Adakah puas hidup dengan jenama yang hebat dan ternama?...
Dari si anak kecil sehingga ke peringkat umur tua bangka pasti ada jenama tertentu yang menjadi kesukaan dan kegemaran untuk dimiliki. Katanya, tidak puas kalau tidak dapat barangan yang berjenama, kononnya out-to-date, ... ketinggalan zaman. Selalunya barangan yang berjenama itu pastinya berkualiti dan mahal-mahal belaka. Kadang-kadang, nama jenama itu lebih mahal dari barangan.
Lebih-lebih lagi, barangan berjenama itu akan dijaganya dengan baik dan diberikan perhatian dan penjagaan yang 'luar biasa'.
Saya bukanlah hendak memfokuskan kepada mesti atau tidak, perlu atau tidak kepada penggunaan barangan yang berjenama. Semua orang ada hak untuk memilikinya. Terpulanglah kepada hajat dan keinginan masing-masing.
Apa yang hendak saya katakan di sini adalah lebih kepada mencari kehidupan yang berkualiti atau 'berjenama' di sisi Allah Taala. Lebih-lebih lagi saya ingin mengingatkan diri saya sendiri betapa kita terlupa untuk mencari dan memiliki kehidupan yang berkualiti dan 'berjenama' disisi Allah Taala.
Allah telah menjenamakan kehidupan kita dengan jenama-jenama yang cukup hebat dan berkualiti.
Apakah jenama itu?..
- Mukmin
- Muslim
- Muttaqin
- Muhsin
- Mujahid
- Dan sebagainya sepertimana di dalam Al Quran
Gembirakah kita untuk memiliki setiap jenama yang dilabelkan tersebut?
Masing-masing jenama itu ada pentakrifan dan kemuliaannya. Memilikinya akan ber'hubung' terus dengan Allah Taala. Pemiliknya akan mendapat martabat di sisi Allah Taala. Mereka menyayangi Allah dan Allah mengasihi serta menyayanginya. Mereka mendapat tempat dan keistimewaan dari Allah Taala.
Saya mengimbau dan mengenangkan kembali peristiwa berdarah kerana serangan puak Zionist ke atas kapal Flotilla Mavi Marmara setahun yang lepas. Betapa ikhlasnya mereka berada di barisan hadapan untuk mempertahankan misi kemanusiaan mereka untuk membantu rakyat Palestin. Pengorbanan mereka yang bukan sedikit, tetapi melibatkan harta dan nyawa. Mendepang dada sebagai perisai untuk mempertahankan diri dari muntahan peluru senjata puak Zionist. Kalau dikira dengan nilai dunia, apalah sangat kerja buat mereka. Terpaksa meninggalkan kesenangan dunia dan kemewahan seisi alam. Meninggalkan anak dan isteri, sanak saudara dan kaum keluarga yang lain. Inilah 'jenama' hidup yang tidak mampu kita semua milikinya. Jenama yang paling berkualiti dan melangkaui ranking jenama-jenama yang lain....
abuzorief @ sheffield
3/6/2011, Jumaat
sesekali memiliki yang berjenama itu perlu. sesekali juga yang biasa-biasa itu saja sudah memadai.
ReplyDeleteselalunya jenama melambangkn kualiti.hanya mmbeli brg brjenama utk brg2 trtentu shj.
ReplyDeleteKekadang orang yang berjenama itu tidak semestinya dikenali ramai. Tidak semestinya tampak kejenamaannya itu.
ReplyDeleteMungkin yang bekerja dengan majlis bandaran menyapu sampah itu lebih berjenama di sisi Tuhan berbanding kita yang bertaraf engineer..