Pages

Friday 25 March 2011

Tsunami dan ujian


Sambil meluncur laju, saya memandu kereta untuk menghambat lampu isyarat yang kedua kerana dikhuatiri akan bertukar menjadi merah setelah melepasi lampu isyarat pertama di bulatan berhampiran Ponds Forge di jalan Sheffield Parkway kerana memandangkan masing-masing begitu pantas sekali seperti di atas litar F1.

Saya sempat menoleh diluar cermin tingkap kereta dan ternampak sebuah pusat pelupusan sampah Incinerator berhampiran dengan Sheffield city. Rupa-rupanya, selama ini cerobong yang mengeluarkan asap itu adalah stesyen pelupusan sampah Incinerator.

Satu ketika, saya pernah terlibat mereka-bentuk dan dikehendaki menyediakan laporan untuk penyediaan sistem Mekanikal dan Elektrikal di dalam perancangan untuk cadangan pembinaan stesyen pelupusan sampah yang mengandungi Incinerator station, sorting bay dan juga treatment plant untuk dibentangkan kepada kerajaan negeri.

Sebuah kereta tiba-tiba memintas dan terus berada dihadapan kereta saya dan membuatkan lamunan saya tadinya terbantut dan kembali menumpukan kepada pemanduan berhemah.

Tsunami dan letupan stesyen nuklear

Kejadian Tsunami yang buruk, yang telah melanda di Jepun baru-baru ini, telah mengakibatkan kehancuran pembangunan dan kematian yang sangat ramai. Ianya datang tidak diundang dan perginya juga tidak disuruh. Hampir 10,000 nyawa terkorban dan semua pembangunan moden dan teknologi yang telah dibangunkan selama ini habis musnah sekelip mata.

Paling merungsingkan lagi apabila berlaku pula letupan stesyen Nuklear di kawasan berhampiran dengan tempat kejadian, dan mengakibatkan kebocoran radiasi. Asal kejadian adalah kerana bencana alam tetapi berterusan berubah dengan kejadian yang dahsyat akibat dari pemikiran dan perbuatan tangan-tangan manusia dari apa yang dikatakan kemajuan Sains dan Teknologi.

Dan apabila lautan dipanaskan (At Takwir [81] : 6)

Dan apabila lautan dijadikan meluap (At Tatfif [83] : 3)

Secara logik mungkin ada yang berkata, dimanakah silapnya prosedur pemasangan yang begitu rapuh. Ketahanan struktur bangunan yang mesti mematuhi standard-standard tertentu. Namun, ketentuan takdir Illahi tidak ada siapa mampu untuk menduga dan menolaknya. Tidak ada kuasa mutlak yang mampu untuk mengubah semua kejadian melainkan Allah Taala.

Dan apabila bumi diratakan dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong (Al Insyiqaq [84] : 3-4)

Apabila dinilai semula apa yang berlaku,  mengambarkan kepada kita, betapa kita perlu insaf dengan perbuatan-perbuatan kita di atas muka bumi ini di mana usia bumi kita juga sudah cukup tua sepertimana nyawa dan usia kita juga, untuk menampung kehidupan kita semua.

Pada hari ditampakkan segala rahsia, maka manusia tidak lagi mempunyai suatu kekuasaan dan tidak (pula) ada penolong (At Tariq [86] : 9-10)

Sungguh, azab tuhanmu sangat keras (Al Buruj [85] : 12)

Ujian...

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: Dua nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu (lalai) padanya, iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang. (At tarmizi (2405)

Sejak dari semalam lagi saya dikhabarkan beberapa musibah dan kematian. Ini cukup mengajar saya supaya menghadirkan jiwa dan diri kita kepada Allah yang maha Esa. Dialah yang menentukan segala urusan hidup kita di atas muka bumi ini. Kehidupan kita di atas muka bumi ini hanyalah sebagai penumpang untuk menjalani kehidupan yang sementara dan ianya dipenuhi dengan ujian hidup dari Allah Taala. Baik ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan dan kepayahan.

Setiap kejadian yang tragis berlaku di sekeliling kita merupakan ujian dari Allah Taala. Allah taala hendak menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hambanya. Ujian yang dikenakan bukanlah sahaja berbentuk musibah malah ada kalanya lebih kepada berbentuk kesenangan. Sudikah kita sebagai hambanya menerima segala bentuk ketentuan dari Allah yang maha pencipta.

Betapa adilnya Allah Taala meletakkan sesuatu ujian itu sesuai dengan peringkat iman dan kesabaran kita. Ujian demi ujian yang diterima oleh kita, itu pula merupakan tahap peningkatan atau peringkat di mana Allah akan membayar segala kifarah dosa-dosa kita dan dinaikkan kita ke satu martabat keimanan yang jitu kepada Allah Taala. Natijahnya, amal menjadi manis dan iman menjadi matang di dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.

Kematian

Dan dialah penguasa mutlak atas semua hambanya, dan diutusnya kepadamu malaikat-malaikat penjaga sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat kami mencabut nyawanya dan mereka tidak melalaikan tugasnya. (Al An'am [6] : 61)

Namun setiap ujian yang datang itu mengingatkan saya bahawa ia amat hampir sekali kepada kematian. Dan setiap kita juga pasti akan menemui kematian. Tempoh kematian samada cepat atau lambat itu adalah urusan Allah Taala yang sudah pastinya tidak dapat kita duga bila dan di mana ia akan terjadi.

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya -  Siapakah orang yang paling bijak dikalangan orang beriman? Rasulullah saw menjawab: Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling hebat persediannya menghadapi mati (Riwayat Ibnu Majah (4259)

Kesimpulan
  • Sentiasa memantap keimanan kita dengan Allah Taala
  • Sentiasa membaharui syahadah kita kepada Allah di setiap detik dan waktu
  • Sentiasa bertaubat untuk menyucikan jiwa kita supaya lebih diri kita lebih rapat dengan Allah Taala
  • Sentiasa melaksanakan segala suruhan Allah dan amal kebajikan
  • Sentiasa melakukan kerja-kerja mencegah kemungkaran walau dimana berada sebagai usaha untuk mengelakkan kemurkaan Allah Taala
Nota:
[1] Terjemahan Al Quran
[2] Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang menuju Allah, Imam Ahmad Bin Qudamah Al Maqdisi, Jilid 2, Pustaka Salam

abuzorief @ severn road, sheffield
Tazkeerah di MWHS
25/3/2011, Jumaat

Ukhuwwah dan interaksi... (2)

Program IKRAM UKE Sheffield, Tazkeerah dan Bacaan Yasin menghadapi peperiksaan

Taaruf

Kepentingan mengenali dan menyayangi saudara atau sahabat kita adalah amat penting dan menjadi asas kepada terbinanya ikatan silaturrahim. Melaluinya juga maka kita lebih bersedia untuk menjalinkan hubungan ukhuwwah yang melebihi dari kepentingan peribadi dan mengenepikan segala syak dan pra-sangka yang tidak tepat mengenai saudara atau sahabat kita.

