Pages

Sunday, 16 December 2012

We are Palestinian from Malaysia


Salam para 'Abidin semua,

Pada diri kita sudah pasti ada perkara istimewa atau special thing yg menjadi pujaan, disanjungi dan disayangi. Itu adalah lumrah kehidupan yang pastinya tidak dapat dilupuskan dari dalam diri. Lebih-lebih lagi ia bersifat emosi. Kalau lupus maka jadilah diri kita ini manusia yg tidak beremosi atau tiada perasaan.

Masjid Al-Aqsa teramat istimewa di dalam diri kita semua. Kalaulah masjid di kampung atau taman kita diperlakukan oleh manusia jahat, apakah perasaan dan tindakan kita? Pasti akan berlaku bantahan, rusuhan dan lain-lain perkara di luar batas kewarasan.

Kelebihan beribadah di dalam masjid Al-Aqsa  mendapat ganjaran yg besar pastilah mendapat kedudukan istimewa di dalam hati kita yang dahagakan ibadah, ubudiah dan khusyuk dan mengumpul sebanyak mungkin pahala dan ganjaran pemberian dari Allah Taala.

Hati yg terasa tentang hal ini adalah hati yg hidup. Darah juang yg tinggi yang mengalir di dalam diri akan terus memanaskan seluruh urat nadi kita dan akhirnya membakar semangat tubuh dan anggota untuk bertindak. Ya! semangat waja... Itulah kekuatan yang terpatri pada wargamu Palestin, namun kita sama-sama bersatu dan membantu menentang kezaliman... We are Palestinian from Malaysia.

Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist.

abuzorief @ pasar malam alma
16/12/2012 ahad
update 6...

Palestin tanah Isra' dan Mi'raj






Salam ikhwah dan akhawat semua,

Peranan kita terlalu besar untuk keluarga kita disana. Mampukan kita mendengar jeritan dan tangisan mereka setiap hari?. 

Tergamakkah kita makan makanan yg sedap-sedap setiap hari. 


Selesakah kita melihat penderaan, penindasan keluarga kita disana?. 


Bolehkah kita tidur lena sedangkan anak-anak di gaza dan syria menjerit kesakitan dan kelaparan setiap hari?. 


Benar!, kita tidak diuji seperti mereka. Mungkin kata kita "apa aku kisah dengan mereka, negara aku aman sudahlah...". 


Ingatlah ikhwani, saudara kita menderita kerana mempertahankan tanah wakaf Palestin. Di dalamnya ada masjid tercinta iaitu Masjid Al AQSA mulia. Ingatkah kita dengan peristiwa Mikraj?. Israk dan Mikraj Ar Rasul melambangkan tingginya ketaatan Arrasul untuk melaksanakan peranan sebagai hamba Allah, begitu juga dengan sahabat2 bila keimananmereka diuji dengan ujian sebegini. 


Taat mengikut perintah Allah. Untuk menjadi hamba yang setia dengan tanpa mengingkarinya. Jadi dimanakah peranan kita dlm menyahut cabaran ini? 


Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist. 


abuzorief @ pasar guar perahu
16/12/12 ahad
update 4...

Friday, 14 December 2012

8 hari bedilan yang menyentuh perasaan


Salam Tahajud pada semua,

Kalau di GAZA mereka mampu bertahan serangan dengan puak Israel selama 8 HARI dengan bedilan Bom, desingan peluru dan ledakan missile di sana-sana sini sehingga gencatan senjata, MAKA kita di sini pun mampu berhari-hari bertahan untuk melaksanakan misi kutipan A2GER untuk membantu anak-anak GAZA dan Syria serta membebaskan Masjid Al-AQSA Syarif...

Kalau mereka sakit, kita juga kena merasai kesakitan mengumpul dana untuk mereka dengan bersengkang mata. Kalau mereka penat berjuang, kita juga kena merasai kepenatan dengan meninggal zon selesa dan tinggalkan sebentar kerehatan dirumah untuk beberapa hari ini...

Cita-cita untuk hidup mulia atau mati syahid adalah cita-cita yang tertinggi dlm hidup kita semua terutama diri kita sebagai dai di jalan Allah. Jadi jangan musnahkan harapan kita dan cita-cita utama ini dengan hanya berpeluk tubuh dan mengarah orang lain untuk melaksanakannya. Kenapa tidak kita sahaja yang menjadi pembakar utama kearah matlamat ini. TEPUK DADA, Tanyalah pada IMAN atau ANGAN-ANGAN...

Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist.

abuzorief @ pasar malam parit busuk
14/12/2012
update 3...

Thursday, 13 December 2012

2 jenis perniagaan yang menguntungkan

Gambar anak-anak Cina dan Melayu

Salam Dhuha dan Jumaat Barakah pada semua,

Dijemput kalian semua untuk memberi infaq harta atau meluangkan sedikit masa kita untuk saudara kita di GAZA dan Syria. Maksudnya meninggalkan sebentar kesibukan peribadi dan keluarga untuk menafkahkan diri kita membantu mereka yang berjuang mengharungi keperitan hidup. 

Janji Allah itu benar dan pasti ditepati. Tidak akan memungkiri janjinya. Ada ruang dan lorong kebahagian sekiranya kita patuh segala arahan dan larangan.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [As-Soff:10-11] 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.  [At Taubah 9:110]
Sudah banyak kali kita mendengar dan meneliti ayat-ayat Allah tentang janji Allah yang pasti buat mereka yang berjuang pada jalan Allah. Satu perniagaan jual beli dengan Allah yang sangat menguntungkan di dunia dan akhirat.
Antara perniagaan yang menguntungkan sepertimana janji-janji Allah kepada orang-orang yang beriman ialah:
  • Beriman dengan Allah dan Rasul bererti mentaati segala perintah dan laranganNya
  • Berjuang membela agama Allah sama ada dengan harta mahu pun dengan nyawa sendiri
  • Syurga
  • Dijauhi azab yang pedih
Jadi ayuh bersama-sama kita berganding bahu melaksanakan misi ini sehingga Masjid Al-AQSA dibebaskan sepenuhnya dari tangan biadap Israel Zionist. 

abuzorief @ uptown taman pelangi
13/12/12 jumaat
update 2...

Wednesday, 12 December 2012

Hikmatussyuyuk wa hammasatussyabab...


Ayuh sahabat-sahabatku tercinta, kita sama-sama mengutip pahala amal jihad. Berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir. Penat lelah apalah sangat berbanding penderitaan keluarga tercinta kita disana...

Wahai syabab, turun dan bantulah syuyukmu, yg memerlukan tenaga 'besimu'. Habis-habisanlah menginfakkan tenaga dan hartamu demi melihat Al-AQSA dibebaskan oleh kita sendiri, bukan orang lain tetapi KITA SENDIRI, insyaallah kita akan termasuk di dalam kumpulan pertama yg berjaya membuka kembali AL-AQSA dan menawan kota palestin bersama dgn ikhwan disana...

Ayuh wahai Syuyuk, berilah semangat hikmah anda semua. Syabab memerlukan nasihat anda. Jangan kira mustawa tinggi akan jamin ke syurga. Jangan ber'angau' mustawa tinggi tidak perlu berbuat apa-apa. Sedangkan Allah adalah penilai taqwa yg paling tepat dan tinggi...

Hikmatyussyuyuk wa hammasatussyabab...

 

abuzorief@ pasar malam juru
12/12/12 rabu
update 1

Wednesday, 26 September 2012

Assalamualaikum nak!, boleh bagi makcik RM2.00...


Selepas solat zohor, saya kembali semula ke kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kelihatan seorang makcik berumur dalam lengkungan 60an mengetuk cermin tingkap, lalu saya pun membuka pintu kereta dan bertanya dulu, Assalamualaikum!, Ya makcik!... Assalamualaikum nak!, lalu makcik itu berkata, Boleh bagi makcik RM2.00... Allah!, kesiannya makcik ni, tapi dengan RM2.00 apa yang makcik boleh buat?, bisik hatiku... dari kelibat dan raut mukanya bukanlah peminta sedekah yang tegar, mungkin makcik ni ada masalah, fikirku pula... Tetapi mulutku terasa berat untuk bertanya, apakah yang sebenarnya terjadi?... Aku pun menghulur lebih sikit dari yang diminta... Syukran! katanya.

Persoalan?...

Pernahkah kita merasa susah?
Pernahkah kita merasa kesempitan hidup?
Pernahkah kita kesempitan duit ringgit?
Pernahkah kita meminta-minta dari orang lain dikala terdesak?
Pernahkah kita berlapar selama 1 hari atau 2 hari atau 3 hari atau berhari-hari?

Perasaan?...

