Pages

Monday, 25 June 2012

Kemenangan buat Mesir baru



Boleh dikatakan seluruh dunia memerhatikan perkembangan politik di Mesir dengan harapan dan cemas. Yang mana berpihak kepada agen Hosni Mubarak, Ahmad Syafiq pastinya mengharapkan kemenangan, manakala yang berpihak kepada dimensi baru fasa selepas revolusi pastinya menyokong penuh dan sangat-sangat mengharapkan Mohamad Morsi dari parti Freedom Justice Party menang. Rakyat Mesir mengharapkan dunia baru pemerintahan yang menjamin ke arah keadilan, rakyat diutamakan dan bebas dari cengkaman kezaliman pemerintah yang bertopengkan 'senyuman dan manis muka'.

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Dia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.  Surah As-Syura [42:8]

Disebalik berita kemenangan itu terpacullah pula sikap 'pekong' tentera yang masih menaruh dan memiliki sikap perintah 'Hosni Mubarak'. Sanggup membelakangkan undang-undang dan kita sedar bahawa undang-undang itu hanya untuk melindungi kepentingan mereka sahaja. Sebaliknya, apabila tergugat maka dicarinya jalan keluar singkat supaya mereka dapat memerintah walaupun melalui cara penipuan, kezaliman 'terakhir' malah sanggup membunuh tanpa rasa belas. Begitulah sikap para penzalim yang berkepentingan sama ada pada diri sendiri, kumpulan atau sebagainya.

Kemenangan Mohamad Morsi juga terus menekan Israel. Rasa resah mereka sudah tidak terarah. Apakah nasib mereka seterusnya. Namun mereka sedang dan telah menyusun rancangan jahat untuk masa mendatang sebagaimana mereka merancang pembinaan 'wall aparteid' demi kepentingan mereka. Namun perancangan itu tidak selama-lamanya menang kerana Allah juga sebaik-baik perancang.

Walaupun kemenangan itu dengan pengurangan kuasa Presiden yang terhad, tetapi ia tetap menang. Menang kerana keyakinan rakyat, menang untuk keadilan rakyat, kebebasan untuk rakyat jelata yang selama ini dipekup 'di bawah tempurung'. Kini terbuka sedikit harapan. Nafas ditarik lega. Keperitan selama ini membuka sedikit kerehatan. Allah sahaja yang tahu betapa hati-hati mereka begitu bebas sebebasnya, merdeka semerdekanya. Jangan kembalikan segala peristiwa hitam membungkam, perit lelah yang menghantui kehidupan selama ini.

Kemenangan ini juga memberikan dimensi baru dunia politik negara jiran, rantau Eropah, Timur dan barat. Yang paling penting ialah kesedaran untuk ummah Islam sedunia. Yang pastinya ia satu kemenangan kepada rantau Arab kerana revolusi mereka bukannya berakhir dengan kegagalan setelah mengadaikan nyawa dan harta untuk menjatuhkan regim thagut dan rangkaian-rangkaiannya. Tetapi ia mampu membara dan terus menyelinap membakar disetiap peribadi rakyat di rantau itu dan ummah umumnya. Taburan dengan 'emas dan wang ringgit' itu bukan lagi sebagai faktor pertaruhan, bukan itu yang diharapnya tetapi kebebasan, bebas diri, keluarga, yang penting adalah bebas tanahair dari genggaman penzalim yang thagut.

Perjalanan mereka dan kita masih jauh. semoga dengan kemenangan ini akan membuka satu lembaran dunia  baru Islam sepertimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kemenangan itu adalah 'saham-saham' yang telah disemai sejak puluhan tahun oleh mereka. Saham mereka terus hidup dengan keperitan mereka diazab, dipenjara, dibunuh, diseksa seperti haiwan dan sebagainya. Baru kini bibit-bibit hasilnya telah menyerlah. Bahkan, kita akan lihat ianya terus menjadi baja yang akan menyuburkan bumi revolusi ini.

Peristiwa kemenangan Pilpres berpihak kepada Mohamad Morsi di Mesir pada 24 Jun 2012 akan menjadi peristiwa dan penentu besar di dalam dunia baru Islam. Harapan kita seterusnya, agar sinar baru ini menyinar buat Rakyat Palestin, segera pulang ke tanah air mereka yang selama ini merempat di tanah air sendiri, insyaallah.

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya? Surah An-Nahl [16:45]

Wallahu 'alam

abuzorief @ kulim
26/6/2012 selasa

Wednesday, 13 June 2012

Semangat, turning point, Ilmu & faham

Banyak perubahan-perubahan yang berlaku sekembalinya saya ke tanahair sejak berhijrah 3 tahun yang lalu. Perubahan persekitaran, kehidupan, umur anak-anak meningkat dewasa manakala dewasa meningkat tua, ada yang sudah kembali ke rahmatullah menemui Ilahi, dan segala macam ragam dan sebagainya. Yang nyata, itulah sebagai petunjuk yang jelas pada diri sendiri. Semua perubahan itu sedang mengingatkan diri sendiri yang asyik memerhati dan menilai tentangnya. Pesan peringatan supaya tidak terlupa untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri.

