Pages

Saturday 27 November 2010

Kitakah Ulul Albab?...


Penantian

Seronok dan mengasyikkan kepada mereka yang pertama kali dapat melihat dan merasa sendiri apabila salji turun dan merawak-rawak pergerakannya bilamana 'terjun' ke bumi. Memang indah permandangan ketika ini kerana sukar dapat melihatnya di tempat sendiri yang panas terik di bawah sinaran matahari yang membahang kerana 'hukum' nya berada di garisan Khatulistiwa.

Alhamdulillah, saya sekeluarga telah masuk musim ketiga winter dan telah melalui semua ini. Kesejukan yang melampau yang tidak dapat diceritakan. Itu baru ceritanya di bumi UK dan belum lagi di kutub utara yang berlapis-lapis dan bersilang-silang bongkah aisnya.

Kejadian

Saya teringat kembali semasa kejadian atau pra-Thunami terjadi. Mereka yang berada semasa kejadian itu menceritakan alangkah cantiknya ombak-ombak 'menari-nari' mengalunkan gelombang air yang berbuih keputihan dan berlumba-lumba menerpa ke pantai. Ya!, indah dan telah menjadi halwa mata ketika itu. Namun, tanpa disedari bahawa keindahan itu rupa-rupanya mendatangkan malapetaka hebat. Siapa sangka dengan sekelip mata sahaja keadaan indah dan cantik itu berubah rupa kepada keadaan yang amat cemas dan kejadian yang menyedihkan. Ramai mangsa terkorban dan banyak kerosakan ketika mana ianya terjadi.

Sekiranya terjadinya malapetaka akibat bencana alam maka ia tidak mengira samada sejuk atau panas dan bersedia atau tidak. Kejadian sejuk teramat dengan bongkah-bongkah ais yang berton-ton, banjir kilat di Pakistan baru-baru ini yang telah meragut banyak nyawa dan kerosakan harta benda yang besar, letupan gunung berapi dengan semburan lava yang panas dan meleburkan apa sahaja yang disentuhinya dan lain-lain kejadian lagi. Semua kita akan berduka-cita dengan kejadian yang berlaku.

Siapakah yang mampu mengubah kejadian sebegini?
Siapakah yang lebih diutamakan dan dipatuhi sekiranya terjadi keadaan ini?

Alasan

Bila keadaan sejuk, semua kita maklum bahawa kita tidak akan merasa keluh-kesah berbanding dengan keadaan yang panas terik dan berbahang. Bila panas, ada sahaja rungutan... katanya bila sejuk boleh sahaja pakai baju tebal dan berlapis-lapis dan boleh memasang heater untuk memanaskannya. Tetapi apabila panas, kita hanya mampu untuk memasang air conditioning, itupun hanya di dalam kawasan tertutup dan tidak mampu berbuat apa-apa bila panas yang maksima di luar.

Peringatan

Itulah sunnah atau takdir alam yang tidak dapat di sangkal sama sekali. Bila dan bagaimana ia terjadi adalah dibawah urusan maha pencipta. Dalam apa keadaan sekali pun, itulah nikmat kejadian Allah, samada panas atau sejuk dan senang atau susah, kerana ada pengajaran atau 'ibrah' di sebalik cerita alam tersebut.

Kesenangan yang dirasai akan melupakan kita sebentar, siapa yang lebih agung dan lebih hebat penciptanya. Kita seronok dan leka sehingga kita tidak sedar bahawa kita adalah hambanya. Tetapi apabila musibah terjadi, maka cepat-cepat pula kita kembali untuk menginsafi segala tindak-tanduk jahat yang telah dilakukan.

Apakah yang membuatkan kita tersentak dari lamunan ini?

Wallahu 'alam, kerana di sana ada peringatan yang pantas yang wajib diakui bahawa Allah adalah pencipta yang layak untuk disembah dan dipatuhi.

Rindu

Bagi mereka yang taat dan patuh kepada perintah Allah, mereka sentiasa rindu dan menanti saat-saat kemenangan mengharungi ujian dunia. Mengharap janji-janji dari Allah untuk memiliki dan mendiami syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan. Tidak sabar lagi menunggu dan terus menunggu. Alangkah seronoknya dan mengasyikkan sekiranya nikmat kurniaan Allah ini dapat dirasai walaupun sesaat.

Hebatnya sunnah kejadian alam ini kerana ada peringatan yang jelas bagi kita yang berakal dan mahu memikirkannya...

Kitakah ulul albab?

abuzorief @ sheffield
27/11/2010, Ahad

Dinner & Snow


26/11/2010: 8.00pm Jumaat - Saya dan beberapa orang dari pihak trust committee serta pengurusan MWHS telah mengendalikan dan meraikan majlis makan malam bersama 15 orang penghuni yang telah menyewa rumah dan bilik sewa MWHS. Majlis ini diadakan di Azaads Restaurant di Woodburn Road Sheffield.

Keunikan para penghuni MWHS ialah terdiri dari berbagai bangsa dan dari berbagai negara seperti Arab Saudi, Malaysia, Nigeria, Jordon, UK, Sri Langka dan Egypt.

Salah seorang penyewa dari Nigeria berkata betapa seronoknya dia disini apabila dia melihat sendiri kuatnya ukhuwwah dikalangan brother muslim dan tidak terdapat di negaranya walaupun berada di dalam komuniti muslim.


12.00am Sabtu - Keadaan di luar yang sangat sejuk, tidak hujan dan cerah di siang harinya. Tetapi, Selepas jam 12.00 malam, kelihatan debu-debu halus mula turun dengan lintang-pukang menutupi permukaan bumi Sheffield.

Ya!, Snow mula turun dengan lebatnya, suhu jatuh ke negatif (-) 3deg. Agak awal ianya turun pada tahun ini. Permukaan jalan dan kawasan kelihatan putih diselimuti Salji.

Betapa besarnya ciptaanMu ya Allah.

abuzorief @ woodburn road, Sheffield
27/11/2010 Saturday morning

UK Snow Alert: More Severe Weather On Way(c) Sky News 2010

Severe weather warnings are in place for almost all of the UK, with heavy snow and bitter temperatures forecast that could last for up to two weeks.


Some 10in (25cm) of snow is expected to fall over higher ground and parts of the Midlands and London will not escape a dusting.

Police in the North East are telling people not to drive unless absolutely necessary, and Gwent Police have warned of extremely bad driving conditions around Caerphilly.

There are warnings of ice on the roads in Northern Ireland, the North East, Yorkshire and Humber, the East Midlands, London and the South West, according to the Met Office.

And Scotland, the North East, Yorkshire and Humber, East Midlands and the South West are braced for more heavy snow.

Temperatures today will barely rise above freezing, with the South West set to be the warmest at around 3C.

Sky News weather presenter Isobel Lang said: "It's going to remain freezing cold this weekend with some very low night-time temperatures, possibly as low as -15C in places, and with daytime temperatures hovering around freezing.

"Today will see further snow showers especially in areas exposed to the north or northeasterly wind, but also across parts of the Midlands, East Anglia and southern counties of England from Kent, Sussex through Hampshire and Dorset."

She added: "Tomorrow looks as though there'll be plenty of crisp but sunny weather around.

"Further snow could affect southern coastal counties though, and there'll be heavier snowfalls working westwards across northern England, eastern and southern Scotland and into Ireland."

Last night, temperatures plummeted well below zero, with Sennybridge and Trawscoed in Wales among the coldest places at -10.2C.

Dalwhinnie in the Scottish Highlands saw the mercury drop to -8.2C, Chesham in Buckinghamshire fell to -7C, and Preston in Lancashire recorded -5.8C.

It is the earliest widespread snow falls in Britain for 17 years and forecasters believe the cold snap will tighten its grip, blanketing swathes of the country in the white stuff by the middle of next week.

Weather expert Jim Bacon, speaking from a snow-covered Norwich, told Sky News: "We've been surrounded by snow showers coming in from the coasts on all sides - and that's because it's out over the seas where these showers are being generated."

He added: "I think what we're seeing is a trend towards perhaps earlier winters, cold enough air not too far away from us... in fact up to the northeast over Scandinavia is where this cold air has come from, and to the north of Scotland.

"It doesn't take much effort over warm sea to produce these really heavy snow showers and I think its something we've got to expect to go on for quite a while."

Scotland and the north east of England bore the brunt of the bad weather on Friday - with dumps of up to 30cm recorded in the Highlands and North Yorkshire.

But snow is also drifting across Wales and the South West and even low-lying parts of the UK saw freezing temperatures yesterday, according to the Met Office.

Dozens of schools in Scotland, Northumberland, East and North Yorkshire and Wales were closed and many roads left impassable.

The M4 westbound in South Wales saw a 26-mile tailback last night, with the M25 and M40 also badly hit.

The AA said it was called out to 16,000 breakdowns by the end of the day, with 1,220 calls coming in every hour at the busiest time. Wales and the North East were the worst-hit for breakdowns.

Police said all roads in the Grampian region were covered in snow and ice yesterday morning while the A93 at Glenshee, the A939 to Ballater and the A957 Crathes to Stonehaven, at the Slug Road, were also blocked in places.