Apakah perasaan kita bila melihat orang lain di dalam kesusahan?
Apakah perasaan kita bila kita sendiri merasa kesempitan hidup, ketiadaan duit ringgit untuk berbelanja?
Bagaimanakah perasaan kita bilamana kita terpaksa meminta-minta dan menagih simpati dari orang lain?
Pengalaman tidak dipeduli, dikeji, dimarahi, dihina dan sebagainya

Allah sahaja yang tahu...

Bagi mereka yang hidup senang-lenang, melimpah ruah rezeki, tidur dengan kekenyangan, mungkin kesusahan itu tidak dirasai. Mungkin juga mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan yang akan membuatkan hati dan perasaan menjadi lebih sayu.
Bagi mereka yang pernah mengalami dan merasainya, Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehidupan itu. Lebih-lebih lagi untuk menjalani kehidupan yang masih panjang.

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.(Al-Baqarah 2: 177)

Bukannya perbuatan memberi dan meminta itu yang saya hendak fokuskan. Tetapi lebih untuk menyelami hati dan perasaan mereka yang memberi dan meminta. Yang memberi mempunyai nilai kemanusian, dan yang meminta sudah pasti bukan kehendaknya. Mereka juga seperti kita yang ada perasaan malu dan tebal muka. Tetapi apakan daya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan bersama:
  1. Menyumbang seberapa banyak yang mampu dengan kemampuan. Abu Ishak As-Sabii'e berkata, "Mereka berpendapat kesenangan itu sebagai satu bentuk pertolongan kepada agama".
  2. Cuba lahirkan insaf dan belas di dalam hati dan peribadi.
  3. Buang sikap sombong dan bongkak serta bakhil. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan katanya, Al Hajib merupakan seorang lelaki bangsawan arab yang kedekut. Dia tidak menyalakan api diwaktu malam kerana bimbang cahayanya akan diambil faedah oleh orang lain. Apabila dia menyalakan api, dia akan memerhatikan sekelilingnya. Jika dia mendapati ada orang yang menumpang cahayanya itu, dia terus memadamkan api itu. Dalam satu riwayat Muslim, Nabi saw pernah berdoa, "Ya Allah! sesungguhnya aku berlindung denganMU dari sifat penakut dan bakhil"
  4. Berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki dan menanam azam untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Sufyan At-Thauri berkata, "Harta di zaman kita ini merupakan senjata kepada orang mukmin". Nabi bersabda, Tidak akan fakir orang yang berekonomi (berhemah dalam perbelanjaan)
  5. Berusaha melembutkan hati yang keras dengan cara memperbanyakkan menyumbang lebih-lebih lagi hak yang disayangi. Seorang lelaki telah meminta dari baginda lalu baginda memberinya sekumpulan kambing yang ada di lereng bukit. Kemudia lelaki itu bertemu kaumnya seraya berkata, Wahai kaumku!, Masuklah kamu semua ke dalam Islam, sesungguhnya Muhammad memberi seumpama pemberian seorang yang tidak takutkan kefakiran" (riwayat Muslim (2312) dari Anas r.a.)
  6. Melatih diri supaya ikhlas memberi dari meminta. Baginda arrasul tidak pernah menjawab satu permintaan dengan jawapan "Tidak" (Riwayat Bukhari (10/381) & Muslim (2311) daripada Jabir r.a).
  7. Tidak menghina dan mengeji kepada yang meminta dan berlaku ihsan dan belas kepada mereka
  8. Memuliakan golongan meminta kerana mereka telah membuka ruang kepada pemberi mengaut segala pahala kebajikan.
  9. Berlapang dada dengan ujian yang menimpa
  10. Memperbanyakkan doa dan sentiasa meminta hanya kepada Allah Taala
  11. Yang selalu meminta mestilah sedaya upaya merubah diri dengan berusaha untuk mencari rezeki yang halal sama ada melalui kemahiran dan pengetahuan diri yang ada.
  12. Yang memberi hendaklah berwaspada dengan harta yang ada, terutamanya ketika berbelanja. Allah berfirman, "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian" (Al Anfal: 28)
  13. Yang memberi mestilah bersifat Ithar (bertanggungjawab, murah hati dan melebihkan orang lain dari diri sendiri). Allah berfirman, "Dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan serba kekurangan dan sangat-sangat berhajat" (Al Hasyir: 9)
  14. Berusaha untuk menghimpunkan di dalam diri segala sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al 'As r.a katanya, Rasulullah saw bersabda, Berjayalah orang yang patuh, diberikan rezeki secukupnya dan bersifat qana'ah dengan apa yang diberikan oleh Allah Taala. (Muslim 9105) dan At-Tirmizi (2349)
  15. Mendidik anak-anak sejak kecil akan sikap memberi, kemuliaan memberi dan berihsan dengan orang yang meminta, bukannya mengatakan kepada mereka memberi itu lebih baik dari meminta (ayat negatif)
  16. Mengurus harta dengan sebaik-baiknya, terutamanya membelanja pada jalan Allah, anak yatim, fakir miskin dan kepada yang memerlukan.
  17. Yakin bahawa sebahagian rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian saudara kita, yang mana kita adalah pemudahnya.
  18. Peminta dan pemberi hendaklah menjaga ikatan akidah dan ibadah serta berakhlak mulia.
Marilah sama-sama kita beramal dengannya, semoga amal yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan dilimpahkan rezeki yang banyak.

