Pages

Thursday, 19 February 2009

Sekali ombak menghempas, sekali itu juga pasir di pantai berubah...


Masa berlalu begitu cepat, pantas seperti kilat. Sekelip mata berubah arus, dua kelip mata berubah senario, tiga kelip mata berubahlah zaman, sekiranya tidak berkelip mata, sudah pasti samada berada di dalam zaman atau kemungkinan di luar alam nyata iaitu kematian.

Kematian

Begitulah adat manusia yang hidup, setiap yang bernyawa pasti akan mati, pasti dan tidak boleh lari lagi atau tidak boleh hidup kalau sudah ditakdirkan kita mati. Mana ada manusia yang boleh hidup selamanya. Paling lama hidup pun beratus tahun, itupun kalau tidak nyanyuk, sakit sendi ataupun muka sudah berkerepot. Kalau barang lama bolehlah dipanggilnya barang antik. Kalau barang antik mahal dan ada nilai seninya, tapi kalau manusia 'antik', lelong pun tidak laku... macam Siddiq Ulam Raja, cerita Allahyarham P. Ramlee bertajuk 3 Abdul...

U-turn

Namun begitu, dengan sekelip mata juga, kalau kita cuai maka dengan sekelip mata itulah malapetaka atau musibat yang akan menimpa diri sendiri. Tidak boleh reverse atau U-turn (pusing) balik. Kalau terlajak perahu boleh kita mudik semula ke hulu, tetapi kalau terlajak kata pepatah kata menyesal tidak berguna. Tetapi kita masih ada peluang untuk memohon maaf. Namun kalau terlepas atau terlajak masa, maka kita hitunglah sendiri masa yang berlalu, sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan setahun.

Dalam perang kalau kita tidak memancung musuh maka dengan sekelip matalah itulah si musuh akan memancung kita. Terburailah segala isi urat perut. Kalau si tentera perang terlewat satu saat maka musnahlah seangkatan atau satu batalion tentera, kerana kecuaian disebabkan mengingkari masa.

Bagi saya, kalau setiap masa terisi dengan kerja yang melampau, Mungkin saya akan berkata dengan alasan, Aduh!, cepatnya masa, banyak lagi kerja tidak siap, itu tidak buat lagi, ini tidak buat lagi, tambahan pula terlibat dengan tugasan kerja orang lain, maka pasti kena hambat dengan hamba Allah itu, maka apa lagi hendak beralasan untuk melepaskan diri. 
Namun pengertian masa kalau dilihat dan diperhalusi maksud dari surah Al Asr,  

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". 

Ayat yang mudah difahami dan ringkas, tetapi membawa maksud pengertian yang dalam.

Sekali ombak menghempas, sekali itu juga pasir di pantai berubah.

Nilai kehidupan

Pantasnya masa berlalu, tidak sama seperti derasnya air berlalu, semuanya tidak sama kalau hendak dibuat perbandingan satu per satu (apple to apple).

Nilai kehidupan kita bukanlah dipermulaannya hidup tetapi sebenarnya dipenghujung hayat. Apakah persediaan dan persiapan untuk bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak. Perhitungan neraca baik dan buruk.

Itulah anugerah Allah Taala yang terhebat untuk manusia, saya dan kita semua.

Wallahu 'alam, sekian

abuzorief @ darnall sheffield
19/2/2009 thursday

Saturday, 14 February 2009

Bila Da'ie masih banyak berehat...


Memang benar, kerja sebagai da'ei ilallah memang banyak terutamanya sumbangan tenaga 4 kerat, buah fikiran, menyantuni sahabat dan ummah, malah berbagai kerja boleh kita lakukan.

Namun, terasa malu untuk mengatakan diri kita ini sebagai da'ie kerana kerja da'ie memerlukan pergorbanan yang banyak dan bukannya sedikit, di uji di medan bukannya selesa dan berehat seperti yang diperkatakan.

Alhamdulillah, tetapi jangan pula mudah putus asa untuk menjadi seorang da'ie ataupun pekerja Islam yang mana, sudah tentu tidak dibayar dengan wang ringgit dan harta dunia. Tambatkan hati, sekurang-kurang tertanam di dalam hati kita untuk memakmurkan deen Allah. 


