Pages

Saturday, 26 November 2011

Hijrah dan proses transformasi



Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433H. Semoga kita terus berusaha untuk istiqamah di atas segala tindakan dan amal kita kerana Allah, dan moga-moga kita menjadi hamba Allah yang sangat intim hubungan dengannya setiap masa.

Kesihatan

Perubahan masa,... hari, minggu, bulan dan tahun. Secara tidak langsung, perubahan ini tetap berlaku kepada usia manusia. Umur kian meningkat, berkadaran songsang dengan tahap lemahnya kesihatan tubuh badan dan berhadapan dengan risiko pelbagai penyakit dan semakin hari semakin lemahnya imunisasi pada tubuh badan.

Sepatutnya, usia berkadar terus dengan iman dan amal. Iman dan amal berterusan menjadi mantap dan matang di kala usia meningkat. Ibadah menjadi semakin khusyuk kepada Rabbul Jalil. Akhlak menjadi sempurna kepada Allah Azzawajalla dan juga sesama manusia yang lain. Perubahan ini memerlukan kekuatan, kesungguhan dan azam. Hasilnya amat sukar diperolehi, sekiranya kita tidak memulakannya dari sekarang. Kerana untuk mendapatkan output atau hasilnya, ia tidak akan berlaku dengan hanya sekelip mata sahaja, seminit dua atau sehari semalam.

Pentarbiyyahan

Perubahan mestilah disertakan dengan proses pentarbiyyahan yang tersusun dan berterusan, walaupun memakan masa bertahun lamanya. Kesungguhan atau pengorbanan yang tidak mengenal erti kecewa, mampu menghasilkan jiwa yang kental dan matang. Walaupun usaha-usaha pentarbiyyah ke arah perubahan ini dianggap remeh, kecil dan tidak menampakan hasilnya di depan mata.

Kerosakan akhlak

Walaupun usaha maaruf banyak dilakukan disana-sini, tetapi perbuatan mungkar dan fasad (kerosakan) semakin menjadi-jadi di setiap sudut, seolah-olah keadaannya bersaing diantara satu sama lain.

Paling ketara ialah perlakuan akhlak yang buruk dan keji. Kita terdedah dengan amalan dan budaya yang bertentangan dengan kehendak Islam. Mudah terikut-ikut dengan trend yang dikatakan moden tanpa menilai dari segi kebenaran hukum dan syariat, kononnya bertepatan dengan masa dan realiti hidup. Berakhlak dengan akhlak syaitan dan nafsu haiwan, gagal menyempurnakan amanah, menzalimi antara satu sama lain, menindas, menafikan hak dan keadilan, gagal mengurus hal-hal kebajikan dan jauh dari melaksanakan hukum dan syariat Allah.

Sikap dan sifat ehsan di dalam diri semakin hilang. Banyak amalan bercanggah dengan keperluan maqasid syarak (tujuan syarak). Setiap perlakuan kehidupan kita, sedikit demi sedikit secara tidak langsung telah menafikan kesempurnaan penghormatan terhadap akal, agama, harta, jiwa dan keturunan.

Kehidupan hanya berpandukan kepada realiti semasa yang jauh dari sibghah Allah (acuan Allah), didikan Rasulullah dan petunjukan serta pedoman dari kitab Allah.

Agenda kita

Sebenarnya banyak agenda yang perlu kita uruskan. Apa yang berlaku disekeliling kita, memaksa kita berbuat sesuatu.
  • Meneruskan usaha-usaha mendidik diri sendiri
  • Meneruskan usaha-usaha mendidik ahli keluarga
  • Bersama-sama membina suasana soleh wa musleh di dalam kelompok masyarakat
  • Berganding bahu memastikan kita memperolehi sebuah negara yang dapat mendaulatkan agama Islam
  • Kesatuan ummah yang terpimpin secara keseluruhannya di atas muka bumi ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah Azzawajalla.
Semua usaha ini perlukan perubahan menyeluruh, kesungguhan dan kesatuan. Kita mestilah berperanan sebagai individu-individu yang akan menyempurnakan dan menjayakan misi perubahan terarah. Kejayaan kita mengurus diri sendiri akan menyebabkan kita berjaya untuk menguruskan tujuan yang lebih besar... insyaallah.

Wallahu 'alam, sekian.

abuzorief @ sheffield
1 muharram 1433h
26/11/2011 sabtu

Saturday, 5 November 2011

Eid Adha mubarak 1432H


Saya sekeluarga mengucapkan salam eid adha mubarak kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan.

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakhbar walillahilham...

Hari dimana muslimin dan muslimat berlumba-lumba melaksanakan ibadat haji dan umrah serta ibadah korban untuk merealisasikan diri sebagai hamba Allah yang sebenarnya yang patuh dan taat dalam melaksanakan segala suruhan dan larangan.

Pengertian ibadah korban ini difahami dalam bentuk menyerahkan seluruh pengabdian diri, jiwa dan harta kepada Allah sebagai rabb dan illah, tuhan yang menguasai seluruh perjalanan alam dan selayaknya disembah.

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakhbar walillahilham...

abuzorief @ sheffield
10 zulhijjah 1432H
5/11/2011, sabtu
Sent from my BlackBerry® wireless device

Wednesday, 26 October 2011

Mengharap cahaya Islam di kota Eropah... (2)


Saya mengharapkan kota-kota di Eropah ini akan bersinar terang dengan cahaya Islam. Cahaya yang sukar untuk dipadam oleh tangan-tangan atau kuasa manusia. Tepisan cahaya ini tidak akan mampu di bendung apa sekatan sekalipun. Menyelinapnya cahaya itu untuk menerangi tempat yang gelap gelita kerana  selama ini tidak sesiapa pun kesah dengan kehidupan yang bercahaya.

Switzerland...

Alhamdulillah saya berpeluang untuk ke negara Switzerland yang rata-rata dikalangan kita amat mengkagumi negara itu dik kerana keindahan lanskap muka-buminya ditambah dengan hamparan banjaran Alps .

