Pages

Wednesday, 29 April 2009

Swine flu... Kenapa ingkar pada larangan Allah


Wabak swine flu atau pig flu semakin mendapat perhatian serious oleh kerajaan tempatan dan juga hebahan di media massa. Penyakit yang mudah merebak akibat pembawaan virus babi. Kenapa mereka tidak panggil saja wabak pig flu?, dan kenapa masih hendak berlapik dengan istilah yang lain?.

Wikipedia

Swine influenza (also swine flu) refers to influenza caused by any strain of the influenza virus endemic in pigs (swine). Strains endemic in swine are called swine influenza virus (SIV), not to be confused with Simian immunodeficiency virus, also abbreviated to SIV.

Swine flu is common in swine and rare in humans. People who work with swine, especially people with intense exposures, are at risk of catching swine influenza if the swine carry a strain able to infect humans. However, these strains rarely are able to pass from human to human. Rarely, SIV mutates into a form able to pass easily from human to human. The strain responsible for the 2009 swine flu outbreak is believed to have undergone such a mutation.[1] This virus is named swine flu because one of its surface proteins is similar to viruses that usually infect pigs, but this strain is spreading in people and it is unknown if it infects pigs.

In humans, the symptoms of swine flu are similar to those of influenza and of influenza-like illness in general, namely chills, fever, sore throat, muscle pains, severe headache, coughing, weakness and general discomfort. The strain responsible for the 2009 swine flu outbreak in most cases causes only mild symptoms and the infected person makes a full recovery without requiring medical attention and without the use of antiviral medicines.[2]

Of the three genera of human flu, two are endemic also in swine: Influenzavirus A (common) and Influenzavirus C (rare).[3] Influenzavirus B has not been reported in swine. Within Influenzavirus A and Influenzavirus C, the strains endemic to swine and humans are largely distinct.

(From Wikipedia, the free encyclopedia)

H5N1
 
Peyakit ini juga pernah berlaku di Malaysia pada tahun 1999-2000 yang dipanggil H5N1 atau Japanese encephalitis (JE) yang diakibatkan oleh mutation virus babi yang telah dibawa oleh nyamuk sebagai medium wabak. Habis di'punggah'nya cerita babi ini hingga ke akar umbi dan ke serata pelusuk alam. Nama Bukit Pelandok yang sememangnya tidak terkenal di muka bumi Malaysia pula, telah me'letup' terkenal sehingga ke utara tanah air kerana menjadi pusat penternakan dan pengeluar terbesar di negara Malaysia.

Sememangnya babi adalah binatang yang diharamkan ke atas orang Islam memakannya. Kaum yahudi juga tidak dibenarkan memakan binatang ini. Ianya telah dikategorikan sebagai najis berat atau mughallazah apabila menyentuhnya atau dengan apa cara sekalipun. Apabila ada arahan tegas dari Allah, maka ia mempunyai sebab kenapa arahan sedemikian rupa. Arahan larangan bukannya sengaja dikenakan ke atas manusia, kerana Dia lebih mengetahui ke atas setiap makhluk ciptaannya.

Israel has already rejected the name swine flu, and opted to call it "Mexico flu." Jewish dietary laws forbid eating pork (Reuters: 29 April 2009)

Tabiat alam

Saya melihat disebalik ciptaan dan arahan pengharaman tersebut sebagai satu hukum tabiat alam. Walaupun orang-orang Islam tidak dibenarkan sama sekali memakan binatang tersebut dan bukannya bermakna orang-orang Islam berhak mencaci dan memaki binatang tersebut untuk terus hidup. Kerana binatang tersebut juga adalah makhluk ciptaan Allah Taala dan hidup di dalam dunia yang realiti ini.

Setiap ciptaannya ada manfaat pada hak yang lain. Kalau dilihat pada hal keadaan babi tersebut yang amat kotor kerana dia boleh memakan kembali najis yang telah dikeluarkannya. Ini bermakna ia sebenarnya adalah anasir pembasmi bahan buangan yang kotor yang ada di atas muka bumi ini. Babi itu sendiri bertindak sebagai agen kitar semula.