Azam

Berazam untuk berbakti untuk deen Allah. Kerana kita sudah berbaiah dengan allah di dalam solat wajib kita... 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah utk allah...

Bukan kerana yang lain, tetapi semuanya semata-mata utk Allah Taala. Inilah baiah taat setia kita sehingga akhir hayat dengan Allah pencipta kita semua.

Ganjaran


Tetapi insyaallah jaminannya dibayar dengan surga allah kerana kita mengambil satu perniagaan yang telah dijamin oleh allah terhindar dari azab yang pedih iaitu beriman dengan allah dan rasul dan berjuang di jalan allah kerana itulah jalan orang yang berjaya (Katirah ayat surah As-Soff)

Sebab itu perlunya jamaah yang ada perancangan dan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Kalau kita seorang sahaja hendak lakukan semua kerja, masyallah tidak terkejar, tetapi dengan berjamaah kerja yang banyak dapat diagihkan dan direalisasikan bersama. 


Manslahatnya seluruh ummah merasa bahawa ada anggota-anggota yang bertanggungjawab membela ummah. Tidak perlulah kita persoalkan pahala berapa banyak yang kita dapat kerana agihan pahala adalah kerja Allah Taala. Tetapi apabila bekerja di dalam jamaah, ganjaran pahala dikongsi bersama, biiznillah.

Golongan sedikit


Tetapi tidak perlu juga kita berkecil hati dengan kumpulan kita yang kecil, kerana bukankah Allah suka mereka yang sedikit. Wa khalilan min ibadiyassyakur, dan sedikit sahaja hambaku yang bersyukur, bahkan kumpulan kecil sahaja yang dapat mengalahkan kumpulan yang besar seperti perang badar, Ain Jalut dan sebagainya.

Tetapi biarlah dengan perencangan, kerana allah menyukai mereka yang berjuang dijalannya di dalam barisan yang tersusun seolah seperti bangunan yang tersusun kukuh (As-Soff) dan ayat lain Waaiddulakum mastatu' tum minquwwah.

Nahnu duat Qabla kullu syai'Kita duat sebelum segalanya sesuatu...

Wallahu a'lam fissawab
Sekian, coretan 


abuzorief @ sheffield
14/2/2009 sabtu
 

Friday, 13 February 2009

Bila hati pula terasa...


Bila mata melihat,
hati pula terasa,
 
Bila lidah berkata,
hati pula terasa,
 
Bila hidung menghidu,
hati pula terasa,
 
Bila telinga mendengar,
hati pula terasa,
 
Bila otak berfikir,
hati pula terasa,
 
Bila tangan memegang,
hati pula terasa,
 
Bila kaki melangkah,
hati pula terasa,

Bila perut kenyang,
hati pula terasa,
 
Bila hati pula terasa,
Bacalah...
 
"Demi jiwa serta penyempurnaannya. 
Maka Dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaan. 
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. 
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." 
(As-Syams: 8-10)

abuzorief @ sheffield
13/2/2009 friday

Tuesday, 10 February 2009

Ini macam perangai juga ada



Ada yang memberi dan
Ada pula yang meminta,
Ada yang pemurah dan
Ada pula yang tamak haloba,
Ada yang iri hati dan
Ada pula yang berhati mulia,
Ada pemaaf dan
Ada pula yang pemarah,

Ada yang kuat dan
Ada pula yang lemah,
Ada yang berkuasa dan
Ada pula yang dipaksa,
Ada yang nak dipuji dan
Ada pula yang dihina,
Ada yang baik dan
Ada pula yang jahat,

Ada yang setia dan
Ada pula yang melompat,
Ada yang jujur dan
Ada pula yang khianat,

Ada yang pandai
Tapi macam lembu...
Ada yang cerdik
Tapi dia pula kaki belit...
Ada yang bodoh
Tapi bodoh sombong pula...

Ada perangai macam ini,
Dan ada pula macam ini perangai...
Rupa-rupanya seribu macam perangai,
Ini macam perangai juga ada...

abuzorief @ Sheffield
10/2/2009 tuesday

Monday, 2 February 2009

Sepetang bersama Dr. Azzam Tamimi


Sepetang bersama dengan Dr. Azzam Tamimi bertarikh 1/2/2009. Program ini bertempat di Masjid, Muslim Welfare House, Sheffield, bermula dari jam 5.00pm - 6.30pm iaitu selepas Solat Maghrib.