The RSPCA is also bracing itself for a busy period.

The charity has urged pet-owners to keep dogs away from lakes or ponds which may have iced over and avoid shutting cats out of the house for long periods.

RSPCA wildlife scientist Sophie Adwick added: "Winter can be hard for wildlife and every year the RSPCA rescues lots of animals which are dehydrated, hungry and cold.

"Food and water can be scarce at this time of year anyhow and ground frosts make finding food even more difficult."

Wednesday 24 November 2010

Rasuah atau ada udang di sebalik batu


Rasuah atau sogokan bermaksud memberi sesuatu kerana untuk mendapatkan sesuatu dengan cara atau jalan yang tidak sah. Berbuat baik kerana ada niat tertentu untuk diperolehi. Pepatah mengatakan "Ada udang disebalik batu". Perbuatan jahat ini melibatkan maruah peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Sentimen maruah amat terkesan apabila si pelaku melakukannya tanpa mengambil kira kesannya kepada agama dan ekonomi. Terjebak dengan survival moral yang hina dan rendah. Kesannya bukanlah setakat perilaku peribadi tetapi membawa kepada kehancuran moral dan imej bagi sesebuah negara dan agama.

Islam mengutuk perbuatan ini. Perbuatan ini bukan sahaja tidak elok  dan dipandang rendah di sisi Islam malah begitu juga disudut agama lain. Semua agama bersetuju dan sepakat mengatakan perbuatan ini tidak baik dan rendah nilai moral pelakunya. Manakan tidak, kerana ia perbuatan yang mengundang kepada kehancuran ekonomi atau Iktisad negara.

Firman Allah

Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui (Al Baqarah [2] : 188)

Maka ketika para (utusan itu) sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata, "Apakah kamu akan memberikan harta kepadaku?, Apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu" (An Naml [27] : 36)

Permintaan

Apakah mungkin rasuah berkait rapat dengan Kapitalisme, konspirasi, kronisme dan nepotisme ?

Sepanjang pengalaman saya, banyak kejadian ini disaksikan di depan mata sendiri, baik dilakukan oleh mereka yang beragama Islam mahupun tidak. Unsur-unsur ketamakan dan kerakusan harta dunia telah menyebabkan mereka melakukan perkara ini. Dari habuan sekeping roti canai dan mee udang, sebatang pen, sepasang kasut Timberland, handphone, laptop, aksesori kereta sehinggalah duit ringgit. Mereka telah hilang pertimbangan akal waras kerana tenggelam dengan kekaburan garisan kenikmatan yang diperolehi dengan cara yang mudah, tidak baik dan korup. Peraturan dan undang-undang dikesampingkan. Timbullah sifat kronisme dan nepotisme di dalam hal ini. Cuba memperolehi kemewahan melalui jalan mudah dan cepat tanpa melalui proses yang sah dan berperaturan.

"Boleh kita deal...kalau nak projek ni, kena bagi aku 10%... Keputusan siapa yang dapat semuanya kat tangan aku..."

"Bagilah RM2500.00, aku akan pastikan pelan ni diluluskan dengan cepat..."

"Esok kita main golf, bolehlah aku adjust mana-mana projek yang sesuai kat hang...."

"Hang bagi set golf sudahlah..."

"Bawalah kami ke Medan ke, ke Bandong ke..., lepas ni senanglah kita berurusan.."

"Nah!, ambillah duit ni dulu, lepas dapat nanti kira lain pula..."

Dan banyak lagi permintaan dan sogokan sedemikian yang boleh ditemui. Transaksi yang dilakukan secara "cross border". Mereka yang berkelayakan dan memenuhi kretiria tidak diambil kira, sebaliknya mereka yang ada talian kerabat, saudara, kawan rapat dan memberi sogokan walaupun kurang kelayakan telah diberikan peluang dan diberikan kutamaan.

Mereka yang melakukan boleh mengatakan "Aku peduli apa, janji aku senang". Sombong, tamak dan keakuan yang telah menjerembabkan diri sendiri di dalam lembah yang hina ini. Semua ini kalau diperhatikan adalah keinginan hawa nafsu yang tidak mengenal erti amanah dan syukur kepada Allah Taala.

Korupsi

Saya bukanlah hendak menghurai panjang lebar tentang isu ini, malah isu ini pun telah menjadi satu isu yang hangat di negara kita selama ini. Kenapa perkara ini terjadi di negara yang penduduknya Muslim? Boleh dikatakan, majoriti negara Muslim terlibat dengan perbuatan ini. Sehingga isu ini menjadi perhatian dan diambil kesempatan oleh negara-negara maju untuk mengatakan bahawa betapa mundur dan korupnya negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Keadaan menjadi tenat apabila orang-orang bawahan dan atasan berganding bahu berterusan melakukan amalan korupsi sebegini seolahnya matlamat telah menghalalkan cara. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan dibimbangkan. Dik kerana dilindungi oleh 'undang-undang' yang dikuasai oleh mereka yang berpangkat, berjawatan, berpengaruh dan berkuasa dan menjadi kebal sekebal-kebalnya.

Bribery payers index and Corruption perceptions index

Agak memalukan juga apabila dinilai keatas semua negara Islam dan didapati bahawa negara yang majoriti muslim dan ditadbir oleh mereka yang mengaku Muslim tidak dapat mentadbir negara dengan telus dan tiada amalan rasuah.

Mari kita perhatikan melalui Bribe payer index (BPI) melalui report BPI 2008 dan terbaru Corruption perceptions index 2010 yang dilakukan oleh agen Transperancy International (The global coalition against corruption) [1][2] dan didapati tidak ada satu pun negara di bawah tadbir Muslim tersenarai di dalam ranking negara yang kurang mengamalkan rasuah.

Kenapakah terjadinya sedemikian rupa? Dimanakah kedaulatan negara kita di dalam hal ini?

Aspek Rabbaniyyah

Buatlah sebanyak mana pun ceramah kesedaran tentang jenayah rasuah, kronisme dan nepotisme. Bagi saya penekanan halal dan haram di dalam hubungan muamalat mesti diberi penekanan. Aspek aqeedah yang sejahtera, amalan ibadah yang sahih dan tuntutan akhlak yang sejahtera adalah teras kepada proses pembinaan dan pembentukan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Islam tidak mengajar ummatnya menjadikan harta kemewahan sebagai asas jalan kehidupan untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala. Tetapi apabila kita meletakkan peribadi kita untuk mentaati perintah Allah, maka harta kemewahan yang dicari itu insyaallah, akan menjadi habuan kita dan kita tahu bagaimana hendak menguruskannya dan dipergunakan untuk manslahat umum dan mencari keredhaan Allah.

Nota:
[1] Transperancy International - Bribe payers Index:  http://www.transparency.org/news_room/latest_news/press_releases/2008/bpi_2008_en
[2] Transperancy International - Corruption perceptions index 2010 results: http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results

abuzorief @ sheffield
23/11/2010, Selasa

Sunday 21 November 2010

Dakwah kita antara kebersamaan atau cemburu buta

Berjamaah

Berjamaah adalah untuk melaksanakan kerja dakwah bersama-sama dengan halatuju dan matlamat. Merancang, memantau dan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah digariskan bersama-sama di dalam tanzim yang munazamah atau tersusun. Pasti semua jamaah Islam yang diwujudkan adalah untuk berusaha menegakkan daulah dan bersama-sama membina kembali keagungan empayar Islam di bawah kepimpinan khalifah sepertimana di masa pemerintahan khalifah Islam yang lampau. Apabila kita berada di bawah pemerintahan Islam sudah tentu segala Ibadah dan ubudiyyah kita kepada Allah Taala berada di dalam keadaan selamat dan tenang. Kita merasa seronok bermuamalat, beribadah, bermuayyassah, berjihad, berilmu, berpolitik dengan cara dan aturan yang dikehendaki di dalam Al Quran dan mencontohi sunnah Rasulullah SAW. 

Kesan kejatuhan Khalifah

Selepas kejatuhan Khalifah Othmaniyyah 1924, keadaan ummah Islam begitu teruk sekali kerana sistem dan Deen kehidupan Islam yang terbaik itu dirobek-robek sepertimana serigala atau anjing-anjing yang lapar dengan lahapnya mengerumuni hidangan atau diibaratkan sebagai tidak keruan, bertebaran menyembunyikan diri dari disambar helang-helang yang lapar. Habis negara-negara Islam dijajah dan dibahagi-bahagikan mengikut selera kepada suku sakat mereka tanpa mengendahkan lagi hak-hak kemanusiaan. Kalau Islam amat menyanjung tinggi, memelihara dan mengambil kira hak-hak wanita, anak-anak kecil, kaum lemah dan mereka yang berlindung dirumah-rimah ibadah semasa perang, tetapi puak penjajah yang tidak bersistem dan jahil telah mencabul semua sistem dan hak yang mulia itu. Bagi mereka hanya untuk memusnahkan kemahsyuran empayar Islam. Tidak boleh terima realiti bahawa Islam itu adalah selamat dan menyelamatkan.

