Khutbah Pertama
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian… Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jamaah semua, bertaqwalah kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dan carilah bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat dan sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah, moga-moga kita beroleh kejayaan
Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah 185
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621). Hadis Hasan Sahih.
Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan mempertaruhkan seluruh kekuatan diri kita untuk berperang, bertarung dengan hawa nafsu sendiri. Ada dikalangan kita yang menang dan ada yang tewas kecundang. Berita kemenangan kita menyempurnakan ibadah ramadhan dalam tempohnya merupakan berita yang penuh bermakna dengan pengertian iaitu menyerahkan seluruh pengabdian diri kita kepada Allah Azzawajalla. Menang di dalam erti kata melawan hawa nafsu, kehendak diri dan juga ransangan-ransangan dan bisikan syaitan laknatullah.
Firman Allah di dalam surah As Syam ayat 7-10
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَاoفَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَاo قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَاo وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Tanpa iman yang kuat kepada Allah nescaya kita tidak mampu untuk melakukannya. Begitu besarnya kepentingan madrasah ramadhan yang telah dikurniakan kepada kita. Madrasah Ramadhan merupakan medium atau platform bagi kita untuk berjuang menyucikan diri, akal dan fikiran dengan memusatkan kembali seluruh jiwa raga kita kepada maha pencipta iaitu Allah Taala, Tuhan yang maha Esa.
Madrasah Ramadhan mempunyai objektif dan sasaran, iaitu menghasilkan produks-produks hamba Allah yang patuh dan taat dalam segala suruhan dan laranganya. Patuh dan taat adalah jambatan penghubung diantara ibadah dan tauhid (mengesakan Allah). Memperteguhkan iman dengan menguatkan ikatan tauhid rububiyyah dan Uluhiyah melalui ubudiyyah atau pengabdian diri kita kepada Allah Taala.
Justeru, kita akan berjaya, hasil dari didikan atau tarbiyyah di sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan. Sebulan bukanlah masa yang singkat dan pendek. Bagi kita yang tidak tahan melaluinya, maka ramadhan ini adalah beban yang memenatkan. Manakala bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah, Ramadhan ini dinantikan dengan perasan rindu dan cinta yang mendalam, memperbaharui kontrak dengan Allah sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…
Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah SAW pernah bersabda :
« احُضُرُوا المِنْبَرَ » فَحَضَرْنَا فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ : « آمين » ، فَلَمَّا ارْتقَىَ الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قال : « آمين » فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قال : « آمين » ، فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنكَ الْيَوْمُ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ قَالَ : « إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِندَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ قلت : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الجَنَّةَ قُلْتُ : آمين »
Yang bermaksud : Rasulullah SAW bersabda : Hadirlah ke mimbar semuanya. Apabila kami (sahabat) hadir, Nabi saw telah lalu naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, baginda berkata : Amin, apabila melangkah tangga kedua, baginda berkata, Amin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata Amin. Apabila baginda turun, kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami telah mendengar daripada kamu pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : - Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT, aku berkata, Amin.
- Bila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata : Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat kepadamu, aku berkata, Amin.
- Bila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang kedua ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak memasukkannya ke dalam syurga (dengan amal baktinya sebagai seorang anak), aku berkata, Amin.
Di ambang syawal inilah, kita sudah boleh mengaudit setiap perlakuan amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan yang mulia. Sudah sekian lama kita berpuasa di setiap ramadhan. Bentuk ibadah di dalamnya pun seakan-akan sama 'rentak', lenggok dan 'tari'nya.
Adakah kita sedar bahawa setiap kali kita menghabiskan puasa Ramadhan kita, kita pasti akan merasai perubahan-perubahan yang ketara di dalam diri kita?.., sama ada ia semakin berkualiti atau tidak, malas atau rajin, bertaubat atau mungkir dan sebagainya…
Adakah semakin sempurna KPI (key performance indicator) diantara Ramadhan-ramadhan yang dilalui. Sepatutnya, pencapaian sasaran KPI tahunan menjadi baik dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Alangkah beruntungnya kita sekiranya peratusan pencapaian ibadah puasa pada tahun ini telah mencapai keputusan yang terbaik sehingga melayakkan diri kita digelar sebagai hamba Allah yang patuh dan taat atau muttaqin.
