Fikiran saya merasa kosong semasa memandu kereta. Asalnya hendak menuju ke destinasi A, tetapi semasa pemanduan, fikiran saya terawang-awang menjadi alpa dan ghaflah sebentar, akhirnya terlupa 'seketika' rancangan asal destinasi yang hendak dituju. Puas juga untuk mengembalikan ingatan tersebut. Alhamdulillah, saya cuba menenangkan fikiran dan diri sendiri atau 'cool down' supaya jangan menggelabah tidak tentu pasal. Beristigfar 'panjang' juga saya bila berkeadaan sedemikian.
Itu hardisc lah...
Kalau perisian atau software di dalam hardrive atau hardisc tidak boleh digunakan, kita masih mampu untuk reformat dan install semula perisian yang kita kehendaki. Pastinya ia boleh digunakan lagi untuk beberapa jangka masa panjang. Paling teruk pun hardisc yang rosak, maka kita boleh gantikannya dengan yang baru.
Disebalik kejadian...
Namun apakah kuasa kita sekiranya seluruh ingatan kita tidak dikembalikan lagi pada diri kita. Sudah pasti seluruh anggota kita tidak mampu berfungsi dengan betul. Badan akan hilang arah tujuan. Pada saat itu sudah pasti fizikal kita tidak berguna lagi.
Bila terjadinya sedemikian, barulah kita akan sedar betapa lemahnya diri kita. Betapa hebatnya ciptaan Allah Taala. Demikian juga, tidak sanggup rasanya kita kehilangan ingatan selama-lamanya. Akibatnya, kita tidak akan mampu lagi merasai 'kenikmatan hidup' dunia ini.
Betapa besarnya nikmat ingatan itu yang 'dipinjamkan' oleh yang maha Esa.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
Ujian itu satu nikmat...
Kebanyakkan kita terlupa betapa bernilainya ujian yang terkena pada diri sendiri. Allah tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan diri kita. Besar atau kecilnya ujian itu tertakluk di dalam pertimbangan neraca Allah Taala. Dan ujian itu pula hanya diberikan pada 'kekasih' pilihannya sahaja.
Ujian-ujian yang dikenakan pada diri kita itu adalah untuk menyedarkan diri kita supaya lebih berhati-hati di dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki. Berhati-hati itu seolah-olahnya seperti kita berjalan di kawasan yang penuh berduri. Kita masih ada Rabb dan Illah yang perlu disembah dan bergantung, meminta supaya ditunjukkan pada jalan yang lurus. Ujian tersebut juga merupakan satu nikmat yang berharga dan tinggi nilainya, kerana ia menjadi checkpoint untuk kita muhasabah dan reform diri sendiri yang sentiasa cuai dan alpa.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(Al-Baqarah 2:286)
Sekian,
abuzorief @ kulim
isnin, 10 ramadhan 1433h
30 julai 2012
IM juga mengakui bahawa ujian itu saatu nikmat apabila kita berjaya menempuhnya dengan kekuatan sendiri.
ReplyDeleteNamun tatkala sedang menempuh itu, sakitnya Tuhan sahaja yang mengerti!
Simpati sahabat adalah penyejuk!
IM, itu tandanya diri kita masih disayangi allah, bila susah kita lebih dekat pdnya. Bila senang belum tentu kita rapat sepertimana dikala susah, subhanallah....
ReplyDelete