Antara faktor kelemahannya ketika itu adalah kerana terlalu tebalnya sikap mazmumah dan jahat perilaku kerana telah diracuni dan menyerap masuk ke dalam hati-hati ummah ketika itu. Perancangan jahat penjajah menggunakan unsur-unsur ketamakan, mengadu domba, khianat, pepecahan, benci dan fitnah sehinggakan melemahkan pemerintahan. Sifat-sifat jahat yang amat sinonim dengan hasutan iblis dan syaitan yang selalu akan menyusahkan umat Islam untuk menumpukan perlaksanaan Ibadah kepada Allah Taala dengan sempurna.

Ta'asub dan berburuk sangka

Agak jelas juga sikap dan sifat di atas apabila ada dikalangan kita yang berjamaah mempunyai dan mewarisi sikap sebegini. Berburuk sangka sesama sendiri, cemburu buta, mengadu domba, ta'asub atau mengagung-agungkan hanya kepada jamaah tertentu sahaja dengan mengatakan dialah jamaah yang terbaik dan sebagainya dan mengenepikan usaha orang lain. Memisahkan hubungan ukhuwwah atau persaudaraan Islam yang menjadi teras keagungan Islam. Langsung mengenepikan hak-hak muslim sesama muslim. Sedangkan kita disaran supaya berlemah lembut terhadap orang yang beriman dan bertegas dengan orang-orang kafir (Al Ma'idah : 54).

Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW "Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara"

Jika inilah sikap buruknya, sudah tentu usaha ke arah pembinaan daulah akan menjadi lambat dan 'semak' dengan perkara-perkara yang remeh-temeh ini. Walhal matlamat besar kita adalah untuk mengembalikan daulah dan kepimpinan Khalifah.

Menyusun agenda pembangunan ummah

Garis sasar kita untuk membangunkan ummah mestilah jelas dan bersifat global dan tidak lagi berfikiran sempit hanya kepada siapa jamaah yang hebat, jamaah yang banyak amalan roh atau fizikal, jamaah yang ramai tokoh atau jamaah yang mempunyai tokoh hebat dan sebagainya. Sepatutnya semua jamaah yang ada berganding bahu untuk bersama-sama merealisasikan halatuju untuk ke arah pembinaan daulah. Di antara jamaah-jamaah saling hormat menghormati, bertolak ansur, bersepakat dalam perkara-perkara pembaikan ummah dan mensasarkan halatuju bersama untuk pembangunan ummah.

Walaupun berlainan jamaah tetapi ukhuwwah Islam yang menjadi teras kepada kekuatan ummah Islam perlu diberikan perhatian dan jangan sekali diketepikan. Mesti saling hormat menghormati di dalam ruang lingkup peradaban Islam dan bukannya bersifat dan berfikiran hanya kepada jamaah yang sempit. Kita perlu mengikis sikap keakuan dan kesombongan yang kita ketahui, akhirnya akan memusnahkan diri sendiri, jamaah dan juga ummah.

Jamaah adalah wadah untuk melaksanakan objektif dan halatuju. Kepentingan Ummah adalah lebih besar dan perlu di beri nafas dan agenda yang baru untuk dibawa bersama-sama untuk membina kembali daulah dan empayar Islam.

Dakwah kita

Dakwah yang perlu dilakukan adalah bersifat yakin, jelas, berpendirian, tidak ragu-ragu, tidak berselindung, universal, menjalinkan hubungan erat di antara sesama muslim dan menyediakan platform yang baik untuk kita bersama-sama melaksanakan amal dan aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan dan kemajuan ummah.

"Katakanlah (wahai Muhammad) Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" (Yusuf: 108)

Melalui dakwah juga kita sebenarnya mengasihi mereka lebih dari kita mengasihi diri kita sendiri. Mengikat kasih sayang sepenuhnya di antara satu sama lain. Mempertautkan tali-tali mahabbah dan mengajak bersama-sama melakukan kerja kebaikan untuk Islam.

Kerana kita menyakini sepenuhnya bahawa sifat dakwah itu adalah untuk menyelamatkan manusia dari perkara mungkar dan mengajak melaksanakan kebaikan. Berlumba-lumba dan berusaha untuk melakukan kebaikan dan menempuh segala halangan dengan sabar dan taat.

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata" (Al Anfal : 39)

Nota:
[1] Al Quran dan terjemahannya
[2] Majmu' rasail  - Imam Hasan Al Banna (Pustaka Salam)

abu zorief @ sheffield
21/11/2010 Ahad

Saturday 20 November 2010

Dinar dan Dirham


Dinar adalah emas dan dirham adalah perak. Dinar dan Dirham adalah matawang yang tertua di dunia. Sejak sekian lama mata wang dalam bentuk Dinar dan Dirham telah digunakan semasa melakukan muamalat di dalam pemerintahan Islam. Islam menekankan berjual beli secara telus, jujur dan halal dengan tidak melibatkan proses riba'.

Nilai matawang

Penggunaan Dinar dan Dirham tidak seperti penggunaan duit kertas cetak yang tidak membantu memartabatkan apa-apa nilai pada matawang apabila beurusan di dalam perdagangan kerana nilai pengukuhannya adalah bersifat turun dan naik dan kadang kala tidak stabil (Inflation and falling currency values). Banyak negara akan mengalami penindasan nilai mata wang kerana kejatuhan nilai di pasaran. Telah beberapa kali dan saban tahun terjadinya kemuncak krisis ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai matawang sedunia termasuklah negara maju atau dunia ketiga. Di masa ini juga ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang di atas kejadian ini. Peranan kapitalisme turut menghancurkan peradaban murni hidup manusia. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah melarat kehidupan. Penindasan terus menjadi-jadi dan sukar untuk dipulihkan. Kini kebangkitan semula penggunaan Dinar dan Dirham telah membuka mata dunia betapa pentingnya dinar dan dirham di dalam urusan perdagangan. Bahkan kedudukan Dinar dan Dirham terus melonjak naik di pasaran dan amat stabil nilainya.

Kebangkitan semula

Perlancaran penggunaan matawang syariah di Kelantan pada 2 Ramadhan 1431H telah membuka mata semua pihak kerana kerajaan Kelantan telah berjaya memulakan kembali sistem jual beli menggunakan matawang Dinar dan Dirham. Insyallah dengan sistem ini juga akan memangkinkan sistem pembayaran dan pengurusan zakat terutamanya pembayaran zakat emas dan perak. Kali terakhir penggunaan dinar dan dirham ialah pada tahun 1924, semasa pemerintahan kerajaan Khalifah Othmaniyyah di Turki.

Kenapa negara penjajah Barat semasa itu mahu semua negara menggunakan mata-wang kertas yang mudah dicetak dengan mudah? Habis semua sistem jual beli berteraskan Dinar dan Dirham ini dihapuskan. Mereka bukan sahaja menjajah ngera Islam tetapi telah merubah semua sistem ekonomi, sosial dan perundangan Islam. Bencinya mereka kepada Islam amat tebal dan apa-apa yang berkaitan langsung dengan Islam akan dipadamnya di dalam 'kamus' kehidupan. Kejahilan mereka telah berjaya diserap masuk di dalam sistem kehidupan ummah Islam. Ummat Islam terus diperdaya dan tertipu oleh penjajah Barat yang mengatakan mereka membawa arus kemajuan tetapi sebaliknya memasukkan unsur penipuan di dalam berurusan dengan masyarakat. Perasan jahat ini telah melumpuhkan hampir semua sistem-sistem Islam yang suatu ketika itu amat maju dan cemerlang tanpa menindas di antara satu sama lain.

Apabila diperhatikan dengan perkembangan semasa, negara barat inilah juga yang telah mempopularkan penggunaan Dinar dan Perak. Mereka begitu aggresif melakukan pencetakan dan penjualan emas dan perak sesama mereka. Kerana mereka tahu hanya emas dan perak sahaja dapat bertahan nilainya berbanding matawang kertas. Semua syarikat pencetakan telah dikuasai oleh mereka sejak sekian lamanya seperti PAMP Suisse.

"You have a choice between the natural stability of gold and the honesty and intelligence of the members of governments. And with all due respect for those gentlemen, I advice you, as long as the capitalist system lasts, vote for gold" George Bernard Shaw (1856 - 1950)

Kenapakah mereka begitu aggresif mempopularkan kembali emas dan perak ketika ini?
Apakah yang memungkinkan mereka berbuat demikian?
Adakah kita sekali lagi kena belajar penggunaan emas dan perak dari mereka?
Adakah kita ummat Islam sekali lagi kena tunduk kepada sistem dagangan mereka yang mana sistem ini telah lama diamalkan oleh ummat Islam terdahulu?

Emas dan Perak Bullion

Nilai emas semasa setakat hari ini (201/11/2010) ialah GBP850/oz dan perak ialah GBP17/oz. Tetapi emas bar keluaran PAM Suisse bernilai Euro1221/oz. Emas merupakan nilai yang mudah dicairkan dan mudah diterima di semua negara berbanding perak. Namun perak amat tinggi permintaannya di negara Eropah dan pembelian perak dikenakan VAT atau tax di sini.

