Telah berlangsung Mesyuarat Agung Daerah,
Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah buat kali keempat di Pejabat IKRAM Pulau
Pinang pada hari Sabtu bertarikh 8/6/2013. MAD ini adalah Muktamar Tahunan
untuk ahli IKRAM SPT.
MAD ini juga sebagai medan untuk mengaudit, muhasabah
segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang setahun yang lepas, check
and balance di atas segala perancangan setahun yang lalu, meneliti,
membaik-pulih kecacatan yang ada, menekuni tarbiah dan dakwah serta kebajikan
ahli, masyarakat dan sebagainya.
MAD SPT ini juga adalah kehadiran saya yang pertama
sejak penubuhannya pada tahun 2010. Ketika itu saya berada di UK. Cuma masa dan
suasana sahaja yang berlainan, sedangkan saya juga turut menghadiri majlis
seumpama ini disana untuk beberapa tahun bersama para aktivis dan pelajar.
Aktivisma dan halatuju yang sama memungkinkan kita semua bergerak seiring untuk
melaksanakan agenda ummah dan masyarakat, Dakwah, Tarbiah dan kebajikan
bersama. Sesungguhnya kita semua diajar dengan mengikhlaskan niat dan hati
sepertimana sabda Arrasul SAW di dalam hadisnya yang pertama di dalam Hadis 40
Imam Nawawi. Itu adalah asas yang utama apabila berjamaah atau bekerja secara kolektif.
Minamata desease
Mencoret kembali apa yang menjadi topik utama ucapan YDP SPT tentang semangat ukhuwwah sesama ahli untuk melonjakkan Misi dan Visi IKRAM yang mana kita baharu saja selesai fasa memimpin ummah dan kini kerja utama selepasnya adalah memimpin masyarakat yang dikira sebagai satu kerja yang menyeluruh dalam aspek kehidupan bermasyarakat. Siapa lagi kalau ahli IKRAM. Misi dan Visi IKRAM ialah untuk memartabatkan dan mendaulatkan syariat Islam di Malaysia ini.
Mencoret kembali apa yang menjadi topik utama ucapan YDP SPT tentang semangat ukhuwwah sesama ahli untuk melonjakkan Misi dan Visi IKRAM yang mana kita baharu saja selesai fasa memimpin ummah dan kini kerja utama selepasnya adalah memimpin masyarakat yang dikira sebagai satu kerja yang menyeluruh dalam aspek kehidupan bermasyarakat. Siapa lagi kalau ahli IKRAM. Misi dan Visi IKRAM ialah untuk memartabatkan dan mendaulatkan syariat Islam di Malaysia ini.
Usaha ini perlukan consistency atau istiqamah dan
kerja berjamaah. Bukannya faktor usia, larat atau tidak, penat atau tidak,
sibuk atau tidak tetapi satu usaha pengemblengan tenaga tua dan muda, sehat
atau lelah, pakar atau sumbang-saran idea, semuanya diharapkan bersatu untuk
merealisasikan misi dan visi tersebut.
Muhasabah
Perancangan akan dianggap gagal sekiranya output
atau natijah dari perancangan itu tidak membuahkan hasil. Amal
Jamai'e tidak dihadamkan dengan betul di dalam melaksanakan sesuatu yang
telah disyurakan. Hasil kerja yang mengecewakan, sedangkan masyarakat
mengharapkan kepimpinan cekap dan diteladani.
Muhasabah dari YDP SPT, yang cukup baik sekali
ditengah-tengah kekalutan dan keasyikan atau mungkin kealpaan kita semua di
dalam melaksanakan Dakwah, Tarbiah dan kebajikan di dalam masyarakat.
Barangkali, semangat ukhuwwah itulah neracanya. Sikap menyalahkan orang lain
perlu dihindari dan dijauhi.
- Apakah tarbiah zatiyah diri itu tidak berkesan selama ini?
- Ataukah pengertian ukhuwwah itu belum difahami dengan jiwa yang suci, mengadap rabul Jalil?
- Atau sedikit terleka dan terkeluar dari roh Tarbiah yang diharapkan?
- Benarkah kita serius dengan kerja buat kita untuk agama Allah ini?
- Atau sekadar bepersatuan?
- Atau mengisi lapang?
- Atau, lupa kita ini berjamaah?
Biarlah Minamata Desease itu mejadi
igauan kita semua, tetapi jangan menjadikan D&T kita ini cacat dan salah
tingkah-lakunya di dalam Jamaah, yang mana memungkin Jamaah itu runtuh dan
ranap kerananya.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu
puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim.[Al-Hujurat 49: 11]
D&T
Dakwah dan Tarbiah mestilah dilaksanakan
bersama-sama ahli dengan hati dan niat yang ikhlas, kerana mengharapkan
keredhaan dan ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT. Sekiranya perselisihan
dan pertelingkahan sesama sendiri, maka akibatnya lebih besar kepada Jamaah,
D&T itu. Masakan untuk memimpin masyarakat, sedangkan agen-agen Islah
itu sendiri di dalam keadaan 'sakit' yang perlu diubati.
Dakwah dan tarbiah adalah
elemen yang tidak dapat dipisahkan di dalam proses mendidik, membimbing,
memantau, mengubah dan mengislahkan diri dan masyarakat. Ia perlu dilaksanakan
secara berhikmah dan pengurusan secara sistematik.
Keperluan tarbiah dan
dakwah menjadi penting untuk IKRAM merealisasikan di dalam usaha untuk
melaksanakan dan mendaulatkan syariat Islam di Negara Malaysia.
Dakwah dan tarbiah mestilah menjadi sebati di dalam kehidupan seharian ahli IKRAM, kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab ke atas seorang Muslim yang bergelar Da'i di jalan Allah SWT.
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih
besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya
memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan
mereka itulah orang-orang yang berjaya.[At-Taubah 9:20]
Hasrat
Oleh itu, usaha yang bersungguh-sungguh ke arah
merealisasikan hasrat itu perlulah dilakukan oleh semua ahli tanpa mengira
peringkat, lelaki atau wanita, aulad atau remaja atau belia, institusi atau
agensi atau sebagainya. Penglibatan ahli secara serius dan menyeluruh akan
merancakkan program dan keberkesanan dakwah dan tarbiah sepertimana yang telah
digariskan di dalam plan strategic IKRAM SPT.
Berikut adalah kata-kata Ust. Hasanuddin Mohd
Yunus, YDP IKRAM Selangor “Tahun 2020 semakin hampir. Apakah pengurusan minda
dan amal kita memadai untuk zaman itu”
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari masa
yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya, (antara 10 wasiat Imam Hasan Al-Banna).
Sekian, pandangan kerdil seorang ahli IKRAM SPT
Wassalam
Nota:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Minamata_disease
[2] Laporan Tarbiah MAD SPT 2013
[3] Tafsir Al-Quran
[4] D&T : Dakwah dan Tarbiah
[5] SPT : Seberang Perai Tengah
[6] YDP : Yang Di Pertua
abuzorief @ seberang jaya
[5] SPT : Seberang Perai Tengah
[6] YDP : Yang Di Pertua
abuzorief @ seberang jaya
8/6/2013, sabtu
MAD IKRAM SPT
No comments:
Post a Comment