Pages

Wednesday, 16 January 2013

Isu Kalimah Allah


Pendirian IKRAM
BERKENAAN ISU KALIMAH ALLAH

15 Januari 2013 bersamaan 3 Rabiul Awal 1434 H

1. IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.

2. IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

3. IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.

4. Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.

5. Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"

Wednesday, 9 January 2013

IT & Komunikasi berkesan?...


Zaman serba maju dan pantas menghendaki sistem komunikasi yang baik, pantas dan cekap. Mampu berhubung dan berbicara serta saling melaporkan di antara satu sama lain atau negara dengan negara lain sedunia dengan hanya beberapa saat sahaja. Semuanya ada kaitannya dengan teknologi dan masa. Cukup penting 2 faktor itu kerana setiap saat ia amat berharga. Sinonim pula dengan peribahasa Melayu, masa itu emas, nyawa dihujung pedang, telur dihujung tanduk, manakala sabda Arrasul tentang masa, hendaklah kamu ingat tentang 5 perkara sebelum datangnya lima perkara. Dan peringatan Allah tentang masa di dalam surah Al-Asr.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Al-Asr 103:1-3]

Zaman komputer?..

Diimbas kembali zaman komputer sejak komputer teknologi mainframe kemudian dengan processor Intel 286, 386, 486 hingga generasi Intel pentium/celeron dan family AMD dan sehinggalah kelajuan generasi Intel i7 dan lain-lain, dan pun begitu terhadap generasi telephone sehingga ke jenis smartphone mobile, dimana semua itu telah banyak merubah dan menukar kehidupan kita dari tidak bermaklumat kepada bermaklumat, dan yang dikatakan maklumat itu pula hanya dihujung jari sahaja, atau maklumat hanya ditepi telinga sahaja..

Begitulah, sistem atau medium tersebut telah menyebabkan kehidupan sentiasa berada di dalam dahagakan maklumat. Ledakan maklumat silih berganti dan perkembangannya tidak terkejar oleh kita. Masa dan maklumat itu seangkatan. Barangsiapa tertinggal maklumat dik kerana terlewat, terleka atau terlambat sesaat pasti merasa kerugian seolah-olahnya sudah tertinggal beberapa tahun kebelakang. Pastinya, 24 jam maklumat itu hanya dihujung jari, dan kita sentiasa mahukan perkembangan maklumat yang terkini (up-todate).

Manfaat untuk Islam?...

Seiring dengan kemajuan teknologi ini, platform ini cukup bermanfaat kepada dunia Islam yang mana Islam itu sentiasa menyuruh ummatnya belajar untuk mengetahui maklumat, yang mana akhir kepada natijah itu ialah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah azza wajalla.

Islam tidak pernah sama sekali menghalang penggunaan segala bentuk medium dan teknologi selagi mana ia menguntungkan kepada syiar dan perjuangan Islam dan mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia. Malah segala medium dan platform muslihat musuh sekalipun, selagimana ia bermanfaat untuk penyebaran Islam selagi itulah layak digunakan.

IT & komunikasi amat berguna untuk:
  • Menyebar Islam sebagai agama yang lengkap
  • Menangkis salah faham terhadap Islam
  • Menafi segala tohmahan dan fitnah
  • Dan lain-lain
Namun betapa seriuskah kita dalam perkara ini?.
  • Masih menggunakan cara komunikasi lama?
  • Buat tidak peduli sahaja maklumat yang diterima?
  • Tidak payah mengikut kemajuan teknologi?
  • Tidak payah ambil tahu.
  • Kami golongan lama, tak berapa tahu?
  • Biarkan pada generasi muda?
  • Tidak ada manfaat pun pada kita?
  • Malas hendak belajar?
  • Ini amal Dhoif?
Kegagalan komunikasi...

Malah, seringkali kita merungut atau rakan-rakan yang begitu kecewa dengan kita kerana maklumat tidak berbalas. Bertambah kecewa, jika ia ada kaitan dengan kerja yang perlu diselesaikan segera.

