Pages

Monday 12 May 2014

Fobia diuji...


Benar-benar saya terasa apabila perkara-perkara yang selalu saya cakap, nasihati, atau bagi peringatan pada orang lain itu akan berpatah balik kepada saya yang bercakap. Kalau bercakap tentang kesihatan, maka akan diuji oleh Allah dengan kesakitan. Kalau bercakap tentang kesabaran , maka datanglah ujian yang akan menyebabkan saya naik berang dan 'panas'. Kalau bercakap tentang  sikap menderma atau sedekah, maka diuji oleh Allah berkaitan dengan kewangan. Dugaan orang yang hendak meminjam duit walaupun duit tersebut hanya memadai untuk perbelanjaan harian diri dan keluarga atau duit itu telah dirancang untuk digunakan untuk tujuan itu dan ini. Barangkali duit itu bukan bahagian saya, mungkin itulah bahagian dia, seperti yang telah ditakdirkan akan sukatannya oleh Allah SWT.

Jangan pandai bercakap sahaja...

Fobia...

Terasa 'fobia' pula hendak bercakap perkara-perkara yang berkenaan. Takut diuji dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggung, walaupun Allah hanya menguji mengikut tahap kemampuan seseorang. Memang terasa berat untuk menghadapinya. Terasa lelah yang amat sangat.

Hanya kepadaMu ya Allah aku berserah dan bertawakkal.

Perkhabaran yang telah disampaikan itu pasti ada ujian yang datang melanda. Berat atau ringan itu di luar pengetahuan kita. Tidak boleh dielakkan lagi.

Hanya dengan sabar dan ikhlas sahaja mampu memberikan ketenteraman pada diri.

Berteori?...
 
Berteori sahaja belum lagi memadai, Hebat macamana pun kita berbicara, belum tentu lagi dikategorikan sebagai hebat. Teorinya mesti lengkap dengan praktikalnya. Maksudnya mestilah terlebih dahulu melalui ujian dan dugaan. Ada pengalaman yang akan dijadikan neraca timbangan kepada setiap pertuturan itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [As-Soff 61:2-3]

Bahkan untuk mengelakkan diri dari kemurkaan Allah tentang apa yang telah kita perkatakan, maka semestinya kitalah yang mendahuluinya. Baik dari segi percakapan, perbuatan mahupun apa saja tindakan lahiriyah ataupun batiniyah supaya terhindar dari kemurkaan Allah.

Allah maha Mengetahui dan mendengar segala sesuatu

Semoga dengan dugaan itulah yang akan membuka atau menjadi jalan keluar kepada segala dugaan tersebut.

Sekian

abuzorief @ kulim
nama kawanku nasir (pertolongan)
12/5/2014 isnin
9.00am

1 comment:

  1. Antara punca kesempitan hidup walau pada zahirnya kita dilihat berharta ialah kerana ada hutang yang tidak dilunas.

    Kekadang hidup seperti orang-orang kampung yang sederhana itu lebih baik. Kekadang hidup seperti ayam yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang itu lebih baik kerana walaupun tidurnya dengan perut kosong tetapi tanpa dibebani hutang bila tidur.

    Muga Allah makbulkan doa sekalian hambaNya yang sedang berusaha melunaskan hutangnya sebelum mata tertutup.


    ReplyDelete