Ikatan Iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. (Riwayat At Tabrani, Kitab Al Kabir)

Berkenal-kenalan di antara satu sama lain bukanlah dengan tujuan atau niat untuk memperolehi sesuatu. Tetapi ia adalah kerana betapa pentingnya perasaan mahabbah dan ukhuwwah kerana Allah Taala.

Muslim itu bersaudara

Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi) (Riwayat Al Bukhari (5/70), Muslim (2570) dan At Tarmizi (1426) daripada Ibnu Umar r.a)

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat (Al Hujurat [49] : 10)

Penyebaran Islam

Melalui hubungan komunikasi sesama manusia, akan memudahkan penyebaran Islam kepada mereka yang masih belum mengenali tentang agama Islam. Islam mesti disebar-luaskan sehingga ke ceruk tempat dan pelusuk dunia dengan penerimaan yang cukup harmoni dengan kehendak fitrah dan naluri manusia. Islam mesti diterima bukan melalui paksaan, deraan atau ugutan. Islam itu datang dalam keadaan aman damai untuk menyelamatkan manusia dari sebarang unsur kezaliman, penderaan, penindasan malah ia mampu membebaskan diri manusia dari tekanan hidup yang melanda diri sendiri atau ancaman unsur luar.

Nota
[1] Riwayat Al Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), At Tarmizi (2392) dan An Nasai'e (8/22)
[2] Usrah dan Dakwah – Imam Hassan Al Banna
[3] Silsilah Hadis Sahih (1728)

abuzorief @ darnall, sheffield
24/3/2011, Jumaat

Thursday 24 March 2011

Facebook, pemuda dan realiti


Ketika saya login Facebook, terfikir pula saya betapa FB yang digunakan untuk menghubungkan komunikasi di antara rakan-rakan boleh menjadi senjata ampuh untuk meranapkan sebuah kerajaan yang korup dan zalim.

Revolusi

Revolusi di Tunisia telah berjaya menumbangkan pemerintah yang gelojoh dengan harta dunia. Revolusi yang tidak menumpahkan darah (Jasmine Revolution). Bukan itu sahaja, semua harta khazanah, emas dan duit rakyat diusung keluar bersama-sama.

Harta atau kuasa yang diperlukan...

Seterusnya, revolusi yang telah berlaku di Mesir, berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak dalam masa 18 hari dan beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya sendiri supaya beliau turun dari takhtanya dengan laungan 'Down!', 'Down!', 'Down!' Mubarak!... walaupun beliau sendiri dengan sedaya upaya untuk mencari helah dan men'gula-gula'kan rakyat dengan berbagai-bagai tawaran dan sebagainya.

Boneka dan kekuasaan untuk mempertahankan kekuasaan Israel?...

Di Libya pula, Kol. Gadaffi dan kuncu-kuncunya terpaksa mempertahankan kekuasaannya dari dirampas oleh rakyat sendiri yang inginkan demokrasi kerana selama ini mereka telah tertindas dan ditekan hidup dibawah kerajaan yang kejam, zalim (tyrant). Mereka terpaksa bertembung sesama sendiri diantara dua puak yang pro dan anti Gadaffi. Ditambah pula yang terkini, tentera-tentera bersekutu pula mengambil peluang ini masuk dan menyerang negara Libya yang sedang hancur dibedil dan lunyai dihentam kerajaan sendiri. Apakah ini dinamakan mengambil kesempatan?...

Minyak atau demokrasi untuk rakyat?...

Saya menjenguk pula ke negara sendiri dan merasa agak memualkan terhadap apa yang berlaku kepada politik negara. Tidak cukup hentam-menghentam sesama sendirii, fitnah-menfitnah sana-sini dan terkini, isu video lucah dikalangan ahli politik seolah-olah dianggapnya seperti menjual kacang putih di jalanan. Ekonomi negara tidaklah juga sehebat mana, seperti di negara Islam lain yang sedang berusaha untuk pulih dari krisis ekonomi yang melanda. Rasuah di dalam sektor awam mahupun swasta mudah sahaja diamalkan di sana-sini seolah-olah menjadi 'cebisan tahi gigi yang masih melekat dicelahan gigi reput'.

Apakah mereka sudah hilang rasa malu yang sepatutnya berada di dalam diri kerana disitulah maruah diri kita yang sepatutnya dijaga dan diberikan bimbingan. Tetapi kita pula dengan mudah 'menelanjangkan' mahkota diri seperti binatang atau haiwan ternakan di kandang.

Kalau melihatkan siri-siri peristiwa yang berlaku, isu kekuasaan, kemewahan harta, kerakusan dan tamak haloba untuk membolot harta dan kekayaan negara menjadikan manusia melupakan matlamat asalnya untuk menjaga dan mentadbir-urus negara dengan adil, amanah dan bertanggungjawab. Semuanya hilang dikhayalkan oleh harta dunia yang mengasyikkan.

Barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan duniawi sekarang ini, maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami tentukan, dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir dari rahmat Allah. Dan barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, dan dia beriman, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalas dengan baik.” (Surah Al-Isra’: ayat 18-19)

Facebook

Seorang pemuda yang bernama Wael Ghonim turut ditemuramah oleh pemberita CNN pada bulan lepas di kaca TV, memberitahu bagaimana beliau hanya mampu menggunakan Facebook untuk menaikkan semangat golongan muda dan rakyat Mesir lain untuk turut bersama-sama menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak. Hanya dengan kata-kata kebangkitan dan klik sahaja, cetusan kebangkitan rakyat menjadi kenyataan, setelah mereka sekian lama diperintah oleh pemerintah yang bersifat 'Firaun' atau tyrant. Beliau dengan sebak dan menangis sambil berkata, beliau sanggup mati demi untuk menuntut haknya dan rakyat Mesir lain dan berjuang habis-habisan menjatuhkan regim yang zalim.

Melalui apa yang berlaku, ini menandakan bahawa usaha untuk memulakan revolusi bukan sahaja melalui pengunaan senjata tetapi ia boleh dicetuskan melalui dengan berbagai cara propaganda seperti penulisan, media komunikasi dan teknologi (facebook, Twitter atau social networking etc), dan sebagainya. Tindakan ini akan membangkitkan semangat sekiranya keadaan dan situasi yang memaksa benar-benar menekan untuk terjadi dan meletus. Ianya tidak dapat dibendung lagi sekiranya desakan ini mendapat sokongan padu seluruh rakyat jelata. Benarlah, apa sahaja media yang ada sekarang ini, kalau ia digunakan tepat pada masa dan keadaannya maka ia pasti akan berlaku.






Pemuda dan pemudi

Pemuda dan pemudi sering dikatakan sebagai golongan yang aktif dan kuat semangatnya. Mereka adalah aset negara yang cukup hebat dan tidak terkira nilainya dan mereka perlu diberikan perhatian serius oleh negara.

Membina semula generasi pemuda supaya mereka menjadi pemuda yang beriman kepada Allah. Mereka tidak leka dengan hiburan yang menyimpang jauh supaya diri mereka sentiasa serius dan matang memikirkan bagaimana pula mereka hendak menyusun strategi untuk memimpin generasi bawahan mereka pula. Mereka perlu didedahkan bagaimana hendak menjadi pemimpin yang adil dan bertaqwa kepada Allah Taala.