Alasannya:
  • Tertinggal maklumat
  • Tidak dapat maklumat
  • Maklumat tidak sampai
  • Tidak sempat baca email
  • Tidak buka e-mail, FB, twitter atau seangkatan
  • Tidak ada respond seperti SMS/email/FB and etc. tidak berjawab...
  • Tidak ada masa
  • Computer tidak ada
  • Handpone tidak ada
  • Hari cuti langsung tidak menjawab
  • Handpone rosak
  • Off handphone
  • dan sebagainya
IT & Komunikasi vs dakwah...

Kita tidak serius dalam kerja dakwah dan penyebaran Islam... betulkah?

Kerana...
  • Tidak menjawab email/FB/telepon message
  • Tidak anggap membalas message itu penting pada masanya atau
  • Tidak kisah pun jika melengah-lengahkannya atau
  • Sengaja melambat-lambat untuk menjawabnya
Jangan biarkan Islam itu terbantut penyebarannya di dalam dunia komunikasi yang terlalu pantas ini. Ia cukup merugikan Islam melalui dakwah dan tarbiah serta kebajikan. Jangan pula kita, tertinggal segala maklumat kebelakang atau tidak menghiraukannya, disebabkan kejahilan kita sendiri, sedangkan tarbiah dan dakwah di dalam Islam itu begitu dinamik, kena pantas bergerak dan sentiasa peka kepada perubahan dan mengambil cepat peluang-peluang untuk mengembalikan Islam memerintah seluruh pelusuk dunia.

bersambung....

abuzorief @ seberang jaya
8/1/2013 selasa 8pm
tazkeerah yang terhutang

Wednesday, 2 January 2013

Islamnya sister Ng Ai Hoon di Restoren Pizza Hut



Subhanallah, Alhamdulillah Allahu Akbar...

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Hari ini kami (Kak Mun, Suriani dan saya) menyantuni seorang sister berbangsa cina bernama Ng Ai Hoon yang menganut agama Tao di Pizza Hut, Alma Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Pertemuan ini telah disusun lebih awal dengan temujanji untuk berjumpa dan bersemuka pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah kami dan sister Ng Ai Hoon tiba tepat jam 6.30 petang seperti dijanjikan.

Pada sesi awal pertemuan, kami banyak berkenal-kenalan mengenali nama, tempat kerja, pekerjaan, tempat tinggal dan cerita-cerita mengenai kehidupan harian masing-masing. Katanya beliau adalah vegetarian. Alhamdulillah sesi sembang yang agak lama...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujurat 49:13]

Jelasnya, segalanya berlaku melalui own searching google dan scroll webpage hidayah centre pusat. Alhamdulillah right searching....

Kemudian kami bertanya pada beliau, kenapa memilih Islam selain agama lain atau kenapa tidak kekal sahaja dalam agama asal. Beliau menceritakan bahawa Islam lebih hampir kepada agama Tao iaitu Tuhan bukan dalam bentuk fizikal dan menyuruh berbuat baik dalam setiap tindakan. Tetapi yang lebih tenang baginya apabila telah membaca terjemahan Al-Quran dan mengkhatam terjemahan tersebut dalam masa 3 bulan dan sekarang katanya sudah masuk bacaan kali kedua. Saat yang lebih tenang dirasainya apabila beliau terasa tenang dari keserabutan di dalam kehidupan dan urusan hariannya apabila membaca ayat Allah ini. Dan Al-Quran itulah yg memberikan kesembuhan di dalam jiwanya. Benarlah Al-Quran itu adalah syifa', penyembuh, pemimpin, pedoman dan mukjizat agung akhir zaman. Dan dari itulah ayat demi ayat diperhalusi beliau walaupun masih teraba-raba mencari makna ayat yg tepat di dalam bahasa melayu kerana terjemahannya dlm bahasa indonesia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]

