Pages

Saturday, 5 February 2011

Islam dan perubahan... adakah ia terrorism?


Sorotan peristiwa

Menyorot kembali peristiwa kebangkitan rakyat Tunisia dan terbaru di Mesir dan akan merebak lagi laungan dan pekikan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang diktator dan menuntut hak demokrasi kemanusiaan di negara sendiri. Mereka bangun menentang rejim pemerintah dan kaki ampu yang zalim dan melampau.

Kejadian ini tidak dapat dibendung lagi dengan kesabaran. Pemberontakan pasti berlaku kerana desakan luaran dan dalaman diri individu yang tertekan dan selama ini berada di dalam ketakutan yang teramat, kemiskinan yang melarat dan kehidupan yang belum pasti kebahagian diakhirnya.

Sekali lagi dunia memandang 'pelik' tindakan mereka yang menentang para pemerintah. Katanya 'Bughah' atau derhaka pada pemerintah dan wajib diperangi. Tetapi setelah sekian lama, kenapa perlu di 'simpan' dan menjulang pemerintah yang sudah hilang rasa ehsan dan belas kepada rakyatnya, korup dan rasuah di dalam pemerintahan dan sebagainya. Pemerintah melakukan kezaliman sesuka hati, menggunakan segala kekuasaan berlapik nafsu peribadi dan kemudahan negara untuk mendera dan 'melanyak' rakyat sendiri. Mereka digelar sebagai pengganas, mereka ditangkap, didera, didakwa kerana telah melakukan keganasan dan kerja-kerja jahat dan sebagainya.

Akan tetapi kalau ternyata semua rakyat bangun menentang dan menyatakan hak mereka, dimana?... kenapa?.... bila? dan sebagainya apakah mereka itu penganas atau penjahat?... Apakah kebangkitan rakyat sebegini yang turun dijalanan beramai-ramai, berasak-asak dari kampung ke kota... baik muda dan tua, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan wanita, pemuda dan pemudi dan sebagainya dikatakan terrorists?... 

US, Israel dan sekutu

Daripada kejadian atau peristiwa ini maka terpacullah cerita sebenar atau sendiwara pihak US, Israel dan sekutu-sekutu serta boneka-boneka atau 'puppet-puppet'nya bagaimana mereka berjaya mengawal kotak fikiran manusia sedunia dan khususnya bangsa Arab untuk menjaga segala kepentingan mereka di rantau Arab.

Apakah sebenarnya muslihat Bush Administration 9/11, American Foreign Policy dan National Security Strategy yang diperjuangkan oleh US?. 

Terbongkarnya agenda dan siri-siri ini secara rasmi di depan mata kita semua segala muslihat jahat US dan Israel serta sekutunya sebagai negara berkuasa besar untuk memerintah dunia (new world order) dengan cara mencengkam dan menekan negara-negara Islam dan pemimpinnya sehingga akur untuk menjadi boneka kepada mereka.

Dimanakah kesudahannya pencerobohan mereka di Iraq dan Afganistan dan percaturan politik mereka terhadap Palestin/Israel?

Berbalik kepada kejadian di Mesir, US telah memperuntukkan sebanyak USD1.3B setiap tahun kepada kerajaaan Mesir selama 30 tahun di bawah rejim pemerintahan Hosni Mubarak, dan cubalah kita semua bayangkan bahawa seluruh rakyat Mesir terpaksa menanggung beban hutang lapok US yang terlalu tinggi dan mengadai segala maruah bangsa dan tanahair yang kini secara tidak langsung telah menjadi 'harta' milik US. Ukuran 30 tahun berada dibawah telunjuk US dan 'menyantuni' kebiadapan Israel terhadap tanah suci umat Islam iaitu Palestin lebih kepada lenangan air mata umat Islam seluruh dunia. Palestin ditangani dengan 'sambil lewa' dan 'senda gurau' oleh negara Islam lainnya dan 'tepok gemuruh' dari negara bencikan Islam. Lihatlah, bagaimana dalam 30 tahun itu juga pemimpin-pemimpin ini gagal memperjuangan isu Islam dan lebih-lebih lagi kemiskinan dan kekurangan pekerjaan di negaranya sendiri.

OIC hilang entah ke mana, persidangan dunia Islam hanya medan 'senda gurau' dan menjaga periuk nasi negara sendiri. Pemimpin Islam yang lain senyap membisu seribu bahasa. Dimanakah letaknya keseriusan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mempertahankan tanah Palestin dari dirampas oleh puak Zionist?... Mereka yang biadap dengan Islam terus melakukan kebiadapan.