Semangat

Saya terpegun mendengar cerita-cerita tentang anak-anak saudara yang dihantar untuk menuntut ilmu di Madrasah Tahfiz atau sekolah agama. Ibu-bapa mahukan anak-anak dididik dengan ilmu dan kefahaman yang diyakini insyaallah mampu membawa diri anak-anak hampir kepada Allah Rabbul Jalil. Kesedaran ibu-bapa yang mahukan pendidikan Islam dilaksanakan semakin meningkat.


Zaman kita sebagai remaja telah berlalu, kini kita sebagai ibu-bapa atau orang tua, tidak mahu anak-anak juga melalui zaman 'buruk' seperti kita. Sekurang-kurangnya ibu-bapa mahukan seorang tahfiz di dalam keluarga. Katanya sejuk perut ibu mengandung. Paling tidak pun, ibu-bapa mahukan anak-anak yang patuh mengerjakan suruhan Allah dan Rasulullah dan tidak menderhakai emak dan ayah.

Turning point

Saya mengenangkan saat ketika saya berubah. Untuk berubah hanya 'cukup' memerlukan sedetik masa sahaja. Tetapi untuk mendapatkan detik masa itu sungguh payah dan amat payah dan bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk berubah perlukan kesedaran dan cara fikir dan faham, yang mana kata orang!,.. 'berputar sebanyak 180 deg.' kearah kebaikan, manakala yang lainnya mengatakan berubah sebanyak '360 deg.'. Apa pun telahan kita dan mereka, yang utamanya adalah mahu berubah.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Rad 13: 11)

Berubah di saat turning point sama ada di kala usia muda atau tua itu adalah hidayah kurniaan Allah.Yang penting mesti tabah 'mencari' dan ada kesungguhan untuk memulakan kehidupan baru yang lebih sejahtera hidup di dunia dan akhirat sebagai pengabdi kepada Allah Taala.

Cabaran

Cabaran bilamana berubah memang ada. Kita mungkin akan 'memencilkan diri' seketika atau selama-lamanya. Kita merasa tidak puas untuk belajar ilmu Allah dan mencari petunjuk. Mengasingkan diri dari kawan-kawan yang 'rambu-ramba' yang tidak menaikkan iman dan amal kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.(Surah An-Nas 114: 1-6)

Mungkin dikala itu juga, kita akan disisih oleh rakan-rakan atau ahli keluarga yang tidak sehaluan disebabkan perubahan tersebut. Diejek, diherdik dan sebagainya. Namun, perlulah cekal disaat ini. Hulurkan 'bantuan' akhlak yang mulia kepada mereka.

Jangan tersilap cari

Tetapi awas dan berhati-hatilah disaat detik perubahan itu, jangan terlalu lama mengasingkan diri. Carilah rakan dan tempat yang sewajarnya untuk merujuk yang akan menjadi asas permulaan kepada tarbiyyah diri. Kerana, silap mencari, kita terbabas kepada kefahaman dan pengamalan yang salah terhadap Islam itu sendiri. Mungkin kita akan menderhaka dan menyakiti hati ibu-bapa kita kerana tidak sehaluan dengan kita, atau memutuskan hubungan kekeluargaan kerana kononnya mereka tidak Islamik, atau putus ukhuwwah sesama rakan-rakan kerana mereka tidak mahu mengikut kita atau menolak kita, atau hanya beramal dalam perkara ibadah fardhu (faham keperluan fardhu yang sempit) sahaja dan meninggalkan rukun dan kewajipan yang lain yang menjadi tuntutan perlaksanaan di dalam kehidupan kita seperti ekonomi, muamalat, kekeluargaan, melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dan utama dan sebagainya.

Cubalah keluar dari kepompong salah faham ini. Marilah berfikir untuk memahamkan diri sendiri terhadap Islam yang lengkap (syumul). Bukannya mengikut-ikut orang lain tanpa hujah dan nas yang sahih.

Berilah tangan anda

Kesedaran yang sempurna tidak akan mencacatkan hubungan diri sendiri dengan hamba Allah yang lain. Apabila sedar, maka lebih erat lagilah tautan hubungan sesama ahli keluarga, bertambah rapat ikatan ukhuwwah dengan rakan-rakan. Walaupun mereka belum sedar terlebih dahulu dari kita, tetapi mereka juga mahukan kesedaran atau perlu disedarkan. 
Mainkan peranan kita sebagai Muslim Da'ie (pendakwah) yang sebenar yang mana kita juga tidak inginkan ahli keluarga dan rakan-rakan kita terbabas disaat kita mampu memberikan pertolongan kepada mereka.

Bantulah mereka untuk berubah.


Mardhatillah

Allah sahaja yang layak menghapuskan dosa-dosa kita bilamana kita tidak putus harap meminta daripadaNya. Namun atas usaha memohon ampun kepadaNya, hanya kita sahaja tahu betapa ikhlasnya dan luhurnya hati kita mengadu kepadaNya. Bukan sekali-kali untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan atau orang lain atau berubah yang sementara seperti 'hangat-hangat tahi ayam'.

