Wednesday, 2 January 2013

Islamnya sister Ng Ai Hoon di Restoren Pizza Hut



Subhanallah, Alhamdulillah Allahu Akbar...

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Hari ini kami (Kak Mun, Suriani dan saya) menyantuni seorang sister berbangsa cina bernama Ng Ai Hoon yang menganut agama Tao di Pizza Hut, Alma Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Pertemuan ini telah disusun lebih awal dengan temujanji untuk berjumpa dan bersemuka pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah kami dan sister Ng Ai Hoon tiba tepat jam 6.30 petang seperti dijanjikan.

Pada sesi awal pertemuan, kami banyak berkenal-kenalan mengenali nama, tempat kerja, pekerjaan, tempat tinggal dan cerita-cerita mengenai kehidupan harian masing-masing. Katanya beliau adalah vegetarian. Alhamdulillah sesi sembang yang agak lama...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujurat 49:13]

Jelasnya, segalanya berlaku melalui own searching google dan scroll webpage hidayah centre pusat. Alhamdulillah right searching....

Kemudian kami bertanya pada beliau, kenapa memilih Islam selain agama lain atau kenapa tidak kekal sahaja dalam agama asal. Beliau menceritakan bahawa Islam lebih hampir kepada agama Tao iaitu Tuhan bukan dalam bentuk fizikal dan menyuruh berbuat baik dalam setiap tindakan. Tetapi yang lebih tenang baginya apabila telah membaca terjemahan Al-Quran dan mengkhatam terjemahan tersebut dalam masa 3 bulan dan sekarang katanya sudah masuk bacaan kali kedua. Saat yang lebih tenang dirasainya apabila beliau terasa tenang dari keserabutan di dalam kehidupan dan urusan hariannya apabila membaca ayat Allah ini. Dan Al-Quran itulah yg memberikan kesembuhan di dalam jiwanya. Benarlah Al-Quran itu adalah syifa', penyembuh, pemimpin, pedoman dan mukjizat agung akhir zaman. Dan dari itulah ayat demi ayat diperhalusi beliau walaupun masih teraba-raba mencari makna ayat yg tepat di dalam bahasa melayu kerana terjemahannya dlm bahasa indonesia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]

Kemudian, kami menerangkan Islam dari perspektif yang sebenar. Bukannya Islam dari sudut adat dan amalan harian orang Melayu. Islam perlu difahami apa yang diterangkan didalam quran seperti yang telah dibaca. Kefahaman tentang Islam mestilah didahulukan melalui akidah yang benar, faith atau kepercayaan, sepertimana di dalam Al-Quran pada chapter 1 Al-Fatihah iaitu mempercayai tentang sembahan, pemili alam dan perkara ghaib iaitu Allah, malaikat, hari akhir dan takdir. Perkara inilah yang perlu diyakini terlebih dahulu. Perbincangan ini begitu panjang dan kami saling bertukar-tukar pandangan.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [Al-Baqarah:3]

Kemudian diterangkan juga tentang kalimat yang begitu penting untuk menjadi seorang Islam iaitu kalimah syahadah. Saya bertanya kepadanya adakah sudah bersedia untuk masuk Islam. Katanya, "macamana?"... Dari kata-kata kesungguhanya, ternyata akan keikhlasanya.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. [Ibrahim 14:24]

Dan akhirnya...

Maha suci Allah, sister Ng Ai Hoon telah berjaya mengucap dua kalimah syahadah... aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Jadi, dengan segala kebesaran allah, beliau telah menjadi seorang Islam di hadapan kami semua di dalam Restoran Pizza Hut pada jam lebih kurang 7.50 malam.. Allahu akbar...

Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa telah menggerakkan hatinya untuk memeluk agama yang hanif ini.

Insyallah, kami telah memberi kata-kata semangat kepada beliau untuk terus memimpin beliau di dalam agama yang tenang ini..

Semoga allah memberi hidayah dan taufik padanya dan kita semua... Amin

Note:
Segala butir-butir terperinci peribadi tidak dinyatakan dan dirahsiakan.
Our lessons:
1. Quick respond
2. Ketepatan masa

Tribute to:-
Zulkarnain Ahmad
Mimun Jana
My wife, Suriani Shamsudin
Rakan-rakan IKRAM yang mendoakan
Hidayah Centre Pulau Pinang

abuzorief @ restoran pizza hut
alma bukit mertajam
28/12/2012 jumaat
6.30pm

3 comments:

  1. Muga usaha tuan diberkati Allah dan menjadi inspirasi buat IM dalam kerjabuat dakwah!

    ReplyDelete
  2. teruskan berdoa utk kita semua untuk menperolehi kasih sayang Allah

    ReplyDelete