abuzorief @ kulim, kedah
rabu, 26/9/2012

Monday, 6 August 2012

Journey to Jannah



Satu topik yang hebat yang telah dikongsikan bersama oleh para panelis forum anjuran Hidayah Center Pulau Pinang sempena Majlis Iftar Perdana yang telah diadakan di Dewan Mutiara Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 5 Ogos 2012 Ahad.


Mereka hebat...

Sungguh hebat mereka yang telah memeluk agama Islam. Agama baru bagi mereka. Agama yang akan melonjakkan status kehidupan mereka. Wajah dan perilaku mereka ibarat seorang bayi yang baru dilahirkan tanpa palitan dosa. Namun, usaha mereka mendalami ilmu dan melakukan seelok mungkin untuk setiap amal ibadah kepada Allah perlu dibantu oleh kita.

Mereka hebat kerana terpaksa menempuh segala dugaan dan rintangan di awal keislaman. Mereka dipulau oleh ahli keluarga, dihina oleh masyarakat Islam dengan sindiran dan kejian, bersusah payah mendalami ilmu Islam, berusaha untuk menjadi sebahagian dari kalangan orang Islam di dalam masyarakat Melayu dan sebagainya.
 
Kita yang telah lama ini...

Bagi kita yang telah lama ini merasa seronok dengan kehadiran mereka di dalam kelompok ummah yang akan mengabdikan diri kepada Allah. Kita yang lama ini, kembali merasa semangat dengan  kehadiran mereka untuk menambahkan sebanyak mungkin amalan. Seolah-olahnya mendapat saingan baru yang sebenarnya.

Atau kita yang telah lama ini, hanya melihat sahaja dan tidak merasa apa-apa dengan kehadiran mereka atau jangan sekali-kali timbul perasaan dengki dengan katanya akan habis dan punahlah segala kepentingan bangsa Melayu ini, nauzubillahi minzalik...

Kepompong...

Apabila difikirkan kembali, adakah cukup  dengan hanya hidup dikalangan bangsa Melayu sahaja. Sedangkan realiti kehidupan sebenarnya adalah masyarakat majmuk di luar kepompong Melayu itu sendiri.

Kita sentiasa 'lari' dari mendekati masyarakat yang bukan Melayu, dengan beranggapan bahawa kita kurang selesa bergaul dengan mereka, budaya mereka yang berlainan dari kita, bahasa mereka menyukarkan kita serasi dengan kita dan terdapat ruang-ruang yang agak susah untuk mencari persamaan dengan kita. Semua itu hanyalah anggapan kita sahaja, kerana kita tidak mahu mengambil jalan susah dan berusaha untuk mencari titik persamaan di antara kita demi menyeru mereka mengabdikan diri kepada Allah Taala.

Culas dan dendam?

Hidup kita yang selesa juga merupakan sebab musabab kepada 'keculasan' kita.

Apakah perbezaan warna kulit bangsa itu penyebab terjadinya jurang perbezaan yang amat besar?

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).  [Surah Al-Hujurat 49:13]

Atau adakah tersimpan dendam kesumat di zaman tok nenek moyang kita di masa lampau dan diwarisi 'perasaan' sehingga sekarang ini? apakah puncanya?...

bersambung...

abuzorief @ bayan lepas, penang
5/8/2012 ahad, 16 ramadan 1433h
majlis iftar perdana hidayah centre pulau pinang