Kesan tarbiyyah, mampu dilihat pada diri sendiri dan rakan sekeliling sekiranya melaluinya dengan sabar dan istiqamah. Oleh itu, teruskan berusaha pada yang telah melaluinya, mencari bagi mereka yang belum menperolehinya, dan berusaha melakukan perubahan demi perubahan untuk mendapat pencapaian yang paling maksimum di dalam diri, keluarga, masyarakat dan daulah untuk mengejar Mardhatillah.

Ayuh mari kita lakukan bersama...

abuzorief @ kulim
13/6/2012, rabu

Monday, 28 May 2012

Kemarau jiwa...

Perasaan resah dan gelisah serta rimas menyebabkan kita rasa tidak selesa. Begitulah yang terjadi terhadap  jiwa kita. Akan berlaku perubahan negatif pada diri sendiri. Perubahan emosi dan tekanan melampau yang akan menghilangkan akal waras. Apabila kita berhadapan dengannya, maka tidak ada jalan yang lebih baik penyelesaiannya selain kembali kepada Allah dan Rasul.

Dan mereka akan bertanya kembali bagaimanakah cara merawatnya?. Saya tidak akan menceritakan kaedah atau cara untuk tujuan ini. Banyak rujukan-rujukan boleh dirujuk dari para ilmuan dan cendikiawan, alim ulama yang dikenali.

Konsert sempena hari Belia mesej pengisian rohani buat remaja

Kembalilah...


Apa yang menarik perhatian saya baru-baru ini adalah berkaitan dengan pengisian program untuk Perhimpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Saya bukanlah hendak mempertikaikan tentang tujuan perhimpunan itu. Tetapi, kita merasa kesal dan sedih dengan pengisian program yang lebih kepada mengundang keburukan tingkah laku, khayal berhibur, mengundang perlakuan sex bebas dan yang lebih 'dhoif' dan malang lagi ia mendapat jaminan dari pihak pemerintah. Apakah remaja-remaja kita ini begitu 'lapar' sekali jiwa mereka untuk dihidangkan agenda sedemikian? Apakah sudah tidak ada lagi modul-modul terbaik untuk mereka? Atau apakah itu sahaja cara untuk menghimpunkan seluruh belia Malaysia?

Hiburan yang begitu ghairah untuk pengisian rohani Belia kita


Saya kira, pihak penganjur sudah hilang pertimbangan dan banyak sekali mengenepikan tatasusila adat dan nilai akhlak sepertimana yang terkandung di dalam Rukun Negara. Saya masih ingat lagi semasa dizaman sekolah, setiap kali perhimpunan awal pagi, akan disuruh berikrar dengan rukun negara.


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Kalau dihayati seluruh rukun tersebut, dan kalau ia benar-benar diterapkan pada diri pelajar mahupun semua peribadi rakyat Malaysia, sudah pasti negara dapat melahirkan insan-insan yang hebat untuk negara. Paling tidak pun mereka pasti 'menjiwai' atau 'dilahirkan' dengan akhlak yang mulia. Akhlak mulia atau berperibadi baik adalah merupakan aset kepada negara. Itulah yang dituntut di dalam agama Islam. Saya pasti agama lain juga menghendaki sedemikian. Sekali lagi, adakah ia disebabkan oleh dasar pendidikan negara?. Kenapakah pendidikan negara kita gagal melahirkan peribadi yang berakhlak mulia? 


Itu belum lagi 'disergahkan' dengan suruhan Allah dan Rasul. Sudah pasti semua pihak akan membantah supaya jangan mengongkong mereka dengan saranan agama. Apakah tuntutan agama itu menyekat kebebasan mereka?. Kebebasan apakah yang mereka cari untuk mengisi dalaman diri selain kebebasan berlandaskan hawa nafsu itu sendiri yang menghancurkan diri dan tatasusila kesopanan serta tamadun kemanusiaan atau masyarakat.

Anak-anak

Saya agak risau dengan keadaan ini. Saya mempunyai anak-anak yang sedang membesar yang memerlukan suasana yang mendidik dengan didikan yang terbaik, suasana ilmu, pengabdian kepada Allah dan berakhlak mulia, terutamanya melalui didikan manhaj atau sistem yang terbaik iaitu manhaj Islam. Kekhuatiran saya akan terus menghantui saya bila melihatkan senario yang berlaku seperti ini. Di dalam rumah kita mampu 'menjaga' mereka, tetapi diluar rumah, mereka terdedah dengan rakan dan suasana sekeliling. 

Politik

Sudah-sudahlah dengan politik yang caca-marba dan tidak matang. Islam tidak melarang kita berpolitik tetapi ada garis panduannya. Hati dan jiwa kemarau kitalah yang tidak mahukan semua itu. Kita menentang dengan hawa nafsu bukannya dengan kefahaman ilmu Allah dan Rasul. Sekiranya kita mahu, kita akan berusaha untuknya. Sekiranya kita tidak mahu kita akan memberikan seribu satu alasan yang akan menjadi penghalang. Tepuk dada tanyalah selera... Selera samalah dengan kemahuan hawa nafsu yang sukar dikawal.

abuzorief @ bukit mertajam
28/05/2012, isnin

Monday, 7 May 2012

Membuka pekong sendiri?...


