Pages

Showing posts with label Travelog Kota Eropah. Show all posts
Showing posts with label Travelog Kota Eropah. Show all posts

Wednesday, 26 October 2011

Mengharap cahaya Islam di kota Eropah... (2)


Saya mengharapkan kota-kota di Eropah ini akan bersinar terang dengan cahaya Islam. Cahaya yang sukar untuk dipadam oleh tangan-tangan atau kuasa manusia. Tepisan cahaya ini tidak akan mampu di bendung apa sekatan sekalipun. Menyelinapnya cahaya itu untuk menerangi tempat yang gelap gelita kerana  selama ini tidak sesiapa pun kesah dengan kehidupan yang bercahaya.

Switzerland...

Alhamdulillah saya berpeluang untuk ke negara Switzerland yang rata-rata dikalangan kita amat mengkagumi negara itu dik kerana keindahan lanskap muka-buminya ditambah dengan hamparan banjaran Alps .

Memang benar, keindahan negara itu amat memukaukan mata apabila melihatnya. Sekali lagi terdetik di dalam hati betapa besarnya kuasa Allah Taala yang menciptakan bumi ini, jauh di sana diletakkan kawasan yang cantik itu dibumi Switzeland yang dihuni oleh mereka yang bukan Islam. Mereka menjaga kazanah ini dengan baik. Kawasannya bersih tidak bersampah disana-sini. Susun letak dan reka bentuk rumah yang sesuai dan cantik.

Kalau tanpa kesedaran dan tabiat disiplin hidup mereka, maka tidak akan terhasilnya negara yang mampu didiami dengan keadaan selesa dan mengembirakan. Katanya negara ini adalah salah satu negara yang terkaya didunia. Rata-rata rakyatnya mampu berbahasa lebih dari 2 bahasa : German, France, Italy dan Romansh.

Amalan agama Kristian telah sekian lama didominasi oleh penduduknya. (selebihnya maklumat boleh diperolehi di Wikipedia).


Tazkeraah 10 minit...

Saya ditegur oleh seorang wanita Switzerland yang agak berumur, seusai solat Asar di kawasan terbuka berhadapan dengan tasik Brienz atau Brienzersee. Sebelumnya, saya dikejar oleh anjingnya selepas saya mengambil wuduk di'gigi air' tasik. Memandangkan anjing itu bertuan maka saya pun berhenti dan memandang anjing itu dan tuannya berulang-kali dengan senyuman. Bagi mereka anjing itu seperti anak kecil. Jangankan di'unjuk-unjuk' dengan kaki, dimarah pun mereka tidak suka.

Beliau bertanya saya tentang agama saya, negara asal saya, siapa mereka semua yang bersama saya, berapa lama berada di sini dan kamu suka negara ini?.... Saya agak hairan dengan pertanyaannya 'kamu suka dengan negara ini?...' Saya menjawab, saya beragama Islam, seorang Muslim, dari Malaysia, mereka semua adalah ahli keluarga saya dan berada di sini untuk 3 hari sahaja , Ya!, saya suka negara ini kerana lanskapnya cantik.

Pada awal bicara, nadanya agak kurang berpuas hati apabila perkataan Islam terpacul keluar dari mulut saya. Terus dia berkata yang dia beragama Kristian dan Kristian sudah lama bertapak disini. Mereka hidup dengan aman dan harmoni. Katanya lagi, dia tidak suka orang Islam, kerana orang Islam brutal dan jahat. Mereka datang untuk menetap negara ini dan tidak mahu belajar menggunakan bahasa negara ini dan pengotor. Tambahnya lagi, selalu mencetuskan ketegangan dan keganasan.

Saya terdiam, tersenyum dan terpaku dengan sikap terus-terangnya. Saya agak malu dengan kenyataan sedemikian. Sungguh berani dia mengatakan Islam itu brutal dan jahat. Sedangkan saya yang berada didepannya adalah seorang Islam setelah diperkenalkan sebentar tadinya.

Sikap tidak puas hatinya itu sungguh ketara dengan lenggok body language yang mudah difahami. Al Maklum, negara ini negaranya, dan saya hanyalah pemerhati alam yang datang untuk memerhati keindahan ciptaan Allah Taala.