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup. (Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi)

Untuk mendapat generasi muda yang hebat ini, mereka mestilah disusun dan dididik dengan didikan yang sejajar dengan dengan Syariat Islam.

Islam menekan supaya mereka ini memiliki kekuatan:-
  • Iman yang mantap
  • Ibadah yang sahih
  • Akhlak yang sejahtera
Nasihat Abul Ala Al Maududi

Saya mengambil beberapa catatan dari Imam Abul Ala Al Maududi di atas nasihat beliau kepada para pemuda kerana mereka adalah generasi muda yang akan mencorakkan lanskap kehidupan masyarakat.

Pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :

1. Hakikat Islam dengan secara terperinci,
  • benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran.
  • benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Anda semua mesti segera memperbetulkan:
  •  budipekerti yang telah menyeleweng, 
  • memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. 
  • Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.
  • Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda. 
  • Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap kepimpinannya. "Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu
  • melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk memimpin. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. 
  • Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.
  • Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
  • Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik. 
  •  Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan. 
  • Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pemimpin, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. 
  • Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.
  • Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.
4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang-benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak.

Ini adalah penting kerana :
  • Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
  • Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.
6. Jangan anda cuba membangun
  • dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. 
  • Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. 
  • Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayun langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. 
  • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. 
  • Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.
  • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.
Realiti kita

Setelah sekian apa yang berlaku, sepatutnya ia menjadi i'tibar dan pengajaran yang paling bernilai untuk kembalikan diri kita ke pangkal jalan. Berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan dan ketaqwaan sepenuhnya kepada Allah Taala. Kerana diri kita sendiri terdedah dengan pelbagai ujian sama ada ujian kesenangan atau kesulitan. Sama ada Allah suka atau melaknat, semuanya telah ada tanda-tanda dan terjadi dengan jelas di depan mata. Jernihkan mata hati kita dengan iman supaya kita dapat melihat setiap apa yang terjadi untuk dijadikan muhasabah diri.

Semua kita akan diuji dari pelbagai sudut. Hanya diri yang taat dan bertaqwa kepada Allah sahaja yang nampak jalan untuk kembali kepadanya.


Nota:
[1] Al Jazeera news
[2] Malaysia News
[2] Terjemahan Al Quran


abuzorief @ darnall, sheffield
24/3/2011 Khamis

Wednesday 23 March 2011

Ukhuwwah dan interaksi... (1)

Carboot Oldcote

Anugerah ciptaan

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku. (As Sood : 71-72)

Sungguh indahnya ciptaaan Allah Taala kerana menjadikan manusia itu berpasang-pasangan dan berbangsa-bangsa dan disuruhnya saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Itu adalah sebahagian daripada asas kehidupan manusia supaya kita lebih berinteraksi dan berkomunikasi kerana fitrah kehidupan manusia sukakan pergaulan dan tidak suka hidup bersendirian.

Wahai manusia!, sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sunguh, Allah Maha mengetahui dan maha teliti (Al Hujurat [49] : 13)

Manusia yang tercipta secara berbangsa dan berlainan adat resam dan tradisi serta bahasa telah menyebabkan kehidupan manusia itu menjadi unik dan kepelbagaian ini telah menyebabkan manusia berusaha untuk berinteraksi atau berkomunikasi di antara satu sama lain walau apa cara sekalipun. Sama ada berlainan bahasa atau penggunaan satu bahasa yang semuanya boleh difahami telah menjadikan hubungan manusia dan saling kenal mengenali itu menjadi mudah dan penjadi penyebab kepada kita untuk membina hubungan ukhuwwah di antara satu sama lain.

Bina ukhuwwah

Islam sama sekali menentang perbuatan manusia itu bermusuhan diantara satu sama lain. Malah, Islam membuka peluang selebar-lebar mungkin jaringan interaksi dan memberikan penekanan betapa pentingnya ukhuwwah itu dibina.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat (Al Hujurat [49] : 10)

Berhubung dengan perkara ini juga terdapat salah satu golongan yang dinyatakan di dalam hadis tentang tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungannya sahaja iaitu "Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah" [1]

Adab pergaulan

Islam amat menitik-beratkan seni-seni perhubungan dan adab-adab pergaulan sesama manusia.

Sabda Rasulullah SAW, Seseorang itu berada di atas agama temannya maka hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapa dia bersahabat (Hadis riwayat Abu Daud (4833) dan At Tarmizi (2379) daripada Abu Hurairah r.a dengan sanad yang hasan)

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, Demi diriku yang berada dalam kekuasaanya, seseorang dari kamu tidak akan beriman (sempurna imannya) sehingalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari (1/53,54), Muslim (45), An Nasaie (8/115), At Tarmizi (2517) dan Ibnu Majah (66)

Rukun usrah

Amat menarik sekiranya kita lihat di kala Rasulullah menyatukan puak ansar dan muhajirin di Madinah tanpa ada rasa sengketa dan rasa tidak puas hati di antara mereka. Kasih sayang dan jalinan mahabbah menjadi teras ukhuwwah.

Di akhir khalifah Islamiyyah tumbang, masyarakat Islam 'terpinga-pinga' mencari kekuatan, Iman Hasan Al Banna berjaya membentuk kembali institusi 'keluarga Islam' berlandaskan keimanan teguh kepada Allah Taala. Melalui rukun ini, ia berjaya menyatukan tali atau ikatan ukhuwwah sesama muslim yang benar-benar menyayangi kemanisan berukhuwwah sesama sendiri. Saling menjaga dan mencari keaslian mentauhidkan Allah Taala, mengabdikan diri beribadah kepadanya dan saling memperelok dan menyantuni akhlak yang terpuji sepertimana yang dikehendaki di dalam Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW.
  • Taaruf (berkenalan)
  • Tafahum (bersefahaman)
  • Takaful (berseimbangan)
bersambung... Ukhuwwah dan interaksi... (2)

Nota
[1] Riwayat Al Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), At Tarmizi (2392) dan An Nasai'e (8/22)
[2] Usrah dan Dakwah – Imam Hassan Al Banna

abuzorief @ concord sport centre, sheffield
12/3/2011, Sabtu

Tuesday 22 March 2011

Ikhlaskah saya?..


Persoalan

Berbagai pertanyaan, diajukan atau dilontarkan tentang bab ikhlas dan bagaimana hendak mendapatkan hakikat ikhlas itu sendiri.

Apabila melakukan sesuatu amal nanti,... Kalau buat nanti rasa megah diri atau kalau buat nanti orang kata itu dan ini, Wah! bagusnya..., Hebat dia tu..., ahli ibadah sungguh dia tu..., dan lain-lain lagi.

Jadi macamana nak memperolehi ikhlas, kalau semua persoalan yang bersarang itu tidak pasti dimana hendak dihuraikan dan dicerahkan. Boleh dikatakan apabila membabitkan masalah ikhlas, ada saja perasaan-perasaan lain seperti riak, sombong dan sebagainya akan timbul dan menjadi batu penghalang untuk kita memperolehi kenikmatan ikhlas beramal di dalam pengibadatan harian kita.