Memang benar, keindahan negara itu amat memukaukan mata apabila melihatnya. Sekali lagi terdetik di dalam hati betapa besarnya kuasa Allah Taala yang menciptakan bumi ini, jauh di sana diletakkan kawasan yang cantik itu dibumi Switzeland yang dihuni oleh mereka yang bukan Islam. Mereka menjaga kazanah ini dengan baik. Kawasannya bersih tidak bersampah disana-sini. Susun letak dan reka bentuk rumah yang sesuai dan cantik.

Kalau tanpa kesedaran dan tabiat disiplin hidup mereka, maka tidak akan terhasilnya negara yang mampu didiami dengan keadaan selesa dan mengembirakan. Katanya negara ini adalah salah satu negara yang terkaya didunia. Rata-rata rakyatnya mampu berbahasa lebih dari 2 bahasa : German, France, Italy dan Romansh.

Amalan agama Kristian telah sekian lama didominasi oleh penduduknya. (selebihnya maklumat boleh diperolehi di Wikipedia).


Tazkeraah 10 minit...

Saya ditegur oleh seorang wanita Switzerland yang agak berumur, seusai solat Asar di kawasan terbuka berhadapan dengan tasik Brienz atau Brienzersee. Sebelumnya, saya dikejar oleh anjingnya selepas saya mengambil wuduk di'gigi air' tasik. Memandangkan anjing itu bertuan maka saya pun berhenti dan memandang anjing itu dan tuannya berulang-kali dengan senyuman. Bagi mereka anjing itu seperti anak kecil. Jangankan di'unjuk-unjuk' dengan kaki, dimarah pun mereka tidak suka.

Beliau bertanya saya tentang agama saya, negara asal saya, siapa mereka semua yang bersama saya, berapa lama berada di sini dan kamu suka negara ini?.... Saya agak hairan dengan pertanyaannya 'kamu suka dengan negara ini?...' Saya menjawab, saya beragama Islam, seorang Muslim, dari Malaysia, mereka semua adalah ahli keluarga saya dan berada di sini untuk 3 hari sahaja , Ya!, saya suka negara ini kerana lanskapnya cantik.

Pada awal bicara, nadanya agak kurang berpuas hati apabila perkataan Islam terpacul keluar dari mulut saya. Terus dia berkata yang dia beragama Kristian dan Kristian sudah lama bertapak disini. Mereka hidup dengan aman dan harmoni. Katanya lagi, dia tidak suka orang Islam, kerana orang Islam brutal dan jahat. Mereka datang untuk menetap negara ini dan tidak mahu belajar menggunakan bahasa negara ini dan pengotor. Tambahnya lagi, selalu mencetuskan ketegangan dan keganasan.

Saya terdiam, tersenyum dan terpaku dengan sikap terus-terangnya. Saya agak malu dengan kenyataan sedemikian. Sungguh berani dia mengatakan Islam itu brutal dan jahat. Sedangkan saya yang berada didepannya adalah seorang Islam setelah diperkenalkan sebentar tadinya.

Sikap tidak puas hatinya itu sungguh ketara dengan lenggok body language yang mudah difahami. Al Maklum, negara ini negaranya, dan saya hanyalah pemerhati alam yang datang untuk memerhati keindahan ciptaan Allah Taala.

Sebelum dia meninggalkan saya, sempat ditegurnya saya supaya menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata-rata. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya diatas teguran itu.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al Asr 1-3)

Saya tidak marah dan tidak terkilan dengan kenyataan terus-terangnya. Mungkin maklumat tentang Islam sebagai cara hidup sebenarnya tidak diperolehi dari sumber yang tepat. Mereka hanya memperolehi dari satu sumber yang tidak memihak kepada Islam dan hanya memerhati kehidupan negatif muslim lainnya.

Dalam hati, saya hanya mampu berdoa supaya diberinya hidayah dan taufik oleh Allah yang Esa, semoga memberi kesan dihatinya untuk mempelajari dan lebih tahu serta faham tentang agama 'anehku' ini.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf [12:111] )


Cahaya Islam...
  1. Sungguh jauh lagi cahaya Islam untuk menerangi negara ini.
  2. Siapakah yang mampu untuk membawa cahaya Islam ke negara ini?
  3. Mampukan kita menbawa Islam dan menjadi role model untuk diteladani?...
  4. Mampukan kita meletakkan Islam supaya menandingi agama Kristian yang selama ini dipegangi dan diyakini sejak sekian lama?
Mengharap cahaya Islam di kota Eropah... (1) :
http://abuzorief.blogspot.com/2011/05/mengharap-cahaya-islam-di-kota-eropah-1.html

abuzorief @ interlaken, switzerland
04/10/2011, selasa

Friday, 14 October 2011

Jangan biarkan si Luncai terjun dengan labunya?...


Siaran Beverly Hill...
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah Al-An'am: 32)

Keadaan sosial remaja di sini juga merunsingkan pihak kerajaan. Malah terjadi juga di semua tempat dan negara. Banyak sangat cerita-cerita yang mengandungi unsur 18X (movies, dokumentari dsbnya...) yang amat terbuka dan mudah di access oleh remaja dan kanak-kanak malah orang-orang dewasa.

Apalah gunanya syarikat penapisan filem, kalau rancangan sex tersebut dibenarkan tayang berulang-kali atau paling lekeh pun mafhumnya, ditapis dengan beberapa kali tapisan, dipotong babak itu dan ini, tetapi dibabak yang boleh dikategorikan permulaan 'menghairahkan' tetap dibenarkan penyiarannya. Kalau inilah pembudayaannya, maka apa yang nak dipeningkan 'kepala' kerajaan memerintah, itukan hanya ibarat meludah ke langit akhirnya terkena diri sendiri juga @ Sudah jatuh ditimpa tangga... Sepatutnya rancangan sebegitu diharamkan terus ditayang atau disiarkan.
Fikiran kuno

Wallahu alam... mungkin ada juga dikalangan kita akan berkata... You kena berfikiran positiflah... jangan terlalu rigid atau berfikiran seperti orang kampong... dunia sekarang dah maju dan moden.... kalau tidak disiarkan maka susah nanti rancangan TV hendak dapat sponsor atau lebih mudah difahami lagi, senang dapat duit!.. duit!.. duit!, nanti semua siaran mahal dan pelanggan akan bosan melihat cerita yang sama sahaja.