Walaupun kajian demi kajian secara saintifik dilakukan ke atas babi dan mendapati perbagai kuman dan cacing yang sukar untuk dimusnahkan dan dibersihkan tetapi dengan mudah saja semuanya itu disucikan dengan menggunakan tanah dengan sekali basuhan dan dibersihkan kembali dengan basuhan air yang bersih. Bukankah itu cara pembasmian yang mudah?... Siapakah yang telah menetapkan cara basuhan dan penyucian tersebut?...

Sinonimnya, jasad manusia yang diciptakan dari pelbagai jenis tanah oleh Allah taala dan cara menghapus kuman dan cacing babi ialah dengan menggunakan tanah juga. Itulah hak dan kekuasaan Allah Taala yang patut kita syukuri.

Tetapi di atas sifat dan sikap egonya manusia yang mengingkari arahan larangan dan tegahan Allah Taala telah melanggar dan melawan tab'i kehidupan yang harmoni yang telah diaturkan oleh Allah Taala ke atas manusia.

Kehidupan kita di atas muka bumi ini diajar satu persatu oleh Allah Taala. Kita kena berdisiplin dalam kehidupan supaya kita selari dengan tab'i kehidupan alam dan makhluk yang lain.

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, Sebutkan kepada-ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!" (Surah Al Baqarah, 2:31)

Kisah pembunuhan saudara Habil dan Qabil juga telah diajarkan oleh seekor burung gagak bagaimana hendak menanam seekor lagi burung gagak yang telah mati. Semua jalan hidup kita sebagai manusia ini telah diajarkan secara rasmi dan tidak rasmi oleh seni tab'i alam kehidupan yang telah disistemkan oleh Allah Taala.

Jadi apa lagi yang ada pada diri kita, kalau kita sendiri tidak melihatnya dengan mata hati?

Tepuk dada tanya iman kita sendiri...

Wallahu 'alam, sekian.
 
abuzorief @ darnall
29/4/2009 wednesday

Thursday, 23 April 2009

Menanti tunas seri

 
Mengintai ketenangan disebalik kealpaan,
Menjadi pasak kekuatan hati,
Habis tirai berlumur kelemahan,
Menanti tunas menampilkan seri,

Merenung semula kesetiaan budi,
Masih jauh untuk memperbetulkan diri,
Apakah esok masih sempat berbakti,
Atau sekadar mimpi ngeri...

abuzorief @ sheffield
23/4/2009 khamis

Thursday, 19 February 2009

Sekali ombak menghempas, sekali itu juga pasir di pantai berubah...


Masa berlalu begitu cepat, pantas seperti kilat. Sekelip mata berubah arus, dua kelip mata berubah senario, tiga kelip mata berubahlah zaman, sekiranya tidak berkelip mata, sudah pasti samada berada di dalam zaman atau kemungkinan di luar alam nyata iaitu kematian.

Kematian

Begitulah adat manusia yang hidup, setiap yang bernyawa pasti akan mati, pasti dan tidak boleh lari lagi atau tidak boleh hidup kalau sudah ditakdirkan kita mati. Mana ada manusia yang boleh hidup selamanya. Paling lama hidup pun beratus tahun, itupun kalau tidak nyanyuk, sakit sendi ataupun muka sudah berkerepot. Kalau barang lama bolehlah dipanggilnya barang antik. Kalau barang antik mahal dan ada nilai seninya, tapi kalau manusia 'antik', lelong pun tidak laku... macam Siddiq Ulam Raja, cerita Allahyarham P. Ramlee bertajuk 3 Abdul...

U-turn

Namun begitu, dengan sekelip mata juga, kalau kita cuai maka dengan sekelip mata itulah malapetaka atau musibat yang akan menimpa diri sendiri. Tidak boleh reverse atau U-turn (pusing) balik. Kalau terlajak perahu boleh kita mudik semula ke hulu, tetapi kalau terlajak kata pepatah kata menyesal tidak berguna. Tetapi kita masih ada peluang untuk memohon maaf. Namun kalau terlepas atau terlajak masa, maka kita hitunglah sendiri masa yang berlalu, sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan setahun.

Dalam perang kalau kita tidak memancung musuh maka dengan sekelip matalah itulah si musuh akan memancung kita. Terburailah segala isi urat perut. Kalau si tentera perang terlewat satu saat maka musnahlah seangkatan atau satu batalion tentera, kerana kecuaian disebabkan mengingkari masa.