Sebelum dia meninggalkan saya, sempat ditegurnya saya supaya menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata-rata. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya diatas teguran itu.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al Asr 1-3)

Saya tidak marah dan tidak terkilan dengan kenyataan terus-terangnya. Mungkin maklumat tentang Islam sebagai cara hidup sebenarnya tidak diperolehi dari sumber yang tepat. Mereka hanya memperolehi dari satu sumber yang tidak memihak kepada Islam dan hanya memerhati kehidupan negatif muslim lainnya.

Dalam hati, saya hanya mampu berdoa supaya diberinya hidayah dan taufik oleh Allah yang Esa, semoga memberi kesan dihatinya untuk mempelajari dan lebih tahu serta faham tentang agama 'anehku' ini.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf [12:111] )


Cahaya Islam...
  1. Sungguh jauh lagi cahaya Islam untuk menerangi negara ini.
  2. Siapakah yang mampu untuk membawa cahaya Islam ke negara ini?
  3. Mampukan kita menbawa Islam dan menjadi role model untuk diteladani?...
  4. Mampukan kita meletakkan Islam supaya menandingi agama Kristian yang selama ini dipegangi dan diyakini sejak sekian lama?
Mengharap cahaya Islam di kota Eropah... (1) :
http://abuzorief.blogspot.com/2011/05/mengharap-cahaya-islam-di-kota-eropah-1.html

abuzorief @ interlaken, switzerland
04/10/2011, selasa

Thursday, 5 May 2011

Mengharap cahaya Islam di kota Eropah... (1)


Pengembaraan

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Al Mulk [67] : 15)

Bak kata pepatah, 'jauh berjalan luas pengalaman'. Ia juga merupakan salah satu dari proses untuk menuntut ilmu dan mencari keyakinan dan kekuatan diri supaya lebih beriman tentang betapa agungnya Allah Taala terhadapa segala ciptaannya. Melihat, mendengar dan meneliti segala rahsia ciptaan Allah (tadabbur) merupakan peringatan dan pengi'tibaran, khususnya untuk diri sendiri supaya kita sentiasa berada di dalam golongan hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya.

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. Ghafir [40:82]

Muka bumi Allah yang terbentang luas dengan berbagai kejadian dan ciptaan serta bencana yang berlaku sudah cukup memberikan tanda akan kebesarannya. Namun, dikehendaki juga kita untuk sentiasa melihat dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman, pengajaran dan i'tibar supaya kita sentiasa dekat dengan Allah yang Maha pencipta dan Maha berkuasa. Betapa kita amat memerlukan Allah di setiap urusan kehidupan kita.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Al-Baqarah [2:164]

Bangunan vs Senibina

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. Saba [34:13]

Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) Ghafir [40:36]

Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Sad [38:37]

Bangunan dengan senibina Gothic peninggalan generasi Roman lampau tersergam indah walaupun ia sudah kian lama di mamah zaman. Tetapi kalau hendak dibandingkan dengan kesenian Islam yang terdapat di bangunan dan segala sudut-sudut binaan yang telah ditinggalkan seperti Istana Al Hambra, Masjid Cordoba dan Masjid-masjid di beberapa tempat di Spain dan Turki amat jauh lebih halus seninya berbanding dengan seni khat Gothic pada bangunan gereja dan Istana yang dibina di zaman Roman Costantinople atau seakan dengannya. Betapa binaan ini banyak dipengaruhi oleh kemajuan tamadun dan agama yang dianuti.
 Masjid Cordoba, Spain

Sehingga kini, bangunan ini dijaga cermat dan rapi oleh pihak berkuasa majlis perbandaran untuk tujuan tarikan pelancong supaya mereka dapat menghayati kehalusan senibina dan senireka bangunan yang begitu unik dengan ukiran dan khat.

Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Al-Fajr [89:7]

Tidak tergambarlah pula saya apabila tanah Spain atau Andalusia yang satu ketika dahulu telah menjadi Empayar Islam Andalusia yang agung bertukar menjadi sepi dan ketandusan cahaya dan syiar Islam yang mana suatu ketika dahulu ianya telah menjadi kota kebanggaan orang-orang Islam. Kini, bangunan masjid ternama seperti Masjid Cordoba telah ditukarnya menjadi gereja dan Aya Sophia dijadikan muzium. Maka terpalit juga rasa marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas rumah Allah ini.
 Hagia Sophia, Turki

Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Al-Hajj [22:45]

Tragisnya, kehancuran empayar Islam Andalusia telah mengakibatkan hilangnya 'mutiara' Islam yang telah lama bertapak dan banyak bangunan-bangunan masjid telah bertukar menjadi gereja dan muzium.

