Sunday, 19 October 2014

Sempitnya hidup...



Saya cuba mengagahkan diri untuk mendengar cerita sahabat saya tentang masalah kewangan yang melanda diri dan keluarganya. Sekurang-kurangnya, dengan cara ini, mampu serba sedikit meghilangkan tekanan dan kerunsingan yang dihadapinya. Kehidupan sekarang ini semuanya memerlukan wang ringgit, dari duit untuk membesarkan anak-anak, pakaian dan keperluan harian, pendidikan anak-anak , hendak memulakan kerja, sewa rumah dan sebagainya. Wang ringgit adalah segalanya. Realiti kehidupan kini memang tertekan dan tercabar sekiranya kita tidak mempunyainya untuk menbiayai perkara-perkara tersebut.


Setiap butiran cerita itu mampu mengenangkan air mata saya dan mmembasahi kelopak mata. Itulah nama takdir bagi kamu. Allah menyayangi kamu dari yang lain. Pilihan Allah itu sangat tepat sebagai pilihan hambanya yang disayangi. Memang ujian itu berat kepada hambanya yang disayangi. Bukan ujian rekaan, tetapi ujian yang akan dibayar dengan ganjaran yang besar iaitu Syurga.

Namun, yang menjadi persoalan itu, apakah ia mampu bertahan dan terus bertahan? Apakah hati dan tindakan itu terus istiqamah, setia dan taat melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangnya?

Ujian yang berat dan hebat itu hanya untuk hambanya yang mempunyai ketaatan yang kental dan 'degil' untuk terus setia kepadaNya. Ujian yang ringan itu untuk mendidik hambanya supaya tidak goyah untuk menyembahNya.

Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah, dan mampu bertahan dengan setiap ujian yang mendatang.

Sekian...

abuzorief @ kulim
15/10/14 khamis
nasr 1000

3 comments:

  1. Setiap ujian yang berlaku di depan mata kita adalah ibrah untuk diri kita juga sebenarnya sebab dunia ini bulat...

    ReplyDelete
  2. terharu dan simpati ... ujian bukan hanya kepada susah tetapi kepada kita mahu membantu atau tidak. Sekecil2 bantuan itu besar hikmahnya ... peringatan utk diri sendiri setelah membaca kisah ini

    ReplyDelete