Salam Ramadhan...
Walaupun Ramadhan beberapa hari lagi akan tiba, saya masih tidak dapat merasai 'bahang' kehadirannya. Tidak meriah dan seolah-olahnya tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Mungkin saya silap atau saya sendiri yang tidak merasainya...
Ramadhan kembali...
Cuma yang didapati meriah dan berubah suasananya ialah di kedai-kedai dan dipasar-pasar. Banyak dan berlonggok-longgok buah kurma dan tamar berbagai aneka jenis dan datang dari negara yang berlainan. Di situ sahaja suasana nampak begitu 'ceria' bila Ramadhan kembali menjelma. Bagi peniaga, bulan inilah peluang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda disamping menjadi bulan untuk mengaut pahala dan barakah berganda-ganda. Alangkah baiknya, sekiranya perniaga menjual dengan harga yang murah dan mereka berpeluang mengaut pahala dengan bersedekah. Dan pembeli pula kenalah juga memperbanyakkan memberi dari meminta.
Ramadhan kembali...
Tidak ada pun dikalangan kita bila bertemu dan menyapa "Ramadhan kareem". Jadi macamana kita hendak merasai kehadiran ramadhan. Dan kita sendiri pun tidak cuba mengatur program untuk menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah itu.
Ramadhan kembali...
Banyaklah pula program-program hiburan disusun untuk bulan ramadhan. Jadi, ianya memberi peluang orang-orang berpuasa menghabiskan masa mengadap TV kerana siri-siri atau rancangan yang disusun amat menarik, rugi katanya kalau terlepas...
Ramadhan kembali ...
"Aku masih teringat ketika aku berada di Jakarta beberapa tahun yang lalu, boleh dikatakan semua pusat hiburan ditutup kerana 'memberi' laluan untuk memuliakan bulan Ramadhan... dan beberapa hotel menyediakan hidangan sahur untuk mereka yang berpuasa..."
Ramadhan kembali...
Di bulan Ramadhan inilah berbagai-bagai kemaruk atau keinginan mula timbul dan dihajati. Walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu syaitan masih bertapak dan bersarang di dalam diri dan hati kita, Ya muqallibal qulub tsabit qalbi 'ala deenik...
Antara perkara-perkara yang boleh menaikkan roh ramadhan:
- Melatih diri berpuasa sunat.
- Meningkat kualiti pembacaan Al Quran, tadabbur, dan menghayati ayat-ayat di dalam surah yang dibaca.
- Memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti solat sunat spt: sunat rawatib, Dhuha, Tahajjud, Witr dsbnya.
- Memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti berI'tikaf di dalam masjid.
- Memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti sedekah dan hadiah.
- Memperbanyakkan melaksanakan urusan mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
- Meningkatkan kualiti ibadah wajib spt: solat lima waktu, zakat dsbnya.
- Memperkukuhkan kefahaman dan pengamalan terhadap akidah yang sejahtera.
- Memperelokkan nilai-nilai akhlak yang baik.
- Meningkatkan kualiti zikir spt: bertasbih, tahmid dan takbir dsbnya.
- Memperbanyakkan bertaubat kepada Allah spt beristigfar dsbnya...
- Memperbanyakkan berdoa kepada Allah di setiap masa dan tempat.
- Memberi makan kepada yang berpuasa.
- Meninggalkan perkara-perkara yang makhruh, subahat dan sia-sia.
- Meningkatkan semangat juang untuk membebaskan Al Aqsa tercinta dan bumi palestine.
Ramadhan kembali, tetapi suasana di sekeliling saya masih sepi, atau sayakah yang merasa sepi... astagfirullah waatubu ilaih
abuzorief @ darnall
6/8/2010 Jumaat
6/8/2010 Jumaat
Pengemis Ramadhan
No comments:
Post a Comment