Perasaan cintakan kepada bangsa memang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Kerana bangsa sendiri itulah anak dan isteri, ibu dan ayah, saudara-mara, sahabat handai dan jiran atau kelompok masyarakat sendiri disekeliling. Benarlah, kita mahukan bangsa yang kuat dan bertamadun. Bangsa yang memerintah dan berkuasa. Akan tetapi, bangsa yang dikehendaki sebenarnya ialah bangsa mempunyai nilai kemanusiaan, berakhlak mulia dengan akhlak Islam, berakidah kepada Allah yang satu dan mengabdikan penyembahan total kepadanya.

Kecelaruan

Namun, sekiranya sayangkan bangsa sehingga kita sanggup membiarkan bangsa sendiri melakukan mungkar dan fasad (kerosakan), biadap dan tidak sopan, hanya berkepentingan untuk diri sendiri, berkelahi sesama sendiri kerana berlainan fahaman dan ideologi atau mempertahankan bangsa walaupun bangsa sendiri tersasar jauh dari pegangan Islam. Perlakuan ini adalah satu jenayah besar terhadap ummah Islam.

[An Nur 24:34] Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.  Hubungan Selayaknya kita melebar-luaskan rasa hormat dan berkasih sayang diantara semua. Dengan berbangsa-bangsa itu kita dikehendaki berkenal-kenal diantara satu sama lain, saling mengajak kepada seruan Allah untuk mentauhidkannya dan beribadat kepadanya. Melaksanakan tanggungjawab berkomunikasi secara baik dan bijak di antara satu sama lain.

[Al Hujurat 49:13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 

Resah

Peristiwa BERSIH 3.0 atau sebelumnya, atau mana-mana protes rakyat yang berlaku itu memberikan kita gambaran dan isyarat yang jelas. Petandanya, kita boleh bersama di dalam beberapa isu. Lihatlah, semua bangsa boleh memberikan kata sepakat dan bersama-sama menuntut hak. Maknanya semua kita mahukan kesejahteraan dan kebahagian hidup. Tidak suka kepada 'kepengkaran' dan ketirisan di dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kita mahukan layanan yang seimbang di atas hak kemanusian, kebajikan dan keadilan.

Namun, apa yang berlaku, hak bersuara itu dikasari, dicabuli, 'disergah' dari perbagai penjuru sehingga menimbulkan rasa ketakutan, stress, diasak dengan maki hamun dan pukulan, tendangan dan hentaman sehingga 'memahatkan' rasa geram, dendam kesumat dan marah yang amat sangat terhadap pelaku-pelaku. Hak mereka dan suara mereka langsung dinafikan.

Senario ini membawa gelombang perubahan dan pembaharuan. Perubahan berfikir, bertindak dan menilai. Rakyat mahukan pembaharuan di dalam pemerintahan negara. Rakyat sudah 'celik' dan bukan seperti lembu dicucuk hidung dan boleh 'ditarik' kemana sahaja.

Keinginan kita semua supaya pemerintah bersikap tiada rasuah, adil pada semua lapisan rakyat, tiada ketirisan dalam pentadbiran, urus tadbir yang baik, tiada pembaziran, tiada kerakusan dalam pemilikan harta dikalangan pemerintah, jujur, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas dan bijak menguruskan wang rakyat demi rakyat dan bukannya perut dan tembolok sendiri atau pihak-pihak tertentu sahaja.

Mereka sedang melalui proses kehidupan yang matang, sekarang dan untuk masa hadapan. Mereka sudah pandai berfikir mana yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, negara dan yang paling utama ialah untuk masa depan Islam. Sedangkan pemerintah masih angkuh dengan bayangan sendiri, asyik masyuk diulik dengan 'irama' dan 'tarian ciptaan sendiri', sedang penonton melihat dengan rasa mual, muak dengan telatah, gelagat dan aksi yang cukup-cukup sumbang rentaknya..

Apakah sebenarnya?...

Apakah ini bahana kerana membangkang, anti kerajaan, tidak sehaluan, berlainan fahaman dan akidah politik?...

Inikah layanan yang baik, mesra atau tidak lebih sebagai talam dua muka terhadap rakyat oleh pemerintah dan penguasa yang berkuasa?.

Apakah protes mereka itu semata-mata untuk memburukkan proses pemerintahan negara dan langsung tidak membantu untuk membangunkan negara?

Apakah para protes bangun beramai-ramai untuk menjahanamkan negara sendiri?

Idaman

Bilakah kita hendak merasa kehidupan yang menepati syariat Islam, penuh segala kebajikan dan nilai kemanusiaan?. Mengambil berat semua keperluan rakyat jelata tanpa mengira semua lapisan masyarakat, bangsa atau agama.