Keimanan dan ketaqwaan

Untuk menjawabnya sangatlah subjektif untuk setiap dari kita dan sebenarnya saya berpandangan dimana, ianya bergantung kepada sejauh mana keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah Taala.

Kerana ikhlas berkait rapat dengan hati, niat dan amalan-amalan ibadah atau kebajikan diri kita kepada Allah Taala.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid (Al Bayyinah : 5)

Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah denan penuh rasa pengabdian kepadanya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).

Latih tubi

Ikhlas tidak pernah dan mudah datang begitu sahaja. Ia perlu dicari dan dilatih secara latih-tubi. Ikhlas menuntut kepada usaha gigih dan istiqamah di atas setiap amal yang dilakukan. Kadang-kadang, ia mudah sahaja diperolehi dan malah ada pula memakan masa yang lama dan mungkin bertahun-tahun lamanya.

Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda, Sesiapa berazam untuk membuat kebaikan tetapi tidak melakukannya, tetap ditulis untuknya satu pahala kebaikan. (Sahih Bukhari dan Muslim bilangan (6/34) dan riwayat Abu Daud (2508)

Perasaan ikhlas mestilah diasuh, dilatih dan dilakukan berterusan, walaupun pada mulanya akan datang perasaan riak, malas, bermegah-megah atau sebagainya. Tetapi apabila datang perasaan sedemikian, janganlah pula kita terus meninggalkan amalan itu begitu sahaja dengan alasan hendak menjauhkan sifat riak, bermegah-megah dan sebagainya.

Katanya apalah perlu dilakukan sekiranya amalan itu tidak mendapat apa-apa, malah lupus begitu sahaja apabila ada perasaan riak di dalam hati. Bagi saya pendapat dan pandangan sebegini tidak membina diri dan agak pasif serta negatif.

Inilah pertarungan jiwa yang hebat berlaku di dalam diri kita sendiri. Namun semua sifat yang mendatang itu juga perlu diberikan perhatian dan hati perlu dididik dan bermujahadah supaya lebih banyak perasaan takutkan pada Allah Taala di dalam setiap tingkah laku dan amal perbuatan.

Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadika dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al Furqan: 23)

Bagi saya ikhlas itu akan diperolehi akhirnya setelah apabila kita merasa serba salah apabila tidak melakukan setiap amalan yang sebelumnya dilakukan. Contoh seperti Solat wajib 5 waktu, membaca Al Quran, sedekah, solat Dhuha, Tahajjud dan Witr, sunat rawatib dan sebagainya.

Natijahnya, amalan kebajikan yang selama ini dilakukan akan dilindungi pula oleh perasaan Ikhlas yang sentiasa mendorong sipelaku untuk melakukannya. Manakala amalan jahat pula akan dididik oleh perasaan ikhlas supaya meninggalkan segala perbuatan jahat dan terkeji. Ikhlas akan menjaga peribadi kita sehingga melahirkan perasaan Ehsan dan muraqabah, yang mana ehsan ini adalah puncak kepada pengabdian dan penghambaan diri kita kepada Allah Taala.

Ma'ruf Al Kurki sentiasa memukul diri sendiri dengan berkata: Wahai diri, ikhlaskan diri nescaya kamu akan terselamat.

Abu Sulaiman berkata: Bahagialah siapa yang setiap langkahnya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah Taala.

Setiap detik untuk mendapatkan perasaan ikhlas ini perlulah melakukan mujahadah. Sebab itu tidak pelik apabila Rasulullah mengingatkan para sahabat yang baru selesai berjuang, akan ada jihad yang lebih besar dari ini, iaitu mujahadah nafs. Termasuklah ikhlas adalah sebahagian daripadanya, yang memerlukan pengorbanan jiwa untuk berperang dan membebaskan diri dari cengkaman riak, sombong, bermegah diri dan sebagainya..

Ayuh lakukan amal sebanyak mungkin sehingga kita merasa perasaan riak itu dapat dihindarkan dan ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga terus lenyap dari dalam diri kita sendiri, sehingga kita merasa seronok untuk melakukan amal kebajikan kerana Allah Taala.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiayai seseorang sekalipun seberat zarrah. Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah itu) amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya. (An Nisa : 40)

Beberapa panduan
  • Melakukan amal walaupun sekecil-kecil amal
  • Sentiasa melakukan amal sama ada seorang diri atau dikhalayak ramai
  • Berterusan atau istiqamah sehingga sebati menjadi amal peribadi.
  • Menjaga makanan dan mengambil yang halal
  • Hadirkan di dalam diri, bahawa setiap amal itu dilihat oleh Allah Taala
  • Melakukannya sama ada suka atau tidak suka, sukarela atau terpaksa
  • Sentiasa berusaha untuk menambah-baikan amalan yang dilakukan
  • Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk beramal
Nota:
[1] Sahih Bukhari dan Muslim, riwayat Abu Daud
[2] Terjemahan Al Quran
[3] Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang menuju Allah Jilid 2 - Imam Ahmad Bin Qudamah Al Maqdisi, Pustaka Salam

abuzorief @ rochdale
20/3/2011, Ahad

Monday 21 March 2011

Mengembangkan potensi diri... (2)


Kaedah rawatan

Di sebalik sifat negatif manusia, telah Allah terangkan di dalam Al Quran kaedah merawat segala sifat-sifat berkenaan dengan cara kembali beriman kepada Allah Taala dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhkan larangan Allah Taala yang mana Allah akan menganugerahkan keupayaan yang baik bagi mereka yang mentaati perintah Allah Taala.

Maka maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku (Taha [20] : 114)

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah Al Asr [103] : 1-3)

Banyak lagi ayat-ayat Allah yang memberikan kaedah rawatan ke atas sifat dan tindak laku buruk dan keji manusia.

Kita amat berharap supaya menjadi manusia yang sentiasa mendapat bimbingan hidayah dari Allah dalam setiap hal ehwal kehidupan. Namun perbuatan yang jahat pasti mendapat balasan yang setimpal dengan kerja jahat yang telah dilakukan dan tidak membawa apa-apa manfaat pada diri sendiri.

Faktor-faktor untuk mengembangkan potensi
  • Developing own perception/mindset
  • Awareness, dan sikap (traits)
  • Beliefs & Confidents
  • Menahan nafsu 
  • Kenal musuh yang jahat dan zalim 
  • Teman setia yang baik
  • Melaksanakan tanggungjawab dan tugasan dgn baik 
  • Bakat semula-jadi dan Skill 
  • Asuhan atau didikan 
  • Suasana yang sehat dan baik
  • Consistency (Istiqamah)
  • Bermatlamat dan berstrategi
Melalui tanggungjawab dan tugasan yang baik

Utusan-utusan Rasulullah SAW. telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah SAW dan komunitas muslim lainnya.
Ja’far bin Abi Thalib diantaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat merindukan berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya.
Mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah SAW begitu bangga terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah.
Beliau menyatakan, ‘Aku bingung apa yang membuat senang diriku, apakah karena menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habasyah?.