Berusahalah untuk meneguhkan dan memperbaiki segala amalan dan suruhan seperti
- kualiti ibadah yang wajib dan sunat,
- sedekah dan zakat,
- hubungan anak dan ibubapa
- jalinan ukhuwwah dan silaturrahim,
- kualiti pekerjaan harian sebagai pelajar, pengajar dan para ilmuan
- Kualiti sebagai majikan dan para pekerja,
- kualiti penjagaan dan pendidikan anak-anak serta urusan kekeluargaan,
- Kualiti dan peningkatan penjagaan masa,
- kualiti urusan dakwah sesama muslim dan non muslim
- Isu-isu kepedulian ummah sejagat
- Kualiti pengurusan harta benda
- dan sebagainya
Namun dalam hal ini, jangan pula kita berpuas hati dan merasa cukup selesa dengan pencapaian yang dicapai sekiranya berjaya. Perlu diingat bahawa setiap kejayaan ibadah itu belum tentu diterima Allah. Kita perlu berusaha supaya setiap amalan kita ini diterima Allah. Perlu banyak beristigfar, bertaubat dan berdoa kepadanya. Memohon keampunan dan sesalan di atas perbuatan yang lampau.
Akhirnya kita serahkan sepenuhnya kepada Allah Taala setiap amalan yang telah dilakukan. Kebaikan dan kemuliaan itu bukanlah datang mengolek kepada kita tetapi ianya perlu diusahakan semaksima yang mungkin.
Semoga setiap jengkal amal kita ini akan dikira oleh Allah sebagai amal seorang hamba yang taat dan bertaqwa dan sentiasa mengharapkan belas kasihan dan rahmat darinya.
Firman Allah Taala di dalam surah Al Imran 132
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…
Dunia yang menjadi ladang akhirat kembali sibuk dengan kerakusan kita yang mencari dan mengejar habuan dunia semata-mata dan kita sentiasa merasa tidak puas apa yang ada, yang mana semua ini tidak akan mendapat jaminan, restu dan kemuliaan hidup disisi Allah taala melainkan kita memfokuskan tujuan hidup ini dengan menyerahkan jiwa dan harta kepada Allah sebagai bekalan hidup di akhirat kelak.
Wal hal, dunia yang sementara ini kalau diurus-tadbir dengan baik, maka hasilnya adalah untuk memudahkan laluan seterusnya iaitu menyediakan prasarana untuk urusan akhirat pula.
Kita umat Islam menjadi mulia di sisi Allah sekiranya kita berjaya menjadi khalifah dan hambanya yang bertanggungjawab sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Taala.
Firman Allah Taala di dalam surah al Baqarah [2:30]
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Kita sebagai golongan Muslim terpelajar, cerdik pandai, cendikiawan dan ilmuan dan professional, kita bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan perubahan, sama ada perubahan diri, memperelokkan kualiti berkeluarga, membantu masyarakat setempat dan mentadbir-uruskan urusan negara dengan amanah, benar dan adil, mengikut aturan halal dan haram, serta mematuhi hukum-hakam yang telah disyariatkan oleh Allah Taala.
As Sudy mengatakan, “Jika mereka berkhianat kepada Allah dan Rasul, mereka pasti berkhianat terhadap amanah-amanah yang diberikan kepada mereka”
Ibnu Abbas mengatakan bahawa amanah-amanah itu adalah amalan yang diamanahkan oleh Allah kepada para hambanya, berupa kewajipan-kewajipan. Dia menegaskan lagi bahawa makna “Janganlah kamu berkhianat” adalah bermaksud “Janganlah kamu merosakkannya”
Kita menjadi golongan atau ejen yang berpengaruh di dalam masyarakat dan mampu membuat sebarang keputusan. Janganlah hanya berbangga dengan status dan kedudukan kita sahaja tetapi sebaliknya kita langsung tidak mampu berbuat apa-apa sedikit pun untuk memperbaiki kerosakan, penyakit malah maksiat yang berlaku di sekeliling kita.