Buktinya sudah pun telah ada. Baginda Rasullullah, para Khalifah Arrasyidin, pemerintah-pemerintah Islam selepasnya telah mengekalkan keharmonian, kebajikan dan kesucian Islam di dalam pemerintahannya. Bangsa Islam yang telah dilihat sebagai bangsa yang bertamadun dan membawa pembaharuan di dalam kehidupan duniawi dan memimpin ummah untuk kesejahteraan hidup diakhirat. Mereka cinta kepada Islam dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah Taala.

abuzorief @ bukit mertajam
7/5/2012 isnin,

Friday, 2 March 2012

Perubahan... Kebangkitan Syria

Syria...
  • Sunni Muslims account for 74% of the population 
  • while the remaining 12% are Shia – Alawite, Twelvers, and Ismailis combined, Druze 3%, Christian 9% (majority Antiochian Orthodox, other Christian include Greek Catholic, Assyrian Church of the East, Armenian Orthodox, Protestants and other various denominations).
  • President Bashir Al-Assad's family is Alawite and Alawites dominate the government of Syria and hold key military positions.


Ba'ath Party rule under Hafez al-Assad, 1970–2000
  • The 1973 Constitution defines Syria officially as a secular socialist state with Islam recognised as the majority religion.
  • On 6 October 1973, Syria and Egypt initiated the Yom Kippur War by launching a multi-front surprise attack against Israeli forces stationed in the Israeli-occupied Golan Heights and Sinai Peninsula 
  • In early 1976, the Lebanese civil war 
  • From 1976 until its suppression in 1982, the arch-conservative Muslim Brotherhood led an armed insurgency against the government. In response to an attempted uprising by the brotherhood in February 1982, the government crushed the fundamentalist opposition centered in the city of Hama, leveling parts of the city with artillery fire and leaving between 10,000 and 25,000 people either dead or wounded, mostly civilians
  • Syria's 1990 participation in the U.S.-led multinational coalition aligned against Saddam Hussein

Bashar al-Assad, 2000 hingga sekarang
  • On 10 July 2000, Bashar al-Assad was elected President by referendum
  • On 5 October 2003, Israel bombed a site near Damascus, charging it was a terrorist training facility for members of Islamic Jihad
  • In May 2004, the United States moved closer to imposing sanctions on Syria - Hamas, Islamic Jihad and Hezbollah, all included in what the EU and the U.S view as terrorist groups, all take refuge and enjoy strong relationships with the Syrian government.
  • Following 2004 Al-Qamishli riots, the Syrian Kurds protested in Brussels, Geneva, in Germany, at the US and UK embassies, and in Turkey, against violence in north-east Syria starting Friday, 12 March 2004
  • 2005, under heavy international pressure, Syria withdrew 14,000 troops and intelligence agents from Lebanon
  • April, 2008, that Syria and Israel had been discussing a peace treaty for a year, with Turkey acting as a mediator. This was confirmed in May, 2008, by a spokesman for Israeli Prime Minister Ehud Olmert. The status of the Golan Heights, a major obstacle to a peace treaty, is being discussed.
Syrian National Council (SNC)


 Burhan Ghalioun, chairman of Syrian National Council

Free Syrian Army, SNC

 As of November 2011, Syria was sliding close to civil war as the Free Syrian Army, composed of defected military personnel, began to go on the offensive against Syrian Army forces loyal to Assad, leading to deadly battles across Syria.

Why Homs... the Capital of the Revolution?
  • The Siege of Homs is a military operation being conducted by the Syrian military in the city of Homs against what the government called terrorist groups, while the opposition called it a crackdown against pro-democracy protestors.
  • Starting in October, street fighting erupted between the security forces and the Free Syrian Army.
  • Homs, Syria's third largest city, has a population of around a million inhabitants and is about 100 miles north of the capital, Damascus.
  • Many Syrians refer to Homs as the Capital of the Revolution
  • Population (2008): City 823,000

 Why Hama... country of Islamic uprising?
  • In the last decades, the city of Hama has become known as a center of the anti-Ba'ath opposition in Syria, most notably the Muslim Brotherhood
  • The city was raided by the Syrian Army, beginning with the 1964 Islamic uprising, and becoming the scene of carnage during the Islamic uprising in Syria in April 1981 and especially in 1982, when some 25,000 people were killed in what became known as Hama massacre
  • The city was once again besiegedby the Syrian military, as one of the main arenas of the 2011 popular uprising
  • Population in Hama (2009)       Total : 696,863
          Ethnicities : Arab
          Religions : Sunni Islam and the Greek Orthodox Church under the Patriarch of Antioch

Kematian dan kecederaan...

BBC News, 28 February 2012, Last updated at 21:51 ,
  • More than 7,500 people have died in Syria since security forces launched a crackdown on dissent last March, a senior United Nations official says. 
  • The emergency session of the United Nations Human Rights Council (UNHRC) discussed a confidential report delivered by a UN panel of experts that lists Syrian army officers and government officials who could be investigated for crimes against humanity.
  • French Foreign Minister Alain Juppe has urged the 47 nations in the council to be prepared to submit a complaint against Syria to the International Criminal Court (ICC) in The Hague.
Akibat Kebangkitan