Demikian pula Mush’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mush’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah dan kadernya. Sehingga tempat itu menjadi basis komunitas umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi mercusuar peradaban Islam. (At Tarbiyah Adz Dzatiyah (Membina Integritas Diri) - 17/11/2009 | 29 Dhul-Qadah 1430 H |Al-Ikhwan.net )

Kenal musuh sendiri
  • Manusia atau kawan-kawan sekeliling 
  • Hawa nafsu (Hiburan melampau (Hedonisme), Buang masa - lagha, Angan-angan kosong)
  • Iblis & Syaitan
  • Jin
  • Harta
Asuhan/didikan & bakat
  • Berpidato 
  • Melukis 
  • Menulis 
  • Memimpin 
  • Karismatik
Menahan nafsu
  • Sombong dan Bongkak
  • Ketamakan dan Pembaziran 
  • Bermegah-megah 
  • Kemusnahan dan kehancuran 
  • Persaingan kurang sehat 
  • Rasuah 
  • Permusuhan sesama sendiri 
  • Pemalas
Mind development
  • Kreatif 
  • Kritikal 
  • Berstrategi 
  • Good planning
Kesedaran dan sikap
  • Hendak berubah jadi baik 
  • Menyumbang dan berbakti (diri. Keluarga, masyarakat dan negara)
  • Bina generasi mulia – generasi yang unik 
  • Bermatlamat, berhala-tuju, berwawasan
Teman setia

Imam Ibrahim Al Harby selalu mengomentari sahabat-sahabatnya dengan ungkapan istimewa, katanya, ‘Aku sudah bergaul dengan fulan bin fulan beberapa waktu, siang dan malam. Dan tidak aku jumpai pada dirinya kecuali ia lebih baik dari kelmarin’.

Noted: 189-285 AH/805-898 AD. A senior student of Imaam Ahmad ibn Hanbal and a Sufi who wrote numerous books on the sciences. He was one of the major saints in his time in the city of Baghdaad. Still today, he is remembered there as a great saint.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat [49] : 10)

Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha mengetahui, maha-teliti. (Al Hujurat [49] : 13)

Menyantuni tingkah laku

Stephen R Covey - Di dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989, menyatakan beberapa ransangan kepada tingkah laku manusia yang mampu diterjemahkan melalui tindakan di dalam kehidupan harian kita.
  1. Be proactive
  2. Begin with the End in Mind
  3. Put First Things First
  4. Think Win-Win
  5. Seek First to Understand, Then to Be Understood
  6. Synergize
  7. Sharpen the Saw
  8. From Effectiveness to Greatness

10 step to help you develop your potential

1. Identify it
Kenal pasti kebolehan, skill dan keupayaan diri sendiri dan menggariskan beberapa matlamat dan tindakan untuk memperolehinya.

2. Claim it
You must believe in your heart that you have untapped skill and ability in this area. Once you have claimed it, you must proclaim it by telling yourself (preferably out loud) that you ARE assertive, you ARE supportive of others. (Fill in your own skills and potentials!)

3. Scope it
Next you need to think about what part(s) of you life you want to apply this new skill or ability in. Take time to determine the areas of your life where you will use this enhanced skill.

4. Target it
Why do you want to develop this potential? How will you and/or those around you benefit from the development of this potential? What is your goal? Answering these questions will help you stay the course when you get discouraged. Write these reasons and your ultimate goal down and read them often.

5. Plan it
A plan will help us achieve most anything more rapidly. Wouldn't you like to reach your potential sooner than later? Then make a plan! Determine what you need to know and how you will learn it. Schedule time on your calendar. Think about the situations you want to practice in. Write your plan down and remember to include timelines. This is a real plan. While it may not be as elaborate as a business plan, it is every bit as important. This is your plan!

6. Start it
Get started already. You might actually start as early as - the scoping, targeting and planning is important too. Whatever you are trying to develop will require time and effort. The toughest step though is often the first one, so get started!

7. Support it 
You may need to find support from many people and in many places. One way is to have a mentor. If you know someone who excels at what you are trying to develop, ask them to mentor you. You can also get mentoring from people indirectly, by reading about their approaches, thought processes and ideas. (This is one great reason to read biographies and autobiographies.) Get support around you too. Find people close to you who will support your efforts and encourage, not discourage you. Identifying your support system early on helps you get started. Having the support will help you get past the toughest times during your process.

8. Practice it
You won't reach your potential in one try or in a week. Practice builds our skills. Practice broadens our experience. Practice creates new habits. Practice makes permanent. Perhaps that greatest key of all to developing our potential, is disciplining ourselves to practice.

9. Be grateful for it
When you receive a gift from someone you likely send a thank you note. Being grateful for the gifts of our potential is just as important. By being grateful we begin to unlock even greater opportunities to use the potential we have nursed into skill, experience, and habit. It isn't too late to start. Reaching our potential has nothing to do with our age, situation or past. Using this process will help you to unleash the potential you identify to help you reach your professional and personal goals and objectives

10. Doa & Tawakkal to Allah
The most important step after doing all the steps above. To make things happened with blessing of Allah.

Sambungan dari Mengembangkan potensi diri... (1) - http://engr-ranting.blogspot.com/2011/03/mengembangkan-potensi-diri-1.html

Nota:
[1] Terjemahan Al Quran
[2] Wikipedia
[3] Majmuk Rasail
[4] Revolusi IQ-EQ-SQ - Taufik Pasiak, PT Mizan Pustaka, Bandung 2002
[5] Fiqh Seerah Ramadhan Al Buti
[6] Stephen R CoveyThe Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989

abuzorief @ University of Leicester
30/10/2010, Sabtu

Friday 18 March 2011

Mengembangkan potensi diri... (1)


Segala sifat-sifat yang baik pada diri manusia sama ada semulajadi atau diasah bakatnya, mempunyai kekuatan-kekuatan tersendiri apabila ia diserlahkan melalui tindakan fizikal. Ia mampu dimanfaatkan bukan sahaja pada diri sendiri malah ia bermanfaat pula pada insan yang lain.

Perkara ini dapat dilihat sendiri pada diri Rasulullah dan juga peribadi para sahabat Rasulullah yang telah dididik dari acuan Al Quran karim atau sibghah (acuan) Allah Taala. Kecantikan sifat-sifat ruhi, akal, jasad yang ada pada diri mereka, sehingga mereka digelar sebagai generasi Al Quran yang unik. Yang paling penting, mereka telah dimurnikan pegangan aqidah mereka kepada Allah Taala.

Aqidah memerlukan pembersihan jiwa, akal dan tindakan jasad. Segala sifat-sifat jahiliyyah yang 'berkarat' dalam diri mesti dihakis keluar. Kekaratan jahilliyyah ini bukan sahaja telah menggelapkan budaya hidup dan kelakuan keperibadian malah telah menenggelamkan ubudiah dan kemurniaan akal fikiran yang fitrah untuk tunduk menyembah Allah yang maha esa. 