Menyelesaikan masalah sosial dan penyakit-penyakit serta maksiat di dalam masyarakat kita sendiri, adalah merupakan satu amanah dan kerja mulia.
Masyarakat yang rosak akhlak, ghairah dengan hiburan yang melampau atau hendoism. Seolah-olah dunia ini adalah untuk berhibur semata-mata. Dunia untuk hidup bersuka-ria dan menghabiskan usia berbaki begitu sahaja.
Masalah sosial mesti disekat supaya tidak merebak didalam masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, maka ia akan menjadi barah di dalam masyarakat dan seterusnya akan merosakkan keseluruhan institusi kekeluargaan.
- Kes jangkitan HIV pada tahun 2008 yang dilaporkan adalah seramai 3692 orang
- Kes AIDS yang dilaporkan pada tahun 2008 adalah seramai 941 orang
- Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara
- Pelacuran dan zina
- Jenayah rasuah, pecah amanah dan pengunaan wang rakyat
- Pembunuhan dan penipuan
- Kes penculikan kanak-kanak
- Kes pembuangan bayi & Pertambahan anak luar nikah
- Ketagihan dadah dan seumpama
- Ketirisan pembahagian wang zakat dan baitul mal
- Penyelewengan harta anak yatim dan hak ibu tunggal
- Kelemahan pembahagian hak kepada fakir miskin, muallaf dan golongan asnaf
- Salah-guna kuasa dan kedudukan
لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا
Yang bermaksud : "Tidaklah tampak perbuatan maksiat ditengah-tengah suatu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan,kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu." (Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)Tindakan kita berdiam diri di dalam isu-isu ini adalah lebih kejam kerana membiarkan masalah ini berlarutan dan membiarkan perkara ini hanya ditangani oleh pihak-pihak tertentu atau golongan agama sahaja.
Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah [2:208]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…
Umat Islam dilihat begitu lemah sekali. Hilang kepimpinan dan tauladan, Ukhuwwah atau persaudaraan tidak kukuh dan goyah. Bersengketa sesama sendiri semata-mata disebabkan berlainan fahaman politik, sosial dan ekonomi.
Malah yang lebih teruk lagi, dimana sebahagiannya, cuba mempertahankan fahaman dan ta’sub dengan ideologi sesat dan pincang yang tidak selari dengan kehendak syariat Islam.
Akibatnya, syariat Islam dirasakan sebagai satu tekanan ke atas diri sendiri dan kehidupan. Menyekat kebebasan dik kerana menghalang kehendak hawa nafsu.
Bekerjasamalah di dalam perkara yang disepakati dan saling memaafkan terhadap sesuatu yang masih diperselisihkan, tanpa fanatik atau memaksa orang lain terhadap sesuatu pendapat yang masih diperselisihkan.
Firman Allah di dalam surah al Hujurat ayat 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…
Baransiapa tidak memperhatikan urusan umat Islam, ia tidak termasuk golonganku…
Pandanglah diluar jendela sana dengan perasaan sayu, kesusahan yang menimpa saudara kita, di Somalia, Thailand, Kashmir, Kemboja dan serata pelusuk dunia Islam, memerlukan perhatian dan kepedulian kita semua. Dengan menyambut kemenangan syawal ini, marilah kita melakukan sesuatu yang dapat menenteramkan hati dan perasaan mereka dan menaikkan izzah Islam.
Pun begitu juga, bersama-sama mengambil peduli terhadap saudara-saudara kita di bumi Palestine barakah yang terus-menerus berjuang da berjihad untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanah bertuah pelastine mewakili kita semua, di dalamnya terdapat masjid Al Aqsa yang suci dan mulia sejak sekian lama.
Palestine adalah tanah yang special bagi setiap muslim. Ia telah diperkatakan di dalam Al Quran sebagai tanah suci yang dirahmati.
Al Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid ketiga suci di dalam Islam.
Palestine juga dikenali sebagai tanah Al Israa atau perjalanan malam seterusnya melibatkan Arrasul SAW mi’raj kelangit.
Ia juga adalah tanah para nabi-nabi, mereka dilahirkan, dibesarkan dan dimaqamkan disana.
