Pages

Wednesday 16 January 2013

Listen!, listen!, listen!...


Kesian saudari Bawani, belum habis menamatkan hujah dan pandangan terus disuruhnya 'Listen!, listen!, listen!, listen!..., malah lebih angkuh lagi ditariknya microphone oleh si puan moderator Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Syarifah Zohra Jabeen ...

Pada pemerhatian kita yang waraslah,
  • apakah ini perbuatan yang beradab atau tidak?.
  • Dan sekali lagi saya hendak bertanya, Apakah molek kita menyuruh orang lain mendengar penjelasan kita sedangkan kita tidak mahu mendengar penjelasan orang lain  terlebih dahulu,
  • atau menyuruh orang lain menghormati kita atau yang lebih dewasa sedangkan akhlak kita dengan golongan muda begitu teruk sekali, wajarkah?
  • dan apakah itu gaya berbincang dan berhujah dengan golongan ilmuan seolah-olah mereka orang suruhan bawahan gamaknya...
Agenda melahirkan golongan Yes! sir...

Itu hanya sedikit gambaran situasi sebenarnya, institusi pendidikan negara kita. Agenda melahirkan golongan ilmuan dan berkepimpinan setelah graduate atau bergelar graduan, mesti always Yes! No Problem!, Ok Sir... Hilang sama sekali budaya kreatif berfikir untuk menjadikannya sebagai budaya suci kehidupan seharian.

Budaya mereka?...

Perbandingan budaya kita dari segi berfikir dan bertindak amat berbeza dengan budaya barat. Bukanlah niat saya untuk mengagungkan budaya mereka, tetapi itulah yang hari-hari saya lihat dan perhatikan selama di UK. Sebolehnya saya hendak mengatakan tipulah barat, budaya tidak senonoh, tetapi mulut saya tidak boleh menafikan keadaan sedemikian, walaupun tidak semua kelakuan budaya itu dinilai buruk dan baiknya. Ya!, mereka jujur dalam perbuatan dan percakapan walaupun tidak semua tetapi majoritinya Ya!... Majoriti melebihi minoriti.... Keadaan kita disebaliknya, pincangnya lebih majoriti dari minoriti.

Kesempatan orang politik...

Bagi saya apabila semua orang-orang politik mengambil kesempatan langsung keatas setiap institusi-institusi kerajaan atau swasta yang ada, maka mereka akan menggunakan kuasa, kedudukan dan kemewahan harta yang ada untuk menjadi 'penaung' yang mesti dihormati. Semua orang mesti mendengar dan tidak boleh mengkritik terhadap tindakan yang mereka buat. Kalau mempersoalkan apa yang dilakukan, maka ada ancamannya. Come on!, ini bukan lagi cerita hindustan bollywood yang dipertontonkan saban hari di TV!. Apakah ini juga agenda untuk mempropagandakan pemikiran rakyat jelata?... Yes! I'm always right... please listen

Benar dalam tindakan?...

Bagi saya tidak salah kita menghormati mereka selagi mereka benar dalam tindakan dan tingkah-laku, tidak menindas orang yang lemah dan tidak berkuasa. Kehinaan seorang pemimpin itu apabila ia hilang rasa takut kepada Allah Taala.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [As-Soff 61:2-3]

Sekian...

Sekadar pandangan kerdil...

abuzorief @ kulim
16/1/2013 rabu
6.50pm

No comments:

Post a Comment