Pages

Wednesday 9 January 2013

IT & Komunikasi berkesan?...


Zaman serba maju dan pantas menghendaki sistem komunikasi yang baik, pantas dan cekap. Mampu berhubung dan berbicara serta saling melaporkan di antara satu sama lain atau negara dengan negara lain sedunia dengan hanya beberapa saat sahaja. Semuanya ada kaitannya dengan teknologi dan masa. Cukup penting 2 faktor itu kerana setiap saat ia amat berharga. Sinonim pula dengan peribahasa Melayu, masa itu emas, nyawa dihujung pedang, telur dihujung tanduk, manakala sabda Arrasul tentang masa, hendaklah kamu ingat tentang 5 perkara sebelum datangnya lima perkara. Dan peringatan Allah tentang masa di dalam surah Al-Asr.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Al-Asr 103:1-3]

Zaman komputer?..

Diimbas kembali zaman komputer sejak komputer teknologi mainframe kemudian dengan processor Intel 286, 386, 486 hingga generasi Intel pentium/celeron dan family AMD dan sehinggalah kelajuan generasi Intel i7 dan lain-lain, dan pun begitu terhadap generasi telephone sehingga ke jenis smartphone mobile, dimana semua itu telah banyak merubah dan menukar kehidupan kita dari tidak bermaklumat kepada bermaklumat, dan yang dikatakan maklumat itu pula hanya dihujung jari sahaja, atau maklumat hanya ditepi telinga sahaja..

Begitulah, sistem atau medium tersebut telah menyebabkan kehidupan sentiasa berada di dalam dahagakan maklumat. Ledakan maklumat silih berganti dan perkembangannya tidak terkejar oleh kita. Masa dan maklumat itu seangkatan. Barangsiapa tertinggal maklumat dik kerana terlewat, terleka atau terlambat sesaat pasti merasa kerugian seolah-olahnya sudah tertinggal beberapa tahun kebelakang. Pastinya, 24 jam maklumat itu hanya dihujung jari, dan kita sentiasa mahukan perkembangan maklumat yang terkini (up-todate).

Manfaat untuk Islam?...

Seiring dengan kemajuan teknologi ini, platform ini cukup bermanfaat kepada dunia Islam yang mana Islam itu sentiasa menyuruh ummatnya belajar untuk mengetahui maklumat, yang mana akhir kepada natijah itu ialah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah azza wajalla.

Islam tidak pernah sama sekali menghalang penggunaan segala bentuk medium dan teknologi selagi mana ia menguntungkan kepada syiar dan perjuangan Islam dan mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia. Malah segala medium dan platform muslihat musuh sekalipun, selagimana ia bermanfaat untuk penyebaran Islam selagi itulah layak digunakan.

IT & komunikasi amat berguna untuk:
  • Menyebar Islam sebagai agama yang lengkap
  • Menangkis salah faham terhadap Islam
  • Menafi segala tohmahan dan fitnah
  • Dan lain-lain
Namun betapa seriuskah kita dalam perkara ini?.
  • Masih menggunakan cara komunikasi lama?
  • Buat tidak peduli sahaja maklumat yang diterima?
  • Tidak payah mengikut kemajuan teknologi?
  • Tidak payah ambil tahu.
  • Kami golongan lama, tak berapa tahu?
  • Biarkan pada generasi muda?
  • Tidak ada manfaat pun pada kita?
  • Malas hendak belajar?
  • Ini amal Dhoif?
Kegagalan komunikasi...

Malah, seringkali kita merungut atau rakan-rakan yang begitu kecewa dengan kita kerana maklumat tidak berbalas. Bertambah kecewa, jika ia ada kaitan dengan kerja yang perlu diselesaikan segera.

Alasannya:
  • Tertinggal maklumat
  • Tidak dapat maklumat
  • Maklumat tidak sampai
  • Tidak sempat baca email
  • Tidak buka e-mail, FB, twitter atau seangkatan
  • Tidak ada respond seperti SMS/email/FB and etc. tidak berjawab...
  • Tidak ada masa
  • Computer tidak ada
  • Handpone tidak ada
  • Hari cuti langsung tidak menjawab
  • Handpone rosak
  • Off handphone
  • dan sebagainya
IT & Komunikasi vs dakwah...

Kita tidak serius dalam kerja dakwah dan penyebaran Islam... betulkah?

Kerana...
  • Tidak menjawab email/FB/telepon message
  • Tidak anggap membalas message itu penting pada masanya atau
  • Tidak kisah pun jika melengah-lengahkannya atau
  • Sengaja melambat-lambat untuk menjawabnya
Jangan biarkan Islam itu terbantut penyebarannya di dalam dunia komunikasi yang terlalu pantas ini. Ia cukup merugikan Islam melalui dakwah dan tarbiah serta kebajikan. Jangan pula kita, tertinggal segala maklumat kebelakang atau tidak menghiraukannya, disebabkan kejahilan kita sendiri, sedangkan tarbiah dan dakwah di dalam Islam itu begitu dinamik, kena pantas bergerak dan sentiasa peka kepada perubahan dan mengambil cepat peluang-peluang untuk mengembalikan Islam memerintah seluruh pelusuk dunia.

bersambung....

abuzorief @ seberang jaya
8/1/2013 selasa 8pm
tazkeerah yang terhutang

No comments:

Post a Comment