In short, Zuckerman is saying the Jewish leaders of America do not want to see free and fair elections in Egypt in particular in order to prevent the possibility of an Islamic regime rising in Cairo. This he believe will threaten not only the U.S. but also Israel and will be an added impetus to Iran. (http://wfol.tv/index.php/analysis/middle-east/6158-mortimer-zuckerman-on-hardtalk-us-must-stop-muslim-brotherhood.html))

Lihatlah bagaimana rakusnya mereka meratah negara-negara Islam sehingga pemimpin-pemimpin menjadi bacul untuk mempertahankan Islam dan masalah ummah. Ummah menjadi lesu kerana perbuatan mereka yang menjadi duri dalam daging, gunting di dalam lipatan atau api di dalam sekam. Pemimpin yang takut kepada Allah sahaja yang mampu untuk memikul amanah sebagai Khalifah di atas muka bumi ini.

Pengajaran peristiwa

Beberapa perkara yang menjadi perhatian hasil dari peristiwa tersebut:
  1. Kerajaan yang memerintah adalah diktator dan kejam.
  2. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara (bertentangan dengan fitrah manusia)
  3. Pemerintah mengaut keuntungan besar dari hasil kekayaan negara.
  4. Kapitalime yang mendapat perlindungan dan pengiktirafan dan naungan pemerintah.
  5. Pemerintah yang menjadi 'puppet' atau boneka kepada negara yang bencikan Islam
  6. Gaya hidup pemerintah dan ahli keluarga yang keterlaluan berbanding dengan kehidupan rakyat marhaen.
  7. Tiada ketelusan dalam pemerintahan terutamanya kewangan.
  8. Urus-tadbir kewangan yang lemah
  9. Bermewah-mewahan di dalam perbelanjaan negara
  10. Isu kemiskinan tidak ada pembelaan dipihak kerajaan
  11. Isu kurang pekerjaan tidak ditangani dengan adil
  12. dan sebagainya...
  13. Terpacul muslihat sebenar agenda US dan Israel ke atas negara Islam
  14. Campur-tangan negara luar yang mempunyai muslihat jahat
Arus kebangkitan

Arus kebangkitan rakyat tidak boleh dihalang dengan sogokan-sogokan palsu yang terang-terangan untuk mempertahankan kepentingan mereka yang telah korup untuk kekal memerintah. Segala regim mestilah diturunkan dan dibungkas sehingga ke akar umbinya dan digantikan kembali dengan pemerintahan Islam sebagai benih baru untuk menyelamatkan ummah seluruhnya.

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia, sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan (Al Baqarah : 204-205)


Justeru, bangun  menentang penindasan, kezaliman dan menghalang segelintir manusia dari melakukan kerosakan di atas muka bumi ini adalah tanggungjawab bersama.  
  1. Membebaskan bangsa ini daripada kongkongan politik supaya bangsa ini memperolehi kemerdekaannya dan kembali menikmati kemerdekaannya serta kedaulatannya yang telah hilang. [2]
  2. Membina semula bangsa ini supaya mampu berjalan seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Malah mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain menikmati taraf hidup yang sempurna. [2]
Fitrah manusia

Lumrah dan fitrah manusia adalah untuk menikmati ketenangan dan kedamaian serta keselesaan hidup tanpa dikongkong oleh anasir-anasir penyebab kelesuan akal, fizikal dan jiwa. Akal, fizikal dan jiwa manusia akan memberontak sekiranya kehendak-kehendak naluri tidak ditunaikan atau dikongkong oleh sesuatu yang di luar tabiinya. Inikan pula apabila seluruh kehidupan manusia itu ditekan oleh sekelompok manusia yang tamak haloba untuk menguasai manusia lain.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?. Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik derhaka (Al Hadid : 16)

Islam dan transformasi

Perubahan hidup memerlukan pengorbanan yang ikhlas. Islam datang di dalam kehidupan manusia kerana untuk merubah kehidupan manusia dari kehidupan jahiliyyah kepada kehidupan yang terarah dan bermatlamat serta bersistem. Islam tidak sama sekali menekan kehidupan seharian dan membawa manusia kepada ekstrim keagamaan. Islam adalah agama fitrah manusia.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga (At Taubah : 111)

Bagi saya cukuplah ketegangan sendiwara yang keterlaluan, yang mana akibatnya, tuduhan dan prasangka ini akan lebih membawa musibah dari membina dan merubah keharmonian hidup.

Nota:
[1] American Foreign Policy & The Muslim World -  American Foreign Policy: Dynamic of Domestic sources
[2] Himpunan Risalah Imam Hasan Al Banna - Menuju cahaya sinar
[3] Terjemahan Al Quran
[4] http://wfol.tv/index.php/analysis/middle-east/6158-mortimer-zuckerman-on-hardtalk-us-must-stop-muslim-brotherhood.html
[5] http://www.bbc.co.uk/iplayer/episode/b00y6g7c/HARDtalk_Kamal_ElHelbawy_Muslim_Brotherhood/
[6] http://www.youtube.com/watch?v=fiRK0Q_7oxA&feature=player_embedded#

abuzorief @ darnall, sheffield
4/2/2011, Jumaat

No comments:

Post a Comment