Pages

Friday 4 February 2011

Jealous


Imam masjid Industry road Darnall, Imam Salim hari ini memberi tazkeerah jumaat tentang bab iri-hati atau jealous. Iri-hati merupakan satu penyakit jiwa yang sukar untuk dirawat sekiranya kita tidak berusaha untuk merawatnya. Tazkeerah yang agak ringkas tetapi memberi kesan kepada pendengar, Alhamdulillah. Sesungguhnya setiap peringatan itu amat bermakna kerana ia mambantu menyuburkan iman dikala sakit.

Tanda-tanda iri-hati ialah susah hati dan gelisah apabila melihat orang lain lebih senang dari kita. Selalunya ia berkait rapat dengan harta dan kemewahan dunia yang hendak dimilikinya.

Bahaya penyakit ini boleh mengakibatkan si pelaku berusaha untuk menjatuhkan orang lain dengan apa cara sekalipun dan yang paling teruk sekali ialah dengan menggunakan sihir atau black magic. Apabila terlibat dengan amalan sihir maka ia telah melakukan kesalahan yang besar iaitu syirik kepada Allah Taala.
Kisah perempuan yahudi menyihir Rasulullah adalah cerita yang benar dan perlu dijadikan teladan. Kalau rasulullah sendiri pun boleh terkena perbuatan ini, inikan pula kita sebagai manusia biasa.
Jauhilah amalan ini kerana ia bukan sahaja perbuatan syirik tetapi boleh membawa kepada perbuatan membunuh, merosak kebahagian orang lain dan memecah-belahkan hubungan baik di antara satu sama lain.

Inilah perbuatan terkutuk yang menjadi amalan rasmi syaitan yang menjadi musuh kita yang nyata.

Sekian...

abuzorief @ sheffield
friday, 04/02/2011 14:17
Greenwich Mean Time

No comments:

Post a Comment