Bagi saya, kalau setiap masa terisi dengan kerja yang melampau, Mungkin saya akan berkata dengan alasan, Aduh!, cepatnya masa, banyak lagi kerja tidak siap, itu tidak buat lagi, ini tidak buat lagi, tambahan pula terlibat dengan tugasan kerja orang lain, maka pasti kena hambat dengan hamba Allah itu, maka apa lagi hendak beralasan untuk melepaskan diri. 
Namun pengertian masa kalau dilihat dan diperhalusi maksud dari surah Al Asr,  

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". 

Ayat yang mudah difahami dan ringkas, tetapi membawa maksud pengertian yang dalam.

Sekali ombak menghempas, sekali itu juga pasir di pantai berubah.

Nilai kehidupan

Pantasnya masa berlalu, tidak sama seperti derasnya air berlalu, semuanya tidak sama kalau hendak dibuat perbandingan satu per satu (apple to apple).

Nilai kehidupan kita bukanlah dipermulaannya hidup tetapi sebenarnya dipenghujung hayat. Apakah persediaan dan persiapan untuk bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak. Perhitungan neraca baik dan buruk.

Itulah anugerah Allah Taala yang terhebat untuk manusia, saya dan kita semua.

Wallahu 'alam, sekian

abuzorief @ darnall sheffield
19/2/2009 thursday

Saturday, 14 February 2009

Bila Da'ie masih banyak berehat...


Memang benar, kerja sebagai da'ei ilallah memang banyak terutamanya sumbangan tenaga 4 kerat, buah fikiran, menyantuni sahabat dan ummah, malah berbagai kerja boleh kita lakukan.

Namun, terasa malu untuk mengatakan diri kita ini sebagai da'ie kerana kerja da'ie memerlukan pergorbanan yang banyak dan bukannya sedikit, di uji di medan bukannya selesa dan berehat seperti yang diperkatakan.

Alhamdulillah, tetapi jangan pula mudah putus asa untuk menjadi seorang da'ie ataupun pekerja Islam yang mana, sudah tentu tidak dibayar dengan wang ringgit dan harta dunia. Tambatkan hati, sekurang-kurang tertanam di dalam hati kita untuk memakmurkan deen Allah. 


Azam

Berazam untuk berbakti untuk deen Allah. Kerana kita sudah berbaiah dengan allah di dalam solat wajib kita... 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah utk allah...

Bukan kerana yang lain, tetapi semuanya semata-mata utk Allah Taala. Inilah baiah taat setia kita sehingga akhir hayat dengan Allah pencipta kita semua.

Ganjaran


Tetapi insyaallah jaminannya dibayar dengan surga allah kerana kita mengambil satu perniagaan yang telah dijamin oleh allah terhindar dari azab yang pedih iaitu beriman dengan allah dan rasul dan berjuang di jalan allah kerana itulah jalan orang yang berjaya (Katirah ayat surah As-Soff)

Sebab itu perlunya jamaah yang ada perancangan dan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Kalau kita seorang sahaja hendak lakukan semua kerja, masyallah tidak terkejar, tetapi dengan berjamaah kerja yang banyak dapat diagihkan dan direalisasikan bersama. 


Manslahatnya seluruh ummah merasa bahawa ada anggota-anggota yang bertanggungjawab membela ummah. Tidak perlulah kita persoalkan pahala berapa banyak yang kita dapat kerana agihan pahala adalah kerja Allah Taala. Tetapi apabila bekerja di dalam jamaah, ganjaran pahala dikongsi bersama, biiznillah.

Golongan sedikit


Tetapi tidak perlu juga kita berkecil hati dengan kumpulan kita yang kecil, kerana bukankah Allah suka mereka yang sedikit. Wa khalilan min ibadiyassyakur, dan sedikit sahaja hambaku yang bersyukur, bahkan kumpulan kecil sahaja yang dapat mengalahkan kumpulan yang besar seperti perang badar, Ain Jalut dan sebagainya.

Tetapi biarlah dengan perencangan, kerana allah menyukai mereka yang berjuang dijalannya di dalam barisan yang tersusun seolah seperti bangunan yang tersusun kukuh (As-Soff) dan ayat lain Waaiddulakum mastatu' tum minquwwah.