Semasa pemerintahan Islam nisbah dinar dan dirham adalah 1 emas boleh membeli 15 perak. Tetapi sekarang nisbahnya adalah 1 emas boleh membeli sebanyak 60 perak. Walaupun kedudukan nilai perak rendah tetapi ia tetap menjadi bahan perdagangan yang diiktiraf.

Penggunaan semasa Khalifah Umar Al Khattab

Sejarah penggunaan coins emas secara fully syariah compliant dengan timbangan berat ditetapkan telah dilaksanakan oleh Umar Al Khattab RA. Matawang Islam untuk 1 Dinar bersamaan berat 4.25g. Terma "Syariah coins" adalah dikhususkan kepada Dinar dan Dirham sahaja.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu" (An Nisa [4] : 29)

Kebangkitan Khalifah Islam - New world order

Imam Abu 'Abdullah Al-Qurtubi atau Abu 'Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr al-Ansari al-Qurtubi atau Al Qurtubi adalah seorang mufassir, muhaddith, dan ulama yang faqih yang terkenal telah merungkaikan dan menerangkan akan kepentingan bentuk matawang untuk Muslim di dalam kitabnya Al Jami' li-Ahkam Al Quran apabila beliau menerangkan ayat di dalam Al Quran dimana Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) diantara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya" ( An Nisa [4] : 59)

Beliau menyatakan bahawa ayat yang menyatakan kepatuhan kepada Sultan atau pemerintah adalah menyentuh kepada tujuh perkara:
  1. Pencetakan Dinar dan Dirham
  2. Penetapan timbangan dan berat.
  3. Legal judgments
  4. Mengerjakan haji
  5. Mengerjakan solat Jumu'ah
  6. Mengerjakan solat eid
  7. Panggilan jihad
Apabila menyentuh persoalan kekhalifahan, adakah kita mesti tunggu dahulu untuk melaksanakannya? Sudah pasti jawapannya tidak. Apa-apa perkara yang boleh dilaksanakan dan ia menyentuh kepada keperluan ummah Islam, maka semestinya didahulukan dan diberikan keutamaan (aulawiyyat). Proses penegakkan Deen yang hanif akan menyelamatkan semua manusia yang berada di dalam sistemnya.

Kitalah yang bertanggungjawab melakukannya... kalau tidak kita siapa lagi.

Nota:
[1] Tafsir Al Quran dan terjemahannya
[2] Tafsir Al Qurtubi
[3] The invitation Islamic Community Magazine Dhul Qa'dah 1431 - Resurgent Islam by Abdallah Seymour

abuzorief @ sheffield
20/11/2010 Sabtu

AGM 2009/2010 Muslim Welfare House Sheffield

Alhamdulillah, 19/11/2010 selesai AGM Muslim Welfare House Sheffield bermula jam 7.45pm di dewan solat MWHS. Pengalaman baru bagi saya setelah setahun memegang jawatan Bendahari Muslim trust Committee sejak dipilih pada 19 September 2009 yang lepas. Sebelum ini, jawatan tersebut telah di pegang oleh sister Ameena Blake Ali.
Jawatankuasa MWHS Trust Commitee 2009/2010
 
Chairman - Dr Youcef Djerbib
Treasurer - Mohd Roesli Hassan
Member - Abderazak Bougara
Member - Ameena Blake
Member - Ziyad Al Zeet
 
Operation exercutive team:-

Manager MWHS - Ali Al Batati
Imam - Aidurus Farah
Exercutive officer - Sulaiman Al Naimat
Caretaker - Mohd Naim
 
Setelah dua minggu bertungkus lumus melakukan 'post mortem' ke atas account MWHS untuk tahun 2009 (1 April 2009) sehingga 2010 (9 Oktober 2010), akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya dan melaporkannya semasa AGM tersebut. Berbagai-bagai reaksi positif dan negatif apabila laporan ini dibentangkan. Perbincangan mula menjadi rancak dan panas dengan berbagai-bagai soalan. Antara puas hati dan tidak apabila melihat perbelanjaan yang banyak dihabiskan kepada kerja-kerja maintenance. Bab maintenance ini juga panjang ceritanya dan biarlah sekadar ini sahaja ceritanya.
 
Inilah antara AGM dan penglibatan saya yang menarik kerana para hadirin terdiri dari berbagai bangsa, intelektualisme, sikap dan pandangan, di antaranya terdiri daripada Yemeni, Algerian, Somalian, Turkish, Pakistani, Indian, Libyan dan lain-lainnya.
 
Beberapa perkara lain yang menjadi topik hangat adalah seperti isu penglibatan MWHS membantu kutipan untuk Sheffield Children's Hospital untuk membeli peralatan CT scanner yang berjumlah GBP500,000.00 dan pihak MWHS berjaya mengumpul sebanyak GBP15,000.00 melalui sehari kutipan pada hari Jumaat di setiap masjid-masjid di Sheffield dan Rotherham pada awal tahun ini.

Ada seorang jamaah yang agak berumur dan katanya telah menetap di UK sejak 1958 dan beliau menyatakan rasa tidak setuju dan tidak puas hati dengan penglibatan tersebut dengan alasan kenapa hendak membantu non-muslim? Agak racist kenyataan ini bukan?.

Namun, MWHS tetap sentiasa mahukan jamaah muslim dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat samada muslim ataupun non muslim. Ini adalah antara agenda ummah dan fikrah yang menjadi teras kepada dakwah MAB/MWHS. Ini akan mencerminkan bahawa Islam bukanlah anti sosial sepertimana masyarakat non muslim beranggapan kepadanya. Imej Islam mesti dipulihkan dan bersama-sama membantu masyarakat sekeliling.

MWHS terletak ditengah-tengah masyarakat tempatan non-muslim berbanding dengan masjid atau Islamic centre yang lain di Sheffield. Alhamdulilah sehingga sekarang, ia masih berjaya beroperasi walaupun kadang-kala tidak dapat menampung ahli jamaah masjid yang terlalu ramai dan complaint dari penduduk tempatan kerana bising disebabkan oleh anak-anak ahli jamaah masjid.
 
Ada juga perbincangan di antara pihak trust committe untuk membeli sebuah gereja terpakai di sekitar kawasan ini tetapi pihak gereja tidak mahu menjualnya. Usaha perbincangan dan rayuan tersebut masih lagi berjalan dan mohon didoakan supaya ianya berjaya. Sekiranya tempat baru ini berjaya dibeli maka banyak masalah seperti ruang solat dan tempat parking kereta dapat diselesaikan. Begitu juga aktiviti setempat mampu dilaksanakan tanpa mengganggu jiran tempatan dengan pekikan anak-anak semasa program dan aktiviti dijalankan.
 
MWHS adalah institusi di bawah Muslim Association Britain Sheffield (MAB) sejak sekian lama. Ia berkonsep terbuka untuk semua penduduk tempatan dan student dari University Sheffield untuk melaksanakan aktiviti selagi mana aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan MAB/MWHS. Semua pengguna MWHS dirai untuk menyumbang kepada aktiviti masyarakat muslim dan juga penduduk tempatan walaupun kepada non-muslim. Konsep mesra masyarakat menjadi teras kepada aktiviti disini.
 
Alhamdulillah kerana saya berpeluang untuk menyumbang kudrat walaupun sedikit kepada MWHS/MAB kerana peluang ini adalah kerana saya merasakan bahawa betapa beruntungnya dapat 'deal' dengan perniagaan yang telah Allah janjikan yang dapat melepaskan diri dari azab yang pedih.

Mentaati Allah dan Rasul dan berjihad pada jalannya melalui diri dan harta dan itulah bagi mereka yang mengetahui. (As Soff : 10-11)

Sekian.

abuzorief @ severn road
20/11/2010, Saturday
AGM MAB/MWHS

Wednesday 17 November 2010

Saya tak bersedia, saya tak boleh...


Alasan

Saya tak boleh buatlah..., saya tak bersedialah, saya malulah..., Tak maulah, nanti orang kata, baru belajar dah nak tunjuk pandai...

Itulah perkataan yang sering saya dengar, malah perkataan itu juga yang sering saya gunakan. Entah mengapa begitu mudah saja perkataan itu keluar dari mulut sendiri. Dengan beberapa ayat dari perkataan itu sudah cukup untuk memberi alasan dan 'melarikan diri'. Harapannya, agar orang lain akan 'benar-benar' faham situasi kita setelah diluahkan perkataan itu atau memohon supaya mereka memahami bahawa kita tidak boleh buat itu... ini... atau juga secara tidak langsung supaya mereka tidak memanjangkan lagi soalan dan desakan kepada kita.

Senang bukan?... Selepas ini tidak perlulah orang lain mencari kita dan minta pertolongan atau menuntut apa-apa pertanggungjawaban dari kita. Ya, memang selesa dengan menggunakan perkataan 'keramat' itu. Mungkin itulah yang dikatakan kata-kata yang keluar hasil dari reaksi kebuntuan akal dan kelesuan tubuh badan kita.

"Saya perhatikan rakan-rakan berbangsa Arab yang diberikan tugasan tidak seorang pun berkata saya tak mampu, sebaliknya menerima dengan bersyarat dan berbincang selepas itu..."

