Pages

Monday, 29 November 2021

Saturday, 3 October 2015

Bila masjid tak boleh guna Speaker...


Salam Jumaat...

Kecoh 1 negara, katanya umat Islam Penang tak boleh guna speaker di masjid.

Cubalah baca dgn jelas, fahamkan dgn betul, kalau rajin tu buatlah kajian ilmiah hadis dan sirah sikit ttg keharmonian dan kesejahteraan yg ditekankan oleh Islam.

1. Isunya jgn buat bising waktu-waktu org lain perlukan ketenteraman (balik lewat kerja, anak kecil tidur, kawan-kawan yg perlukan rehat dari shift kerja malam dll) Waktu masuk solat gunalah speaker utk azan.

2. Sebahagian org Islam terlalu emosi sehingga tak mengkaji dan memahami isu sebenar yg berlaku terus 'mengamuk' tak tentu pasal.

3. Banyak org Islam lebih suka menjadi pengikut dan pak turut kepada seseorang (taksub) dari mengaji dan mendalami ilmu Islam sebenar - melalui kelas-kelas Al-Quran, As-Sunnah dan As-Seerah.

4. Seronok menyebarkan perkara yg belum diri sendiri pasti apakah ia punca asal cerita.

5. Kononnya nak jadi pejuang agama, tetapi tindakan dan tingkah-laku memusnahkan agama.

6. Org kita lebih banyak nak salahkan org lain selain dari cari penyelesaian tanpa amok dan emosi, alangkah buruknya perangai ini.

7. Bila dpt satu berita yg bersangkutan dgn agamalah katakan, cuba perasingkan dan pastikan adakah/apakah ia hukum, adat atau amalan saja seronok-seronok atau ibadah tambahan/bidaah.

8. Pihak media pun byk nak buat untung dari nak jaga keharmonian, medium maya pun sama berlumba nak dpt LIKE yg banyak... Masing2 nak popular dan akhirnya agama tu pilihan no.2 atau lebih teruk dari tu...

Na' uzubillahi min zalik

abuzorief @ kulim, kedah
2/10/2015 jumaat

Friday, 24 July 2015

Hai Melayu...


Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia

ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita

Sajak A. Samad Said 

Tuesday, 4 November 2014

Hidup kita siapa yang mengaturnya?...


Semalam telah merancang untuk bersarapan nasi lemak di awal pagi esoknya pada pukul 7.00 pagi, tetapi di awal pagi ini terlewat sepertimana masa yang diinginkan, dan telah bertukar pula menu kepada roti canai. Semalam si isteri kata hendak masak gulai ayam, tetapi hari ini bertukar pula dengan masak lemak ayam bercili. Sekaligus, niat, keinginan, fikiran dan kelakuan semalam secara otomatiknya terbatal.

Celik sahaja mata kita dari tidur sejak semalam, telah ada agenda kehidupan seharian yang akan ditempuh. Berbagai aktiviti harian telah difikirkan oleh kita, hendak buat itu dan ini. Adakalanya apa yang dirancang seharian tidak menjadi, bahkan bertukar agenda dari apa yang dirancangkan.

Nah!, Siapa boleh menyangka bahawa set kehidupan kita setiap hari itu bukan kita yang menentukan. Nampak semacam kita yang mengaturnya, tetapi tidak semuanya sama seperti yang telah diaturkan.

Siapakah yang telah mengaturkan semua ini?...

bersambung...

abuzorief @ kulim
4/11/2014, selasa
11 muharram 1436

Sunday, 19 October 2014

Sempitnya hidup...



Saya cuba mengagahkan diri untuk mendengar cerita sahabat saya tentang masalah kewangan yang melanda diri dan keluarganya. Sekurang-kurangnya, dengan cara ini, mampu serba sedikit meghilangkan tekanan dan kerunsingan yang dihadapinya. Kehidupan sekarang ini semuanya memerlukan wang ringgit, dari duit untuk membesarkan anak-anak, pakaian dan keperluan harian, pendidikan anak-anak , hendak memulakan kerja, sewa rumah dan sebagainya. Wang ringgit adalah segalanya. Realiti kehidupan kini memang tertekan dan tercabar sekiranya kita tidak mempunyainya untuk menbiayai perkara-perkara tersebut.


Setiap butiran cerita itu mampu mengenangkan air mata saya dan mmembasahi kelopak mata. Itulah nama takdir bagi kamu. Allah menyayangi kamu dari yang lain. Pilihan Allah itu sangat tepat sebagai pilihan hambanya yang disayangi. Memang ujian itu berat kepada hambanya yang disayangi. Bukan ujian rekaan, tetapi ujian yang akan dibayar dengan ganjaran yang besar iaitu Syurga.

