakkal to Allah The most important step after doing all the steps above. To make things happened with blessing of Allah.
[1] Terjemahan Al Quran [2] Wikipedia [3] Majmuk Rasail [4] Revolusi IQ-EQ-SQ - Taufik Pasiak, PT Mizan Pustaka, Bandung 2002 [5] Fiqh Seerah Ramadhan Al Buti [6] Stephen R Covey - The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989
abuzorief @ University of Leicester 30/10/2010, Sabtu
Segala sifat-sifat yang baik pada diri manusia sama ada semulajadi atau diasah bakatnya, mempunyai kekuatan-kekuatan tersendiri apabila ia diserlahkan melalui tindakan fizikal. Ia mampu dimanfaatkan bukan sahaja pada diri sendiri malah ia bermanfaat pula pada insan yang lain.
Perkara ini dapat dilihat sendiri pada diri Rasulullah dan juga peribadi para sahabat Rasulullah yang telah dididik dari acuan Al Quran karim atau sibghah (acuan) Allah Taala. Kecantikan sifat-sifat ruhi, akal, jasad yang ada pada diri mereka, sehingga mereka digelar sebagai generasi Al Quran yang unik. Yang paling penting, mereka telah dimurnikan pegangan aqidah mereka kepada Allah Taala.
Aqidah memerlukan pembersihan jiwa, akal dan tindakan jasad. Segala sifat-sifat jahiliyyah yang 'berkarat' dalam diri mesti dihakis keluar. Kekaratan jahilliyyah ini bukan sahaja telah menggelapkan budaya hidup dan kelakuan keperibadian malah telah menenggelamkan ubudiah dan kemurniaan akal fikiran yang fitrah untuk tunduk menyembah Allah yang maha esa.
Potential energy
In physics, potential energy is the energy stored in a body or in a system due to its position in a force field or due to its configuration.[1]. The SI unit of measure for energy and work is the Joule (symbol J). The term "potential energy" was coined by the 19th century Scottish engineer and physicist William Rankine [Wikipedia]
Potential energy is energy that is stored within a system. It exists when there is a force that tends to pull an object back towards some lower energy position. This force is often called a restoring force [Wikipedia]
Second law: A body of mass m subject to a force F undergoes an acceleration a that has the same direction as the force and a magnitude that is directly proportional to the force and inversely proportional to the mass, i.e., F = ma.
Alternatively, the total force applied on a body is equal to the time derivative of linear momentum of the body. [Wikipedia]
Manusia makhluk yang unik?...
Manusia adalah makhluk yg paling sempurna dan paling mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Kesempurnaan ciptaan manusia itu terbina dari ruh, akal dan jasad. Dan ketiga-tiga unsur ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkat mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan (Al-Isra’: 70)
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya (As-Syam: 8)
Dibekalkan potensi yang negatif
Dibekalkan dengan potensi yang positif
Potensi negatif manusia
Antara beberapa sifat dan watak negatif manusia yang telah dikhabarkan di dalam Al Quran.
Cenderung berwatak keluh-kesah dan kedekut -
Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah dan kikir (Al-Ma’arij: 19)
Sangat zalim dan bodoh –
Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (Al-Ahzab: 72)
Tergesa-gesa –
“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azabKu). Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera” (Al-Anbiya’:37)
Di dalam Kerugian –
“Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian” (Al- Asr:2)
Potensi positif manusia
Antara beberapa sifat dan watak positif manusia yang telah dikhabarkan di dalam Al Quran.
Manusia mampu berubah (Transform) -
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain dia (Ar-Ra’d [13] : 11)
Manusia mampu berfikir (Ulul AlBab) -
Dia memberi hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat (Al-Baqarah [2] : 269),
(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beridah pada waktu malam sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran (Az-zumar [39] :9)
(iaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal sehat (Az-zumar [39] : 18)
Maka apakah orang-orang yang dibukankan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya(sama dengan orang yang hatinya membatu?) Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata (Az-zumar [39] : 21)
Manusia mampu menilai -
Sungguh, bukti-bukti yang nyata telah datang dari tuhanmu. Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu) maka dialah rugi. Dan aku (Muhammad) bukanlah penjaga (mu) (Al An’am [6] : 104),
(Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang ingin maju atau mundur (Al-Muddasir [74] :37)
Belajar melalui perbandingan & ‘ibrah -
Bolehlah dilihat di dalam Surah An-Nahl, An-Naml
Manusia mampu mempelajari ilmu -
Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66)
(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beridah pada waktu malam sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran (Az-zumar [39] :9)
Manusia mampu beramal -
Maka maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku (Taha [20] :114)
Perumpamaan org-org yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalnya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org-orang yang zalim (Al-Jumu’ah [62]:5)
Bilakah akan berkesudahannya isu Palestin yang tidak ada sedikit pun jalan penyelesaian, melainkan tipu daya dan sendiwara dari pelbagai pihak untuk mengaburi mata kita semua... sedangkan mereka telah melalui penderitaan dan azab ini puluhan tahun tanpa pembelaan.
Saban hari, mereka melaungkan jeritan, raungan kesakitan, tangisan, kematian, kegelisahan, kelaparan dan harapan mereka disana adalah kemerdekaan dan kembalikan hak-hak mereka dibumi sendiri tetapi kita disini hanya menonton sahaja seolah-olah menonton cerita lakonan dilayar-layar TV malah yang canggih lagi di layar TV Plasma atau sebagainya.
Siapakah mereka dan siapakah kita sebenarnya?...