Walau bagaimanapun pasti ada pro dan contra disitu kerana 'bersyarat' pastinya ada sesuatu yang belum pasti untuk dilakukan, wallahu 'alam.

Negative intention and action

Semua perkataan seumpama itu melambangkan betapa pasif dan negatifnya keazaman dan semangat hidup kita. Tidak mempunyai kesungguhan langsung untuk mengembangkan potensi diri. Selalu merendahkan keupayaan diri (inferiority complex) bukan pada tempatnya dengan tanpa sebarang alasan. Menganggap diri sendiri tidak berupaya melakukan sesuatu yang baru dan lain. Suka membuat kerja yang senang dan mudah sahaja. Tidak mahu berasa susah dan payah untuk mengharung cabaran. Kita takut untuk terdedah dengan berbagai resam kehidupan yang berlainan. Sedangkan cabaran itu adalah proses mematangkan hidup kita. 

Sekiranya alasan ketidak-mampuan itu didasarkan dengan hujah kukuh yang bukan untuk alasan 'mengelak diri' maka ia boleh diterima dari logik akalnya. Contohnya, saya tidak mampu kerana sudah banyak jawatan yang sudah saya pegang dan dikhuatiri saya tidak dapat memikul segala tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, itu jawapan yang cukup menyakinkan kita dan orang lain.

Tetapi kebanyakkan yang berlaku adalah beralasan untuk tidak mahu terlibat dan tidak mahu bersama-sama melakukannya. Lebih senang untuk berpeluk tubuh dan berada di barisan belakang sahaja serta menjadi pemerhati sahaja. "Biarlah depa saja yang buat, depa lebih layak, saya ni tak dak sijil apa-apa pun..." dan berbagai-bagai 1001 macam alasan lagi.

"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yan tidak berguna" (Al Mukminun [23] : 3)

Disiplin diri

Untuk menjadi peribadi cemerlang, kita mesti berusaha ke arah itu. Mendisiplinkan diri supaya berada di tingkatnya. Bertanggungjawab dan melakukan sedaya boleh menurut kemampuan. Selagi perkara itu boleh dilakukan, selagi itulah diusahakan untuknya. Sehingga akhirnya berhenti sebentar apabila setelah beberapa kali usaha menemui kegagalan. Berhenti sebentar bukannya menyerah kalah kesemuanya tetapi berusaha pula mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya di sudut yang lain.

Proses membentuk diri perlu dilakukan secara istiqamah atau consistent, walaupun ia mengambil masa yang lama dan panjang. Proses berubah diri bukanlah boleh dilihat hasilnya dalam sejam dua atau sekelip mata. Kalau pun ia berjaya dilakukan pastikan ianya berada ditahap istiqamah yang tinggi dan tidak hanya bersemangat semata-mata.

"Dan Allah berfirman, "sungguh, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jananlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui" (Yunus [10] : 89)

Belajar dan mengajar

Prinsip belajar dan mengajar mesti dipraktikkan di dalam diri. Belajar untuk mencari ilmu dan mengajar untuk menyakinkan segala ilmu pengetahuan itu tetap setia di dalam diri. Jawapan kepada, saya tak mampu, tak bersedia, tak pandai sebenarnya disebabkan diri kita kurang berusaha dan malas mencari ilmu dan keyakinan. Malah ia akan merosakkan kemampuan dan kematangan diri kita sendiri. Ilmu dipraktikkan mengikut tingkat ilmu yang ada dan menurut kemampuan kita walaupun sedikit. Bukannya menolak terus bulat-bulat tanpa memberikan peluang kepada diri kita menjadi matang dengannya atau menjadi matang sebelum masanya.

"Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu dan katakanlah, "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku" (Toha [20] : 114)

"Mereka berkata "Wahai kaum kami! Sungguh,kami telah mendengarkan Kitab (Al Quran) yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus" (Al Ahqaf [46] : 30)

Memperbaiki diri

Berusaha kearah perubahan hidup amat dituntut. Kita dikehendaki sentiasa berfikiran positif dan bertindak secara proaktif. Sentiasa bersedia di dalam semua keadaan dan masa. Dengan cara inilah mudah-mudahan meletakkan diri kita sebaris dengan orang-orang yang berusaha merubah keadaan diri menurut firman Allah Taala:

"Baginya ada Malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia" (Ar Ra'd [13] : 11)

abu zorief @ sheffield
17/11/2010 - 11 Zulhijjah 1431H
Rabu

Monday 15 November 2010

Salam Eid Al Adha 1431H... Sheffield UK


Allahu akhbar Allahu Akhbar, Walillahilham...

Alhamdulillah esok 16/11/2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431H adalah hari besar dan penuh makna pengertiaannya seperti mana tahun-tahun lepas. Suhu di sini yang amat sejuk sekitar 5deg. hingga 1deg. Berlainan pula dibeberapa tempat yang berkeadaan panas, dilanda banjir teruk, dihujani dengan lava gunung berapi yang amat panas dan berbagai-bagai ujian dunia lain lagi.

Namun, kita masih diberikan umur yang panjang untuk kembali dan terus memperingati erti sebuah pengorbanan sepertimana yang telah dilakukan oleh nabi-nabi, rasul-rasul, khalifah arrasyidin dan sahabat-sahabat yang terdahulu.

Pengorbanan diri dan harta benda untuk digantikan dengan syurga Allah Taala. Menyorot kembali tentang peristiwa agung, itulah yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim yang disebut sebagai Khalillullah. Sanggup dan bersedia untuk melaksanakan segala perintah Allah Taala walau dalam apa jua bentuk arahan. Baginda meletakkan diri baginda sebagai hamba Allah yang taat dan patuh. Begitu juga dengan Baginda Rasulullah SAW, telah meletakkan diri baginda untuk diteladani oleh ummat baginda. Semua Rasul-rasul Allah berperanan sedemikian.

Pengajarannya amat besar pada diri kita yang kerdil supaya kita lebih bersedia untuk tunduk dan patuh kepada Allah Taala. Mengorbankan diri dan harta untuk kepentingan Deen Allah Taala. Kecintaan dan kerinduan kepada Allah dan Rasul lebih dari kepentingan diri sendiri. Memposisikan diri sebagai penyebar agama Allah di atas muka bumi tanpa mengira senang atau susah, penat atau selesa, sakit atau sehat kerana semua teladan telah ditunjukkan kepada kita melalui pengorbanan para nabi dan Rasul terdahulu.

Allahu akhbar Allahu Akhbar, Walillahilham...

Salam dari kami sekeluarga, Eid Adha Mubarak 1431H - kami menghulur sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada kesalahan dan kesilapan lampau serta halalkan makan minum kami sekeluarga.

abuzorief @ Sheffield
15/11/2010 Monday
eid adha 1431h

Sunday 14 November 2010

Jurutera, profession dan intergriti


Profession sebagai seorang Jurutera Muslim bukanlah satu kebanggaan. Ianya penuh dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tetapi ujian dan halangannya amat berat kerana untuk memenuhi tanggungjawab yang dipikul dan amanah yang mesti dilaksanakan terhadap kemajuan masyarakat dan negara. Walaupun ianya menjadi pekerjaan pertama untuk menyempurnakan mata pencarian atau rezeki kehidupan harian tetapi di sana terletak satu beban tanggungjawab dan amanah yang memerlukan pengorbanan diri sendiri.

Jurutera yang hebat ialah Jurutera yang mampu mengangkat diri ke martabat keimanan bersama-sama dengan kerjayanya. Beriman bersungguh-sungguh dengan Allah Taala sebagai tuhan Rab, Illah serta kesempurnaan Asma wal sifatnya. Beriman dengan Rasul-Rasul sebagai ikutan dan qudwah. Menjadikan Al Quran sebagai pegangan, pedoman dan punca pencarian ilmu. Dan merealisasikan jihad yang menuntut kepada pengorbanan diri dan harta.

Modernization

Modenization kini yang diertikan sebagai berlumba-lumba membawa arus kemajuan berbentuk fizikal seperti membangun ekonomi negara, memajukan prasarana dan pembangunan sains dan teknologi negara dan sebagainya. Semuanya berpaksikan kepada kemajuan dan kejayaan negara yang berbentuk fizikal kebendaan. Malah kita menjadi bangga kerana modernization itu membawa kepada konsep westernization. Kita sedia maklum bahawa masyarakat barat kini telah lemah dengan nilai dan adab kemanusian semata-mata mengejar kemajuan fizikal.

Islam tidak menghalang kita mengamalkan budaya hidup yang moden di samping pesatnya kemajuan di bidang sains dan teknologi. Sekiranya konsep modernization untuk memajukan sektor sains dan teknologi diperkuatkan dengan nilai akhlak keinsanan maka ia bukan sahaja mampu menjulang peribadi-peribadi menjadi hebat tetapi membawa kepada terlaksanakan sebuah tamadun yang selari dengan didikan Al Quran dan As Sunnah. Kini apa yang dikesali, slogan modernization yang dipopularkan oleh negara maju telah banyak menengelamkan nilai moral dan peradaban manusia. Nilai akhlak terpisah kepada dua bahagian dan masa.