Banyak bangunan-bangunan gereja yang besar dan tinggi-tinggi dan telah mengambarkan kepada saya betapa kuatnya amalan kristian kuno dan bencinya mereka kepada Islam sehingga mereka mampu untuk melakukan tindakan sedemikian rupa untuk menlenyapkan entiti dan syiar Islam yang terdapat dibangunan tersebut.  
  • Adakah semasa pemerintahan Islam, gereja-gereja dirampas dan dimusnahkan?
  • Adakah tindakan mereka mengambil-alih masjid itu juga bertujuan untuk menghina umat Islam?... 
Amat sukar untuk melihat syiar Islam di sana. Malah lebih sukar lagi untuk mencari bangunan masjid atau musolla untuk berhenti menunaikan solat wajib di negara tersebut. Mungkin juga saya tidak serius untuk mencari di mana bangunan masjid berkubah terpasak di atas bumi negara ini.

Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Ash-Shuara [26:128] 

Melihatkan kepada keadaan yang ada, maka agak masih 'jauh' lagi untuk Islam bertapak kembali dan berkembang sendirian di kota Eropah ini. 

"Mungkin juga orang lain akan berkata sepertimana kata-kata saya di atas tadi... dan akhirnya kita hanya berkata-kata dan tidak ada seorang pun untuk melaksanakannya... "
Grote Markt, Brussel Belgium

Tetapi agak menarik pula perkembangan Islam yang boleh dikatakan mampu bertunas dan berkembang mekar di kota-kota besar yang terdapat di United Kingdom. Program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran Islam dan medan pengamalan Islam mudah ditemui di negara UK ini. Semakin banyak usaha-usaha kesedaran, kefahaman dan majlis-majlis ilmu serta kualiti pengajian Islam terdapat di negara ini.

Kini, ada beberapa bangunan gereja di tanah UK ini sudah 'ditinggalkan' oleh penganutnya. Peluang cerah untuk orang-orang Islam memilikinya supaya ditukarkan menjadi masjid agak positif. Semoga kita dapat mendoakan supaya lebih banyak lagi bangunan masjid akan berdiri megah di semua kota-kota di UK ini.
Mosquee de paris, Paris France

Yahudi

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. Al-Baqara [2:135]

Semasa saya memasuki kota Antwerp, kota yang dikatakan tempat pendudukan awal dan perniagaan bangsa Yahudi tertua di Belgium, disebabkan oleh kemasukkan mereka dengan saiz populasi yang ramai di awal kurun 20 selepas berlaku Holocaust.

Beberapa orang Yahudi bertopi dengan jambangnya berpintal-pintal mudah dilihat disana-sini.

 

Malah saya berkesempatan memerhati sendiri bagaimana anak-anak Yahudi dibawa melawat ke sana-sini dengan konsep sekolah montessori (http://en.wikipedia.org/wiki/Montessori_method) yang dilakukan oleh pihak sekolah mereka ke atas anak-anak mereka sepertimana pernah saya tonton di paparan TV BBC sejak dua bulan lalu. Yang saya temui ialah, anak-anak sekolah dibawa bersiar-siar dengan menggunakan van berwarna kuning  disekitar bandar tersebut.

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. An-Nisa [4:53]

Orthodox Jewish population

Main article: Jewish Community of Antwerp

After the Holocaust and the destruction of its many semi-assimilated Jews, Antwerp became a major centre for Orthodox Jews. At present, about 15,000 Haredi Jews, mostly Hasidic, live in Antwerp. The city has three official Jewish Congregations: Shomrei Hadass, headed by Rabbi Dovid Moishe Lieberman, Machsike Hadass, headed by Rabbi Eliyahu Sternbuch (formerly Chief Rabbi Chaïm Kreiswirth) and the Portuguese Community Bne Moshe. Antwerp has an extensive network of synagogues, shops, schools and organizations, within the Machsike Hadas community. Significant Hasidic movements in Antwerp include Pshevorsk, based in Antwerp, as well as branches of Satmar, Belz, Bobov, Ger, Skver, Klausenburg and several others. Rabbi Chaim Kreiswirth, chief rabbi of the Machsike Hadas community, who died in 2003, was arguably one of the better known personalities to have been based in Antwerp. An attempt to have a street named after him has received the support of the Town Hall and is in the process of being implemented. (Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Antwerp)

Grote Markt, Antwerp, Belgium

Negara Holland, dikenali sebagai Nederland atau Belanda dan pernah menjajah Tanah Melayu dan Indonesia. Tidak terbayang di kotak fikiran saya bagaimana bersungguhnya mereka ini pergi ke Asia untuk menakluki dan menjajah negara kita. Penaklukan itu bukan sahaja menjajah tanah air kita tetapi dikautnya segala hasil-mahsul negara dan dijajahnya fikiran supaya mendaulatkan mereka sebagai bangsa yang mulia dan tinggi kedudukan.

