Dr Amin Belhaj telah mengingatkan melalui tazkeerah beliau tentang 3 perkara:
1. Taufik Allah.
Beliau menyatakan bahawa perlunya kita semua memohon taufik dari Allah Taala diatas setiap amal dan tugas yang kita lakukan yang mana ianya perlulah Ikhlas, Tawakal, doa, Taqwa dan beribadah/worship.
Dan tidak memandang rendah tentang doa kita kepada Allah Taala.
2. Bunyanun marsus (bangunan yang tersusun kukuh).
Perlu kuat dan memperkuatkan diantara satu sama lain. Ukhuwwah yang mantap, humble untuk memberikan momentum yang padu dalam medan dakwah yang diterajui.
Kalau sekiranya ikatan ini longgar maka momentum juga akan kurang contoh yang diberikan ialah F=m x a (m itu maksudnya ikatan padu atau bunyanun marsus)
3. Amal
Perlulah meningkatkan amal dikalangan kita dengan menonjolkan Jihad di dalam diri kita semua.
Bukan sahaja maksudnya jihad itu mesti berjuang di medan tetapi jihad yang perlu difahami ialah melakukan usaha sedaya upaya kemampuan (maximum will) yang ada pada diri kita semua.
Wallahu a'lam
abuzorief @ severn road sheffield
17/1/2010 sunday
katibah MWHS