Islam laksana api yang menyala,
Menerangi teman dan juga sahabat,
Bahang panasnya membakar lawan.
(The Zikr lyrics http://www.youtube.com/watch?v=BE0_tXIp9Cw - Dunia Baru Islam)
(The Zikr lyrics http://www.youtube.com/watch?v=BE0_tXIp9Cw - Dunia Baru Islam)
Lunak sahaja lirik lagu ini dan terbayang saya betapa indahnya hidup di bawah lembayung Khulafah Islamiyyah dengan pentadbiran yang cukup komprehensif dengan sistem-sistem politik, sosial dan ekonominya yang terjelma dari kehebatan Al-Quran dan As-sunnah. Kadar kemiskinan, rasuah, jenayah sosial dan sebagainya mencecah angka sifar. Malah berbangganya kita kerana kita dijamin untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Taala. Lihat sahaja, empayar Islam ketika dahulu yang menjadi sebutan dan ingatan kerana Islam mewarnai seluruh kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.
Bekerja untuk Islam
Bukan mudah untuk kita merasai kemanisan berada di bawah payung pemerintahan Islam. Bak kata... kalau kerja baru dapat gaji. Begitulah juga untuk memiliki sesuatu kena berusaha untuk mendapatkannya. Pemerintahan Islam bukannya barang dagangan yang boleh dimiliki sesuka hati dan dilemparkannya begitu sahaja tanpa diambil peduli. Untuk memilikinya terpaksa melalui perit payahnya.
Lihatlah bagaimana Rasulullah dan sahabat diawal kebangkitan Islam terpaksa bertembung dengan seribu satu macam rintangan dan laluan perit untuk meletakkan Islam di takhtanya.
Kini, pertarungan untuk mengembalikan kegemilangan Islam lebih hebat apabila berhadapan dengan orang-orang yang tidak tahu, tidah ambil peduli, mereka yang menentang, mereka yang menghalang, mereka yang mempunyai tanggapan salah faham terhadap Islam itu sendiri dan berbagai-bagai lagi.
Hanya hati-hati ikhlas yang 'degil' dan 'keras' sahaja mampu untuk bertahan meredah dan merintis jalan sukar ini untuk memastikan Islam berada di tahtanya semula.
Dimana usaha kita?...
Senario yang lebih dekat, kita perhatikan kehidupan semasa pra dan pasca merdeka, di mana orang-orang Cina dan India tinggal bersama-sama dengan masyarakat Melayu di kampung-kampung, di taman-taman dan setiap sudut kawasan, malah sekarang ini pun begitulah keadaannya, tetapi mereka tidak tersentuh langsung dengan agama Islam dan sebaliknya faham mereka lebih kepada adat istiadat Melayu sahaja. Mereka hanya tahu baju Melayu dan baju kebaya, makan belacan, petai dan tempe, songkok dan ketayap, ber'sunat' dan sebagainya. Tetapi hati dan perasaan mereka langsung tidak terkesan dengan Islamnya orang Melayu.

Kenapakah sedemikian rupa?...
Apakah agama Islam itu ekslusif untuk golongan tertentu sahaja?...
Apakah agama Islam itu ekslusif untuk golongan tertentu sahaja?...
Salah faham
Setiap kali isu berbunyi maka setiap kali itulah Islam akan dipersalahkan. Islam sering menjadi 'kambing hitam' di dalam segala masalah dan kemelut kehidupan. Sedangkan Islam datang untuk memberikan jalan penyelesaian dengan memenuhi dan mematuhi spesifikasi fitrah dan naluri manusia.

Banyak perkara yang perlu kita sedari dan perlu diperhalusi tentang salah faham orang-orang Cina dan India di Malaysia terhadap agama Islam. Kalau mereka berani menyentuh sensitiviti hal ehwal Islam, itu menandakan mereka masih tidak faham dan pengetahuan mereka terhadap agama Islam amatlah sikit atau langsung tidak ada asas tentang Islam. Tidak dinafikan juga, ada segelintir mereka sengaja untuk mencari masalah dengan orang-orang Islam atau lebih dikatakan cuba menjolok sarang tebuan. Saya juga tidak menafikan perkara ini, tetapi apa yang hendak saya sentuh di dalam hal ini ialah bab salah faham mereka terhadap Islam di dalam masyarakat umum.
Sejak dari isu hudud, perlaksanaan Syariat Islam, Undang-undang Islam, Isu babi dan halal haram makanan, Negara Islam, Non Muslim yang menganut Islam dan hak mereka di Mahkamah Syariah dan Civil, Isu kalimah Allah, Isu garis-paduan MPSJ melarang pekerja Islam di premis menjual arak, isu bersalaman lelaki dan perempuan dan sebagainya, semuanya perlu pendidikan langsung, meluas dan mesti diketengahkan di dalam masyarakat majmuk. Isu-isu Islam, hukum-hakam dan hal-ehwal kehidupan Islam yang lengkap (syumul) perlu diberikan penerangan khusus dan diperbincangkan di dalam masyarakat umum secara terbuka.
Tarbiah dan Dakwah...
Tarbiah dan Dakwah...
- Sewajarnya mereka diberikan kefahaman dan penerangan.
- Sebarkan Islam bukannya adat. Kesalahan dan kesilapan orang-orang terdahulu selama ini sepatutnya menjadi pengajaran kita.
- Kita perlu banyak melakukan usaha dakwah dan tarbiyyah dan menonjolkan peribadi serta akhlak mulia. Rasulullah dan para sahabat sentiasa mendidik dan mensyiarkan segala bentuk kefahaman, kemurniaan akhlak, kejituan keyakinan aqidah dan ketenangan beribadah yang sahih.
- Melihatkan kepada realiti dan kemelut semasa ini, perlulah diperbanyakkan usaha-usaha mendidik di dalam masyarakat majmuk.
- Belum tentu kita boleh hidup secara sempurna di dalam masyarakat majmuk apabila secara majoritinya non-muslim masih lagi tidak faham tentang indahnya hidup di bawah naungan dan lembayung Islam.
- Hilangkan rasa dan perasaan terancam mereka apabila timbulnya istilah-istilah yang 'ganjil' dan pelik apabila didengari oleh telinga mereka seperti Syariat Islam, Khalifah Islam dan sebagainya.
- Membezakan kepentingan Islam dengan adat di dalam kehidupan.
- Merancakkan aktiviti-aktiviti di dalam masyarakat muslim dan non-muslim sehingga mewarnai kehidupan.
- Melibatkan seoptima mungkin muslim revert bersama-sama menyemarakkan aktiviti dakwah dan tarbiyyah untuk mendekati kaum mereka.
- Menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat majmuk melebihi adat bangsa.
28/1/2011, Jumaat
No comments:
Post a Comment