Namun, yang menjadi persoalan itu, apakah ia mampu bertahan dan terus bertahan? Apakah hati dan tindakan itu terus istiqamah, setia dan taat melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangnya?

Ujian yang berat dan hebat itu hanya untuk hambanya yang mempunyai ketaatan yang kental dan 'degil' untuk terus setia kepadaNya. Ujian yang ringan itu untuk mendidik hambanya supaya tidak goyah untuk menyembahNya.

Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah, dan mampu bertahan dengan setiap ujian yang mendatang.

Sekian...

abuzorief @ kulim
15/10/14 khamis
nasr 1000

Friday, 3 October 2014

Aku dan Longkang Bowling


Minggu ini amatlah penat dan terasa keletihan. Sengal-sengal badan masih terasa selepas menghadiri Mukhayyam atau perkhemahan hujung minggu lepas.

Hari Rabu malamnya pula, berkesempatan untuk bermain bowling dengan niat untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.

Alhamdulillah, tujuannya hanya satu iaitu mengeratkan ikatan kekeluargaan dan semangat ukhuwwah di antara satu sama lain.

Kalau hendak diikutkan lelah dan payah, hanya bermain bowling ikut sedap kekuatan sahaja. Tidak ada terlintas untuk bermain untuk mencabar di antara satu sama lain. Lagi pun aku bukanlah terror sangat bermain mainan ini.

Setiap kali aku baling bola bersaiz 13, setiap kali itulah bola akan meluru ketepi kiri atau kanan dan sudah pasti terbabas terus ke longkang.  Itulah kecekapan orang yang 'pro' seperti aku, haha.... Nah!, lebih banyak yang terbabas ke longkang dari mengenai sasaran atau strike.

Halatuju...

Dalam sesuatu titik kehidupan, pasti kita mahu lakukan perkara-perkara atau pekerjaan yang terbaik dan mampu memuaskan hati sendiri dan orang lain. Maka, kita akan pastikan setiap kerja atau perkara itu diteliti, dicermati, dihalusi dan dinilai beberapa kali sebelum diteruskan (running process).

Kerja buat itu tidak dilakukan secara cincai atau halai-balai atau sambil-lewa. Kerana hasilnya, sudah pasti tidak akan memuaskan hati sendiri mahupun pada orang lain yang akan mengambil manfaat daripadanya.

Pendekatan...

Untuk memastikan kita terus berjaya, mestilah fokus dan memberikan 100% penumpuan. Kerja yang berperancangan dan 'disuntik' dengan semangat, Insya Allah akan memberikan ruang-ruang kejayaan.

Berpasukan...

Melakukan kerja secara berpasukan atau amal jamaie lebih menguntungkan dari melakukan berseorangan. Kerja pun mampu disiapkan dengan segera dan tidak tidak membebankan. Pasukan pun mestilah yang bertanggungjawab.

Wallahu 'alam...

abuzorief @ kulim
3/10/2014

Monday, 1 September 2014

Merdeka lahirnya sebuah cinta...


Merdeka itu rahmat
Merdeka itu satu kalimat
Merdeka itu keramat
Merdeka itu selamat...

Alhamdulillah...
Terbangun jiwa merdeka
Hati teguh jasad satria
Agama ditahta
Negara dijaga
Bangsa dibela

Nauzubillah...
Bukan seorang derhaka
Bukan seorang boneka
Bukan seorang yang alpa
Bukan seorang yang leka
Bukan seorang yang dusta

Kemerdekaan bukan bangunnya pagi lambat
Malah bukan kerjanya dihambat
Kerjanya teratur dan tepat
Baginya masa terlalu cepat
Tanggungjawab dan amanah sebagai sifat
Khianati adalah perbuatan laknat...


Kemerdekaan bukan malasnya solat
Dan bukan culasnya beramal ibadat
Dosa mungkar segera bertaubat
Patuhnya kepada Tuhan itulah taat
Sentiasa tekun melaksana Syariat
Kerna faham makna hakikat
Dalam 'diri' sempurnanya ma'rifat...

Lahir kemerdekaan tiada perhambaan
Kejadian Tuhan ujud keseimbangan
Tuhan satu tiada bandingan
Layak disembah setiap ciptaan...

abuzorief @ gold course klang
30/8/2014 sabtu
muktamar tarbawi nasional 2014