Sepatutnya kita merasa malu kepada diri sendiri kerana kita tidak melakukan sesuatu untuk membela mereka malah lebih-lebih lagi kita menyerahkan kemerdekaan Masjid Al Aqsa ditangan mereka secara bulat-bulat. Mereka menahan dada-dada mereka sebagai perisai kepada peluru-peluru hidup yang datang bertubi-tubi sehingga bersarang-sarang dada-dada mereka dik bedilan peluru yang tidak bermata itu.
Sekali lagi saya bertanya pada kalbu saya sendiri, kepunyaan siapakah Masjid Aqsa itu?
Malu pada diri sendiri memang tetap malu, kerana Masjid Al Aqsa itu adalah milik kita semua. Tetapi kita sedikit pun tidak merasai cemas, gundah dan gelisah... apakah dan bagaimanakah nasib yang menimpa Masjid yang agung ini.
Ketika Umar Al Khatab berjaya memasuki Masjid Al Aqsa beliau dengan sayu dan sebak serta menangis apabila mendapati sampah bertimbun-timbun diperkarangan masjid kerana penghinaan yang diberikan pada Masjid Al Aqsa lalu beliau sendiri mengangkat jubahnya untuk mengutip sampah-sampah tersebut. Beliau juga mengarahkan tentera-tentera Islam lainnya melakukan perkara yang sama sehinggalah bersih.
"Kita berhutang dengan rakyat Palestine selagi Palestine dan Baitul Maqdis tidak dibebaskan" Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.
Apakah kaitannya kita dengan Palestine dan Baitul Maqdis sehinggakan kita dipaksa untuk memperjuangkannya?... sama-samalah kita fikirkannya
Apakah perlunya juga kita turut bersama dengan rakyat Palestin berjuang membebaskan tanah yang dikatakan Barakah itu?... sama-samalah kita merenungkannya
Masjid Aqsa mesti dibebaskan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti buangkan sedikit keselesaan hidup kita demi untuk merealisasikan cita-cita ini, walaupun penghujungnya kita tidak mengetahui bilakah akan datangnya kemenangan itu.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?. Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung (At Taubah [9] : 111)
Dimanakah anak-anak muda kita?
Saya juga agak terharu bila melihat kesungguhan Dr Hafidzi yang bersungguh-sungguh dengan MKP Tour Palestine UK 2011 baru-baru ini dengan keadaan kesihatannya tidaklah sekuat sepertimana orang-orang muda. Tetapi semangat yang ditunjukkan menampakkan kepada saya bahawa beliau bukannya 'main-main' untuk memperjuangkan isu Palestin di persada masyarakat.
Masyarakat kita perlu disedarkan... dan masyarakat kita mesti bersama-sama berjuang untuk menaikan kembali maruah dan martabat ruh Islam di atas muka bumi ini.
Tetapi sebak hati kerana kelihatan anak-anak muda begitu rakus dan tenggelam di dalam keasyikan hiburan dunia. Mereka hilang sifat 'kejantanan' untuk menjadikan diri mereka seperti mana yang disebut di dalam Quran sebagai Ar-Rijal yang berjuang di atas jalan Allah dan menjadi Fidyatun yang beriman dengan Allah Taala.
Siapakah Ar Rijal dan fidyah itu?...
Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka (Al Kahfi [18] : 13)
"Inilah anak-anak Palestin. Mereka punyai Keberanian, Kesabaran, Kekuatan, Tawakkal dan banyak lagi sifat mulia yang telah terhakis dari umat ini. Mereka adalah guru kita untuk menaikkan semula umat ini yang dilanda penyakit cintakan dunia dan takutkan mati." AQSA Syarif
Masalah Sosial
Anak-anak muda kita banyak yang terjebak dengan masalah-masalah sosial seperti penzinaan atau pelacuran, pergaulan dan sex bebas berlainan jantina, hamil sebelum nikah dan pembuangan bayi, minum arak, hiburan yang melampau (hedonism[1]) dan sebagainya. Negara seolah menyepi untuk menyelesaikan masalah ini sebaliknya memberikan penyelesaian dengan cara 'menghalalkan' sahaja perbuatan ini. Mereka digalakkan lagi menggunakan alat-alat 'perlindungan' dengan katanya untuk mengurangkan masalah kehamilan dan pembuangan bayi. Malah mendirikan pusat-pusat hiburan di merata tempat yang sebenarnya adalah sebagai salah satu punca merebaknya masalah sosial anak-anak muda mahupun orang-orang tua yang khayal dan 'mabuk' dengan keseronokan dan keasyikan permintaan serakah amarah hawa nafsu semata-mata. Setiap masalah perlu diselesaikan dari puncanya dan bukan sahaja pada hujung masalah atau penyakit yang terjadi.
Anak-anak muda mesti 'digoyang dan direntap' diri mereka supaya mereka kembali sedar dari lamunan dan asyiknya dengan keseronokan dunia. Mereka mesti kembali kepada tarbiyyah sepertimana yang diajar oleh Ar-Rasul SAW. Kita tidak mahu menjadi seperti buih-buih di lautan yang mengambarkan betapa banyaknya orang-orang Islam tetapi sedikit pun tidak berkualiti dan bermanfaat pada dunia Islam. Para sahabat Rasulullah kerap berdoa supaya mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang sedikit, kerana golongan yang sedikit ini sentiasa bersyukur kepada Allah Taala.
Jadi, dimanakah pendirian dan tindakan kita?...
Nota
[1] Hedonism is a school of thought which argues that pleasure is the only intrinsic good.[1] This is often used as a justification for evaluating actions in terms of how much pleasure and how little pain (i.e. suffering) they produce. In very simple terms, a hedonist strives to maximize this net pleasure (pleasure minus pain). http://en.wikipedia.org/wiki/Hedonism