Dr. Azzam Tamimi is a British Palestinian academic and political activist based in the United Kingdom. He is a prominent member of the
Muslim Association of Britain and the Stop the war Coalition. He is currently the director of Institute of Islamic Political Thought in London and appears regularly on Al-Jazeera, Press TV and other channels.

Muslim Welfare House, Sheffield

Ringkasan pengisian...

Kepadatan penduduk Gaza 1.5M di atas tanah seluas 365sqKm. Sangat padat di atas peta dunia. Perjuangan rakyat Paletine yang tidak akan kenal putus asa di atas tanah mereka sendiri. Hamas akan terus berjuang... dan sekiranya tidak meneruskan perjuangan, maka Allah akan menggantikan kaum lain untuk mempertahankan bumi Palestine.

Penduduk Islam Palestine berjuang untuk mengembalikan Al AQSA kepada ummah.

Pesanan beliau kepada hadirin semua, hasil penyataan setelah beliau berhubung dengan Pemimpin Hamas di Gaza... Mereka berkata, walaupun kita semua banyak berdoa, Solat, derma untuk mereka (Gaza) dan insyallah perbuatan-perbuatan tersebut perlu diteruskan namun kerja-kerja DEMO mesti diteruskan tanpa henti kerana ia telah menaikkan semangat kami (HAMAS & rakyat Gaza) untuk terus berjuang menentang Zionis. Kami lebih bersemangat kerana seluruh dunia menunjukkan solidariti ke atas rakyat Gaza.

Nota:
Kali terakhir bertemu dengan Dr. Azzam Tamimi di dalam Program Seminar Muhammad Bin Abd Wahab di Perlis pada tahun 2006.

abuzorief @ mwh sheffield
ahad, 02/02/2009 22:29
Greenwich Mean Time
 
muslim welfare house sheffield

Thursday, 29 January 2009

Baju ketat, seluar sendat...


Aku semakin hairan dengan budak-budak sekarang, baik si Mamat mahupun si Minah. 
Kenapakah aku berkata sedemikian rupa?. 
Kenapa tidaknya, kerana sudah bertukar zaman rupanya...

Pakai baju ketat-ketat,
Seluar juga sendat-sendat,
Sampai nampak dalamnya pusat?.
Ada terbonjol... ada bulat,
Macam bentuk buah putat.

Seluar londeh... baju singkat,
Jalan pula terkulat-kulat,
Gaya mengalahkan ulat-ulat,
Sekali golek terbonjol bulat.

Pakai juga tudung kepala,
Biar alim orang kata,
Tapi pusat nampak juga,
Lurah punggung terdedah pula,
Seluar dalam berkaler-kaler,
Apa macam gaya mereka?

Aku tengok pening kepala,
Mereka lalu depan mata,
Apa sudah jadi dengan dunia,
Semakin maju semakin meloya,
Mereka kata we up todate la,
You... tahu apa.

Nampak pusat dicucuk pula,
Habis ditindik merata-rata,
Macam mana aku tidak jeling mata,
Tengok gelagat anak muda,
Esok lusa entah anak aku pula?...
Minta simpang jauh dari neraka.

Aku ingat lembu Pak Mamat saja,
Ditindik hidung dan telinga,
Rupanya anak Pak Mamat juga,
Tebuk pusat, bibir, lidah dan kelopak mata...

Cempedak sendat ada harga,
Manusia sendat sedap di mata,
Apalah gunanya semua,
Tatapan nafsu si jejaka,
Hanya untuk syok-syok saja,
Semata jadi halwa dunia.

Wahai anak muda teruna dara,
Tidak malukah jadi boneka,
Satu dunia tatap dosa,
Hanya untuk menjamu mata,
Mereka buat teka-teka,
Macam teka silang kata,
Kita tengok siapa yang kena,
Macam cerita Alibaba,
Penyamun tarbus kepala jingga.

Jangan ikut itu gaya,
Semua dekat pada zina,
Di akhirat langsung tak berguna,
Menyesal sudah tiada guna,
Air mata darah pun tidak laku juga.