Hai, entahlah... sejauh manalah dunia ini hendak maju kalau fikiran masih asyik dengan cerita-cerita hiburan yang merapu semacam ni...

Namun, yang mana lebih penting, masyarakat yang rosak nilai kemanusian dan akhlak atau syarikat siaran yang mengalami kerugian?. Sama-samalah kita fikirkan.

Kekeluargaan

Dalam isu hak keluarga untuk menangani krisis sosial anak-anak, kalau nak disalahkan ibu-bapa 100% pun tidak boleh juga. Begitu juga kalau hendak dipersalahkan anak-anak pula tidak patut juga, sebab di sekeliling mereka lebih banyak yang meneladani perkara-perkara yang jijik dan memualkan seperti internet, TV, majalah lucah, CD lucah dan sebagainya.

Mungkin contoh seperti cerita Anakku Sazali, boleh dijadikan panduan dan peringatan untuk sebahagian dari kisah kehidupan yang benar-benar terjadi.

Antara lain akibatnya, anak-anak tidak hirau lagi hal-hal agama dan akhlak, melawan dengan ibu-bapa kalau kehendaknya tidak dituruti, merempit yang melibatkan bohsia, berdua-duaan dengan yang bukan mahram tanpa rasa segan dan malu. Ada pula berdua-dua semasa belajar dengan alasan mudah mengulang-kaji pelajaran. Maka, siapa yang lebih berhak dan berkuasa di dalam hal ini, diri sendiri, keluarga, masyarakat atau pemerintah negara?.

Akhirnya, janganlah pula kita bercakap, Haaa!, barulah kita boleh memperkuatkan iman dengan adanya cobaan-cobaan sedemikian. Ini cakap-cakap orang yang tak beriman, atau cakap orang yang munafik.

Kembali kepada Quran dan Sunah

Marilah sama-sama kita balik semula kepada Al-Quran dan Sunnah kerana dunia kita semuanya sama, cuma amal kita semua mungkin tidak sama, siapa yang lebih taqwanya itulah yang dikasihi Allah Taala...

Duniaku hidup aku, duniamu hidup kamu, amalku hak aku, amalmu hak kamu jua, bahkan, kubur pun masing-masing punya, itu pun kalau ada kuburnya?.
abuzorief @ sheffield
14/10/2011, jumaat
updated

Thursday, 15 September 2011

Oh!... ISA



Malaya darurat...

Pihak British telah menggunakan akta penahanan tanpa bicara ini di Malaya pertama kalinya pada tahun 1948 melalui Emergency Regulation Ordinance atau Peraturan Ordinan Darurat yang telah digubal oleh British High Commissioner, Edward Gent untuk melemahkan seluruh aktiviti Parti Komunis Malaya semasa Malaya diisytihar darurat sehingga tamat pada tahun 1960.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjaga segala kepentingan pihak British di tanah Malaya dari ancaman penentangnya.

Perkara 149...

Pada tahun 1960, kerajaan Malaysia pula telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini di bawah kuasa yang diberikan oleh Perkara 149 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Melalui akta ini, mana-mana orang perseorangan boleh ditahan untuk tempoh tertentu tanpa perbicaraan jika sabit kesalahan yang boleh mengugat keselamatan negara.

Pemansuhan

Berita mengenai pemansuhan ISA atau Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri hari ini adalah sangat-sangat dinantikan dan antara tindakan yang mesti disokong. Bersyukur, usaha gigih NGO-NGO bersama-sama dengan Gerakan Mansuh ISA atau GMI ternyata membuahkan hasil di atas usaha yang bersungguh-sungguh dan memberikan sinar baru dan harapan ke atas tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara. Kembalikan mereka ke pangkuan ahli keluarga dan masyarakat.

Kenapa perlu menahan mereka tetapi dakwalah mereka jika sabit kesalahan yang telah dilakukan...

Lemah...

Namun disebalik ISA, sistem demokrasi yang yang telah diimani itu terbukti amat lemah dan tidak mampu memberikan keadilan dan melindungi hak seseorang yang bebas dan merdeka. Sistem demokrasi terpaksa mempunyai perisai untuk melindunginya supaya ia sentiasa kebal. Sistem yang dihasilkan oleh ciptaan manusia melalui test and error mengikut kehendak dan keinginan tanpa base foundation yang kuat.

Walhal keadaan dan corak kehidupan manusia amatlah jauh berbeza di antara satu sama lain. Mana mungkin sistem ini mampu memberikan kepuasan kepada semua pihak. Sebaliknya, sistem yang selama ini diagung-agungkan hanya mendahulukan 'mereka' yang mempunyai kepentingan tertentu untuk terus berkuasa.

Hak diri...

Orang perseorangan mempunyai hak terhadap dirinya untuk hidup. Melakukan aktiviti harian hidup yang normal, berbeza pendapat dan berpandangan atau berpendirian berbeza selagi mana ia tidak bertentang dengan syarak.

Di dalam hal ini Islam telah menentukan maqasid syar'iah (tujuan hukum) atau al maslahah al tsnawiyyah untuk membebaskan diri kita dari 'ditakluki' oleh manusia lain selagimana ia tidak berlawanan dengan hukum-hakam atau syariat Allah Taala bersumberkan dari sumber utama iaitu dari Al Quran dan As Sunnah.