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (Al Maidah: 8)
  • Causes
    • Absence of an effective constitution
    • High unemployment
    • Inflation
    • Dibiarkan rakyat tidak berilmu, supaya tak melawan kerajaan
    • Extreme poverty
    • Dizalimi, dianiayai, dipenjara dan dibunuh
    • Disogok dengan sedikit ‘kemewahan’ dan ‘hadiah’ cth minyak murah, makan murah dsbnya
    • Tekanan (oppression), under depression
    • Tidak dibenarkan berbicara soal politik dan mengkritik kerajaan
    • Dicandukan rakyat dengan faham agama yang salah, cukup sekadar ibadah sahaja
  • Goals of uprising
    • Resignation of Bashar al-Assad 
    • Democratic reforms
    • Free and fair election
    • Regime change
    • Recognition of Kurdishrights
    • Expanded civil rights
    • Abolition of the Supreme State Security Court
    • Lifting of emergency law
Apa yang berlaku di Egypt adalah tempiasnya
 
Grievances of Egyptian protesters were focused on legal and political issues including police brutality, state of emergency laws, lack of free elections and freedom of speech, uncontrollable corruption, and economic issues including high unemployment, food price inflation, and low minimum wages. The primary demands from protest organizers were the end of the Hosni Mubarak regime and the end of emergency law; freedom, justice, a responsive non-military government, and a say in the management of Egypt's resources. Strikes by labour unions added to the pressure on government officials.


Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yg mulia hina-dina dan sedemikian itulah mereka akan lakukan (Al Naml: 34)


Perubahan

Perubahan itu satu yang pasti di dalam kehidupan. Baik atau buruk, sehat atau sakit, aman atau huru-hara dan sebagainya adalah penentu kepada sesuatu perubahan (transformasi). Perubahan bukanlah satu perkara yang tetap (tsawabit) tetapi ia adalah perkara yang boleh berkembang, dinamik atau perkara berubah (mutaghaiyyirat).
 
Fenomena
 
Apa yang berlaku terhadap kehidupan manusia di dunia ini sejak dahulu sehingga sekarang adalah proses fasa perubahan. Ia akan terus berlaku tanpa mampu dibendung. Sama ada cepat atau lambat ia tetap berlaku. Namun sudah tentu ada faktor-faktor pemangkin yang menjadi penyebab kepada proses ini. Kerana ia adalah fitrah kehidupan atau tabi'e kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah Taala.
 
Kebangkitan
 
Peristiwa kebangkitan rakyat di serata tempat dunia ini adalah bersebab. Manusia tidak akan selama-lamanya akur dengan kekejaman, kezaliman dan kepayahan hidup. Naluri manusia akan bangun dan memberontak untuk menuntut hak.
 
Seorang pemuda yang membakar diri sebagai tanda protes telah merubah situasi di Tunisia. Keberkesanan penggunaan facebook dan medium komunikasi sedia ada berjaya menjatuhkan pemerintahan regim Hosni Mubarak. Semangat dan harapan telah membawa rakyat Libya menjatuhkan Muammar Gadafi. Anak-anak sekolah berani bangun menyatakan tidak puas hati di negara mereka (Syria) dan telah menyebabkan seluruh rakyat bangun menentang kerajaan zalim Basyar Al Asad. Kebangkitan demi kebangkitan akan berlaku di tanah Arab, dan ini telah menjadi inspirasi kepada rakyat di negara lain yang mengamalkan dasar pemerintahan yang diktator, kejam, zalim, korup, tidak amanah, tidak berlaku adil dan gagal menguruskan negara dengan cekap.
 
Selama ini kehidupan manusia marhaen sering dilayan sebagai hamba di negara sendiri. Pemerintah tamak dan gelojoh, mengaut kekayaan untuk diri sendiri, berkuasa untuk kepentingan sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat jelata. Siapa sangka sistem pemerintahan yang Diktator selama ini mampu ditewas oleh kuasa kebangkitan rakyat (dengan izin Allah Taala).
 
Siapakah yang lebih berkuasa
 
Sejauh mana berkuasanya manusia, regim atau kerajaan yang zalim pasti akan jatuh juga. Bukankah semuanya berada di dalam faktor masa. Masa itu tetap akan berlalu. Kuat akan menjadi lemah. Sehat akan menjadi sakit. Kaya-raya akan tersungkur menjadi papa kedana. Peringatan sebegini sering membuatkan manusia alpa dan hilang pertimbangan akal. Yang dikejar itu sebenarnya adalah bersifat sementara sahaja. Sering kali ia digelapkan oleh hawa nafsu yang bersifat diluar tabi'e kemanusiaan dan jauh dari kecerdikan akal fikiran.

Kesan kepada gerakan Islam dan dunia lain

Kepada dunia dan gerakan Islam , ini adalah isyarat untuk menyedarkan seluruh pemerintah supaya berlaku:
  • Amanah
  • Tidak kerakusan dan ketamakan
  • Adil
  • Freedom
  • Urus tadbir
Islam mengiktiraf  dan mengakui kuasa rakyat

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. (almaidah 48-50)

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta zakat, dan mereka menyurh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan (Al Haj: 41)

The route to civil society


 Nota: Kaedah dan rajah dengan izin (Mohd Nazri Mat Noor)
Manhaj Taghyir (Perubahan)
  • taghyir 'amiq la suthii - perubahan yg mendalam bukan di permukaan.
  • taghyir juzri la fauqi - perubahan akar bukan pucuk.
  • taghyir mutadarrij la fauri - perubahan yg beransur2 bukan mendadak.
  • taghyir mustamir la waqti - perubahan yg beterusan bukan seketika.
  • taghyir syaamil la juz'i - perubahan menyeluruh bukan sebahagian.
  • taghyir 'alami la quturi - perubahn 'alami bukan kenegerian.
Ini semua memerlukan golongan pelopor, kesedaran islami dan persekitaran dunia yg mengizinkan.

"Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS Al Anfaal : 53)

Peranan pemuda
Baginda bersabda “Pemimpin para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga lelaki yang bangun berhadapan dengan pemerintah yang zalim dia menyuruh (melakukan kebaikan) dan melarang pemerintah ini (melakukan kejahatan) lalu pemerintah ini membunuhnya”
Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (Aali Imran: 110)
Uqbah bin Nafi’ yang mencecah lautan Antartik dengan kaki kudanya, berkata “Ya Allah, jikalau saya tahu disebalik lautan ini wujud daratan lain nescaya saya akan kesana untuk berjuang dijalanMu” (He spurred his horse into the waves, and raising his eyes to heaven, exclaimed: Great God! if my course were not stopped by this sea, I would still go on, to the unknown kingdoms of the West, preaching the unity of the holy name, and putting to the sword the rebellious nations who worship another gods than Allah.“)
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”  (QS Ibrahim : 24-25)
Imam Hasan Al Banna pernah ditanya, kenapa ia tidak menulis buku (kitab) lalu beliau menjawab : “Aku lebih suka menghasilkan dan mencetak rijal berbanding buku kerana buku akan tersimpan dan menjadi usang di rak-rak buku, hanya segelintir yang mahu menikmati manfaatnya. Sedangkan rijal akan menjadi buku berjalan yang akan memberikan manfaat bagi siapa sahaja yang bersentuhan dengannya.”
Imam Hasan Al Banna, Beliau pernah mengungkapkan impiannya dalam ‘Risalahnya Kepada Pemuda’ bahwa ia sanggup menaklukkan dunia dengan rijal-rijal pilihan di bawah binaannya dengan katanya: “Siapkan 12 ribu rijal-rijal pilihan, aku akan bina mereka dan aku akan taklukkan dunia bersama mereka.”
"Sesungguhnya Allah (SWT) akan membangkitkan dari kalangan umat ini dipermulaan setiap kurun mereka yang akan mentajdidkan agama umat ini." (riwayat Abu Dawud, al-Hakim dan al-Baihaqi)
Persiapan kita
  • Maratib amal 
    • persiapan membina Individu muslim
    • Keluarga muslim
    • Masyarakat Muslim
    • Identiti peribadi Islam, (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (Albaqarah: 138)
  • Kriteria penentu – muwasofat sila rujuk fiqh dakwah, jld 2 (mustafa masyhur)
    • Membangunkan kekuatan ruhiyyah
    • Membangkitkan semangat inisiatif
    • Membangunkan jiwa yang bertanggungjawab
    • Membangunkan semangat pengorbanan, tadhiyah
    • Meningkatkan potensi diri
  • Kerja da’wah dan tarbiyyah spt. usrah, daurah, katibah dsbnya
    • Menjadi generasi perubah, pelapis masa depan
    • Usaha gigih untuk membina generasi Quran (Khalifah Abu Bakar berkata “Jika saya kehilangan seutas tali unta nescaya saya akan temuinya dlm kitab Allah”)
  • Giatkan segala bentuk aktiviti dan amal dlm masyarakat…, mujtama’ engagement
Allahu a'lam, sekian

Nota:
[1] Syria wikipedia
[2] Al Quran Karim
[3] Fiqh Da'wah, Jld 1-2, Syeikh Mustafa Mashyur
[4] Presentation Arab Spring, Mohd Nazri Mat Noor
[6] BBC news
[7] Sinar Harian

abuzorief @ sheffield
pengisian utk SMSA
mwh sheffield
29/2/2012, rabu 8pm

Sunday, 12 February 2012

Apabila minyak sudah kering, ianya pasti padam sendiri...


Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari... apabila minyak sudah kering, ianya pasti padam sendiri... (Hijjaz)

Lampu yang menyala dengan mengharapkan bekalan minyak, sekiranya minyak habis maka lampu yang menyala terang-benderang atau lampu yang mampu menerangkan kawasan gelap-gelita, akan terpadam dengan sendirinya. Kegelapan bukan hanya setakat diri sendiri tetapi turut mengelapkan suasana sekitar yang hanya bergantung harap dengannya.

Lirik senikata lagu yang mengingatkan saya betapa hidup ini di atas muka bumi ini hanya sementara dan  cuma tinggal cebisan-cebisan usia hidup yang berbaki sahaja, wallau a'lam, entah bila akan dijemput kelak. Memandangkan kekuatan tubuh badan tidak seperti dulu lagi. Banyak penyakit merupakan tanda-tanda 'kearah' cepatnya akhir hayat. Hanya masa yang menentukan dengan ketentuan Ilahi.