Potential energy

  • In physics, potential energy is the energy stored in a body or in a system due to its position in a force field or due to its configuration.[1]. The SI unit of measure for energy and work is the Joule (symbol J). The term "potential energy" was coined by the 19th century Scottish engineer and physicist William Rankine [Wikipedia]
  • Potential energy is energy that is stored within a system. It exists when there is a force that tends to pull an object back towards some lower energy position. This force is often called a restoring force [Wikipedia]
  • Second law: A body of mass m subject to a force F undergoes an acceleration a that has the same direction as the force and a magnitude that is directly proportional to the force and inversely proportional to the mass, i.e., F = ma.
Alternatively, the total force applied on a body is equal to the time derivative of linear momentum of the body. [Wikipedia]

Manusia makhluk yang unik?...

Manusia adalah makhluk yg paling sempurna dan paling mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Kesempurnaan ciptaan manusia itu terbina dari ruh, akal dan jasad. Dan ketiga-tiga unsur ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.

Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkat mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan (Al-Isra’: 70)

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya (As-Syam: 8)
  • Dibekalkan potensi yang negatif 
  • Dibekalkan dengan potensi yang positif
Potensi negatif manusia

Antara beberapa sifat dan watak negatif manusia yang telah dikhabarkan di dalam Al Quran.

Cenderung berwatak keluh-kesah dan kedekut -

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah dan kikir (Al-Ma’arij: 19)

Sangat zalim dan bodoh –

Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (Al-Ahzab: 72)

Tergesa-gesa –

“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azabKu). Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera” (Al-Anbiya’:37)

Di dalam Kerugian –

“Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian” (Al- Asr:2)

Potensi positif manusia

Antara beberapa sifat dan watak positif manusia yang telah dikhabarkan di dalam Al Quran.

Manusia mampu berubah (Transform) -

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain dia (Ar-Ra’d [13] : 11)

Manusia mampu berfikir (Ulul AlBab) -

Dia memberi hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat (Al-Baqarah [2] : 269),

(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beridah pada waktu malam sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran (Az-zumar [39] :9)

(iaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal sehat (Az-zumar [39] : 18)

Maka apakah orang-orang yang dibukankan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya(sama dengan orang yang hatinya membatu?) Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata (Az-zumar [39] : 21)

Manusia mampu menilai -

Sungguh, bukti-bukti yang nyata telah datang dari tuhanmu. Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu) maka dialah rugi. Dan aku (Muhammad) bukanlah penjaga (mu) (Al An’am [6] : 104),

(Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang ingin maju atau mundur (Al-Muddasir [74] :37)

Belajar melalui perbandingan & ‘ibrah -

Bolehlah dilihat di dalam Surah An-Nahl, An-Naml

Manusia mampu mempelajari ilmu -

Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66)

(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beridah pada waktu malam sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran (Az-zumar [39] :9)

Manusia mampu beramal -

Maka maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku (Taha [20] :114)

Perumpamaan org-org yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalnya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org-orang yang zalim (Al-Jumu’ah [62]:5)

bersambung... Mengembangkan potensi diri... (2) - http://engr-ranting.blogspot.com/2011/03/mengembangkan-potensi-diri-2.html

Nota:
[1] Terjemahan Al Quran
[2] Wikipedia
[3] Majmuk Rasail
[4] Revolusi IQ-EQ-SQ - Taufik Pasiak, PT Mizan Pustaka, Bandung 2002
[5] Fiqh Seerah Ramadhan Al Buti

abuzorief @ University of Leicester
30/10/2010, Sabtu

Wednesday 9 March 2011

Kita dan Palestine...


Tipu daya dan malu

Bilakah akan berkesudahannya isu Palestin yang tidak ada sedikit pun jalan penyelesaian, melainkan tipu daya dan sendiwara dari pelbagai pihak untuk mengaburi mata kita semua... sedangkan mereka telah melalui penderitaan dan azab ini puluhan tahun tanpa pembelaan.

Saban hari, mereka melaungkan jeritan, raungan kesakitan, tangisan, kematian, kegelisahan, kelaparan dan harapan mereka disana adalah kemerdekaan dan kembalikan hak-hak mereka dibumi sendiri tetapi kita disini hanya menonton sahaja seolah-olah menonton cerita lakonan dilayar-layar TV malah yang canggih lagi di layar TV Plasma atau sebagainya.

Siapakah mereka dan siapakah kita sebenarnya?...

Sepatutnya kita merasa malu kepada diri sendiri kerana kita tidak melakukan sesuatu untuk membela mereka malah lebih-lebih lagi kita menyerahkan kemerdekaan Masjid Al Aqsa ditangan mereka secara bulat-bulat. Mereka menahan dada-dada mereka sebagai perisai kepada peluru-peluru hidup yang datang bertubi-tubi sehingga bersarang-sarang dada-dada mereka dik bedilan peluru yang tidak bermata itu.

Sekali lagi saya bertanya pada kalbu saya sendiri, kepunyaan siapakah Masjid Aqsa itu?

Malu pada diri sendiri memang tetap malu, kerana Masjid Al Aqsa itu adalah milik kita semua. Tetapi kita sedikit pun tidak merasai cemas, gundah dan gelisah... apakah dan bagaimanakah nasib yang menimpa Masjid yang agung ini.

Ketika Umar Al Khatab berjaya memasuki Masjid Al Aqsa beliau dengan sayu dan sebak serta menangis apabila mendapati sampah bertimbun-timbun diperkarangan masjid kerana penghinaan yang diberikan pada Masjid Al Aqsa lalu beliau sendiri mengangkat jubahnya untuk mengutip sampah-sampah tersebut. Beliau juga mengarahkan tentera-tentera Islam lainnya melakukan perkara yang sama sehinggalah bersih. 

"Kita berhutang dengan rakyat Palestine selagi Palestine dan Baitul Maqdis tidak dibebaskan" Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

  • Apakah kaitannya kita dengan Palestine dan Baitul Maqdis sehinggakan kita dipaksa untuk memperjuangkannya?... sama-samalah kita fikirkannya
  • Apakah perlunya juga kita turut bersama dengan rakyat Palestin berjuang membebaskan tanah yang dikatakan Barakah itu?... sama-samalah kita merenungkannya
Masjid Aqsa mesti dibebaskan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti buangkan sedikit keselesaan hidup kita demi untuk merealisasikan cita-cita ini, walaupun penghujungnya kita tidak mengetahui bilakah akan datangnya kemenangan itu.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?. Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung (At Taubah [9] : 111)

Dimanakah anak-anak muda kita?

Saya juga agak terharu bila melihat kesungguhan Dr Hafidzi yang bersungguh-sungguh dengan MKP Tour Palestine UK 2011 baru-baru ini dengan keadaan kesihatannya tidaklah sekuat sepertimana orang-orang muda. Tetapi semangat yang ditunjukkan menampakkan kepada saya bahawa beliau bukannya 'main-main' untuk memperjuangkan isu Palestin di persada masyarakat.