Kemudian, kami menerangkan Islam dari perspektif yang sebenar. Bukannya Islam dari sudut adat dan amalan harian orang Melayu. Islam perlu difahami apa yang diterangkan didalam quran seperti yang telah dibaca. Kefahaman tentang Islam mestilah didahulukan melalui akidah yang benar, faith atau kepercayaan, sepertimana di dalam Al-Quran pada chapter 1 Al-Fatihah iaitu mempercayai tentang sembahan, pemili alam dan perkara ghaib iaitu Allah, malaikat, hari akhir dan takdir. Perkara inilah yang perlu diyakini terlebih dahulu. Perbincangan ini begitu panjang dan kami saling bertukar-tukar pandangan.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [Al-Baqarah:3]

Kemudian diterangkan juga tentang kalimat yang begitu penting untuk menjadi seorang Islam iaitu kalimah syahadah. Saya bertanya kepadanya adakah sudah bersedia untuk masuk Islam. Katanya, "macamana?"... Dari kata-kata kesungguhanya, ternyata akan keikhlasanya.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. [Ibrahim 14:24]

Dan akhirnya...

Maha suci Allah, sister Ng Ai Hoon telah berjaya mengucap dua kalimah syahadah... aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Jadi, dengan segala kebesaran allah, beliau telah menjadi seorang Islam di hadapan kami semua di dalam Restoran Pizza Hut pada jam lebih kurang 7.50 malam.. Allahu akbar...

Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa telah menggerakkan hatinya untuk memeluk agama yang hanif ini.

Insyallah, kami telah memberi kata-kata semangat kepada beliau untuk terus memimpin beliau di dalam agama yang tenang ini..

Semoga allah memberi hidayah dan taufik padanya dan kita semua... Amin

Note:
Segala butir-butir terperinci peribadi tidak dinyatakan dan dirahsiakan.
Our lessons:
1. Quick respond
2. Ketepatan masa

Tribute to:-
Zulkarnain Ahmad
Mimun Jana
My wife, Suriani Shamsudin
Rakan-rakan IKRAM yang mendoakan
Hidayah Centre Pulau Pinang

abuzorief @ restoran pizza hut
alma bukit mertajam
28/12/2012 jumaat
6.30pm

Tuesday, 1 January 2013

Kubur kata, mari kau wahai saudara...



 
Marilah kita semua ketawa gumbira,
Berjaya melangkah ke tahun baru pula...
Sedar tidak sedar, umur sudah meningkat tua,
Pengisian diri penuh keseronokan dunia,
Tetapi terlupa hampir dengan kematian rupanya...

Mari kita ketawa gembira..
Rumah kata, pergi kau ke sana...
Kubur kata, mari kau wahai saudara...
Gembira, gembira dan gembiralah sepuasnya,
Belum puas dikaut habuan dunia katanya..
Tapi bagaimana pula persiapan untuk berjumpa Tuhan yang maha Esa??

Sudahkah bersedia??...
Selamat Tahun Baru untuk semua...
Enjoylah puas-puas selagi bernyawa,
Hahahahahaha...
 abuzorief @ kulim
1/1/2013 selasa
6.35pm

Friday, 21 December 2012

Al-AQSA yang mulia...


Salam Dhuha untuk semua...

Sikap mendiam diri tidak akan merubah apa-apa keadaan. Tidak cakna kepada isu ummah Islam yang berlaku. Boleh juga dikategorikan sebagai manusia yang tidak berhati perut dan berperasaan. Apakah kita juga mahu tergolong di dalam golongan mereka yang rugi yang hanya melihat apa yang berlaku seterusnya?. Sedangkan kita mampu bersama dengan 'rombongan besar' dengan arus 'gelombang besar' yang akan membuka kembali dan menguasai kembali kota Al-AQSA sepertimana yang telah dilakukan oleh rombongan Omar Al-Khattab dan Sallahuddin Al-Ayubi yang terus mekar di dalam ingatan kita semua.