Cahaya

Pada hari ini juga genap 63 tahun kematian Imam Hasan Al Banna (12 Februari 1949). Mengenangkan betapa serius dan cekalnya beliau bersama keanggotaan yang lain untuk mengubah dunia (transformation) setelah peristiwa kejatuhan empayar Islam Othmaniyyah. Usaha yang bukan main-main, tetapi penuh dengan perancangan dan strategi dengan pengorbanan serta jihad. Kini perubahan yang besar di seluruh dunia Arab (Arab Spring) adalah hasil pentarbiyyahan yang telah dimulakan sejak awal gerakannya lagi. Siapa sangka tarbiyyah mampu mengubah segala-galanya.

Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya) (Surah Al Ahzab: 23)

Beliau menyatakan, "Sifat-sifat tersebut tidak akan wujud di dalam diri peribadi Muslim kecuali dengan tarbiyyah".

Usia...

Dengan usia yang semakin bertambah saban hari, terasa sedikit gementar untuk menghadapi cabaran mendatang. Kalaulah umur baginda Muhammad saw berakhir sekitar usia 63 tahun, maka saya menjangkakan usia tersebut jugalah akan menjadi kayu ukur (bench mark) kepada usia kita semua. 

Usia 63 tahun bukanlah lama. 1/3 hidup semasa di alam kanak-kanak dan remaja, 1/3 hidup ketika di alam dewasa dan 1/3 lagi, hidup masih berbaki... maka kalau dikira, usia  saya hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi dalam fasa 1/3 hidup yang masih berbaki. Begitulah kalau dicongak dengan kiraan mathematic, maka hanya tinggal 1/3 kehidupan sahaja lagi. Tetapi jangan lupa pula, kalau ditolak dengan waktu tidur, makan, urusan dunia dan hal peribadi, maka usia yang berbaki tersebut hanya tinggal lagi 1/3 dari 1/3 usia kehidupan. Aduh, cepatnya masa berlalu...


Kesibukkan vs bekalan...

Terkadang-kadang,  kesibukan dengan urusan duniawi, maka kita akan tenggelam seketika di bawa arus keasyikan dan kealpaan. Kita lupa, yang kita ini ada negeri lain yang akan kita terokai dan diami yang menjadi tempat tinggal yang kekal abadi. Cabaran yang cukup luar biasa untuk menuju fasa kehidupan seterusnya. 

Kita sendiri tidak mampu mengambarkan betapa dahsyatnya azab neraka dan takjubnya segala nikmat syurga di sana. Kalau baik amalan maka akan mudahlah laluan sepanjang perjalanan tersebut dan sekiranya bekalan di dunia ini hanya berupa debu atau sedikit sahaja, maka nasib yang menimpa diri juga mudah sekali diramal.  

Dan persiapkanlah bagi mereka apa yang kamu mampu dari kekuatan (Al-Anfal: 60)

Bekalan apakah yang  mesti kita bawa ke sana, sekiranya persiapan ke sana pun tidak pernah diambil hirau dan dipandang serius.


Amalan...

Sepanjang rentetan kehidupan kita ini, sebenarnya menanti di sana 'kerja besar' yang perlu dilaksanakan. Bukan untuk kesenangan dan keselesaan hidup diri kita sendiri sahaja tetapi menuntut lebih daripada itu.
  • Adakah kita pasti bahawa kehidupan kita ini hanya untuk mengalas perut sendiri sahaja?.
  • Bagaimana dengan keperluan ummah dan hakimiyyah Allah?
  • Bukan lagi hanya mendengar ceramah tetapi bertindak beramal dengannya...
  • Namun, apakah yang telah kita usahakan untuk mendaulatkan agama Allah di atas muka bumi ini?.
  • Berapa banyakkah amalan kita yang telah kita kumpul untuk bekalan menuju akhirat nanti?.
  • Bagaimanakah kita hendak menjawap persoalan Malaaikah di dalam kubur nanti?
  • Siapakah saudara kita yang telah kita pimpin tangan mereka supaya mengabdikan diri mereka kepada Allah Azzawajalla?
  • Berapa banyakkah tenaga tulang 4 kerat kita ini telah kita kerah dan serahkan untuk membela Deen Allah?...

Sesungguhnya Allah tidak mengubah satu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri (Ar-Ra'ad: 11)

Allahu a'lam, semua ini sukar untuk dijawab secara spesifik, tanpa melakukan perubahan dari sekarang. Mesti melalui proses pentarbiyyahan. Tarbiyyah jasadiah, tarbiyyah ruhiyyah, tarbiyyah aqaliyyah, tarbiyyah di medan (lapang-sasar) dan sebagainya. Tarbiyyah untuk melahir ahli yang faham, fikrah Islami yang jelas, Amal Islami yang jelas dan jitu, mempunyai kekuatan wehdah (kesatuan) untuk menegakkan Daulah Islamiyyah 'Alamiyyah.

Sikap 'tunggu dan nanti dulu' banyak merugikan diri sendiri. Jadi berfikir dan mengambil tindakan segera dan tangkas adalah jalan yang tepat dan bijak.

Wallahu a'lam,

Sekian,

abuzorief @ sheffield
12/2/2009, khamis
version 1.1, 12/2/2012 ahad
(12 years wedding anniversary)