Apabila “nilai kemanusiaan” atau “moral kemanusiaan” yang menjadi asas hidup umat manusia, berkuasa di dalam sebuah masyarakat, nescaya masyarakat itu akan menjadi sebuah masyarakat, yang bertamaddun, dan nilai moral kemanusiaan itu bukanlah suatu perkara yang sukar, tidak pula merupakan suatu perkara yang berubah dan tidak mantap serta tidak punya asas, sebagaimana yang dituduh oleh “pentafsiran ala benda atas sejarah” atau seperti yang dituduh oleh para penganut "sosialisme saintifik”. (Syed Qutb: Petunjuk sepanjang jalan - Islam ialah Tamadun)

Generasi quranik

Para sahabat Rasulullah mempelajari dari Al Quran untuk mencari arahan dan perintah dari Allah untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian. Tidak sedikit pun menganggap ianya sebagai beban dan menyulitkan perjalanan hidup. Mereka begitu yakin dengan intipati yang tersurat dan tersirat. Mereka merasa satu kelainan dan kehebatan yang teramat apabila Al Quran ini dihuraikan di dalam bentuk pengamalan hidup harian dan bermasyarakat.

Kalau diimbaskan kembali kehebatan tentera Islam semasa perluasan empayar yang menjadi kebanggaan kita sekarang, sudah cukup untuk kita bertanya dimanakah dan dari manakah kehebatan mereka perolehi. Kisah Sa'ad Ibni Abi Waqqas ketika mana beliau jatuh sakit semasa Haji Wida' selepas pembukaan kota Mekah dan pada masa itu beliau hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja. Beliau telah menawarkan 2/3 dari hartanya kepada Rasulullah sebagai sadaqah untuk digunakan ketika berperang. Katanya ia sudah hampir di saat kematian. Jawab Rasulullah tidak, usia kamu lebih panjang dari aku. Lalu Rasulullah menolak tawaran harta dari beliau dan bertanya adakah kamu masih mempunyai anak. Masih ada ya Rasulullah, maka kamu berikanlah kepada anakmu. Tetapi beliau menawarkan semula setengah dari hartanya lalu Rasulullah masih menolak. Lalu Saad Ibni Abi Waqqas menawarkan lagi 1/3 dari hartanya dan 2/3 hartanya diberikan kepada anaknya. Maka Rasulullullah  menerima tawaran itu walaupun pemberian itu tetap masih terlalu banyak. Berilah kepada anakmu supaya dia boleh berdikari dan tidak meminta-minta daripada orang lain. Rasulullah pernah berkata kepadanya bahawa kamu akan dapat menguasai sebahagian daripada dunia. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Rasulullah. Ketika di bawah pemerintahan Kalifah Umar, beliau telah dilantik sebagai panglima tentera dan Gabenor di Kuffah dan Najad. Manakala di bawah pemerintahan kalifah Uthman pula, beliau telah berjaya membawa Islam ke negara China. Begitulah hebatnya seorang yang bernama Sa'ad Ibni Abi Waqqas dengan ketinggian budi pekerti, pengorbanan dan kesungguhan melaksanakan tanggungjawab.

"Suatu ketika dahulu semasa saya bekerja dengan beberapa Jurutera dan Manager Jepun, saya dapati mereka begitu setia bekerja untuk diri dan syarikatnya. Seolah-olah itulah syarikat pertama dan terakhir bagi mereka. Bekerja dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Sentiasa menjaga masa terutama waktu bekerja, mesyuarat dan juga appointment (tiba awal di pejabat dan balik lewat apabila semua pekerja bawahan sudah balik pada waktunya dan pernah salah seorang di antara mereka berkata, mereka merasa malu untuk balik awal sekiranya ada di kalangan mereka yang belum balik lagi), tidak bermain-main semasa bekerja, tidak banyak bersembang dan membuang masa semasa bekerja, sentiasa hormat pada semua pekerja baik pihak atasan atau pihak bawahan, sentiasa menjaga kualiti dan tertib terhadap tugasan, tidak merungut apabila kerja lebih masa, ... semua ciri-ciri ini amat bertepatan sepertimana yang disaran di dalam Al Quran dan sunnah Ar Rasul SAW."

Amalan beretika bagi seorang Jurutera sudah lama dibincangkan. Baik di media massa mahu pun di forum-forum akademik. Semuanya mahukan supaya mereka yang berada ditahap ini mempraktikkan amalan kerja yang berdisiplin dan penuh dengan ketertiban akhlak Islam dalam erti kata menjurus kepada amalan kerja berhikmah dan berhimmah. Sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, berperanan, berdisiplin, menjaga waktu, tidak mengambil rasuah, tidak pecah amanah, saling menghormati di antara satu sama lain dan lain-lain lagi perlu diberi perhatian.

Sebaik Ummat

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, yaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah." (Ali Imraan: 110)

Pengertian "kamu adalah sebaik-baik ummah atau kuntum khaira ummah" bukanlah penyataan imaginasi dan dongengan. Kefahaman tentang penyataan ini menjurus kepada kewajipan kita bertindak dan melakukan sesuatu yang terbaik ke arah tersebut. Dalam hubungan ini, apabila kita kecilkan skop kepada profession ini, maka besarnya tanggungjawab dan amanah yang perlu diketengahkan untuk menjadi salah satu anasir ummah seperti yang dikehendaki oleh Allah.

"Dan demikianlah kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu ..." (Al-Baqarah: 143)

Halangan dan ujian

"Saya melihat segelintir Jurutera yang beragama Islam tidak segan silu meneguk arak dikhalayak ramai dengan megahnya tanpa merasa bersalah sedikit pun pada diri sendiri dan rakan-rakan muslim yang lain di majlis-majlis rasmi... adakah ini yang dinamakan the best social entertainment?..."

Namun unsur-unsur yang menghalang hidup dan kerjaya ini tetap jelas dan sukar disanggah. Akan ada pertentangan dari runtunan hawa nafsu yang mahukan ianya tidak mengikut amalan hidup dan kerja secara baik. Nafsu yang banyak memujuk diri kita supaya melakukan amalan yang bertentangan dengan syarak. Membangunkan semula nilai jahiliyyah berdasarkan pengabdian manusia di atas sesama manusia dan penyelewengan hukum alam yang tidak selari dengan fitrah kejadian manusia.

Apabila kesenangan sudah mula dirasai hasil dari kedudukan dan ketinggian jawatan, maka resam hidup mula berubah. Gaya personaliti juga akan berubah. Malah pendirian yang baik akan menjadi goyang dan semakin kurang mementingkan sikap intergriti dan berakhlak mulia. Maka ianya merasakan inilah peluang baginya untuk membuat apa sahaja menurut keinginan dan kemahuan hawa nafsu. Melanggar disiplin dan etika kehidupan seorang yang berkeperibadian muslim yang selama ini dikatakan beriman dengan Allah Taala.

Manusia yang beriman walau apa pun jawatannya, tinggi atau rendah akan sentiasa patuh kepada arahan Allah Taala. Apabila melakukan sesuatu kerja maka mereka akan melakukan secara berakhlak. Bukankah akhlak itu perlu diutamakan? Kepincangan seorang jurutera yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam akan menghancurkan nilai dan prinsip hidup di dalam masyarakat. Kebanyakkan kelakuan yang tidak berakhlak seperti amalan rasuah, kaki perempuan, pecah amanah, tidak berdisiplin, minum arak, menindas hak orang lain, sombong dan bongkak, penipu dan sebagainya akan menjadi satu budaya dan tradisi bahaya dikalangan jurutera sekiranya tidak ditangani dengan segera. Mereka secara tidak langsung telah menghidupkan sebuah tamadun yang tidak sehat dan tidak berprinsip dan akhirnya tewas dengan segala tipu daya kemewahan dunia..

Lihatlah sahaja tamadun yang telah lama dibenamkam oleh Allah di dalam perut bumi seperti kaum Saba' dengan kemajuan teknologi pembinaan, penduduk Iram bagi kaum Aad yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi dan kaum Samud dengan teknologi pemotongan batu-batu besar . Kebanggaan mereka di dalam teknologi keduniaan tidak dapat dinafikan. Malah mereka terlebih dahulu menunjukkan kepandaian mereka mencipta sebuah tamadun berteknologi tinggi setaraf dengan kehidupan mereka ketika itu. Namun siapa sangka, tamadun yang mereka banggakan dengan mengenepikan perintah dan larangan Allah Taala dengan sekelip mata sahaja hilang dan lenyap ditelan bumi disebabkan kemurkaan Allah Taala.


Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamaddun sekarang. Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains”, sebab menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada "akidah” dan “Program” yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains, di bawah pengawrasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam. (Sayid Qutb: Petunjuk sepanjang jalan - Ma'alim fit Toriq)

Bermegah-megah dengan jawatan dan kekayaan tidak membawa apa-apa pengertian dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Malah apabila bersekongkol dengan hawa nafsu, maka yang akan wujud adalah keburukan tingkah laku atau akhlak terkeji. Semua kerja buat hanya untuk dipuji dan dikenang sebagai berjasa. Dipamernya segala sijil-sijil dan pingat-pingat keberjasaannya tetapi di dalam diri penuh dengan hipokrit dan keangkuhan. Jangan sangka apa yang dikatakan maju, moden itu sebaliknya melambangkan kejahilan kita sekiranya kita terpisah jauh dari bimbingan Allah Taala.