Menurut Iman As Syatibi, kemaslahatan yang hendak diwujudkan itu mempunyai 3 tingkatan iaitu keperluan daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Menurutnya lagi keperluan daruriyyah atau keperluan utama ini bertujuan untuk memelihara 5 perkara utama iaitu:-
  • Memelihara agama (hifd ad din)
  • Memelihara jiwa (hifd an nafs)
  • Memelihara akal (hifd al aql)
  • Memelihara keturunan (hifd Al Nasl)
  • Memelihara harta benda (hifd al mal)
Kalau mengikutkan tindakan ISA, secara tidak langsung telah mengenepikan hak fitrah kemanusian untuk hidup tanpa diganggu oleh mana-mana pihak tertentu. Sekiranya sabit kesalahan maka dakwalah dan bicaralah di Mahkamah secara adil dan mesti didatangi dengan saksi-saksi dan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.

Hukuman ciptaan manusia hanya berlapikkan kepada kemahuan dan kepuasan nafsu semata-mata. Hukuman berdasarkan kepada perasaan, emosi dan pendapat dan pandangan diri yang tidak tepat. Dan akhir kesudahannya hanya akan menindas, menganiaya dan menafikan hak asasi orang lain.

Hukuman ISA yang dikenakan kelihatan kaku dan tidak dapat disesuai dengan perkembangan intelektual dan spiritual, arus perubahan dan kemajuan zaman yang terus berkembang. Melalui maqasid syariah ini telah menampakkan kepada kita betapa flexible dan dynamiknya hukum apabila setiap hukum itu hendak dijatuhkan dan ia sesuai atau relevent untuk setiap masa dan tempat tanpa bias kepada perasaan, emosi dan kehendak manusia tertentu.

Syariat..

Betapa dengan menegakkan syariat Islam itu mampu memberikan manfaat dan kemanslahatan kepada kita di dunia dan di akhirat. Kita merasa tenang untuk mengabdikan diri kepada Allah (Ubudiyyah) tanpa dihalang dan ditentang.

Nota:
Isa Anshori, M. Ag,. Jurnal Hukum Islam: Maqasid Syari'ah sebagai Landasan Etika Global, Universiti Muhammadiyah Surabaya

abuzorief @ sheffield
15/9/2011, khamis

Thursday, 8 September 2011

Perihal sejarah kita... pejuang dan penjajah


Kisah pejuang tanahair dan kemerdekaan telah menjadi topik 'panas' sekarang ini. Siapakah pejuang asli dan siapa pula penjenayah atau tali barut?. Cerita ini menjadi menarik setelah ahli politik berjaya 'melambung tinggi' cerita ini dan tidak semena-mena sentimen ini pula 'terpalit' ke arah parti pihak lawan dan di'panaskan' pula oleh pihak media untuk menghangatkan suasana dan mencari publisiti dari isu ini.

Namun, apa yang ingin saya ingin utarakan ini, lebih berupa pandangan biasa, di luar cerita yang telah dipolitikkan sekarang ini.

Dominant dan favour...

Fakta sejarah kalau tidak dicatat akan lenyap begitu sahaja. Jalan cerita, peristiwa dan tarikh kejadian tidak mampu dibuktikan dengan tepat dan betul serta salur-galur penyampai maklumat yang lemah. Namun fakta sejarah boleh dipesongkan atau diselewengkan. Tidak pula dapat dinafikan bahawa catatan sejarah yang berlaku boleh mengikut favour kepada siapa atau siapa yang lebih dominant ketika itu.

Tidak semua fakta sejarah tanah air kita itu dicatat dengan tepat sekiranya itulah sahaja sumber yang diambil dari pihak yang tidak memihak kepada bangsa dan tanah air kita. Ada yang benar faktanya dan ada pula yang perlu dikaji semula.  Sebab itu saya mengatakan bahawa ia dicatat mengikut siapa yang lebih dominant dan berkuasa atau berpengaruh.

Zaman penjajah...

Namun apabila diperhatikan peristiwa yang berlaku ketika zaman penjajahan ketika itu, yang lebih dominant adalah lebih berat (bias) kepada pihak penjajah, yang sedia maklum mereka lebih bersungguh dan lebih bersedia dalam mencatat sebarang kejadian yang berlaku di pihak mereka dan apa yang tercatat memang benar-benar pun berlaku di sekitar mereka atau di dalam perspektif mereka.

Tidak pelik, di mana ketika ini pun kalau dilihat, mereka amat bersungguh dan teliti mencatat apa sahaja peristiwa dan maklumat yang berlaku disekeliling mereka. Sama ada peristiwa kecil atau pun besar, personal atau umum atau apa sahaja untuk didokumentasikan, didokumentarikan dan dibukukan.

Justeru, tidak pelik, kalau ada pencatat peristiwa ketika zaman penjajah ketika itu pun lebih favour untuk mengaitkan sebarang peristiwa, kejadian dan berita yang akan memihak kepada mereka. Jadi tidak salah pula kalau semua cerita untuk sejarah kita, yang kita belajar itu lebih berat memihak kepada penjajah kerana fakta yang bersumberkan itu amat jelas dan terbukti. Terutamanya peristiwa para pejuang kita yang menentang mereka. Sesiapa yang menentang mereka ketika itu sudah pasti mereka adalah pengganas dan penjenayah. Berita, peristiwa dan bahan bukti bertulis ini dibawa balik ke negara mereka untuk disimpan sebagai arkib, bahan research atau rujukan dunia antarabangsa.

Mereka 'menghukum' pejuang kita sebagai pelampau dan pengganas. Maka sesiapa yang menentang mereka ketika itu akan menerima padah. Lihatlah apa yang berlaku pada Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said, Burhanuddin Helmi, Rentap, Rosly Dhoby, Datuk Maharaja Lela dan lain-lain dan mereka akhirnya ada yang disumbat ke dalam penjara dan diseksa atau ditali gantung atau dibunuh dengan kejam. Yang lebih memalukan lagi, segelintir dari anak bangsa sendiri telah menjadi pengampu, pembodek kepada mereka semata-mata kerana mendapat keselesaan hidup, ganjaran, kedudukan dan pangkat dengan memihak kepada penjajah. Berbangga pula memanggil mereka sebagai TUAN di atas tanah air sendiri.