Kesian aku padat tok alim kita,
Kena jalan tunduk kepala,
Setiap hari terhantok kepala,
Berlanggar papan signboard saja,
Pasal hendak jaga mata,
Takut hilang segala pahala,
Risau nanti dapat dosa.

Alangkah sopan beradat budaya,
Baju kurung teluk belanga,
Manis pula tutur bicara,
Lemah lembut di atur gaya,
Itukan molek dipandang mata.

Ingatlah orang muda-muda,
Umur kita tidak ada beza,
Tua muda sama saja,
Kena ingat itu semua.
Umur hanya sejengkal dua,

Esok lusa tidak boleh duga,
Malaikat maut menanti saja,
Marabbuka.......
Siapa dulu jumpa yang Esa,
Pilihannya Syurga atau Neraka?
Tepuk dada tanyalah selera... 
 
abuzorief @ sheffield 
29/1/2009 tuesday

Thursday, 22 January 2009

Perang Digital...

Kerajaan Kilafah Islamiyyah Uthmaniyyah tumbang kerana sikap hipokrat umat Islam itu sendiri dan di bantu pula dengan kekuatan bala tentera kuffar dan sekutu-sekutunya. Semua negeri-negeri di bawah naungan Kalifah ketika itu tumpas dan tumbang satu persatu dan diagih-agihkan kepada kerajaan bersekutu seperti mana bahagian-bahagian kek diagihkan. Malang sungguh ummah ketika itu. Sudahlah dipecah-pecahkan kawasan malah di perintah pula mengikut undang-undang 'rimba' yang banyak memihak kepada mereka bagi menggantikan undang-undang mutlak ciptaan Allah SWT.



Cintakan dunia..

Itulah kesannya apabila umat Islam cintakan dunia dan takutkan mati... hubbuddunia wa karahiyatul maut... Dunia dijadikan hamparan dagangan yang indah-indah dan mempersonakan manakala akhirat di ketepikan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu yang tiada kesudahan.

Kelemahan bukan halangan

Kelemahan dan kekalahan ummah dahulu bukanlah halangan bagi kita bangun kembali di arena ini. Penjuangan kini adalah perjuangan yang kompleks. Perjuangan yang harus dititip dengan seni dan strateginya. Dirancang sebaik mungkin. Perlukan kesedaran ummah yang satu. Bangun bersama-sama dengan satu kalimat iaitu La ila ha illallah, muhammadur Rasullullah... Kalimat keramat yang mempersatukan kita dengan keimanan yang mutlak. Hanya Allah dan Rasul sahaja matlamat akhir untuk memenuhi misi perjuangan.

Dunia digital

Kita juga mempunyai kekuatan. Kita juga mampu memiliki semula khazanah yang telah dirampas oleh mereka yang bersikap kurang ajar. Dunia global dan digital kini telah membuka ruang persaingan sebanyak mungkin. Hal keadaan inilah yang mampu bagi kita menyumbang tenaga dan akal fikiran bersama-sama untuk menumbangkan kembali kerajaan Kuffar yang selama ini dengan sewenang-wenangnya berkuasa dan melakukan kerosakan di atas muka bumi Allah ini.

Di zaman media digital, masing-masing mampu berperanan dimedannya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan boikot sekarang ini... di kemuncak yang lebih aggresif... Ada yang menyokong dan ada pula yang akan protest (menghalang). Bukan lagi boleh bersembunyi... bak kata baling batu sembunyi tangan. Namun, inilah cabaran dunia terkini, masing-masing boleh berlawan dan berperang...

PERANG DIGITAL atau DIGITAL WAR...
 


Gagasan ekonomi

Kita perlu terus melumpuhkan dan menumbangkan gagasan ekonomi Zionist dan sekutu-sekutunya yang telah sejak sekian lamanya bertapak di pasaran dunia antarabangsa. Kita mahu melihat tumbang dan lenyapnya syarikat zionis dan sekutunya satu persatu sebagai syarikat gergasi dunia di persada antarabangsa. Syarikat mereka ini perlu dilenyapkan sekaligus di papan Bursa Saham Utama Antarabangsa.

Wallahu 'alam

abuzorief @ sheffield
khamis, 22/01/2009 12:16
Greenwich Mean Time