Apa yang penting adalah membina semula etika dan akhlak yang menjadi tunjang kukuh kepada Islam dan membina tamadun peradaban Islam yang cemerlang. Menjadi generasi Jurutera Muslim yang unik iaitu beriman dan mempunyai kemurniaan akhlak yang tinggi berteraskan Al Quran dan As-sunnah. Takut dan harap semata-mata hanya kepada Allah dan bukannya untuk mengejar kemewahan, kesenangan dan pangkat tinggi yang sementara.

abuzorief @ sheffield
14/11/2010, Ahad

Tuesday 9 November 2010

Ketaqwaan atau kefasikan


Apabila mentadabbur ayat-ayat Al Quran, sememangnya hatilah yang akan terasa tenang. Kerana itulah makanan dan habuan rohani. Kesihatan rohani perlu diambil berat dan diberikan sepenuh perhatian. Selama ini kita membiarkan rohani kita kosong tanpa 'dibajai' dengan ayat-ayat Allah. Semakin sibuk kita dengan urusan dunia, maka semakin kurang kita memberikan perhatian kepadanya. Walaupun peranan rohani kita, tidak sepertimana jasad kita bekerja, tetapi rohani kita 'menyelimuti' seluruh jasad fizikal kita untuk melaksanakan kerja, sama ada perlakuan kita itu baik atau pun buruk. Rohani berperanan menggerakkan anggota jasad. Rohani yang sehat dan tenang akan menggerakkan jasad untuk melakukan kebaikan tetapi sekiranya ia tidak sehat, maka ia akan menyerah kalah mengikut dorongan hawa nafsu melakukan kejahatan. Kesihatan rohani amat mustahak kerana ianya membawa kepada fitrah kejadian kita sebagai manusia yang menyembah penciptanya.

Kita diberikan dua pilihan di dalam kehidupan. Antara jalan ketaqwaan atau jalan kefasikan. Kedua-dua jalan ini amat jauh perbezaannya. Satu jalan menyuruh kepada kesempurnaan hidup kita sebagai hamba kepada Allah dan manakala satu jalan lagi membawa kita kepada jalan kesesatan dan kemurkaan Allah Taala.

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikannya (jiwa itu) dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" (As Syam 91: 8-10)

Sebagai manusia yang memiliki jiwa yang murni dan suci fitrah kejadian, maka sudah tentu kita akan dibimbing kearah jalan ketuhanan. Berikrar untuk tunduk dan patuh kepada Allah sama ada hidup atau mati atau melalui solat dan beribadah yang telah ditentukan sama ada secara sukarela atau terpaksa. Tetapi amat malang sekiranya kita memilih jalan kefasikan kerana kita dibimbing oleh musuh kita yang nyata iaitu Iblis dan Syaitan.

Kebahagian hidup yang dibimbing oleh Syaitan hanya kecapan kemanisan yang sementara. Keseronokan yang terbatas. Walhal, kita sebenarnya akan melalui kehidupan di dunia ini sebagai ujian untuk kita menuju alam akhirat yang kita ketahui akan menjadi tempat yang kekal. Tempat yang memberikan keseronokan dan kebahagian yang abadi. Tempat yang akan merealisasikan segala keinginan yang kita idami selama ini. Tetapi jalan kebahagian kesana perlulah diganti dengan pengorbanan yang tinggi sejak di dunia lagi. Mana mungkin kita mahukan kesenangan disana tanpa ada pengorbanan.

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?" (Al An'aam [6]:122)

Apakah yang dikatakan ketaqwaan dan kefasikan?. Semuanya memerlukan kepada jawapan yang tepat supaya kita tidak terperangkap di dalam kebingungan hidup yang entah bagaimana. Mereka yang dapat menyucikan diri sendiri adalah mereka yang cemerlang ketaqwaanya. Jelas halatuju dan matlamat akhir sebuah kehidupan. Kehidupan ini adalah sebagai bekalan. Setiap bekalan perlu diisi dan dipenuhi. Bekalan yang baik boleh digunakan sepanjang perjalanan kehidupan. Tetapi sekiranya bekalan tidak diisi atau basi atau busuk diperjalanan maka ianya tidak membawa apa-apa pengertian malah akan membebankan sejarah kehidupan.

Berfikirlah secara rasional demi untuk meneruskan sebuah kehidupan yang sementara ini. Addunya mazra'atul akhirat... dunia adalah ladang akhirat. Menyempurnakan tanggungjawab kita di dunia adalah kewajipan untuk menuju kehidupan yang kekal dan menjamin kehidupan yang abadi buat selama-lamanya.

abu zorief @ sheffield
9/11/2010, Selasa

Kenapa hati susah dikawal?...

Salam...

Setengah orang bertanya, apakah kaitannya pemakanan dengan ibadah harian kita?. Sebenarnya memang banyak kaitannya terutamanya bila kita hendak mendekati diri kita kepada Allah Taala. Asal kejadian kita ini sejak dari mula lagi adalah suci dan bersih atau berada di dalam keadaan fitrah. Apabila lahir sahaja di dunia ini, maka ia akan dibentuk samada terus berada di dalam keadaan fitrah iaitu Islam ataupun mereka tergelincir kerana dibentuknya menjadi yahudi atau nasrani.

Sesungguhnya di dalam diri anak adam itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh badan. Kalau busuk daging itu maka busuklahseluruh badan. Maka ketahuilah oleh mu bahawa daging itu adalah hati. Pemakanan harian kita akan membentuk keadaan hati kita. Lembut dan keras, degil atau sejahtera, sakit atau sehat hati adalah terletak pada sebahagian daripada pemakanan. Kenapa hati?... Kerana hati adalah raja di dalam diri kita. Segala tindakan dan kelakuan kita di arah oleh hati. Kesedihan hati akan menyebabkan segala anggota kita turut menjadi kurang sejahtera. Ketenangan hati akan menyebabkan seluruh anggota badan kita merasa seronok untuk menjalani kehidupan seharian lebih-lebih lagi untuk tunduk dan patuh melaksanakan arahan Allah Taala.

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan yang batin? (Luqman:20)

"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi, (Sebagai rahmat pemberian) daripadanya, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti" (Al Jathiyyah:13)

Saya semakin tidak faham kenapa dikalangan kita sanggup untuk membiarkan diri dimasukkan sahaja makanan-makanan ke dalam perut yang mengandungi unsur subahat, kotor dan lebih-lebih lagi mengandungi unsur haram yang nyata. Di dalam rumah banyak makanan yang kurang menepati halalnya di segi syariat. Bukan sahaja diri sendiri yang turut memakannya, tetapi seluruh ahli keluarga turut berselera dengan makanan yang kurang dan tidak halal atau berunsur subahat tersebut. Hilang rasa sensitif langsung di dalam bab ini. Tidak hirau dan tidak risau langsung apa akan terjadi seterusnya. Mengambil sikap acuh tidah acuh sahaja apabila hendak memenuhkan perut dan segala urat-urat di dalamnya. Kemudian mengeluh "kenapalah doa aku tidak diterima... kenapalah aku ni malas hendak beribadah..." dan begitulah keadaan seterusnya.

Itu tandanya hati sudah menjadi mati atau gelap untuk menerima hidayah atau taufik dari Allah Taala. Hati yang hitam diibarat seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam gelap gelita yang hitam. Semuanya tidak dapat dikesan dan diperlihatkan. Begitulah juga dengan hati kita, apabila sudah hilang nur atau cahaya hati, maka susahlah segala kebaikan untuk lekat di dalam hati tersebut. Susah untuk buat kebajikan, susah untuk membuat ibadah dan lebih susah lagi beriman kepada Allah Taala.

Rasulullah SAW bersabda "Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud A.S makan daripada hasil tangannya sendiri".

Umar R.A berkata "Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula:- Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak."

Beberapa tips yang mungkin berguna untuk kesejahteraan hati kita:-
  • Berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan menepati syarak.
  • Makan makanan yang halal dan menghindar sama sekali yang mempunyai unsur subahat
  • Banyakkan berdoa memohon ampun.
  • Beristigfar sebanyak mungkin setiap hati
  • Membanyakkan membaca Al Quran
  • Berzikir
Moga-moga hati kita hidup kembali dan menjadi neraca di dalam kehidupan harian kita.

Wassalam dan sebagai muhasabah diri sendiri.

abu zorief @ sheffield
9/11/2010, Selasa

Tuesday 2 November 2010

Hantu Halloween... A Jack-o'-lantern

A Jack-o'-lantern

Seperti biasa, saya menyelongkar dan terus menyelongkar, kalau-kalau sayur di dalam freezer di rumah mula kurang, maka fikiran otak pun ligat memberikan cadangan supaya beli sahaja di LiDL. Harga sayur-sayuran di sini jauh lebih murah berbanding di ASDA. Kalau di ASDA harga letucce sebiji sepound tetapi di LiDL baru berharga 50 Pence, itu pun buat masa ini sahaja. Boleh dikatakan setengah perbezaan harganya. Dan begitu jugalah dengan harga sayur pilihan yang lain seperti tomato, British potatoes, Leeks, onion spring dan lain-lain.
 