Kini, apakah kita sebagai sebangsa dengan mereka ini turut juga menggelar mereka sebagai penjenayah dan penderhaka kepada 'pemerintah' pada ketika itu?... dan yang memerintah ketika itu bangsa Melayu atau penjajah?...

Turut sama menerima nasib yang tidak baik ialah anak bangsa yang menyokong pejuang radikal kemerdekaan tanah air, dengan diberikan gelaran golongan berhaluan kiri. Dengan sebab tidak sehaluan dari segi prinsip, ideologi, pandangan, pendapat dan cara fikir ke atas kerajaan pemerintah. Bunyinya pun amat gerun dan mendapat perception yang amat negatif.

Diperbodohkan..

Namun disebalik cerita sejarah yang tidak memihak kepada kita itu diselitkan pula cerita kedangkalan dan kebodohan bangsa sendiri sebagai candu dan 'gula-gula' yang mengkhayalkan seperti cerita Pak Pandir dan Mak Mandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Mat Jenin, Si Tanggang dan berbagai-bagai cerita jenaka lagi. Menceritakan kepada anak bangsa tentang kebodohan bangsa sendiri secara turun temurun.

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk


Cerita Pak Kadok telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman. [http://ms.wikipedia.org/wiki/Pak_Kadok]

Perlu dikaji semula...

Apa yang diinginkan sekarang ialah semua sejarah perjuangan kemerdekaan dan tanahair perlu dilihat semula dari perspektif kita sendiri. Ia perlu dikaji dan diberikan penilaian yang adil dengan fakta yang betul (authentic) dan tepat berbanding dengan fakta sejarah oleh pihak penjajah. Ia perlu dinobatkan keasliannya sesuai dengan prinsip perjuangan bangsa dan tanahair kita sendiri. Penjajah tetap penjajah. Mereka yang datang menjajah perlu dipanggil sebagai penjajah atau penceroboh dari perspektif kita. Merekalah juga sebenarnya penganas dan 'perompak' di tanahair kita. Kita tidak mahu lagi mendengar cerita sejarah tanah air kita dipermainkan oleh orang lain yang bukan untuk menceritakan hal keadaan kita yang sebenarnya. Sebaliknya mereka lebih kepada memperlekehkan kita semua.

Perompak yang masuk ke dalam rumah kita sewenang-wenangnya dianggapnya sebagai penyelamat dan kita sebagai tuan rumah yang menghalang pula dianggap sebagai penentang dan penjenayah dan perlu dihukum dan disabitkan dengan pelbagai kesalahan.

Reflection...

Kalau hendak dikaitkan dengan apa yang berlaku pada 11/9, kebanyakkan kejadian yang berlaku masih disangsikan dan diragukan oleh pakar-pakar seperti para Arkitek, Jurutera-jurutera dan pakar bangunan yang lain sejak kebelakangan ini. Sebaliknya apa yang berlaku itu banyak kepada menyalahkan puak Islam sehingga digelarnya kita semua sebagai Terrorist. Kebencian mereka terhadap agama Islam begitu mendalam. Dengan peristiwa yang terjadi, habis semua orang Islam terbabit dan merasa cemas, merasa resah dan fobia dengan tohmahan atau fitnah itu. Terutamanya mereka yang menjadi minoriti di negara barat.

Begitulah juga apa yang telah terjadi di negara Iraq dengan kemasukan tentera Amerika dan bersekutu yang dipanggil sebagai penyelamat, dan mereka yang menghalang dan menentang itu sebagai pengganas walaupun mereka anak jati watan yang terkorban untuk berjuang kepada bangsa dan tanah mereka.

Di Afganistan pun begitu juga, puak Taliban dan rakyat Afganistan yang berjuang untuk tanah air mereka, dipanggil sebagai pengganas dan mereka di layan dengan buruk serta menghinakan dan layak menerima hukuman antarabangsa oleh puak tentera Amerika dan bersekutu.

Pihak media dan pencatat peristiwa yang menyebelahi mereka akan terus mencatat, peristiwa yang telah berlaku ini disebabkan oleh pengganas Islam dan seterusnya mengaitkan Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Siapakah yang lebih dominent di dalam mencatat sejarah yang berat sebelah ini. Tujuannya hanya untuk melagakan antara sama lain tanpa berasa belas dan kasihan. Yang lebih beruntung adalah mereka yang mempunyai agenda tertentu untuk penaklukan dan pencerobohan di alaf baru ini.

Begitu juga apa yang telah berlaku di Palestine. Peranan pihak British merampas tanah Palestine tidak akan dilupakan oleh orang-orang Islam. Pendatang Israel yang dibantu oleh British telah diangkut beramai-ramai dari serata tempat untuk datang mendiami dan merampas tanah orang-orang Palestine dan diberikan mandat atau authority dan mereka berhak berbuat apa sahaja. Akan tetapi orang-orang Palestine yang telah mendiami tanah air mereka sejak sekian lama, terus dihalau seperti 'anjing' dan dinafikan kewarganegaraan dan ditekan serta ditindas dengan kejam. Harta benda dan tanah kediaman dirampas oleh mereka. Mana-mana orang-orang Palestine yang bangun menentang mereka pula disabitkan sebagai penentang, penjenayah dan pengganas atau terrorist. Tidakkah pelik kejadian ini?...

