Antara beberapa faktor yang menjadi penyebab pembinaan kerjaya ialah di mana seseorang individu itu akan berusaha untuk menjadikan dirinya melakukan satu proses perubahan kehidupan ke arah yang lebih baik, berdisiplin dan bermartabat untuk keselesaan hidup dan khusyuk beribadah mengabdikan diri kepada Allah Taala.
Perubahan hidup - transformasi kehidupan (proses memaksa diri)
Kerja - Mencari rezeki (merupakan keperluan harian)
Pendidikan - Ilmu dan amal
Keselesaan hidup
Niat Ikhlas kerana Allah Taala
"Allah suka jika kamu bekerja, kamu bekerja dengan tekun"
Namun bagi individu muslim yang bertaqwa kepada Allah hendaklah meletakkan niat yang ikhlas hanya kepada Allah Taala dalam setiap detik perbuatan.
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Jenis-jenis kerjaya
Perniagaan
Perkhidmatan
A service is the intangible equivalent of an economic good. Service provision is often an economic activity where the buyer does not generally, except by exclusive contract, obtain exclusive ownership of the thing purchased. The benefits of such a service, if priced, are held to be self-evident in the buyers willingness to pay for it. Public services are those society pays for as a whole through taxes and other means.(Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Service_(economics))
Kepentingan berkerjaya
Apabila Salat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (Al Jumu'ah [62] : 10)
Kita berhak untuk menjaga kehidupan kita di dunia ini dengan memastikan maqasid syara' ini mendapat tempat di tempatnya iaitu memeilhara agama, nyawa, akal, harta dan keluarga.
Bagaimana Rasulullah membina kerjaya
1. Sebagai pengembala kambing (Pekerja dan makan upah)
Di awal usia, baginda telah didedahkan dengan kerjaya sebagai pengembala kambing. Pekerjaan ini bukanlah pekerjaan yang mudah dan senang. Kambing-kambing yang digembalanya bukanlah kepunyaan baginda tetapi baginda telah diupah untuk menjaganya. Kejujuran dan kesabaran Rasulullah telah membantu baginda membina kerjaya dan melatih beberapa karakter yang terbaik untuk berjaya.
2. Sebagai ahli perniagaan (Usahawan dan Businessman)
Apabila dewasa, Rasulullah membina kerjayanya sebagai ahli perniagaan. Pada usia ini, baginda mempunyai kekuatan tubuh badan kerana kerjaya Rasulullah bukanlah berniaga di tempatnya sendiri tetapi terpaksa keluar ke negara Syam di utara semenanjung tanah Arab yang jauh dan melalui padang pasir yang luas di dalam keadaan cuaca yang panas terik. Kepulangan Rasulullah dari urusan perniagaan ini tidak pernah mengecewakan pemilik barangan atau tuannya. Kerana, barang dagangannya tidak sedikit pun berlaku kerugian atau hasil jualan dan keuntungan kehilangan sepanjang perjalanan atau perniagaan. Dengan sifat jujur dan amanah serta keperibadiaan mulia, Rasulullah telah berjaya membina karakter yang penting sebagai seorang ahli perniagaan. Perniagaan dan kerjaya yang dibina oleh Rasulullah telah menyebabkan orang ramai menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kualiti barang dagangan dan amalan perniagaan yang telah dijalankan. Sehinggalah Ar-rasul digelar sebagai Al-Amin.
3. Sebagai pendidik dan pendakwah (Perkhidmatan)
Kejayaan Arrasul dalam mendidik manusia menjadi manusia yang kembali kepada fitrah asal kejadian manusia yang hanya mengabdikan diri semata-mata kepada Alla Taala sahaja. Menjadikan manusia itu bijak mengatur segala urusan kehidupan dengan menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup dan Allah sebagai tempat bergantung dalam segala urusan termasuklah urusan mencari rezeki.
George Bernard Shaw, Reformist socialist – "Dunia zaman moden ini amat-amat memerlukan orang seperti Muhammad yang mampu menyelesaikan masalah yang rumit sambil menghirup secawan kopi"
Keperluan asas dalam proses pembinaan kerjaya
Iman - Aqidah yang mantap
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya) serta memnerinya rezeki dari sumber yang tidak disangkanya (At Tholaq : 2 & 3)
Wahai orang-orang yang beriman!. Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (As Soff [61] : 10)
Kemanisan iman
1. Allah dan Rasul lebih dicintai
2. Mencintai saudara lebih dari diri sendiri
3. Takut kembali kekufuran seolah-olah diri akan dicampak masuk ke dalam api neraka.
Ibadah yang sahih
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi Maha Bijaksana (At Taubah : 60)
Akhlak yang sejahtera
Diriwayatkan daripada Abu Zarr dan Mua'z bin Jabal ra. bahawa Rasulullah saw bersabda, "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik. "Ia diriwayatkan oleh At Tarmizi. Beliau berkata: "ini hadis Hasan. "Sementara dalam sesetengah salinan, disebut : "Ia Hasan Sahih".