Nahnu duat Qabla kullu syai'Kita duat sebelum segalanya sesuatu...

Wallahu a'lam fissawab
Sekian, coretan 


abuzorief @ sheffield
14/2/2009 sabtu
 

Friday, 13 February 2009

Bila hati pula terasa...


Bila mata melihat,
hati pula terasa,
 
Bila lidah berkata,
hati pula terasa,
 
Bila hidung menghidu,
hati pula terasa,
 
Bila telinga mendengar,
hati pula terasa,
 
Bila otak berfikir,
hati pula terasa,
 
Bila tangan memegang,
hati pula terasa,
 
Bila kaki melangkah,
hati pula terasa,

Bila perut kenyang,
hati pula terasa,
 
Bila hati pula terasa,
Bacalah...
 
"Demi jiwa serta penyempurnaannya. 
Maka Dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaan. 
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. 
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." 
(As-Syams: 8-10)

abuzorief @ sheffield
13/2/2009 friday

Tuesday, 10 February 2009

Ini macam perangai juga ada



Ada yang memberi dan
Ada pula yang meminta,
Ada yang pemurah dan
Ada pula yang tamak haloba,
Ada yang iri hati dan
Ada pula yang berhati mulia,
Ada pemaaf dan
Ada pula yang pemarah,

Ada yang kuat dan
Ada pula yang lemah,
Ada yang berkuasa dan
Ada pula yang dipaksa,
Ada yang nak dipuji dan
Ada pula yang dihina,
Ada yang baik dan
Ada pula yang jahat,

Ada yang setia dan
Ada pula yang melompat,
Ada yang jujur dan
Ada pula yang khianat,

Ada yang pandai
Tapi macam lembu...
Ada yang cerdik
Tapi dia pula kaki belit...
Ada yang bodoh
Tapi bodoh sombong pula...

Ada perangai macam ini,
Dan ada pula macam ini perangai...
Rupa-rupanya seribu macam perangai,
Ini macam perangai juga ada...

abuzorief @ Sheffield
10/2/2009 tuesday

Monday, 2 February 2009

Sepetang bersama Dr. Azzam Tamimi


Sepetang bersama dengan Dr. Azzam Tamimi bertarikh 1/2/2009. Program ini bertempat di Masjid, Muslim Welfare House, Sheffield, bermula dari jam 5.00pm - 6.30pm iaitu selepas Solat Maghrib.

Dr. Azzam Tamimi is a British Palestinian academic and political activist based in the United Kingdom. He is a prominent member of the
Muslim Association of Britain and the Stop the war Coalition. He is currently the director of Institute of Islamic Political Thought in London and appears regularly on Al-Jazeera, Press TV and other channels.

Muslim Welfare House, Sheffield

Ringkasan pengisian...

Kepadatan penduduk Gaza 1.5M di atas tanah seluas 365sqKm. Sangat padat di atas peta dunia. Perjuangan rakyat Paletine yang tidak akan kenal putus asa di atas tanah mereka sendiri. Hamas akan terus berjuang... dan sekiranya tidak meneruskan perjuangan, maka Allah akan menggantikan kaum lain untuk mempertahankan bumi Palestine.

Penduduk Islam Palestine berjuang untuk mengembalikan Al AQSA kepada ummah.

Pesanan beliau kepada hadirin semua, hasil penyataan setelah beliau berhubung dengan Pemimpin Hamas di Gaza... Mereka berkata, walaupun kita semua banyak berdoa, Solat, derma untuk mereka (Gaza) dan insyallah perbuatan-perbuatan tersebut perlu diteruskan namun kerja-kerja DEMO mesti diteruskan tanpa henti kerana ia telah menaikkan semangat kami (HAMAS & rakyat Gaza) untuk terus berjuang menentang Zionis. Kami lebih bersemangat kerana seluruh dunia menunjukkan solidariti ke atas rakyat Gaza.

Nota:
Kali terakhir bertemu dengan Dr. Azzam Tamimi di dalam Program Seminar Muhammad Bin Abd Wahab di Perlis pada tahun 2006.

abuzorief @ mwh sheffield
ahad, 02/02/2009 22:29
Greenwich Mean Time
 
muslim welfare house sheffield