Kisah para nabi dan rasul

Tetapi kita sebagai orang Islam patut merasa bersyukur kerana sejarah umat manusia, kisah para nabi dan rasul terdapat didalam Al Quran Karim dengan jelas, sahih dan tepat dan tidak mampu dipesongkan cerita oleh manusia yang bernafsu syaitan yang hanya untuk memihak dan berkepentingan mengikut hawa nafsu sendiri sahaja. Kalau hendak dibandingkan cerita ini dengan cerita Israeliat, ia memang jauh berbeza fakta dan jalan ceritanya. Begitulah agungnya wahyu Allah yang terus kekal menjadi pedoman dan rujukan kepada manusia.

Sekian...

abuzorief @ sheffield
8/9/2011, khamis

Wednesday, 31 August 2011

Khutbah Eid Fitr 1432H Sheffield


Khutbah Pertama

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jamaah semua, bertaqwalah kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dan carilah bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat dan sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah, moga-moga kita beroleh kejayaan

Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah 185

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621). Hadis Hasan Sahih.

Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan mempertaruhkan seluruh kekuatan diri kita untuk berperang, bertarung dengan hawa nafsu sendiri. Ada dikalangan kita yang menang dan ada yang tewas kecundang. Berita kemenangan kita menyempurnakan ibadah ramadhan dalam tempohnya merupakan berita yang penuh bermakna dengan pengertian iaitu menyerahkan seluruh pengabdian diri kita kepada Allah Azzawajalla. Menang di dalam erti kata melawan hawa nafsu, kehendak diri dan juga ransangan-ransangan dan bisikan syaitan laknatullah.

Firman Allah di dalam surah As Syam ayat 7-10

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَاoفَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَاo قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَاo وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Tanpa iman yang kuat kepada Allah nescaya kita tidak mampu untuk melakukannya. Begitu besarnya kepentingan madrasah ramadhan yang telah dikurniakan kepada kita. Madrasah Ramadhan merupakan medium atau platform bagi kita untuk berjuang menyucikan diri, akal dan fikiran dengan memusatkan kembali seluruh jiwa raga kita kepada maha pencipta iaitu Allah Taala, Tuhan yang maha Esa.

Madrasah Ramadhan mempunyai objektif dan sasaran, iaitu menghasilkan produks-produks hamba Allah yang patuh dan taat dalam segala suruhan dan laranganya. Patuh dan taat adalah jambatan penghubung diantara ibadah dan tauhid (mengesakan Allah). Memperteguhkan iman dengan menguatkan ikatan tauhid rububiyyah dan Uluhiyah melalui ubudiyyah atau pengabdian diri kita kepada Allah Taala.

Justeru, kita akan berjaya, hasil dari didikan atau tarbiyyah di sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan. Sebulan bukanlah masa yang singkat dan pendek. Bagi kita yang tidak tahan melaluinya, maka ramadhan ini adalah beban yang memenatkan. Manakala bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah, Ramadhan ini dinantikan dengan perasan rindu dan cinta yang mendalam, memperbaharui kontrak dengan Allah sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah SAW pernah bersabda :

« احُضُرُوا المِنْبَرَ » فَحَضَرْنَا فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ : « آمين » ، فَلَمَّا ارْتقَىَ الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قال : « آمين » فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قال : « آمين » ، فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنكَ الْيَوْمُ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ قَالَ : « إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِندَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ قلت : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الجَنَّةَ قُلْتُ : آمين »
Yang bermaksud : Rasulullah SAW bersabda : Hadirlah ke mimbar semuanya. Apabila kami (sahabat) hadir, Nabi saw telah lalu naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, baginda berkata : Amin, apabila melangkah tangga kedua, baginda berkata, Amin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata Amin. Apabila baginda turun, kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami telah mendengar daripada kamu pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku :
  • Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT, aku berkata, Amin.
  • Bila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata : Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat kepadamu, aku berkata, Amin.
  • Bila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang kedua ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak memasukkannya ke dalam syurga (dengan amal baktinya sebagai seorang anak), aku berkata, Amin.
(Hadis riwayat Hakim dan disahihkan oleh Albani)

Di ambang syawal inilah, kita sudah boleh mengaudit setiap perlakuan amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan yang mulia. Sudah sekian lama kita berpuasa di setiap ramadhan. Bentuk ibadah di dalamnya pun seakan-akan sama 'rentak', lenggok dan 'tari'nya.

Adakah kita sedar bahawa setiap kali kita menghabiskan puasa Ramadhan kita, kita pasti akan merasai perubahan-perubahan yang ketara di dalam diri kita?.., sama ada ia semakin berkualiti atau tidak, malas atau rajin, bertaubat atau mungkir dan sebagainya…

Adakah semakin sempurna KPI (key performance indicator) diantara Ramadhan-ramadhan yang dilalui. Sepatutnya, pencapaian sasaran KPI tahunan menjadi baik dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Alangkah beruntungnya kita sekiranya peratusan pencapaian ibadah puasa pada tahun ini telah mencapai keputusan yang terbaik sehingga melayakkan diri kita digelar sebagai hamba Allah yang patuh dan taat atau muttaqin.

Berusahalah untuk meneguhkan dan memperbaiki segala amalan dan suruhan seperti
  • kualiti ibadah yang wajib dan sunat, 
  • sedekah dan zakat,
  • hubungan anak dan ibubapa
  • jalinan ukhuwwah dan silaturrahim,
  • kualiti pekerjaan harian sebagai pelajar, pengajar dan para ilmuan
  • Kualiti sebagai majikan dan para pekerja, 
  • kualiti penjagaan dan pendidikan anak-anak serta urusan kekeluargaan, 
  • Kualiti dan peningkatan penjagaan masa, 
  • kualiti urusan dakwah sesama muslim dan non muslim
  • Isu-isu kepedulian ummah sejagat 
  • Kualiti pengurusan harta benda
  • dan sebagainya
Oleh itu, objektif dan strategi pengurusan di bulan Ramadhan ini perlulah diperkemaskan dan dipertingkatkan untuk 11 bulan yang akan datang. Sekiranya kita boleh istiqamah dengan setiap amalan itupun sudah baik dan cemerlang sekiranya tercapai objektifnya.