Ilmu yang bermanfaat
(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?. Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?. Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran. (Az Zumar [39] : 9)
Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa - Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66),
Kemahiran
Bagaimana Nabi Khidir mengajar Nabi Musa dengan melalui proses tarbiyyah secara langsung - Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66),
Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta kami wahyukan kepadanya) Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (Saba' : 10-11)
Rasulullah SAW bersabda "Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud A.S makan daripada hasil tangannya sendiri".
Umar R.A berkata "Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula:- Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak."
Pembinaan Karakter
Betapa pun pentingnya melakukan perubahan diri itu mestilah ada rasa Ehsan kepada Allah taala, kerana Individu itu akan terdidik secara langsung dengan adanya hubungan yang kuat dengan Allah Taala. Segala tindak tanduk diperhatikan oleh Allah Taala. Justeru, segala tindak tanduk atau perbuatan itu sentiasa terjaga untuk melakukan perkara-perkara yang baik sahaja dan meninggalkan segala perkara keji dan larangan AlLah Taala sahaja.
Antara cabaran dalam bidang kerjaya
Antara sebahagian amalan yang mampu menjadi cabaran kerjaya seperti -
Pecah amanah
Khianat
Rasuah
Riba
Tamak
Menindas hak orang lain
Menipu
Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui (Al Baqarah [2] : 188)
Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharankan riba. Barang siapa mendapat peringatan dari tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah [2] : 275)
"Harapkan pagar, pagar makan padi..."... yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong keciciran... begitulah peribahasa Melayu yang telah lama diungkapkan oleh orang-orang tua kita.
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) (At Taubah : 103)
Semua perbuatan dan amalan ini adalah perbuatan yang terkeji. Perbuatan ini akan merosakkan nilai pekerti yang mulia pada diri individu, terutamanya mereka yang membina kerjaya dan melibatkan diri di dalam perniagaan. Sekiranya sifat-sifat dan amalan nilai ini rosak maka sistem muamalat yang dikehendaki di dalam sistem-sistem Islam tidak akan berjaya dilaksanakan. Kerjaya dan perniagaan bukan sahaja melibatkan barang-barang dan tindakan fizikal dan akal cerdik sahaja tetapi memerlukan kekuatan jiwa yang bersikap ehsan kepada Allah di dalam setiap tindak-tanduk perbuatan.
Hubungan kerjaya dan perniagaan ini perlulah diberikan perhatian serius dari berbagai sudut kehidupan kerana ianya secara langsung telah melibatkan hubungan kita dengan Allah Taala dan juga manusia.
Fokus kita
Barangan yang halal dan diredhai
Keuntungan terletak kepada barang-barang dagangan. Barangan dagangan hendaklah barang yang halal dan bermanfaat kepada manusia yang lain. Sekiranya barangan yang diniagakan berupa barangan haram, maka seluruh proses perniagaan itu akan dikategorikan sebagai haram. Begitu juga seluruh rezeki yang diperolehi akan menjadi haram.
Kaedah fiqh - Apa-apa yang mendatangkan kepada wajib maka ia adalah wajib
Kerjaya sebagai medan Ibadah
Sekiranya semua faktor-faktor hubungan kita dengan Allah dan manusia dijaga dengan teliti, maka kerjaya kita ini akan dinilai sebagai ibadah kepada Allah Taala. Secara langsung ia bukan sahaja untuk mencari keuntungan tetapi berupaya membina suasana dan proses pencarian rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah Taala.
Sikap dan etika kita
Hendaklah berubah dan mampu menjadi baik dan berjaya
Menyumbang dan berbakti kepada - diri, keluarga, masyarakat dan negara
Menjadi dan membina generasi yang mulia
Bermatlamat, berhala-tuju dan berwawasan
Perubah generasi masa depan
Belajar bersungguh-sungguh dan beramal
Jangan tumpu kepada pembelajaran teori sahaja
Timba sebanyak mungkin pengalaman luar
Ambil iktibar dari pengalaman orang lain untuk membina kematangan diri sendiri
Libatkan diri dengan program sosial yang sehat kerana ia memberikan impak membina hubungan dengan manusia
Jadikan diri kita bermanfaat kepada orang lain seoptima mungkin terutamanya menjadi anggota dibarisan hadapan
Berserah sepenuhnya kepada Allah Taala dalam setiap waktu dan hal.
Semoga dengan kerjaya yang kita bina ini mampu memberikan impak yang besar di dalam era Islam bangkit untuk memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kita semua di atas muka bumi ini, dan semoga usaha kita menjadi amal dan memperolehi ganjaran besar dari Allah Taala.
Sekian,
abuzorief @ Student Union, The University of Sheffield
1.00pm - 5/3/2011, Saturday