Masyarakatnya disini banyak menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk ke sana-sini malah sehingga ke pejabat dan membeli belah di pasaraya.

Pelajar-pelajar Indonesia dihantar untuk meneruskan pengajian mereka disini. Senario yang sama berlaku kepada pelajar Malaysia, dimana mereka juga dihantar ke UK untuk tujuan yang sama.


Kebanyakkan masjid di sini diubahsuai dari bangunan komersial. Sukar juga untuk mengenal pasti adakah ianya masjid atau bangunan biasa sahaja. Dengan hanya berpandukan kepada sat-nav untuk mencari masjid di kota Amsterdam, saya pakirkan sementara kereta di kawasan disable, dan mula mencari pintu masuk ke bangunan masjid dan buntu kerana pintunya semua berkunci sehinggalah saya digamit oleh seorang pemuda Morroco berusia 14 tahun dan menegur saya adakah saya mahu Solat, lalu beliau pun membawa saya ke pintu masuk utama ruang Solat yang kebetulan berada tidak jauh dari kereta yang saya pakir di tempat tersebut.

Tamak dan sombong

Namun disebabkan ketamakan dan kesenangan hidup dengan harta kekayaan yang melimpah ruah sehingga di antara mereka lupa dengan tanggung-jawab dan peranan untuk mentadbir dunia ini untuk menyembah Allah yang Maha Esa.

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Ya Seen [36:9]

Pengorbanan

Kisah sahabat-sahabat Rasulullah, ulama, pejuang Islam dan mereka yang teragung yang berjaya meneroka dan membuka kota-kota Islam (bukannya menjajah) di negara Eropah suatu ketika dahulu seperti Omar Al Khattab ke Palestin, Abu Ayyub Al-Ansari ke Constantinople, Tariq bin Ziyad ke Andalusia, sahabat-sahabat Rasulullah yang lain yang telah diutuskan menjadi Gabenor dan lain-lainnya cukup membakar semangat dan menancapkan harapan yang tinggi untuk menjadi seperti mereka.

Pengorbanan mereka melalui usaha, tenaga dan harta yang dibelanjakan adalah yang amat tinggi nilainya disisi Allah kerana kesungguhan mereka untuk melebarkan cahaya Islam ke seluruh kawasan di atas muka bumi ini. Sehingga manusia lainnya mendapat hidayah dan taufik serta merasa senang berada dibawah lembayung Islam yang suci.

Cahaya dan mutiara

Jadi, saya berpandangan bahawa masih banyak lagi tempat-tempat di benua Eropah ini masih belum 'diteroka', 'dibuka' atau disinari oleh Nur Islam. Tempat-tempat sebegini memerlukan orang-orang Islam supaya mereka dapat mengembangkan syiar dan melakukan dakwah ke atas penduduk tempatan.

Kebanyakkan orang-orang Islam yang saya temui di Spain, Holland dan Belgium adalah dari bangsa Marocco yang telah bermastautin atau berhijrah untuk membina kehidupan di sini. Pakistan, Yaman, Algeria, Somalia, Libya, Iraq di UK. Manakala bangsa arab Iraq, Kurdistan di Paris. Akan tetapi mereka yang berada disini hanya membawa budaya sukuan bangsa dan hidup sesama sendiri tanpa memperhebatkan usaha dakwah kepada penduduk tempatan. Jadinya, penganut Islam dari penduduk tempatan amat sedikit dan kurang mendapat sentuhan cahaya Islam itu sendiri.

Tetapi antara 'mutiara' yang hilang di dalam diri orang Islam iaitu akhlak dan disiplin kini ada di dalam diri mereka walaupun mereka bukan beragama Islam. Kalau di UK semua kagum kerana negara 'kebajikan' yang diamalkan. Negara tersebut mampu untuk menjaga kebajikan rakyatnya baik untuk golongan muda atau tua.