Namun dalam hal ini, jangan pula kita berpuas hati dan merasa cukup selesa dengan pencapaian yang dicapai sekiranya berjaya. Perlu diingat bahawa setiap kejayaan ibadah itu belum tentu diterima Allah. Kita perlu berusaha supaya setiap amalan kita ini diterima Allah. Perlu banyak beristigfar, bertaubat dan berdoa kepadanya. Memohon keampunan dan sesalan di atas perbuatan yang lampau.

Akhirnya kita serahkan sepenuhnya kepada Allah Taala setiap amalan yang telah dilakukan. Kebaikan dan kemuliaan itu bukanlah datang mengolek kepada kita tetapi ianya perlu diusahakan semaksima yang mungkin.

Semoga setiap jengkal amal kita ini akan dikira oleh Allah sebagai amal seorang hamba yang taat dan bertaqwa dan sentiasa mengharapkan belas kasihan dan rahmat darinya.

Firman Allah Taala di dalam surah Al Imran 132

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…

Dunia yang menjadi ladang akhirat kembali sibuk dengan kerakusan kita yang mencari dan mengejar habuan dunia semata-mata dan kita sentiasa merasa tidak puas apa yang ada, yang mana semua ini tidak akan mendapat jaminan, restu dan kemuliaan hidup disisi Allah taala melainkan kita memfokuskan tujuan hidup ini dengan menyerahkan jiwa dan harta kepada Allah sebagai bekalan hidup di akhirat kelak.

Wal hal, dunia yang sementara ini kalau diurus-tadbir dengan baik, maka hasilnya adalah untuk memudahkan laluan seterusnya iaitu menyediakan prasarana untuk urusan akhirat pula.

Kita umat Islam menjadi mulia di sisi Allah sekiranya kita berjaya menjadi khalifah dan hambanya yang bertanggungjawab sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Taala.

Firman Allah Taala di dalam surah al Baqarah [2:30]

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Kita sebagai golongan Muslim terpelajar, cerdik pandai, cendikiawan dan ilmuan dan professional, kita bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan perubahan, sama ada perubahan diri, memperelokkan kualiti berkeluarga, membantu masyarakat setempat dan mentadbir-uruskan urusan negara dengan amanah, benar dan adil, mengikut aturan halal dan haram, serta mematuhi hukum-hakam yang telah disyariatkan oleh Allah Taala.

As Sudy mengatakan, “Jika mereka berkhianat kepada Allah dan Rasul, mereka pasti berkhianat terhadap amanah-amanah yang diberikan kepada mereka”

Ibnu Abbas mengatakan bahawa amanah-amanah itu adalah amalan yang diamanahkan oleh Allah kepada para hambanya, berupa kewajipan-kewajipan. Dia menegaskan lagi bahawa makna “Janganlah kamu berkhianat” adalah bermaksud “Janganlah kamu merosakkannya”

Kita menjadi golongan atau ejen yang berpengaruh di dalam masyarakat dan mampu membuat sebarang keputusan. Janganlah hanya berbangga dengan status dan kedudukan kita sahaja tetapi sebaliknya kita langsung tidak mampu berbuat apa-apa sedikit pun untuk memperbaiki kerosakan, penyakit malah maksiat yang berlaku di sekeliling kita.

Menyelesaikan masalah sosial dan penyakit-penyakit serta maksiat di dalam masyarakat kita sendiri, adalah merupakan satu amanah dan kerja mulia.

Masyarakat yang rosak akhlak, ghairah dengan hiburan yang melampau atau hendoism. Seolah-olah dunia ini adalah untuk berhibur semata-mata. Dunia untuk hidup bersuka-ria dan menghabiskan usia berbaki begitu sahaja.

Masalah sosial mesti disekat supaya tidak merebak didalam masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, maka ia akan menjadi barah di dalam masyarakat dan seterusnya akan merosakkan keseluruhan institusi kekeluargaan.
  • Kes jangkitan HIV pada tahun 2008 yang dilaporkan adalah seramai 3692 orang
  • Kes AIDS yang dilaporkan pada tahun 2008 adalah seramai 941 orang
  • Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara
  • Pelacuran dan zina
  • Jenayah rasuah, pecah amanah dan pengunaan wang rakyat
  • Pembunuhan dan penipuan
  • Kes penculikan kanak-kanak 
  • Kes pembuangan bayi & Pertambahan anak luar nikah
  • Ketagihan dadah dan seumpama
  • Ketirisan pembahagian wang zakat dan baitul mal
  • Penyelewengan harta anak yatim dan hak ibu tunggal
  • Kelemahan pembahagian hak kepada fakir miskin, muallaf dan golongan asnaf
  • Salah-guna kuasa dan kedudukan
Rasulullah SAW telah memperingatkan perkara ini di dalam sabda baginda :

لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا
Yang bermaksud : "Tidaklah tampak perbuatan maksiat ditengah-tengah suatu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan,kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu." (Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Tindakan kita berdiam diri di dalam isu-isu ini adalah lebih kejam kerana membiarkan masalah ini berlarutan dan membiarkan perkara ini hanya ditangani oleh pihak-pihak tertentu atau golongan agama sahaja.

Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah [2:208]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…

Umat Islam dilihat begitu lemah sekali. Hilang kepimpinan dan tauladan, Ukhuwwah atau persaudaraan tidak kukuh dan goyah. Bersengketa sesama sendiri semata-mata disebabkan berlainan fahaman politik, sosial dan ekonomi.

Malah yang lebih teruk lagi, dimana sebahagiannya, cuba mempertahankan fahaman dan ta’sub dengan ideologi sesat dan pincang yang tidak selari dengan kehendak syariat Islam.

Akibatnya, syariat Islam dirasakan sebagai satu tekanan ke atas diri sendiri dan kehidupan. Menyekat kebebasan dik kerana menghalang kehendak hawa nafsu.