Ia juga adalah bumi atau tanah dimana perhimpunan dan kebangkitan para mujahid yang akan terus menerus menanam semangat jihad dijiwa kita semua.
Ketahuilah kita semua, penderitaan yang mereka lalui amat menyakitkan dan menyedihkan.
Kehilangan ibu-bapa dan ahli keluarga serta sanak saudara, kehilangan kasih sayang anak dengan ibu dan perasaan rindu diantara mereka, kekurangan makanan dan kehilangan harta benda dan tempat tinggal kerana dibedil peluru dan bom ganas oleh puak Zionist laknatullah.
Kini, terdapat 6.3 million pelarian Palestine dimana 4.7 million diluar Palestine terutamanya di Syria, Lebanon, Mesir dan 1.6 million terdapat didalam tanah Palestine iaitu Gaza dan Tebing Barat.
Siapakah mereka dihati kita wahai saudara muslimin dan muslimat sekelian, hulurkanlah sumbangan kita sama ada jiwa dan harta untuk sama-sama menjiwai penderitaan mereka…
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dirahmati Allah sekelian….
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah kedua
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد أَشْهَدُ
أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه. أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ وَتَ زوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَى
Muslimin dan muslimat dirahmati Allah sekelian…
Dengan kemenangan kita menyambut syawal dan berakhirnya Ramadhan Mubarak, sedikit sebanyak menyentuh hati dan naluri kecil kita. Betapa manis dan tenangnya berada di dalam bulan yang penuh barakah yang tidak mampu diperolehi di bulan-bulan yang lain dan sekali-kali tidak akan sama dengan 1000 bulan.
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا o فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا o إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْح
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Moga-moga Ramadhan ini kita mendapat pengampunan dari Allah Taala terhadap segala kesalahan kita yang lalu.
Insaf di atas kesalahan kita sebagai seorang anak terhadap kedua ibu bapa yang telah menjaga, mendidik dan membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayangnya. Mengambil tahu kesihatan dan keperluan mereka yang lain tanpa menyinggung perasan dan emosi mereka.
Firman Allah di dalam surah Al Luqman ayat 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Insaf di atas kesalahan kita selaku seorang suami atau isteri sepanjang kita bersama serta membesar, mendidik anak-anak sebagai amanah Allah. Sentiasa peka terhadap tangungjawab masing-masing dan saling nasihat dan menasihati di atas perkara kebaikan dan kebajikan.
Insaf di atas kesalahan kita sebagai pelajar, pengajar, ilmuan cendekiawan dan professional di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap yang telah diamanahkan kepada kita. Mampu berdepan dengan situasi yang melibatkan halal dan haram perbuatan dan bertegas di dalam perkara yang membabitkan hukam-hakam Allah Taala.
Dan lebih-lebih lagi kita sebagai hamba Allah yang sentiasa mendapat nikmat yang tidak terhingga banyaknya, iaitu nikmat Islam.
Berfirman Allah Taala di dalam surah Al Maidah ayat 3
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.Bermulanya syawal bukanlah tandanya kita boleh melakukan sesuatu tanpa halangan dan batasan, bermewah-mewahan, berlebih-lebihan sehinggakan banyak pembaziran berlaku.
Marilah kita bersama-sama berperteguhkan ikatan iman kita kepada Allah Taala. Memahami segala tuntutan kalimah syahadah, melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya.
Mengingati saudara Islam kita yang memerlukan bantuan dan sokongan dari kita semua kerana kesulitan, kepayahan, kesukaran hidup sama ada disebabkan musibah, peperangan, kemelut ekonomi dan tekanan politik yang tidak adil dan zalim.
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Berjual belilah dengan Allah Taala dengan mempertahankan agama Islam yang mulia dengan merebut segala tawaran dari Allah sebagaimana firmannya di dalam surah As soff ayat 10 dan 11
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ o يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيم خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? O Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ
وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعَوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى
نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى
كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ
أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ.
رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ
أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ.
abuzorief @ sheffield
30/8/2011, 1 syawal 1432H
khutbah eidfitr 1432h
verdon recreation center S3 9QN