Namun, cerita 'manis-manis' seperti kemegahan tamadun, kebudayaan, budi pekerti, kemegahan dan kekayaan semuanya berada di negara orang... Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.

Kalau roboh Kota Melaka

Anak teruna menanam betik 
Buah cempedak dalam raga 
Apa guna berwajah cantik
Kalau kurang budi bahasa
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
Kalau roboh Kota Melaka
Papan dari Jawa hamba dirikan
Kalau sudah bagai di kata
Jiwa dan raga hamba serahkan


Wallahu a'lam

bersambung...

abuzorief @ sheffield
5/5/2011, khamis

Sunday, 17 April 2011

Tulip di kota Belanda...


Tulip yang cantik

Keunikan dan kecantikan bunga tulip di dalam taman telah menghilangkan sebentar keletihan saya kerana telah berjam-jam memandu kereta di celah-celah kota dan bandaraya di Perancis, Belgium dan Holland. Kecantikan bunga-bunga yang mempersonakan, haruman bau wangian Hacyint yang segar memikat dan aneka jenis warna kelopak bunga yang amat mengasyikan.

Di dalam hati, saya tertanya-tanya kalaulah sebegini keadaan taman di dunia, apatah lagi kalau kita berada di dalam taman syurga... semua kepenatan pasti hilang dan kembali segar nyaman seolah-olahnya tidak ada apa yang berlaku pada diri sendiri.

Tetapi, apa yang ada disekeliling saya ketika itu, hanya seketika dan sementara sahaja bagi mengubati kepenatan diri dan kelesuan mata yang agak kuyu.

Boleh saya masuk syurga

Seorang non muslim berkata "Adakah saya boleh masuk syurga walaupun saya tak buat jahat, tak menipu, tak mencuri dan sebagainya, tetapi kalau orang Islam buat jahat akhirnya akan masuk syurga juga?" 
  • Bagaimanakah agaknya jawapan yang berhak diberikan kepada persoalan di atas?
  • Adakah kita berupaya untuk menjawab?
  • Atau adakah kita juga tidak pasti untuk menjawab?
  • Apakah kita masih mengatakan yang kita masih belum cukup ilmu?
  • Adakah perlu kita menjaga hati dan perasaannya?
  • Adakah kita perlu berterus terang?
  • Apakah kita perlu menceritakan perkara yang telah diceritakan di dalam Quran?
  • Apakah kita perlu menjawab dengan menggunakan logik akal supaya dia selesa dengan jawapan yang diberikan? 
  • Bagaimana hendak memecahkan 'kedegilan' kepercayaan mereka terhadap Islam?
  • Bagaimana hendak mencari keselarian penerimaan mereka terhadap Islam dan kepercayaan yang mereka anuti...
Wallahu a'lam, bagi saya, agak rumit juga hendak menerangkan kepada mereka kerana yang bertanya itu adalah non-muslim. Kalau mereka muslim dengan mudah sahaja lidah kita melafazkan ayat Quran dan hadis untuk berhujah dan berdebat atau memberikan keterangan.

Untuk memahamkan mereka, tidak sama seperti kita memahamkan kepada orang-orang Islam. Kalau hendak menggunakan banyak ayat-ayat Al Quran, sudah pasti mereka tidak dapat menerimanya kerana mereka langsung tidak mempercayai Al Quran yang menjadi salah satu rukun Iman yang wajib diimani.

Kerana, mereka adalah non muslim yang tidak ada kepercayaan langsung terhadap rukun iman sepertimana kita wajib mempercayainya dan menjadi teras dan tunjang aqidah kepada Allah.

Usaha untuk menerangkannya menjadi kekok dan malah ianya menjadi payah dan 'kaku' kerana kita tidak berada di dalam medannya (kerja berdakwah kepada non muslim) dan kurang pengalaman untuk meneroka dan menjawab semua persoalan.

Apakah perlu juga kita menggunakan logik akal yang bersesuaian supaya setiap penerangan dan perbicaraan mudah diterima dan difahami dengan rela hati.

Buatlah satu surah

Ketika zaman Rasulullah dan sahabat, mereka yang jahil dan menentang Islam adalah kerana Islam datang untuk menghapuskan cara hidup jahililiyyah dalam kehidupan seharian mereka yang telah menjadi sebati dan selesa denga kehendak hawa nafsu. Mereka menentang kerana bagi mereka Islam akan menukar corak kehidupan mereka. Mereka sanggup bermatian menentang Islam kerana Islam tidak menjanjikan kesenangan hidup sekelip mata dengan longgokan emas perak dan kemewahan yang melampau.

