Pages

Tuesday 4 November 2014

Hidup kita siapa yang mengaturnya?...


Semalam telah merancang untuk bersarapan nasi lemak di awal pagi esoknya pada pukul 7.00 pagi, tetapi di awal pagi ini terlewat sepertimana masa yang diinginkan, dan telah bertukar pula menu kepada roti canai. Semalam si isteri kata hendak masak gulai ayam, tetapi hari ini bertukar pula dengan masak lemak ayam bercili. Sekaligus, niat, keinginan, fikiran dan kelakuan semalam secara otomatiknya terbatal.

Celik sahaja mata kita dari tidur sejak semalam, telah ada agenda kehidupan seharian yang akan ditempuh. Berbagai aktiviti harian telah difikirkan oleh kita, hendak buat itu dan ini. Adakalanya apa yang dirancang seharian tidak menjadi, bahkan bertukar agenda dari apa yang dirancangkan.

Nah!, Siapa boleh menyangka bahawa set kehidupan kita setiap hari itu bukan kita yang menentukan. Nampak semacam kita yang mengaturnya, tetapi tidak semuanya sama seperti yang telah diaturkan.

Siapakah yang telah mengaturkan semua ini?...

bersambung...

abuzorief @ kulim
4/11/2014, selasa
11 muharram 1436

1 comment:

  1. malah rezeki yang dah hampir masuk ke mulut juga boleh terjayuh ke lantai yang kemudiannya menjadi rebutan sang kucing..ha..ha..

    ReplyDelete