Adakah kamu menyangka kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (Sebgaimana yang diketahuinya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman?. Dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan [At-Taubah:16]

Ayuh ketepikan sikap tidak apalah, nanti dululah, biarlah dulu atau sikap berpuak, bersuku-sukuan atau perasaan berbangsa-bangsa sesama kita, sebaliknya segera mengambil Allah dan Rasul dalam setiap perkara, nescaya kita akan bersatu dan berjuang bersama dengan rakyat Palestin menentang kezaliman baik di dalam keadaan apa sekalipun.

 Peri pentingnya Al-AQSA ibaratkan nadi dan nyawa yang perlu diselamatkan. Menbiarkan Al-AQSA seolah-olah menbiarkanya menuju saat-saat kematian dan kemusnahan yang terhina. Al-AQSA adalah hak milik kita dan ia perlu dibebaskan segera.


Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk [At-Taubah:18]

Jadi ayuh segera bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan-tangan biadap Israel Zionist.

From river to the sea, Palestine will be free... insyaallah.

abuzorief @ pasar malam seberang jaya
20/12/12 khamis
update 7...

Tuesday, 18 December 2012

Palestin tanah para Mujahid


Salam Muslimin dan muslimat semua,

Kita dikehendaki bersiap-sedia di dalam apa jua keadaan, susah atau senang, sibuk atau lapang, suka atau duka. Kerana acuan tarbiah kita disusun berdasarkan rukun, usul, baiah dan adab bersumberkan Al Quran dan Sunnah.

Beribadah pasti memerlukan ketenangan dan ketenangan perlukan suasana yg conducive iaitu aman, kasih sayang dan tolerate antara satu sama lain. Jika tidak, sudah tentu kita tidak akan selesa beribadah dan kyusuk di dalamnya.

Suasana di Palestine telah menterjemahkan suasana sebaliknya. Untuk ujudkan ketenangan disebalik kezaliman dan kebobrokan perlukan perubahan atau lebih tepat jihad. Jihad dengan nyawa dan harta benda yang disayangi.

Ya!, tanah Palestin adalah untuk pejuang Allah yang akan berjuang sehingga titisan darah terakhir demi mempertahankan hak. Prinsipnya adalah hidup mulia atau mati syahid.

Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist.

abuzorief @ puri pujangga
18/12/2012 selasa
update 6...

Monday, 17 December 2012

Palestin tanah para Anbiya'


Salam ikhwah dan akhawat semua,

Mempertahankan tanah suci dan barakah ini adalah kerana nilai spiritual, mental dan fizikal yg diceritakan dlm Al-Quran.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Israa:1]

Demi buah tiin dan zaitun, Dan gunung Tursina, Serta negeri (Mekah) yang aman ini; [Surah At-Tin:1-3]

Disini juga tempat kelahiran ramai anbiya'. Tempat mereka dibesarkan dan juga tempat dimana mereka dikebumikan.

Kasih sayang kita kpd para anbiya' adalah tidak berbelah bagi.

Keimanan kita terhadap arrasul dan anbiya telah melorongkan kecintaan, ketaatan, kesabaran, kasih sayang dan keamanan.

Apakah rela kita apabila tanah ini dimusnahkan oleh puak zionist?

Apakah suka kita apabila tanah ini dikuasai oleh manusia yg kejam dan zalim yg tidak ada perasaan ihsan dan hak kemanusian?

Apakah kita bersetuju dgn zionist yg tidak berhati perut membantai kaum wanita, lemah dan anak-anak kecil dengan alasan tidak masuk akal?

Kenapa perlu kita berdiam diri membiarkan mereka menangis, meraung, menjerit dan menagih simpati...

Maka jangan cipta 1001 alasan untuk kita tidak membuat apa-apa tindakan bg membantu mereka. Jangan pula beralasan bahawa kesibukan itu dikaitkan dgn anak isteri dan harta kesayangan kita (surah alkahfi)

Masa tetap berlalu, umur kian singkat...

Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist.

abuzorief @ pasar malam kg surau
16/12/12 ahad
update 5...