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada
hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding
dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu
selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. [Al Baqarah : 23]

Percubaan untuk mencabar Allah Taala di dalam setiap hal, akan membawa padah pada diri sendiri kerana Allah hanya akan menempelak semula manusia sebegini dengan disuruhnya membuat sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia kerana keingkaran manusia itu hanya kesombongan mengikut hawa nafsu sahaja tanpa memikirkan kelemahan yang ada pada diri sendiri.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya,
maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu
(berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. [Al Baqarah: 24]

Sikap buruk kita

Akhlak Rasulullah dan sahabat-sahabat adalah merupakan akhlak yang dilahirkan dari tarbiyyah Al Quran. Sahabat-sahabat dididik dengan sibghah (acuan) Allah. Memiliki segala sifat Rabbaniyyah dan uluhiyyah dan asma wa sifat yang menjadi bingkai (frame) kepada kehidupan seharian. Mereka amat berbangga menjadi muslim dan mukmin di dalam kehidupan Islam atau Deenul Islam.

Bagi saya, mereka amat tawar hati untuk menganut Islam kerana keperibadian orang-orang Islam di akhir zaman ini tidak mencerminkan keperibadian yang mulia sepertimana yang dituntut di dalam Al Quran. Kita tidak seperti generasi agung yang telah dibina oleh Rasulullah yang merupakan generasi Al Quran dengan akhlak dan budi pekerti yang hidup dan tersusun di dalam kehidupan seharian.

Peranan kita

Pentingnya berdakwah kepada mereka non-muslim kerana mereka juga mempunyai hak untuk di dakwah kerana mereka mesti mengetahui apakah maksud Islam sebenarnya. Islam bukan untuk bangsa dan kaum tertentu sahaja. Malah Islam tidak terbatas juga pada negara dan benua tertentu. Turunnya nikmat Islam ini adalah untuk dinikmati bersama dengan syarat mesti tunduk mengabdikan diri kepada Allah Taala.

Islam diamalkan sebagai cara hidup dan bukannya upacara keagamaan. Di dalam seluruh kehidupan itu perlu menyerahkan diri dan tunduk patuh kepada Allah Taala. Setengah kita hanya faham bahawa kita hanya perlu beribadah hanya bila tiba waktu atau masa sahaja seperti waktu solat, waktu baca Al Quran, waktu zikir dengan menggunakan biji-biji tasbih, berpuasa, memakai jubah, serban, kopiah dan sebagainya.

Ya!... walaupun itu semua adalah tuntutan dan syiarnya, namun, kalau diperhatikan keseluruhan cara hidup yang lengkap di dalam Islam ia bukan sahaja tertumpu pada ibadah wajib dan sunat sahaja tetapi mengambil kira perbuatan-perbuatan yang kecil seperti mengucap syukur pada Allah ketika mana bangkit dari tidur, masuk dan keluar kamar mandi, makan minum, memakai baju, melihat cermin... sehinggalah kepada perkara yang melibatkan urusan hidup seharian yang lain seperti bermuamalah berakad, syarikat, pinjaman, hutang piutang, pajak gadai, hubungan antara-bangsa, urusan pemerintahan, penyelesaian hidup di dunia dan akhirat, penderaan dan pembunuhan, menjaga perbadi, menjaga keluarga, menjaga masyarakat dan negara serta tanah air dari diancam oleh kezaliman manusia lain dan memastikan dunia ditadbir dengan penuh keadilan dan selamat.

Semuanya bertujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri supaya tunduk menyerah diri menyembah Allah. Hal yang diceritakan di dalam Al Quran ini bukan sahaja untuk kesejahteraan ummat manusia tetapi juga kepada seluruh golongan jin. Kerana manusia dan jin adalah wajib menyembah Allah yang maha Esa.

Alasan

Tetapi bukanlah menjadi sebab kepada saya dan kita semua untuk merasa lemah dan mengalah dan menjadi alasan supaya tidak melakukan sesuatu, mengajak dan mendidik dan berdakwah kepada mereka walaupun mereka agak sinis dengan agama Islam.

Jadi dimanakah kita perlu bermula?...

abuzorief @ keukenhof, holland
12/4/2011, selasa