Masyarakat kita perlu disedarkan... dan masyarakat kita mesti bersama-sama berjuang untuk menaikan kembali maruah dan martabat ruh Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi sebak hati kerana kelihatan anak-anak muda begitu rakus dan tenggelam di dalam keasyikan hiburan dunia. Mereka hilang sifat 'kejantanan' untuk menjadikan diri mereka seperti mana yang disebut di dalam Quran sebagai Ar-Rijal yang berjuang di atas jalan Allah dan menjadi Fidyatun yang beriman dengan Allah Taala.

Siapakah Ar Rijal dan fidyah itu?...

Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka (Al Kahfi [18] : 13)

"Inilah anak-anak Palestin. Mereka punyai Keberanian, Kesabaran, Kekuatan, Tawakkal dan banyak lagi sifat mulia yang telah terhakis dari umat ini. Mereka adalah guru kita untuk menaikkan semula umat ini yang dilanda penyakit cintakan dunia dan takutkan mati." AQSA Syarif

Masalah Sosial

Anak-anak muda kita banyak yang terjebak dengan masalah-masalah sosial seperti penzinaan atau pelacuran, pergaulan dan sex bebas berlainan jantina, hamil sebelum nikah dan pembuangan bayi, minum arak, hiburan yang melampau (hedonism[1]) dan sebagainya. Negara seolah menyepi untuk menyelesaikan masalah ini sebaliknya memberikan penyelesaian dengan cara 'menghalalkan' sahaja perbuatan ini. Mereka digalakkan lagi menggunakan alat-alat 'perlindungan' dengan katanya untuk mengurangkan masalah kehamilan dan pembuangan bayi. Malah mendirikan pusat-pusat hiburan di merata tempat yang sebenarnya adalah sebagai salah satu punca merebaknya masalah sosial anak-anak muda mahupun orang-orang tua yang khayal dan 'mabuk' dengan keseronokan dan keasyikan permintaan serakah amarah hawa nafsu semata-mata. Setiap masalah perlu diselesaikan dari puncanya dan bukan sahaja pada hujung masalah atau penyakit yang terjadi.

Anak-anak muda mesti 'digoyang dan direntap' diri mereka supaya mereka kembali sedar dari lamunan dan asyiknya dengan keseronokan dunia. Mereka mesti kembali kepada tarbiyyah sepertimana yang diajar oleh Ar-Rasul SAW. Kita tidak mahu menjadi seperti buih-buih di lautan yang mengambarkan betapa banyaknya orang-orang Islam tetapi sedikit pun tidak berkualiti dan bermanfaat pada dunia Islam. Para sahabat Rasulullah kerap berdoa supaya mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang sedikit, kerana golongan yang sedikit ini sentiasa bersyukur kepada Allah Taala.

Jadi, dimanakah pendirian dan tindakan kita?...

Nota
[1] Hedonism is a school of thought which argues that pleasure is the only intrinsic good.[1] This is often used as a justification for evaluating actions in terms of how much pleasure and how little pain (i.e. suffering) they produce. In very simple terms, a hedonist strives to maximize this net pleasure (pleasure minus pain). http://en.wikipedia.org/wiki/Hedonism

abuzorief @ darnall, sheffield
9/3/2011 Rabu

Saturday 5 March 2011

Membina kerjaya yang diredhai Allah



Antara beberapa faktor yang menjadi penyebab pembinaan kerjaya ialah di mana seseorang individu itu akan berusaha untuk menjadikan dirinya melakukan satu proses perubahan kehidupan ke arah yang lebih baik, berdisiplin dan bermartabat untuk keselesaan hidup dan khusyuk beribadah mengabdikan diri kepada Allah Taala.
  • Perubahan hidup - transformasi kehidupan (proses memaksa diri)
  • Kerja - Mencari rezeki (merupakan keperluan harian)
  • Pendidikan - Ilmu dan amal
  • Keselesaan hidup
  • Niat Ikhlas kerana Allah Taala
"Allah suka jika kamu bekerja, kamu bekerja dengan tekun"

Namun bagi individu muslim yang bertaqwa kepada Allah hendaklah meletakkan niat yang ikhlas hanya kepada Allah Taala dalam setiap detik perbuatan.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Career is defined by the Oxford English Dictionary as an individual's "course or progress through life (or a distinct portion of life)". It is usually considered to pertain to remunerative work (and sometimes also formal education). (Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Career)

Jenis-jenis kerjaya

Perniagaan

  • Syarikat - organisasi
  • Barangan - objek atau produks
  • Khidmat
  • Pelanggan
  • Iman, Islam dan Ehsan (Hadis 2 – 40 Hadith Imam Nawawi)
A business (also known as enterprise or firm) is an organization designed to provide goods, services, or both to consumers.[1] Businesses are predominant in capitalist economies, in which most of them are privately owned and formed to earn profit to increase the wealth of their owners. Businesses may also form not-for-profit or be state-owned. A business owned by multiple individuals may be referred to as a company, although that term also has a more precise meaning. (Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Business)

Perkhidmatan
  • Khidmat
  • Pelanggan
  • Majikan
  • Iman, Islam dan Ehsan (Hadis 2 – 40 Hadith Imam Nawawi)
A service is the intangible equivalent of an economic good. Service provision is often an economic activity where the buyer does not generally, except by exclusive contract, obtain exclusive ownership of the thing purchased. The benefits of such a service, if priced, are held to be self-evident in the buyers willingness to pay for it. Public services are those society pays for as a whole through taxes and other means.(Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Service_(economics))

Kepentingan berkerjaya

Apabila Salat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (Al Jumu'ah [62] : 10)

Kita berhak untuk menjaga kehidupan kita di dunia ini dengan memastikan maqasid syara' ini mendapat tempat di tempatnya iaitu memeilhara agama, nyawa, akal, harta dan keluarga.

Bagaimana Rasulullah membina kerjaya

1. Sebagai pengembala kambing (Pekerja dan makan upah)

Di awal usia, baginda telah didedahkan dengan kerjaya sebagai pengembala kambing. Pekerjaan ini bukanlah pekerjaan yang mudah dan senang. Kambing-kambing yang digembalanya bukanlah kepunyaan baginda tetapi baginda telah diupah untuk menjaganya. Kejujuran dan kesabaran Rasulullah telah membantu baginda membina kerjaya dan melatih beberapa karakter yang terbaik untuk berjaya.

2. Sebagai ahli perniagaan (Usahawan dan Businessman)

Apabila dewasa, Rasulullah membina kerjayanya sebagai ahli perniagaan. Pada usia ini, baginda mempunyai kekuatan tubuh badan kerana kerjaya Rasulullah bukanlah berniaga di tempatnya sendiri tetapi terpaksa keluar ke negara Syam di utara semenanjung tanah Arab yang jauh dan melalui padang pasir yang luas di dalam keadaan cuaca yang panas terik. Kepulangan Rasulullah dari urusan perniagaan ini tidak pernah mengecewakan pemilik barangan atau tuannya. Kerana, barang dagangannya tidak sedikit pun berlaku kerugian atau hasil jualan dan keuntungan kehilangan sepanjang perjalanan atau perniagaan. Dengan sifat jujur dan amanah serta keperibadiaan mulia, Rasulullah telah berjaya membina karakter yang penting sebagai seorang ahli perniagaan. Perniagaan dan kerjaya yang dibina oleh Rasulullah telah menyebabkan orang ramai menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kualiti barang dagangan dan amalan perniagaan yang telah dijalankan. Sehinggalah Ar-rasul digelar sebagai Al-Amin.