Kebetulan pula selepas saya balik kerja, teringat pula hendak singgah menjengah di LiDl, al maklumlah, lebih kepada hendak meninjau-ninjau atau window shopping katanya. "Kot-kot ada barang baru masuk..." bisik hatiku.

Sampai sahaja di ruang sayur di bahagian belakang sayur, terdapat bekas besar dan didalamnya berlonggok-longgok buah labu berkulit kuning keras dan beruas-ruas. "Wah! kalau buat labu masak lemak cili api sedap ni..." Sambil-sambil mencari tanda harga. "Emmm!... sepound sebiji, murah... murah bolehlah ambil satu...". Sepanjang berada di UK, saya belum cuba lagi masak lemak labu jenis ini, pasti sedap...

Halloween
 
Waktu itu saya tidak berapa ambil kesah sangat dengan perayaan hantu Halloween orang putih ini. Sana-sini di kedai sibuk dengan menjual accessories untuk perayaan hantu Halloween. Baju ala sihir, topeng hantu, topi tajam, kasut panjang hitam, kuku panjang bak kata semua alat-alat itu macam kepunyaan hantu, cukup horror dan agak-agaknya begitukah rupanya hantu berpakaian?. Pakaiannya lengkap dari hujung kepala sehinggalah ke hujung kaki dengan warna yang serba hitam. Alhamdulillah, 'hantu-hantu' masih berpakaian menutup aurat berbanding orang yang masih hidup.
Festival of dead atau Parentalia
 
Perayaan yang dinamakan festival of dead atau Parentalia mirip kepada perayaan Celtic festival of Samhain [Wikipedia] yang mana ianya mempunyai unsur-unsur pemujaan roh orang-orang yang sudah mati. Begitu kuatnya kepercayaan mereka dengan dunia ghaib yang menyesatkan. Manusia ketika itu sangat bergantung kuat kepada keajaiban dan keanehan kejadian berdasarkan kepada nasib baik dan buruknya kehidupan.
 
Siapakah yang memberikan imiginasi pemakaian dan kelakuan sedemikian rupa? Hantu?... Iblis?... Jembalang?... Jin?... atau pun manusia yang berjiwa syaitan?. Seakan-akan seperti memuja dan berpesta dengan syaitan dan iblis. Sekilas pandang, macam orang cina di Malaysia yang hendak menyambut perayaan hantu kuning, upacara bawa bot dengan serba kuning dan dibakarnya bendera kerta di tepi jalan, di tepi tong sampah, di busut-busut dan mana-mana tempat yang dirasakan ada hantu agaknya. Orang Melayu dahulu kala pun sedemikian rupa juga apabila diadakan upacara menjamu ancak, mandi safar dan menurun apabila mengubati orang sakit.
 
Berbalik kepada cerita labu kuning tadi, maka saya pun membelahlah labu untuk dibuat sayur masak lemak. Labu kuning ini memang keras kulitnya. Kalau pisau tumpul kurang tajam 'mata'nya jangan kata nak hiris, tetak pun tak makan. Jadi, pastikan pisaunya tajam. Bila dibelah sahaja, "Alamak! isi nipis, banyak rongga, biji banyak pulak..., macamana nak masak, isi pun tak ada." Saya pun menhiris sikit isinya dan apabila rasa, ianya kurang lemak macam labu kita di Malaysia. Apa nak buat dengan labu tu, kalau tidak ke tong sampah tempat akhirnya.
 
Bonfires night

Beberapa hari sebelum 31/10/2010, baru saya ingat rupanya labu itu hanya untuk mereka merayakan hari hantu Halloween pada malam 31/10/2010 bersama dengan bonfires night. Jadi dalam hati saya, layaklah labu itu dihumban sahaja dalam tong sampah. "Mujurlah labu tu tidak berjalan-jalan atau melayang-layang dalam rumah..." usik saya pada anak-anak. Semuanya adalah karut-karut belaka walaupun kita maklumi bahawa orang-orang putih ini pada satu ketika kurang percaya dengan cerita tahyul. Tetapi sekarang mereka pula jadikan hantu-hantu ini sebagai kawan dan turut memberikan peghormatan hebat di dalam perayaan-perayaan yang direka-khas untuknya.
Akidah
 
Islam memandang serius dan menganggap ianya sebagai amalan kurafat dan pelakunya telah melakukan syirik kepada Allah Taala. Amalan-amalan pemujaan kuno di alam Melayu kini juga telah mula diselongkar dan mula dihidup-hidupkan kembali melalui siri-siri tayangan di TV. Amalan pemujaan, menurun, berubat dengan menggunakan bantuan Jin dan Syaitan dan segala amalan sesat lagi mula mendapat sambutan orang ramai melalui siri-siri tayangan yang ditayangkan. Walhal, perkara inilah yang ditentang oleh ulama-ulama tauhid kita untuk mengembalikan keaslian dan kesahihan akidah kepada Allah Taala.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (Al-Ikhlas: 1-4)
Tidak hairan kalau kita katakan amalan ini telah lama ujud kerana manusia ketika itu mencari-cari zat ketuhanan untuk dijadikan sembahan. Dilihatnya apa sahaja yang aneh dan ajaib lalu itulah juga dijadikan bahan sembahan. Dan ada juga manusia yang sengaja hendak mencari kelainan untuk sembahan dan ada pula semata-mata ingkar untuk tidak mahu menerima ajaran tauhid yang jelas.

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus: 101)Peristiwa ini juga telah berlaku di zaman nabi Musa ketika mana beliau pergi untuk menerima wahyu dari Allah. Kaum yang ditinggalnya telah diuji keimanan mereka oleh Allah dengan hanya sedetik sahaja beralih keimanan mereka dengan menyembah anak sapi yang boleh berkata-kata.
 
Peristiwa Bilal Ibnu Rabah, Sumaiyyah dan keluarganya serta sahabat-sahabat Rasulullah di era awal keislaman berusaha mempertahankan dirinya dari diseksa oleh pembesar-pembesar Quraisy yang jahil demi untuk mempertahankan akidah yang jelas dari kembali kepada kufur. Begitu juga keteguhan iman kekasih Allah yang lain seperti Aisyah isteri firaun yang beriman di dalam istana Firaun, Aisya ibu kepada nabi Musa yang mampu mengabdikan diri kepada Allah di dalam kerakusan kuasa Firaun dan Maryam ibu kepada nabi Isa kekal keimanannya kepada Allah dari ancaman fitnah orang-orang yang berniat jahat dengan ketentuan Allah Taala. Semua ini telah menunjukkan kepada kita betapa hebatnya tauhid Allah dan mereka merasai kemanisan iman itu dengan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (At-Tahrim: 12)
Namun, bagi kita hanya mengambil sikap tidak peduli untuk mempertahankan akidah yang jelas. Malah sanggup pula mencampur-adukkan dengan kehendak hawa nafsu amarah yang lebih didorong oleh Iblis dan Syaitan. Demikian juga ada yang sanggup untuk mengadai akidah semata-mata untuk menpertahankan kepentingan dan kesenangan hidup dunia yang sementara.
Akidah tidak boleh bertolak ansur dengan perkara yang boleh menghilangkan kesuciannya melalui apa cara sekalipun, tidak boleh bersekongkol dengan apa bentuk kepercayaan dan pegangan isme-isme seperti Komunisme, Sekularisme, Nasionalisme, Sosiolisme dan sebagainya yang menyimpang dan menyesatkan dan lebih-lebih lagi berupa syirik mutlak kepada Allah Taala.

Imam Hassan AlBanna di dalam Risalah Ta'alim dalam bab faham huraian usul 20 menyebut "tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma’thur."
Malaikat Jibrail A.S datang kepada nabi Muhammad dalam keadaan sedar dan mengajar Rasulullah tentang Iman, Islam dan Ehsan yang menjadi pegangan hidup kita yang sebenarnya. Begitu murninya ajaran wahyu yang diperolehi oleh Rasulullah dan kemudiannya diajarkan kepada kita semua supaya menjadi hamba Allah yang taat dan beriman dengannya. Apa yang kita harapkan ialah supaya Allah mengampuni kita dan menjauhkan diri kita semua dari azabnya yang pedih.

Dan barang siapa mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Nisa’: 115)Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Setiap kali dicampakkan makhluk ke dalam neraka Jahannam, ia akan berkata: Adakah masih ada lagi? Hingga Tuhan yang Agung meletakkan kakiNya lalu ia runtuh bertimpa-timpa. Ia berkata: Cukup, cukup demi keagungan dan kemuliaanMu. Dalam pada itu syurga masih ada kekosongan hingga Allah membuat makhluk lain dan mereka ini memenuhi kekosongan di syurga ini.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sekian.

abuzorief @ Sheffield
2/11/2010, tuesday