Bekerjasamalah di dalam perkara yang disepakati dan saling memaafkan terhadap sesuatu yang masih diperselisihkan, tanpa fanatik atau memaksa orang lain terhadap sesuatu pendapat yang masih diperselisihkan.

Firman Allah di dalam surah al Hujurat ayat 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dihormati sekelian…

Baransiapa tidak memperhatikan urusan umat Islam, ia tidak termasuk golonganku…

Pandanglah diluar jendela sana dengan perasaan sayu, kesusahan yang menimpa saudara kita, di Somalia, Thailand, Kashmir, Kemboja dan serata pelusuk dunia Islam, memerlukan perhatian dan kepedulian kita semua. Dengan menyambut kemenangan syawal ini, marilah kita melakukan sesuatu yang dapat menenteramkan hati dan perasaan mereka dan menaikkan izzah Islam.

Pun begitu juga, bersama-sama mengambil peduli terhadap saudara-saudara kita di bumi Palestine barakah yang terus-menerus berjuang da berjihad untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanah bertuah pelastine mewakili kita semua, di dalamnya terdapat masjid Al Aqsa yang suci dan mulia sejak sekian lama.

Palestine adalah tanah yang special bagi setiap muslim. Ia telah diperkatakan di dalam Al Quran sebagai tanah suci yang dirahmati.

Al Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid ketiga suci di dalam Islam.

Palestine juga dikenali sebagai tanah Al Israa atau perjalanan malam seterusnya melibatkan Arrasul SAW mi’raj kelangit.

Ia juga adalah tanah para nabi-nabi, mereka dilahirkan, dibesarkan dan dimaqamkan disana.

Ia juga adalah bumi atau tanah dimana perhimpunan dan kebangkitan para mujahid yang akan terus menerus menanam semangat jihad dijiwa kita semua.

Ketahuilah kita semua, penderitaan yang mereka lalui amat menyakitkan dan menyedihkan.

Kehilangan ibu-bapa dan ahli keluarga serta sanak saudara, kehilangan kasih sayang anak dengan ibu dan perasaan rindu diantara mereka, kekurangan makanan dan kehilangan harta benda dan tempat tinggal kerana dibedil peluru dan bom ganas oleh puak Zionist laknatullah.

Kini, terdapat 6.3 million pelarian Palestine dimana 4.7 million diluar Palestine terutamanya di Syria, Lebanon, Mesir dan 1.6 million terdapat didalam tanah Palestine iaitu Gaza dan Tebing Barat.
Siapakah mereka dihati kita wahai saudara muslimin dan muslimat sekelian, hulurkanlah sumbangan kita sama ada jiwa dan harta untuk sama-sama menjiwai penderitaan mereka…

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....
Muslimin dan muslimat dirahmati Allah sekelian….

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Al Imran 135

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah kedua

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد أَشْهَدُ
أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه. أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ وَتَ زوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَى

Muslimin dan muslimat dirahmati Allah sekelian…

Dengan kemenangan kita menyambut syawal dan berakhirnya Ramadhan Mubarak, sedikit sebanyak menyentuh hati dan naluri kecil kita. Betapa manis dan tenangnya berada di dalam bulan yang penuh barakah yang tidak mampu diperolehi di bulan-bulan yang lain dan sekali-kali tidak akan sama dengan 1000 bulan.

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا o فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا   o إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْح
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....

Moga-moga Ramadhan ini kita mendapat pengampunan dari Allah Taala terhadap segala kesalahan kita yang lalu.

Insaf di atas kesalahan kita sebagai seorang anak terhadap kedua ibu bapa yang telah menjaga, mendidik dan membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayangnya. Mengambil tahu kesihatan dan keperluan mereka yang lain tanpa menyinggung perasan dan emosi mereka.

Firman Allah di dalam surah Al Luqman ayat 14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Insaf di atas kesalahan kita selaku seorang suami atau isteri sepanjang kita bersama serta membesar, mendidik anak-anak sebagai amanah Allah. Sentiasa peka terhadap tangungjawab masing-masing dan saling nasihat dan menasihati di atas perkara kebaikan dan kebajikan.

Insaf di atas kesalahan kita sebagai pelajar, pengajar, ilmuan cendekiawan dan professional di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap yang telah diamanahkan kepada kita. Mampu berdepan dengan situasi yang melibatkan halal dan haram perbuatan dan bertegas di dalam perkara yang membabitkan hukam-hakam Allah Taala.

Dan lebih-lebih lagi kita sebagai hamba Allah yang sentiasa mendapat nikmat yang tidak terhingga banyaknya, iaitu nikmat Islam.

Berfirman Allah Taala di dalam surah Al Maidah ayat 3

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Bermulanya syawal bukanlah tandanya kita boleh melakukan sesuatu tanpa halangan dan batasan, bermewah-mewahan, berlebih-lebihan sehinggakan banyak pembaziran berlaku.

Marilah kita bersama-sama berperteguhkan ikatan iman kita kepada Allah Taala. Memahami segala tuntutan kalimah syahadah, melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya.

Mengingati saudara Islam kita yang memerlukan bantuan dan sokongan dari kita semua kerana kesulitan, kepayahan, kesukaran hidup sama ada disebabkan musibah, peperangan, kemelut ekonomi dan tekanan politik yang tidak adil dan zalim.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد....

Berjual belilah dengan Allah Taala dengan mempertahankan agama Islam yang mulia dengan merebut segala tawaran dari Allah sebagaimana firmannya di dalam surah As soff ayat 10 dan 11

   تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ o يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيم خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? O Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ
وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعَوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى
نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى
كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ
أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ.
رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ
أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ.


abuzorief @ sheffield
30/8/2011, 1 syawal 1432H
khutbah eidfitr 1432h
verdon recreation center S3 9QN