3. Sebagai pendidik dan pendakwah (Perkhidmatan)

Kejayaan Arrasul dalam mendidik manusia menjadi manusia yang kembali kepada fitrah asal kejadian manusia yang hanya mengabdikan diri semata-mata kepada Alla Taala sahaja. Menjadikan manusia itu bijak mengatur segala urusan kehidupan dengan menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup dan Allah sebagai tempat bergantung dalam segala urusan termasuklah urusan mencari rezeki.

George Bernard Shaw, Reformist socialist – "Dunia zaman moden ini amat-amat memerlukan orang seperti Muhammad yang mampu menyelesaikan masalah yang rumit sambil menghirup secawan kopi"

Keperluan asas dalam proses pembinaan kerjaya

Iman - Aqidah yang mantap

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya) serta memnerinya rezeki dari sumber yang tidak disangkanya (At Tholaq : 2 & 3)

Wahai orang-orang yang beriman!. Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (As Soff [61] : 10)

Kemanisan iman
1. Allah dan Rasul lebih dicintai
2. Mencintai saudara lebih dari diri sendiri
3. Takut kembali kekufuran seolah-olah diri akan dicampak masuk ke dalam api neraka.

Ibadah yang sahih

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf  yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi Maha Bijaksana (At Taubah : 60)

Akhlak yang sejahtera

Diriwayatkan daripada Abu Zarr dan Mua'z bin Jabal ra. bahawa Rasulullah saw bersabda, "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik. "Ia diriwayatkan oleh At Tarmizi. Beliau berkata: "ini hadis Hasan. "Sementara dalam sesetengah salinan, disebut : "Ia Hasan Sahih".

Ilmu yang bermanfaat

(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?. Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?. Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran. (Az Zumar [39] : 9)

Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa - Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66),

Kemahiran

Bagaimana Nabi Khidir mengajar Nabi Musa dengan melalui proses tarbiyyah secara langsung - Musa berkata kepadanya, Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?. (Al-Kahf [18] :66),

Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta kami wahyukan kepadanya) Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (Saba' : 10-11)

Rasulullah SAW bersabda "Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud A.S makan daripada hasil tangannya sendiri".

Umar R.A berkata "Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula:- Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak."

Pembinaan Karakter
  • Jujur
  • Amanah
  • Berkemahiran
  • Rajin
  • Sikap untuk berubah - pada diri sendiri dan lapisan generasi akan datang
Betapa pun pentingnya melakukan perubahan diri itu mestilah ada rasa Ehsan kepada Allah taala, kerana Individu itu akan terdidik secara langsung dengan adanya hubungan yang kuat dengan Allah Taala. Segala tindak tanduk diperhatikan oleh Allah Taala. Justeru, segala tindak tanduk atau perbuatan itu sentiasa terjaga untuk melakukan perkara-perkara yang baik sahaja dan meninggalkan segala perkara keji dan larangan AlLah Taala sahaja.

Antara cabaran dalam bidang kerjaya

Antara sebahagian amalan yang mampu menjadi cabaran kerjaya seperti -
  • Pecah amanah
  • Khianat
  • Rasuah
  • Riba
  • Tamak
  • Menindas hak orang lain
  • Menipu
Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui (Al Baqarah [2] : 188)

Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharankan riba. Barang siapa mendapat peringatan dari tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah [2] : 275)

"Harapkan pagar, pagar makan padi..."... yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong keciciran... begitulah peribahasa Melayu yang telah lama diungkapkan oleh orang-orang tua kita.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) (At Taubah : 103)

Semua perbuatan dan amalan ini adalah perbuatan yang terkeji. Perbuatan ini akan merosakkan nilai pekerti yang mulia pada diri individu, terutamanya mereka yang membina kerjaya dan melibatkan diri di dalam perniagaan. Sekiranya sifat-sifat dan amalan nilai ini rosak maka sistem muamalat yang dikehendaki di dalam sistem-sistem Islam tidak akan berjaya dilaksanakan. Kerjaya dan perniagaan bukan sahaja melibatkan barang-barang dan tindakan fizikal  dan akal cerdik sahaja tetapi memerlukan kekuatan jiwa yang bersikap ehsan kepada Allah di dalam setiap tindak-tanduk perbuatan.

Hubungan kerjaya dan perniagaan ini perlulah diberikan perhatian serius dari berbagai sudut kehidupan kerana ianya secara langsung telah melibatkan hubungan kita dengan Allah Taala dan juga manusia.

Fokus kita

Barangan yang halal dan diredhai

Keuntungan terletak kepada barang-barang dagangan. Barangan dagangan hendaklah barang yang halal dan bermanfaat kepada manusia yang lain. Sekiranya barangan yang diniagakan berupa barangan haram, maka seluruh proses perniagaan itu akan dikategorikan sebagai haram. Begitu juga seluruh rezeki yang diperolehi akan menjadi haram.

Kaedah fiqh - Apa-apa yang mendatangkan kepada wajib maka ia adalah wajib

Kerjaya sebagai medan Ibadah

Sekiranya semua faktor-faktor hubungan kita dengan Allah dan manusia dijaga dengan teliti, maka kerjaya kita ini akan dinilai sebagai ibadah kepada Allah Taala. Secara langsung ia bukan sahaja untuk mencari keuntungan tetapi berupaya membina suasana dan proses pencarian rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah Taala.

Sikap dan etika kita
  • Hendaklah berubah dan mampu menjadi baik dan berjaya
  • Menyumbang dan berbakti kepada - diri, keluarga, masyarakat dan negara
  • Menjadi dan membina generasi yang mulia
  • Bermatlamat, berhala-tuju dan berwawasan
Perubah generasi masa depan
  • Belajar bersungguh-sungguh dan beramal
  • Jangan tumpu kepada pembelajaran teori sahaja
  • Timba sebanyak mungkin pengalaman luar
  • Ambil iktibar dari pengalaman orang lain untuk membina kematangan diri sendiri
  • Libatkan diri dengan program sosial yang sehat kerana ia memberikan impak membina hubungan dengan manusia
  • Jadikan diri kita bermanfaat kepada orang lain seoptima mungkin terutamanya menjadi anggota dibarisan hadapan
  • Berserah sepenuhnya kepada Allah Taala dalam setiap waktu dan hal.
Semoga dengan kerjaya yang kita bina ini mampu memberikan impak yang besar di dalam era Islam bangkit untuk memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kita semua di atas muka bumi ini, dan semoga usaha kita menjadi amal dan memperolehi ganjaran besar dari Allah Taala.

Sekian,

abuzorief @ Student Union, The University of Sheffield
1.00pm - 5/3/2011, Saturday